senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Cara Bagaimana Membuat Pasangan Bertambah Sayang

Yuyue by Yuyue
May 5, 2017
in Hubungan
582
SHARES
108
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Walaupun ramai lelaki kini bekerja, tanggungjawab terhadap keluarga, suami dan anak-anak tetap ada dan tidak boleh diketepikan.

Bagi seorang suami, mereka harus memikirkan tentang banyak perkara.  Bagaimanakah cara terbaik agar pasangan sentiasa menyayangi anda dan menghargai pengorbanan anda? Baca berikut ini.

Buang Jauh-Jauh Keinginan Jadikan Cemburu

Ramai menyarankan untuk membuat suami jatuh cinta dengan membuatnya jadi cemburu. Mungkin boleh berjaya namun perlu diketahui bahawa ketika anda rapat dengan lelaki lain untuk membuatnya cemburu, itu bermaksud anda sedang menunjuk sikap berlaku curang dari lelaki lain.

Berhati-hati, tidak semua lelaki senang rasa terancam. Salah satu sebab mereka berkahwin dengan anda adalah untuk memiliki rasa selesa kerana anda menjadi miliknya. Jika sudah berkahwin suami masih perlu berebut dengan orang lain, ini boleh membuat pasangan perasaan dan kepercayaannya pada anda terhakis.

Menjadi Seorang Yang Lembut

Setinggi apapun jawatan anda, apapun pekerjaan anda, bagi lelaki, wanita adalah simbol kelembutan, kebaikan, cinta, dan kasih sayang. Bersikaplah lembut padanya, pada anak-anak, pembantu, juga pada diri sendiri. Jangan terbiasa bersikap kasar dan menyakiti orang lain.

Bersikap Baik Pada Keluarga Dan Orang-Orang Di Sekitarnya

Sebagaimana kita mencintai keluarga dan orang-orang di sekitar kita, lakukan perkara yang sama pada keluarga dan orang-orang sekitar suami. Bagi lelaki, orang tua, saudara, dan teman-teman adalah tanggungjawab mereka.

ADVERTISEMENT

Apabila anda masuk dalam keluarganya tetaplah sama, seorang anak, saudara, dan sahabat. Hanya kini peranannya bertambah menjadi seorang suami dan ayah. Jadi, bersikap baiklah pada keluarga dan rakan-rakannya.

Menjadi Kekuatan Baginya

Wanita menyukai lelaki yang mempunyai kekuatan dan berkuasa. Itu membuat kita rasa selesa dan aman untuk bersandar di bahunya. Lelaki tidaklah berbeza. Mereka juga suka wanita yang kuat secara fizikal, moral, dan sosial. Kuat bukan bererti mudah marah dan mempunyai sikap yang kasar. Namun kita harus cukup kuat untuk menyokongnya bila-bila masa dia memerlukan.

BACA JUGA  8 Jenis Cinta Mengikut Falsafah Yunani Purba

Dalam masa sukar sekalipun, kita harus tetap boleh menjalankan peranan sebagai isteri dan ibu dengan baik. Paling penting, kuat untuk membelanya di depan umum, bagaimanapun sukarnya keadaan di rumah.

ADVERTISEMENT

Buat Dia Rasa Dicintai Dan Diperlukan

Siapa yang tak ingin dicintai dan dihargai oleh orang yang dicintainya? Bagi wanita, apapun keadaan, suami tetap mencintai anda bukan? Lelaki juga tidak berbeza. Penting pula bagi mereka untuk selalu rasa dicintai. Jika perlu, ungkapkan betapa anda sangat mencintainya.

Percaya Bahawa Dia Mencintai Anda

Walaupun sangat mencintai wanitanya, lelaki tidak mahu terlalu mendedahkan. Jangan hairan dan cemas jika 100 kata cinta anda hanya dibalas sekali sahaja.

Secara semula jadi wanita memang mudah mengekpresikan perasaannya. Sementara lelaki, mereka bimbang jika mengucapkan kata cinta akan membuat mereka kelihatan teruk dan tidak jantan.

Jadi Sumber Inspirasi

Tips agar suami perhatian sama isteri menjadi sumberi inspirasi. Lelaki akan sangat menghargai wanita yang boleh menjadi sumber inspirasi baginya. Inspirasi ini boleh menjadi alasan yang membuatnya menghentikan kebiasaan buruk, bersikap lebih baik, dan menjadi manusia yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

Setia

Apabila lelaki curang, wanita lebih mudah memaafkan. Namun apabila wanita pula curang, ego dan harga diri seorang lelaki terluka sehingga mereka jadi lebih sukar memaafkan.

Pada masa melintas godaan untuk curang, salah satu tips untuk mempertahankan kesetiaan adalah mengingatkan diri akibat yang ditimbulkan. Anak menjadi korban, rumah tangga galau, orang di sekitar mempunyai penilaian buruk, orang tua kecewa, malah mungkin anda boleh kehilangan pekerjaan. Cubalah beberapa beberapa tips untuk menjaga keutuhan rumah tangga.
Dan bagi anda yang pernah curang dan suami memaafkan, bersyukurlah dengan berjanji pada diri sendiri untuk tidak akan berbuat kesalahan yang sama. Jika kita berani bermain api, bukan hanya diri sendiri yang terbakar, orang-orang yang menyayangi dan kita sayangi terikut terluka.

BACA JUGA  Tak Ramai Suami Mahu Ambil Gambar Isteri

Menjadi Orang Kepercayaannya

Lelaki tidak biasa kelihatan lemah di hadapan orang lain. Mereka tidak suka dikasihani dan kelihatan serba kekurangan. Itulah sebabnya lelaki akan mencari pasangan yang mahu memahami mereka tanpa membuatnya hilang kepercayaan diri.

Jika suami rela berkongsi kesukarannya pada anda, itu ertinya dia yakin telah menemui pasangan yang boleh menjadi tempat berkongsi. Jaga rahsia (termasuk kelemahannya) dan hargai apa yang dilakukan. Apabila mencari pasangan yang boleh membuatnya selesa, lelaki rela melakukan apa-apa untuk anda.

Yang paling terakhir ini penting. Isteri memang perlu menjadi orang yang paling dipercayai oleh suami. Suami harus mudah dan selesa membincangkan kelemahan, kegagalan, dan ketidakupayaan apabila ida membicarakan untuk mengampai sebuah kejayaan.

Tags: isteri

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved