senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Hati-hati Dengan Perempuan Pemalas

Yuyue by Yuyue
May 13, 2017
in Netizen

Foto ilustrasi

21.7k
SHARES
329
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kalau dulu sifat malas selalunya sinonim dengan lelaki, ini kerana mereka lebih gemar mengarah daripada melakukan kerja. Tapi hari ini penyakit malas mula menular dalam diri gadis-gadis, tidak seperti gadis pada zaman dahulu yang rajin melakukan kerja tanpa diarah.

Siapa patut disalahkan? adakah ibu bapa juga turut disalahkan? Budaya gadis pemalas pada hari ini sudah cukup kronik dan sudah sampai ke tahap membimbangkan. Jika waktu masih bujang sudah amalkan sikap pemalas, bagaimana apabila sudah berkahwin nanti?

Kalau terjumpa dengan orang malas ni memang boleh buat diri stress. Salah seorang wanita yang dikenali sebagai Zulaikha ini berkongsi sikap-sikap pemalas rakan perempuan serumahnya dan juga adik ipar perempuan.

Foto ilustrasi

Assalammualaikum.

Apa yang saya nak cerita ni memang perkara yang jadi depan mata saya. Saya perhati. Sebab kalau nak tegur, nampak macam hal remeh tapi sangat penting sebenarnye.

Masa saya kerja, duduk 1 rumah sewa dengan kawan kawan baru. Muka cantik. Kalau tengok barang penjagaan muka memang banyak. Siap makan collagen bagai.

Dalam rumah tu ada 6 orang , cuma saya sorang je yang solat, yang ada telekung, yang ada sejadah. Walaupun kadang ada terlalai terutamanya subuh, tapi saya usaha jugak. Sampai waktu break kerja, memang akan cari masa untuk solat.

Kadang malu ada kawan datang rumah nak tumpang solat, nak pinjam telekung tak ada pulak (selalu kalau period saya akan basuh telekung).

ADVERTISEMENT

Housemates saya tu masing masing suka makeup. Foundation,compact powder, lipstick, eyeliner dan mascara tu wajib lah pakai. Ada yang jenis jaga aurat pakai handsocks pakai inner neck, tapi tak solat. Senang cakap hipokrit lah. Tapi saya diamkan.

BACA JUGA  Lelaki Kutip Sofa Dibuang Di Tepi Jalan, Jumpa Emas & Wang Tunai

Tapi yang saya perasan, bukan setakat malas solat, nak kemas bilik pon malas. Dapur jangan cakap lah. Kalau makan tumpah tumpah atas carpet tu dorang akan biar sampai kering sehingga lah saya sendiri yang tolong bersihkan carpet. Sudah lah pemalas, pengotor pulak.

Saya ni pon bukan nye alim, pakai jugak seluar ketat, baju ikut body. Tapi sekurangnya hal hal macam tu boleh lah berfikir. Bukan untuk kepentingan diri je, tapi dah nama duduk serumah kena lah sama sama jaga kebersihan.

Kalau cantik depan lelaki, tapi pemalas dan pengotor tak guna jugak kan?

ADVERTISEMENT

Bila dah kawin pulak, saya lihat sendiri keadaan rumah mertua saya. Ya ampun. Sampai saya tanya suami ” kat rumah ni tak ada orang perempuan ke?”

Adik beradik ipar ( 3 orang) saya yang perempuan category alim. Tudung labuh. Bekas budak sekolah agama. Tapi kerja rumah malas gila nak buat. Bukan kita mengharap dia buat kerja untuk kita, tapi malu lah dari zaman saya belum kawin jadi tetamu sampai dah masuk keluarga tu, keadaan rumah macam tu.

Bangun lambat. Duduk terperap dalam bilik layan cerita Korea. Kalau lepas makan basuh pinggan sendiri je bukan nak tolong basuh sekali untuk anak buah or budak budak kecik lain. Kalau disuruh buat kerja, macam orang kena paksa.

Paling sedih, yang tukang masak kat rumah tu nenek dorang yang dah tua tu. Sikit pon tak nak tolong. Akak ipar saya pulak, dia hanya masak ikut mood dia je. Itupon ikut selera tekak dia. Kadang masak spaghetti, mana lah orang tua tu nak makan spaghetti.

BACA JUGA  Bermalas-malasan Petanda Seseorang Memiliki IQ Yang Tinggi

Basuh berak anak, mandi anak pon harapkan suami / adik lelaki yang buatkan. Buat anak pandai, jaga anak malas. Barang mainan anak dia bersepah atas lantai pon dah tengah malas baru nak kemas. Kat rumah tu ada orang tua yang agak uzur, penglihatan pon kurang, kalau dia terpijak mainan kecik tu macam mana? Lagi teruk uzur kalau jatuh

Mertua saya sibuk kerjaa masing masing bekerja sebagai guru. Bila saya balik rumah mertua, saya lah yang tukang sapu, tukang mop, tukang sidai baju, tolong masak, tolong kemas. Saya tak kisah kalau saya buat untuk mertua dan nenek. Yang saya geram nye adik beradik ipar perempuan yang lain tu. Pemalas!

Sampaikan saya sendiri tengok suami saya yang menyampu mop lantai bila ada tetamu nak datang. Mana keluarga perempuan yang lain? Terkangkang dalam bilik?

Kalau kat ig kat Facebook, update macam orang baik, alim, rajin. Tapi hakikat?

Suami saya memang dah lali dengan perangai adik beradik perempuan kat rumah tu. Sebab tu suami saya prefer duduk rumah bujang. Kerja jauh jauh.

Saya harap apa yang saya cerita ni buka mata hati yang ada perangai macam ni, ataupun yang mungkin jumpa orang macam ni.

1) muka cantik, pandai bergaya tapi tak solat
2) muka cantik, pandai bergaya tapi pemalas dan pengotor
3) muka cantik, alim tudung labuh tapi tak solat
4) muka cantik, alim tudung labuh tapi pengotor dan pemalas buat kerja rumah

Lelaki, hati hati lah kalau jumpa perempuan yang cantik dan “alim”. Kalau boleh sebelum kawin, tanya keluarga terdekat perangai perempuan tu macam mana kat rumah. Tak pon buat spotcheck rumah or bilik dorang dulu. Kalau bersepah dan berbau tu, hmmm faham faham lah.

BACA JUGA  Akibat Jika Anda Malas Untuk Bergerak

– Zulaikha

Ubah lah diri menjadi wanita yang rajin dan pembersih. Jika bukan untuk orang lain, lakukan untuk diri sendiri. Tanamkan sifat rajin dalam diri dan jangan sampai penyakit malas memakan diri sendiri

Sumber : IIUMC

Tags: malas

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved