senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Suara Hati Suami Yang Tidak Pernah Disuarakan

leav by leav
June 9, 2017
in Family
Wanita pilih suami lebih muda

Ilustrasi - Foto: Freepik

212
SHARES
70
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jika anda adalah seorang suami, anda boleh tunjukkan artikel ini pada isteri anda. Artikel ini telah berjaya menginspirasi ratusan ribu orang yang membaca. Jika anda adalah seorang isteri, bacalah sebaik-baik jika anda mencintai suami anda. Ramai para isteri menangis setelah membaca ini.

Ada satu fenomena dimana ketika menginjak usia, suamilah yang meninggal dahulu daripada isteri. Entah kerana ketika berkahwin, umur lelaki lebih tua daripada wanita, tetapi ada sebab lain yang menyebabkan lelaki lebih pendek umur daripada wanita.

Ramai menganggap bahawa lelaki lebih kuat daripada wanita, terutama dari dari segi fizikal. Tetapi, mengapa lelaki cenderung lebih pendek umur daripada wanita?

Sebenarnya, lelaki tidaklah sekuat yang kita bayangkan. Mereka juga manusia, boleh rasa sedih, kecewa, murung, tekanan, dan bebanan hidup. Mereka simpan semua di dalam hati. Yang kita lihat hanyalah sisi kuatnya, kerana mereka menyembunyikan apa yang kita anggap “lemah” di mata kita.

Mengapa lebih ramai lelaki yang merokok daripada wanita? Ini kerana wanita cenderung lebih baik dalam menangani stres, seperti luahan perasaan pada kawan baik, membeli-belah, bergosip, menangis dan lain-lain. Dalam norma sosial, wanita lebih dibenarkan untuk menunjukkan sisi lemahnya berbanding lelaki. Wanita menangis itu wajar dan perlu dikasihani, tetapi lelaki tidak boleh menangis.

Apalagi setelah berkeluarga, tekanan lelaki menjadi semakin besar. Sebagai ketua keluarga, dia harus selalu tampil sebagai figura yang kuat di depan isteri dan anak-anaknya. Wanita apabila sudah berkahwin tetap boleh mencurahkan isi hatinya kepada suami, orang tua atau kawan baiknya. Emosinya jadi lebih mudah tersalur sehingga membuat wanita lebih panjang umur daripada lelaki.

Bagaimana caranya agar suami juga boleh panjang umur? Apakah ada cara untuk meringankan beban/stres yang dipikul? Ya, ada!

BACA JUGA  "The Standard Is Really High," - Dr Sheikh Muszaphar Akui Silibus Subjek BM Sukar
Foto ilustrasi – dramafever.com

Pertama, seboleh mungkin ciptakanlah persekitaran rumah yang hangat dan santai, sehingga ketika suami pulang bekerja, dia boleh bersantai dan berehat dengan baik. Janganlah bertengkar mulut hanya kerana masalah urusan rumah tangga. Asal ada pembahagian kerja yang baik, tidak akan jadi masalah. Apabila suami isteri sibuk bekerja, carilah pembantu untuk meringankan beban kerja rumah, dengan begitu semua orang boleh berehat.

ADVERTISEMENT

Kedua, apabila suami menemui kesukaran di luar sana, walaupun pulang dia tidak berkata apa-apa, sebagai isteri cubalah memberinya perhatian. Masaklah makanan kesukaannya, hiburkan dia dengan cerita lucu atau sekurang-kurangnya jangan mengomel atau membuat muka cencaru basi. Setelah dia rasa lebih baik, anda boleh berbincang apa masalahnya dan mencari penyelesaiannya.

Sekalipun dia tidak ingin mengatakan yang sebenarnya atau tidak ingin mengungkit masalah yang dia hadapi, tetaplah berusaha untuk menghiburnya sampai dia mahu berbicara. Sekurang-kurangnya, sebagai isteri seharusnya membantu meringankan beban suami. Perhatian dan kelembutan isteri adalah ubat terbaik bagi suami.

Jika suami buat kesalahan, jangan gunakan emosi atau nada marah kerana hanya akan berakhir pada pertengkaran. Yang boleh anda lakukan adalah bersabar dan memaafkannya, demi menjaga perasaan juga keharmonian keluarga. Boleh dikatakan, persoalan yang paling memeningkan kepala pasti tidak lepas dari soal wang dan pekerjaan. Kalau bukan, mungkin konflik dengan orang lain atau dimarahi pihak atasan.

Kalau yang anda inginkan adalah hidup bahagia bersama suami sampai tua, yang paling penting sebenarnya bukanlah kekayaan atau berkuasanya suami anda. Ingat! Rezeki sudah ada yang mengatur. Yang paling penting adalah kesihatan. Kesihatan merupakan kejayaan yang paling penting. Rezeki boleh dicari, tetapi tubuh yang sihat tidak boleh dibeli dengan harta semahal apapun.

ADVERTISEMENT

Ketiga, pujuklah suami anda untuk tidak merokok atau minum minuman beralkohol. Sedarkan dia akan pentingnya kesihatan. Bila dia tidak memikirkan dirinya sendiri, sekurang-kurangnya fikirkanlah anda isterinya, juga anak-anak. Bila tidak ingin lebih cepat berpisah dengan keluarga, berhentilah merokok.

BACA JUGA  Ini Caranya Halang Suami Nikah Lagi

Keempat, bila anda terpaksa harus tinggal bersama mertua, usahakan agar hubungan anda dengan mertua boleh harmoni dan berjalan dengan baik, kerana jika berlaku pertengkaran, yang paling sengsara adalah suami anda. Dia diapit di tengah, di satu sisi isterinya sendiri, di sisi lain orang tuanya sendiri, dia tidak tahu harus membela siapa kerana kedua-dua adalah orang yang penting baginya. Tekanannya pasti akan rasa sangat luar biasa.

Jika anda boleh melakukan 4 mata di atas, yang berikut ini akan rasa lebih mudah.

Jika anda mencintai suami anda, jangan biarkan dia makan makanan bergoreng. Masaklah makanan berkuah, sayur-sayuran. Dengan mengambil makanan yang sihat, anda akan menyedari jika dulunya suami yang sering tidur, mengantuk, lesu, tiba-tiba menjadi lebih bertenaga dan bersemangat!

Ajaklah suami bersenam bersama-sama, seperti marathon, berjalan cepat, berbasikal, dan lain-lain. Anda juga boleh mengajaknya berjalan di pusat membeli belah, itu juga termasuk. Perut suami yang semakin membuncit selepas berkahwin itu pasti akan jadi kempis dan dan bertenaga sehingga boleh menggendong anda seperti dulu!

Dari perkara kecil seperti ini, suami anda akan sedar bahawa anda benar-benar tulus menyayanginya, dia akan lebih memberi perhatian kepada kesihatannya dan lebih giat lagi untuk membuat anda bahagia. Isteri tidak pernah memberikan dia bebanan, malah mengurangkan bebannya. Dia akan sangat berterima kasih pada anda.

Kita harus sedar bahawa yang boleh menemani kita sampai ke akhir kehidupan bukanlah anak kita atau orang tua kita, melainkan pasangan kita. Merekalah yang akan mendampingi kita seumur hidup, sampai rambut berubah menjadi putih, wajah penuh dengan kedutan, tangan bergemetar.

Ketika kita hidup sampai umur 70, 80, 90 tahun masih tetap ada pasangan yang menemani, tentunya kita tidak akan rasa kesepian. Anak kita mungkin sudah besar, sudah berkeluarga, mempunyai kehidupannya sendiri, tidak mungkin boleh selalu tinggal di sisi kita menemani kita.

BACA JUGA  Memakai Cincin Ketika Hamil Boleh Menyebabkan Kesakitan Luar Biasa

Ketika itulah kita semua akan sedar, bahawa seberapa banyak harta dan kejayaan tidak boleh menggantikan seorang suami yang tulus mencintai kita dan menemani kita sampai ke akhirat. Seberapa mahal make-up atau hadiah yang diberikan untuk kita, tidak dapat dibandingi dengan tangan suami yang memimpin kita melihat matahari terbenam.

Jika anda mencintai suami anda, lakukanlah sekarang juga, lebih cepat, lebih baik. Masa tidak menunggu sesiapa. Apabila seseorang menyimpan begitu banyak beban, suatu hari pasti akan meletup juga. Hari demi hari jangan lupakan juga kesihatan anda sendiri. Kesihatan dan kebahagiaan suami isteri adalah kunci panjang umur dan keharmonian berkeluarga. Semoga anda berjaya!

Sumber: Dailymail

Tags: suami

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved