senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Iran – Israel Berperang, Kita Kena Buat Apa? Buat Rilek Je Ke?

afiqa by afiqa
June 24, 2025
in Dunia, Perniagaan
Iran – Israel Berperang, Kita Kena Buat Apa? Buat Rilek Je Ke?
0
SHARES
26
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Walaupun Malaysia terletak jauh dari Timur Tengah, konflik ketenteraan antara Iran dan Israel tetap memberi kesan kepada negara kita.

Cuma itulah, ramai berfikir ia sekadar isu serantau, tapi realitinya, apa saja ketegangan besar pasti akan tempias ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Jadi, jom kita tengok apa kesan langsung dan tidak langsung yang kita akan hadap kalau perang ini berlarutan.

Kenaikan Harga Minyak Dunia → Kos Sara Hidup Meningkat

Iran merupakan pemain utama dalam pasaran minyak dunia dan boleh menyebabkan gangguan di Selat Hormuz.

Kenapa Selat Hormuz terganggy? Okay, kalau korang nak tahu, Selat Hormuz merupakan laluan eksport minyak penting.

Jadi, bila Selat Hormuz tutup oleh Iran disebabkan perang ni, automatik harga minyak mentah global boleh melonjak.

Akibatnya, rakyat Malaysia akan…

  • Bayar lebih untuk petrol & diesel.
  • Hadapi kenaikan harga barang keperluan kerana kos pengangkutan meningkat.
  • Berdepan tekanan inflasi dalam ekonomi domestik.

Pasaran Kewangan Tidak Stabil

Perang yang berlarutan mencetuskan ketidakpastian ekonomi global…

ADVERTISEMENT
  • Pelabur antarabangsa mungkin tarik diri dari pasaran membangun, termasuk Malaysia.
  • Nilai ringgit boleh menyusut.
  • Bursa saham Malaysia boleh mengalami kejatuhan mendadak.

Gangguan Rantaian Bekalan

Jika konflik mengganggu laluan perdagangan global atau sekatan dikenakan terhadap negara pengeluar utama, Malaysia akan…

  • Hadapi kesukaran mendapatkan bahan mentah & makanan import.
  • Terpaksa bayar lebih untuk barangan asas.
  • Sektor industri dan pengeluaran mungkin terkesan akibat kos meningkat.

Jadi, apa patut kita buat? Dengan melihat tiga kesan besar yang akan dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kita semua kena menyimpan untuk simpanan kalau terjadi krisis ekonomi atau harga barang import betul-betul naik.

Malaysia mungkin tidak berada di medan perang, tetapi dalam dunia yang saling bergantung, krisis di satu wilayah boleh menggoncang seluruh sistem global.

ADVERTISEMENT

Dalam krisis begini, kestabilan ekonomi, kecekapan kerajaan dan kebersatuan rakyat menjadi kunci utama untuk bertahan.

Ingat! Kita mungkin jauh, tapi kesan tetap sampai.

BACA JUGA  Atlet Lompat Galah Tersangkut 'Telur' Dapat Tawaran RM1.12 Juta Dari Syarikat Porno

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    410 shares
    Share 164 Tweet 103
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    134 shares
    Share 54 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    251 shares
    Share 100 Tweet 63
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    223 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    114 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved