senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

7 Sebab Kakak Adalah Satu Anugerah Dari Ibu Bapa Buat Kita

Yuyue by Yuyue
May 6, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi

24.3k
SHARES
76
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tidak semua orang bertuah mempunyai dan merasa kasih sayang seorang kakak. Kakak adalah seseorang yang mampu membimbing dan melindungi kita selain daripada ibu dan ayah.

Sangat beruntung jika anda mempunyai seorang kakak yang menyayangi dan mengambil berat tentang anda. Berikut antara kelebihan-kelebihan mempunyai seorang kakak yang patut anda hargai sentiasa.

1  Anda boleh membuatnya marah

kakak
Foto ilustrasi

Dengan kelebihan ini, boleh saja anda bergurau dan mengusiknya, seorang kakak yang baik tidak akan mudah marah jika adiknya melakukan kesalahan kecil.

Usik dan buat lah dia marah sekali pun, anda masih dapat merasa kasih sayangnya. Berbeza jika dengan rakan-rakan, mungkin saja anda akan dipulaukan.

2 Dia membantu anda mendapatkan peluang pekerjaan

Mempunyai seorang kakak bermakna mempunyai saluran yang baik untuk dalam hubungan profesional. Kawan-kawannya mungkin menjadi supervisor anda, jadi anda beruntung apabila ingin mendapatkan pekerjaan. Malah, dia sentiasa tahu pembukaan internship yang hebat berbanding orang lain.

3 Penasihat fesyen yang jujur

Sebagai kakak yang lebih tua, pastinya dia lebih arif tentang fesyen berpakaian. Sebelum anda keluar rumah, dia akan memberikan komen yang jujur tentang fesyen anda. Dan jika dia berada dalam mood yang baik, dia mungkin akan menawarkan pakaiannya untuk anda.

4 Seorang yang bertanggungjawab

Anda boleh mengharapkan dia melakukan kerja yang anda tidak mampu lakukan. Minta pertolongan nya, pasti dia akan membantu tanpa banyak soal. Itu tanda dia seorang kakak yang bertanggungjawab.

5 Membuatkan anda terkenal di sekolah

Mempunyai kakak yang cantik dan bijak di sekolah adalah salah satu kelebihan dimana si adik juga akan dikenali dan mempunyai pengaruh di sekolah. Seronok kan?

ADVERTISEMENT

6 Dia adalah guru kehidupan anda

kakak
Foto ilustrasi

Kakak anda akan memberikan nasihat terbaik untuk diri anda. Sebagai kakak yang lebih tua, dia akan mengajar anda dalam banyak benda dan akan menegur anda jika anda tersalah langkah. Itu tandanya dia sayangkan adiknya.

7 Dia rakan sepermainan ketika kecil

kakak
Foto ilustrasi

Dia lah rakan anda dirumah, bermain bersama, makan bersama bahkan mandi juga bersama. Tiada yang rapat dengan kita selain dia.

Bersyukurlah kerana dapat merasa kasih Sayang dari seorang kakak. Tidak semua berpeluang merasainya.

ADVERTISEMENT
Tags: kakak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    439 shares
    Share 176 Tweet 110
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    265 shares
    Share 106 Tweet 66
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    78 shares
    Share 31 Tweet 20
  • 12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12
  • 16 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor Terkini

    223 shares
    Share 89 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved