senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Guna Logo Halal Tidak Sah, Kilang Seri Kaya Diserbu JAKIM

leav by leav
September 10, 2024
in Netizen
Guna Logo Halal Tidak Sah, Kilang Seri Kaya Diserbu JAKIM
6
SHARES
590
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sebuah kilang memproses seri kaya di Taman Glenview, Kamunting di sini, diserbu semalam selepas disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan dijalankan kira-kira 10.45 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Negeri Perak, Cawangan Taiping.

“Melalui pemeriksaan yang dijalankan mendapati kilang ini beroperasi mengeluarkan produk makanan iaitu seri kaya (jem) dan pemeriksaan lanjut terhadap produk akhir mendapati ada logo halal pada bungkusan seri kaya terbabit. Produk makanan ini juga dipercayai untuk edaran jualan di sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pemilik perniagaan telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Sehubungan dengan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa JAKIM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 65 unit produk seri kaya yang siap dan 2,000 unit bekas plastik tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan telah disita serta nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM452.25.

“Kilang itu telah beroperasi sejak 1994 dan mempunyai sijil halal, tetapi telah tamat tempoh dan kes dalam siasatan. Kes ini disiasat di bawah Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal,” katanya.

Kamalludin berkata jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta.

BACA JUGA  20 Perkara Yang Perlu Dibaiki Sebelum Bergelar Suami

“Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

ADVERTISEMENT

“KPDN memandang serius peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal terhadap produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Beliau berkata sebarang aduan, pengguna boleh menyalurkan kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya melalui saluran seperti Aplikasi WhatsApp KPDN menerusi talian 019-848 8000, portal e-aduan KPDN https://eaduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1 800 886 800, aplikasi telefon pintar EZ ADU KPDN di Google Play atau App Store.

Source :
BERNAMA
ADVERTISEMENT
Tags: halal

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved