Alif Satar, selebriti serba boleh yang kita semua kenal, baru-baru ni bagi pesanan penting untuk kita semua.
Katanya, dunia sekarang makin mencabar, dengan pelbagai pendapat dan pemikiran berbeza tentang agama.
Sebab tu Alif pesan, kita semua kena pegang teguh pada ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Menurut Alif, kalau kita ikut dua panduan ni, insya-Allah kita takkan sesat, baik di dunia mahupun di akhirat.
Dia sendiri mengakui sedang dalam proses memperbaiki diri, belajar dan cuba menjadi individu yang lebih baik setiap hari.
Dia juga tegaskan, walaupun ada macam-macam pendapat sekarang ni, tak kisah apa pun yang orang kata, ajaran Al-Quran dan sunnah tetap kekal sampai bila-bila.
Itu yang perlu kita pegang kuat-kuat.
Bagi Alif, walaupun dia pernah didekati golongan yang punya pandangan berbeza tentang agama, itu adalah perkara biasa.
Tapi dia percaya, bila kita sedar yang sesuatu itu salah, kita tak patut ambil mudah. Itu yang akan bawa kepada perkara syirik dan ajaran sesat.
Sebab tu, dia kata penting untuk kita terus belajar dan tambah ilmu.
Alif tak pernah anggap dirinya sempurna dalam agama, tapi dia berusaha setiap hari untuk jadi Muslim yang lebih baik.
Kita semua pun boleh ambil iktibar dari apa yang dia kongsikan ni.
Filem terbaru Alif, ‘Reeza GTR’, akan keluar 17 Oktober ni, so korang jangan lupa tengok!