Kalau anda kerja di syarikat yang selalu ambil pekerja luar negara, mesti pernah pening kepala dengan proses permohonan ekspatriat yang leceh dan makan masa, kan? Tapi sekarang, kerajaan dah perkenalkan satu sistem baru yang memang memudahkan semua urusan ni – nama dia Xpats Gateway.
Xpats Gateway Ni Apa?
Senangcite, Xpats Gateway ni macam portal online untuk semua urusan ekspatriat. Tak kisahlah nak mohon pas kerja, nak semak status, atau nak urus dokumen – semua boleh buat kat satu tempat je. Tak payah dah nak hantar borang sana-sini atau tunggu surat balasan yang lambat.
Dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, TalentCorp dan Perbadanan Produktiviti Malaysia, sistem ni mula digunakan sejak Jun 2023 dan sekarang memang jadi platform utama untuk semua permohonan ekspatriat kat Malaysia.
Menurut The Star, Xpats Gateway ni bukan je mudahkan syarikat dan pekerja asing, tapi juga buat Malaysia nampak lebih mesra pelabur. Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim kata ini adalah hasil pelaksanaan integrasi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan MYFutureJobs ke dalam Xpats Gateway bermula 1 Julai lalu.

Proses Lebih Laju – 10 Hari Je Dah Siap!
Dulu, nak dapatkan kelulusan ekspatriat boleh makan masa berminggu-minggu. Kadang-kadang sampai berbulan pun ada! Tapi dengan Xpats Gateway, proses sekarang boleh siap dalam 10 hari bekerja je (Astro Awani). Asalkan dokumen lengkap, semuanya lancar.
Bayangkan, syarikat boleh terus rancang operasi tanpa perlu tunggu lama. Ekspatriat pun boleh mula kerja cepat, dah tak ada masalah “pending approval” yang tak habis-habis.
Macam Mana Nak Guna?
Semuanya online. Anda cuma perlu daftar, isi maklumat, upload dokumen, dan submit permohonan. Lepas tu, boleh pantau status permohonan secara real-time. Tak payah dah nak call pejabat imigresen tanya status, semua info ada dalam portal.

Sistem ni juga dah integrasi dengan agensi-agensi macam TalentCorp, MIDA, dan KDN. Jadi, semua proses lebih tersusun dan takde lagi isu permohonan “tersangkut” sebab dokumen hilang atau salah hantar (Bernama).
“Di peringkat TalentCorp akan proses selama tiga hari, dan satu hari saja di JIM untuk kita buat keputusan lulus atau tolak, manakala dua hari pemakluman kepada syarikat terlibat (pemohon),”
Datuk Zakaria Shaaban, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia
Xpats Gateway Untuk Kemudahan Semua
Benda ni penting sebab Malaysia nak tarik lebih ramai pelabur dan bakat asing. Dengan proses yang cepat dan telus, pelabur pun lebih yakin nak buka syarikat kat sini. Menurut RNGGT, Xpats Gateway ni memang dapat pujian sebab mudahkan urusan dan buat Malaysia nampak lebih kompetitif berbanding negara jiran.
Bila syarikat senang dapatkan pekerja berkemahiran tinggi, ekonomi negara pun boleh berkembang dengan lebih pesat so.. kira win-win lah. Jangan bawa masuk pekerja secara haram lagi, ok?

Rujukan: