senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Motivasi

5 Tanda Jika Stres Yang Anda Sedang Alami Sudah Ditahap Kronik

leav by leav
October 2, 2018
in Motivasi

Foto ilustrasi - Pexels/Min An

1.2k
SHARES
8
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tekanan stres adalah perkara semulajadi yang berlaku dalam kehidupan. Tekanan stres berlaku akibat bebanan yang ditanggung cukup berat atau tidak sesuai dengan apa yang berlaku seperti yang kita harapkan.

Sekiranya anda tidak sensitif terhadap tekanan stres yang anda alami dan terus berfikir atau tersekat terlalu lama di dalamnya, kesihatan mental anda boleh memberi impak yang besar di penghujungnya. Kenali tekanan stres anda sebelum benar-benar tenggelam di dalamnya.

1. Tekanan stres mula mengganggu kehidupan seharian

Foto ilustrasi – Pexels/Artem Bali

Anda mudah tersinggung dan mudah marah yang menyebabkan hubungan baik anda dengan orang lain terjejas. Dan keadaan sedemikian, ini akan menambah suasana negatif dalam kehidupan seharian anda.

Anda menjadi lemah. Anda rasa malas dan tidak lagi berminat dengan aktiviti atau kerja yang biasanya dilakukan. Anda mempunyai masalah tidur dan kehilangan minat terhadap apapun.

2. Tekanan stres berulang-ulang

Foto ilustrasi – Pexels/Ba Phi

Tekanan stres yang anda alami terus datang di setiap jurang dan ruang. Ini membuatkan anda terus memikirkannya. Ini adalah tanda anda perlu menyesuaikan apa yang perlu difikirkan dengan apa yang perlu anda lakukan.

Pengarang “An Introduction to Stress and Health” dan profesor di Carleton University, Hymie Anisman, mengatakan bahawa tekanan kronik boleh menyebabkan anda tidak dapat menyelesaikan sesuatu untuk menangani sesuatu. Di samping itu, perubahan hormon yang wujud dalam badan akan memberi impak kepada kesihatan anda.

3. Mudah jatih sakit

Foto ilustrasi – Pexels/Tatiana

Semakin anda rasa tertekan, semakin lemah sistem imun badan. Anda sakit lebih cepat dan membuat anda lebih mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan.

4. Kesihatan usus terganggu

Foto ilustrasi – Pexels/Tatiana

Orang yang tertekan selalunya kehilangan selera makan. Menurut penyelidikan Canadian Society of Intestinal Research, mendapati bahawa kehidupan yang tertekan berkait dengan keadaan pencernaan termasuk penyakit radang usus, sindrom usus dan penyakit lain yang serupa.

ADVERTISEMENT

Apabila bakteria usus kita tidak seimbang, ia dapat mengaktifkan sistem lain dengan cara yang tidak kita inginkan, menyebabkan penyakit timbul seperti pedih ulu hati. Apabila banyak berfikir, perut anda sakit betul?

BACA JUGA  Kenapa Lelaki Buncit Selepas Berkahwin?

5. Hadapi tekanan stres dengan cara yang tidak sihat

Foto ilustrasi – Pexels/mentatdgt

Anda berfikir dalam jangka yang pendek dan akan memikirkan cara terpantas untuk menghilangkan tekanan stres anda walaupun hanya seketika. Apapun cara walaupun bahaya anda tidak peduli jika anda boleh menghilangkannya.

Seperti berlumba, mabuk, hubungan bebas atau dadah. Ketahuilah, apa yang anda lakukan hanya mempunyai impak sementara, dan membawa maut dalam jangka panjang.

Jika anda mempunyai satu tanda atau mungkin semua di atas, berjumpa dengan doktor atau pakar psikiatri dengan serta-merta. Jika sukar buat anda, berjumpalah dengan orang yang anda boleh percayai. Luahkan tentang bebanan yang anda rasa seperti kawan-kawan terdekat anda sekiranya anda berada dalam keadaan yang sukar.

ADVERTISEMENT

Ini sudah cukup membantu. Jangan biarkan tekanan stres anda berlanjutan. Perkara yang paling penting adalah anda tidak jatuh ke cara yang salah. Anda pasti berjaya mengatasi tekanan stres anda! Percayalah!

Tags: Stres

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    58 shares
    Share 23 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved