senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

“Apa Beza GISB dengan Israel..” – Netizen Persoalkan ‘Rumah Kebajikan’ Ajar Meliwat & Diliwat

leav by leav
September 12, 2024
in Netizen
“Apa Beza GISB dengan Israel..” – Netizen Persoalkan ‘Rumah Kebajikan’ Ajar Meliwat & Diliwat
16
SHARES
1.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ni, Twitter kecoh bila ada netizen dedahkann GISB (Global Ikhwan Service and Business Holding) yang mengekploitasi kanak-kanak bawah umur.

Isu ni mula jadi perhatian lepas pendedahan pasal aktiviti tak senonoh yang berlaku kat rumah kebajikan di bawah GISB.

Ada juga netizen samakan GISB dengan Israel.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Aku terkesan sungguh bila tengok gambar ni.

Budak-budak disuruhnya bekerja,entah dibayar gaji entah tak.

Puaka punya GISB. pic.twitter.com/G3SsN0QeaB

— Abang Guard (@iskndrznl) September 12, 2024

Apa yang lebih mengejutkan, polis dedahkan yang 402 kanak-kanak dan remaja, umur setahun sampai 17 tahun, dah diselamatkan daripada 20 rumah amal kat Selangor dan Negeri Sembilan dalam operasi ‘Op Global’.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dalam operasi ni, kanak-kanak ni diajar meliwat dan malangnya, mereka juga jadi mangsa diliwat oleh penjaga serta dipaksa buat benda sama kat penghuni lain.

Mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan.

ADVERTISEMENT

Operasi ni betul-betul buat rakyat Malaysia terkejut.

Banyak netizen tunjukkan rasa marah dan kecewa kat Twitter, dan ramai yang tak boleh terima apa yang berlaku.

Bukan tu je, GISB juga disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Setakat ni, 171 individu dah ditahan, termasuk 66 lelaki dan 105 perempuan.

Pihak polis dah buka lapan kertas siasatan kat Negeri Sembilan dan Selangor bawah beberapa akta, antaranya Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

ADVERTISEMENT

Ada yang dah dirujuk kat pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Kes ni betul-betul menggemparkan negara. Ramai yang tak sangka benda macam ni boleh berlaku kat rumah kebajikan yang sepatutnya lindungi kanak-kanak.

Netizen pun ramai yang mintak supaya tindakan keras diambil, bukan je kat GISB tapi kat semua yang terlibat, supaya benda ni tak berulang lagi.

Source :
Berita Harian, Mstar, Twitter
Tags: GISB

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 8 Tempat Menarik Di Kapit Sarawak Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    120 shares
    Share 48 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved