Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengumumkan pelancaran inisiatif seluruh kerajaan (whole-of-government), Rakan KKM yang bermatlamat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dengan gabungan kerjasama antara pesakit, pasukan penjagaan kesihatan bawah naungan KKM dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta Kementerian Kewangan Malaysia.
Dengan pelbagai reaksi dan respon dari netizen dan rakyat Malaysia, jom kita selami satu-persatu peranan Rakan KKM serta fungsinya.
Rakan KKM Adalah Langkah ke Penswastaan Penjagaan Kesihatan Malaysia?
One small step for KKM, One giant leap towards privatization
@abd_jabbar, X.com
Rentetan pengumuman pelancaran Rakan KKM, antara respon paling disebut-sebut adalah “KKM akan diswastakan ke?” dan “Kita akan jadi macam Amerika Syarikat ke?”—merujuk kepada kos perubatan yang teramat mahal di negara maju itu. Ada yang menyuarakan kebimbangan kos perubatan sekiranya institusi perubatan kerajaan diswastakan dan pembayaran RM1 tidak lagi valid dalam perbincangan ini.
Masalah yang Dijangka dan Dijangka Diselesaikan dengan Rakan KKM
Antara isu-isu yang berlegar dalam media sosial setakat ini termasuklah isu kesan domino daripada pelaksanaan Rakan KKM, tangga gaji yang besar untuk jawatan kosong di Rakan KKM, kekurangan staf untuk sistem sedia ada serta ketelusan proses operasi dan kewangan Rakan KKM.
- …Even if we accept Dr. Dzul’s framing, this will still lead to more doctors working with private healthcare for more money, weakening our hospitals. Result is worse healthcare outcomes. – @PSMGombak, X.com
- Soalan yang wajar dijawab ialah jika Rakan KKM bukan penswastaan maka kenapa perlu tubuhkan syarikat swasta Sdn Bhd dan tawarkan pekerjaan dengan gaji mencecah RM20,000? – Raziq Michael, Facebook.
- Oh man, I didn’t even think about it the influx of “kenapa saya tunggu lama? saya bawah Rakan KKM tahu tak? saya bayar!” patients 😭😭 – @nzranasr, X.com
- “100% owned by MOF” Malaysia is a funny country. KKM wants rakan KKM. MOT wants some app based DRT. All funded by taxpayers. We have a lot of tricks and turns and solutions but never the most direct way: To give money directly to increase and expand service. – @Kendogdoll, X.com
Memetik analogi dari @boosulyn di X.com tentang sebuah restoran yang mempunyai ramai pelanggan, dengan masa menunggu lebih kurang 45 minit. Lebih lewat pelanggan datang, lebih lama mereka perlu menunggu.
Kemudian restoran tersebut membuka satu ruang meja kecil dengan hiasan lebih cantik dan selesa, cumanya harga lebih mahal dan pelanggan yang duduk di meja tersebut akan mendapat akses prioriti. Jadi mereka yang sudah duduk di meja ini akan digelar ‘Rakan’, dan mereka pun membuat pesanan walhal dapur sangat sibuk dan tidak mampu menampung permintaan pelanggan, dan tiada tambahan staf dibuat—walaupun mereka memang kekurangan staf.
Sekarang pelanggan biasa yang bukan ‘Rakan’ perlu menunggu dua kali ganda lebih lama, untuk memberi ruang kepada meja ‘Rakan’. Kemudian semua pelanggan biasa mula berpindah ke ruang ‘Rakan’ dan membayar lebih demi servis yang lebih cepat.
Restoran mula mengambil staf baru, tapi untuk menggantikan staf lama yang berhenti kerja. Kini masa menunggu ruang ‘Rakan’ lebih lama, lebih kurang 30 minit dan pelanggan biasa menunggu selama 2 jam untuk mendapat makanan mereka. Datang pula pelabur yang ingin menambahbaik ruang ‘Rakan’ dan memperbesar bahagian tersebut, dan akhirnya restoran itu membuka hanya ruang ‘Rakan’ untuk semua pelanggannya, dengan makanan, kualiti yang sama, masa menunggu 45 minit, tapi dengan harga 20 lipat ganda.
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad dalam penerangannya yang dimuatnaik di platform X telah menjelaskan entiti Rakan KKM Sdn. Bhd. yang sepenuhnya dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), yang mana operasi dan hakmilik Rakan KKM adalah kekal di tangan kerajaan.
Antara peranan dan objektif Rakan KKM seperti digariskan oleh Dr. Dzulkefly termasuklah:
(a) …Rakan KKM menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan premium berasaskan nilai bagi menaikkan had atas kualiti perkhidmatan,
Dr. Dzulkefly Ahmad, X.com
(b) hasil lebihan daripada operasi Rakan KKM akan digunakan untuk subsidi silang bagi semua pesakit awam, seterusnya menaikkan tahap minimum mutu penjagaan,
(c) menyokong usaha mengekalkan tenaga kerja kesihatan KKM dengan menyediakan peluang untuk mereka meningkatkan pendapatan secara signifikan,
(d) berperanan sebagai penanda aras harga, termasuk untuk hospital swasta, bagi mengawal inflasi harga perubatan untuk semua – termasuk pesakit yang tidak menggunakan perkhidmatan Rakan KKM secara langsung, dan
(e) memberi pulangan yang sewajarnya kepada pemegang saham GLIC dan ahli-ahli mereka.
Dari aspek teori perniagaan, mungkin ini suatu langkah penyelesaian untuk menangani isu kekurangan staf dalam sistem sedia ada KKM tapi jika dilihat dari kaca mata sosial dan kebajikan rakyat, mungkin ia langkah yang akan memakan diri di kemudian hari.
Adakah berlaku “misdirection” arahtuju KKM daripada perkhidmatan berorientasi tanggungjawap sosial dan “Whole Citizen based” kepada “business hybrid”?
DrZainal Omar, Facebook.
So.. dah boleh slow-slow jaga kesihatan kita, sebab sakit itu (mungkin akan) mahal.
Kalau ada persoalan tentang Rakan KKM, boleh rujuk laman sesawang mereka di https://rakankkm.moh.gov.my/bm/ untuk maklumat lanjut.