senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Da’i Syed Didakwa Ganggu Wanita Ketika Isteri Sarat Mengandung, Ajak Pergi Dubai?

leav by leav
September 3, 2024
in Gosip
Da’i Syed Didakwa Ganggu Wanita Ketika Isteri Sarat Mengandung, Ajak Pergi Dubai?
32
SHARES
3.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Belum sempat reda isu pendakwah selebriti Da’i Syed, kini muncul dakwaan terbaru mengenai gangguan yang dilakukan oleh Syed terhadap seorang wanita.

Menurut individu tersebut, gangguan ini berlaku ketika isterinya, Hana Ismail, sedang sarat mengandung.

Wanita itu mendakwa Syed, yang sudah mengetahui status perkahwinannya, tetap menghubunginya melalui telefon dengan ajakan yang mencurigakan.

“Dia tahu saya sudah berkahwin dan mempunyai anak, dan isteri dia pun sedang hamil. Tapi dia tetap ajak saya berbual dan bertanya nak call,” katanya.

Wanita tersebut membuat pendedahan ini melalui laman Thread pada malam Sabtu, disertai tangkap layar perbualan di Instagram antara dia dan Syed.

Awalnya, dia menganggap Syed menghubunginya untuk mendapatkan nasihat guaman.

Namun, perbualan semakin pelik apabila Syed mula mengajak wanita itu untuk pergi ke Dubai.

ADVERTISEMENT

“Saya ingat dia hanya nak nasihat undang-undang, tapi bila dia mula tanya nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan,” jelasnya.

Wanita itu turut meluahkan rasa kasihan terhadap Hana, isteri Syed, serta anak mereka yang baru lahir.

“Kasihan kepada isterinya, takkan dia tidak tahu tentang perangai suaminya macam ini,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Syed atau nama sebenarnya Syed Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022 dan pasangan ini baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 14 Ogos lalu.

Source :
Gempak
BACA JUGA  Aliff Syukri Menang Saman Fitnah, Rancang Saman Bekas Pembantu Peribadi
Tags: Da’i Syed

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved