senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

“Ini Ikan Tenggiri?” – Asyraf Wajdi Terjah Dewan Makan MRSM, Tikus & Cicak Ditemui

leav by leav
September 6, 2024
in Travel
“Ini Ikan Tenggiri?” – Asyraf Wajdi Terjah Dewan Makan MRSM, Tikus & Cicak Ditemui
13
SHARES
1.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan lawatan mengejut ke dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.

Lawatan ini dibuat susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan 31 pelajar, yang dikejarkan ke hospital pada 30 Ogos lalu.

@drasyrafwajdi Terjah ke Dewan Selera MRSM Taiping, Perak setelah menerima aduan mengenai kes keracunan makanan. #fyp #MerakyatkanMARA #MARAGemilang ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Namun, apa yang mengejutkan, beliau menemui keadaan penyediaan makanan yang sangat tidak memuaskan.

Dapur dewan makan itu bukan sahaja kotor, malah terdapat kehadiran haiwan perosak seperti tikus serta tahi cicak di kawasan penyediaan makanan.

Dalam lawatannya, Asyraf Wajdi mempersoalkan kualiti makanan yang diberikan kepada pelajar. Salah satu isu yang dibangkitkan adalah mengenai menu makan malam yang sepatutnya menyediakan ikan tenggiri, tetapi ikan yang disediakan kelihatan tidak berkualiti.

“Ini ikan tenggiri? Dalam menu yang ditetapkan oleh MARA, makan malam sepatutnya ada ikan tenggiri, tapi ini lain,” katanya.

Beliau juga mendedahkan beberapa pelanggaran piawaian lain, termasuk kekurangan kakitangan penyediaan makanan dan kegagalan mengikut menu harian yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENT

Kebersihan dapur juga berada di tahap yang tidak boleh diterima, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan makanan yang disajikan kepada pelajar.

Menurut Asyraf Wajdi, seorang pelajar turut memberitahu bahawa kejadian keracunan makanan pernah berlaku sebelum ini, melibatkan lebih 50 pelajar.

Ini membuktikan masalah tersebut bukanlah kes terpencil.

Beliau memberikan pengusaha dewan makan itu tempoh sehingga Jumaat untuk memperbaiki semua isu yang dibangkitkan, atau tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

ADVERTISEMENT
Source :
Tiktok
BACA JUGA  5 Negara Didunia Bebas Menjual Wanita Online Untuk Dijadikan Isteri
Tags: MRSM

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved