senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Kesan Negatif Menangis & Bersedih Waktu Mengandung

leav by leav
April 5, 2018
in Kesihatan

Foto Ilustrasi

4.7k
SHARES
18
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Rasa gelisah, risau, rasa sedih yang berpanjangan, mahupun rasa mahu membunuh diri. Jika mempunyai perasaan ini, dicadangkan agar wanita mengandung yang mengalami kemurungan sederhana harus ditawarkan rawatan kaunselling.

Sebabnya, diwaktu mengandung bukan setakat apa yang ibu makan dan minum akan diperolehi oleh bayi dalam rahim tetapi juga emosi ibu itu sendiri. Emosi bakal ibu emosi turut memainkan peranan penting terhadap tumbesaran bayi dalam kandungan.

Apa yang dirasakan bayi sewaktu di dalam kandungan boleh memberi kesan kepada bayi. Itu antara sebab mengapa ramai selalu berpesan terutama terhadap bakal ibu yang sedang mengalami kedukaan agar jangan terlalu mengikut perasaan, ingat anak dalam kandungan.

Menurut kajian Psychological Science, janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.

Foto ilustrasi

Berikut ini antara kesan yang boleh berlaku ke atas bayi sekiranya emosi ibu kerap terganggu sepanjang hamil.

1. Kadang kala ibu hamil juga ada mengalami stres yang ringan sekali-sekala. Jangan risau, kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi tetapi awas sekiranya ibu kerap mengalami stres teruk diikkuti tekanan kerana kesan buruk akan terjadi kepada emosi bayi kelak.

2. Ibu yang terlalu kerap stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang akan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.

3. Tubuh ibu hamil yang stres akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi ibu tidak melalui plasenta, tetapi hormon akan melaluinya. Jadi, bila ibu stres maka hormon stres yang diterima janin juga semakin banyak.

ADVERTISEMENT

4. Kemurungan sewaktu hamil biasanya hampir sama dengan selepas bersalin. Dikatakan 10% ibu hamil mengalami tekanan tersebut tetapi yang perlu dipantau adalah kesannya kepada janin yang dikandung.

BACA JUGA  6 Cara Sembuhkan Luka Bersalin Dalam 2 Minggu Sahaja

5. Bayi yang lahir daripada ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih besar untuk mengalami tekanan apabila mencecah usia 18 tahun dan boleh mengalami gangguan emosi seperti perilaku agresif.

6. Selain tekanan, ibu hamil yang ada menyimpan perasaan dendam atau benci terhadap seseorang turut boleh memberi kesan buruk kepada bayinya. Ibu yang tidak rapat dengan bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anak mengalami gangguan emosi.

Ingatlah bakal ibu, apabila hamil bermakna anda perlu mengambil kira banyak perkara. Bukan hanya perlu jaga apa makanan dan minuman yang diambil tetapi emosi diri juga perlu dijaga. Elakkan daripada sering bersedih dan tertekan kerana ia memberi kesan besar terhadap emosi bayi yang bakal lahir.

ADVERTISEMENT

Sumber: Majalah PaMa

Tags: ibu

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved