senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Video Tular: Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh

leav by leav
August 17, 2024
in Gosip
Video Tular: Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh
11
SHARES
1.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila beberapa video dan fotonya menyertai aktiviti keagamaan bersama jemaah tabligh di Singapura tular baru-baru ini.

Kisah ini mendapat perhatian selepas pendakwah bebas, Ustaz Taufik, memuat naik foto dan video bersama Aliff, 33, yang menghadiri majlis agama.

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Taufik meminta orang ramai agar tidak cepat menghukum seseorang berdasarkan kesilapan lampau.

“Jika kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?” ujar Ustaz Taufik.

“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan semoga pengakhirannya lebih baik.”

Ustaz Taufik turut berharap segala ilmu yang dipelajari dalam majlis keagamaan tersebut dapat menjadikan seseorang lebih baik.

“Ulama berkata, ‘sebenarnya tiada orang jahat di dunia ini, hanya mereka yang tersalah memilih suasana’.

Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT,” katanya.

ADVERTISEMENT
@ustaz.hj.taufik.ut Lailahaillallah ☝️ Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ – لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله – دَخَلَ الْجَنَّةَ. Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia dijamin masuk Syurga. #UT #aliffaziz #khurujfisabilillah #keluar3hari #masjidsembawang #singapura @dakwahtablighmalaysia ♬ original sound – Ustaz Hj Taufik ( UT )

Ruangan komen dibanjiri dengan doa dan harapan agar Aliff menemui jalan yang diredai Allah serta diberi kekuatan menghadapi dugaan hidup.

“Ya Allah, suka lihat Aliff tersenyum bersama orang-orang yang baik, semoga dipermudahkan urusan,” komen seorang netizen.

“Saya simpati dengan Aliff, harap semuanya baik-baik sahaja,” tambah seorang lagi.

Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, pernah aktif bersama jemaah tabligh sekitar tahun 2021.

ADVERTISEMENT

Pada masa itu, beliau berkata mendapat hidayah untuk menyertai tabligh selepas melayari Instagram dan melihat perkongsian beberapa selebriti lain.

BACA JUGA  "Ali Puteh Masih Buli Balu Arwah," - Peguam Lain Bersuara Isu Pembayaran Saman RM75 Ribu
Tags: Aliff Aziz

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved