senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Perniagaan

Belia Sabah Digesa Menjadi Usahawan

afiqa by afiqa
July 15, 2025
in Perniagaan
Belia Sabah Digesa Menjadi Usahawan
0
SHARES
17
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kerajaan MADANI mula menekankan perkembangan negeri Sabah bagi memastikan rakyat Sabah dapat menikmat pembangunan lebih seimbang dan menyeluruh sekaligus merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung.

Dan jika korang masih ingat semasa pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukkan berjumlah RM6.7 bilion bagi pembangunan negeri Sabah.

Ini menjadikan kenaikan Pemberian Khas Sabah, tertinggi sejak 1969! Jadi dengan langkah ini, dah banyak kita lihat perkembangan di negeri Sabah.

Lebih-lebih lagi apabila kini kerajaan MADANI menyeru golongan belia di Sabah agar berani tampil sebagai pemain utama dalam industri makanan negara.

Ini kerana, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata belia Sabah wajar diberi lebih banyak ruang dan bimbingan untuk menyumbang secara langsung dalam sektor pertanian dan penternakan moden.

Malah, menurutnya lagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menawarkan geran sehingga RM30,000 bagi usaha dalam bidang penternakan, peladangan dan perikanan.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan membuka peluang kepada usahawan muda Sabah yang terpilih menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 11 tahun 2025, akan menerima Geran Permulaan Perniagaan sehingga RM15,000.

Jadi, kepada belia Sabah, bolehlah menjinakkan diri untuk terjun dan meneroka bidang ini bagi membangunkan ekonomi Sabah.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Kossan Lihat Potensi Dalam Kondom Tempatan – CARE Latex Sebagai Pelabur Strategik!

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    414 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    137 shares
    Share 55 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved