senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Tempat Menarik Di Temerloh Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
April 18, 2024
in Travel
tempat menarik temerloh 1
99
SHARES
9.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik di Temerloh untuk kanak kanak
  • 2. Tempat makan best di Temerloh
  • 3. Air Terjun di Temerloh
  • 4. Pasar pagi Temerloh
  • 5. Mini zoo Temerloh
  • 6. Taman di Temerloh
  • 7. Tempat menarik di Temerloh untuk family day
  • 8. Tempat menarik di Jengka
  • 9. Homestay di Temerloh
  • 10. Tempat makan menarik di Temerloh
  • 11. Tempat pemuliharaan hidupan liar di Temerloh
  • 12. Sungai di Temerloh
  • 13. Tempat menarik di Lanchang Temerloh
  • 14. Gunung di Pahang
  • 15. Tempat jogging/beriadah di Temerloh
  • 16. Tempat menarik untuk bergambar di Temerloh
  • 17. Hotel di Temerloh

Di mana sebenarnya tempat menarik di Temerloh, bandar yang terletak di dalam negeri Pahang?

Terletak kira-kira 130 kilometer dari Kuala Lumpur melalui jalan utama Kuantan-Kuala Lumpur, Temerloh adalah bandar kedua terbesar di Pahang selepas Kuantan.

Bandar Temerloh terkenal dengan menu ikan patin, Taman Negara Endau-Rompin dan lain-lain lagi.

Senarai tempat menarik di Temerloh Pahang

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meneroka keunikan Temerloh Pahang, dan pastikan anda melawat semua tempat menarik di Temerloh yang akan kami senaraikan di bawah. Selamat bercuti!

Taman Rekreasi Wadi Al-amin

1 Tempat menarik di Temerloh untuk kanak kanak

Alamat:  Kolam Al Wadi ( Maahad tahfiz ), Kampung Berhala Gantang Temerloh, 28000

Telefon: 0179137973

ADVERTISEMENT

Bagi yang ingin berenang dalam suasana yang lebih selesa, Wadi Al-Amin – Kolam Mandi Tahfiz Berhala Gantang adalah pilihan yang tepat. 

Ini kerana tempat menarik Temerloh ini menawarkan kolam renang berasingan untuk lelaki dan wanita. Pastikan anda menjaga aurat walaupun di dalam kolam renang ini. 

Terdapat juga kolam renang kanak-kanak dan peluang untuk memancing ikan. Selepas penat bermain air, anda boleh mencari makanan dan minuman yang dijual di sini. Jom berseronok bersama keluarga!

Waktu Operasi: 

ADVERTISEMENT
  • Selasa – Jumaat (3.00pm – 6.30pm) 
  • Sabtu & Ahad, Cuti Umum (9.00am – 6.30pm) 
  • Cuti Sekolah (10.00am – 6.30pm)
Semak Harga

Vanilla Temerloh

2 Tempat makan best di Temerloh

Alamat: lot 2231, Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang

Tel: 0172774174

Vanilla Temerloh

Nak lepak di tempat yang unik dan menarik? Jom ke Amani Vanilla Temerloh!

Kafe ini terletak di dalam ladang vanila yang menghijau, suasananya sangat menyegarkan!

Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan sedap seperti ubi kayu, waffle dan aiskrim vanilla yang diperbuat daripada pure vanila organik ditanam sendiri.

Selain menjamu selera, anda turut boleh bergambar dengan arnab-arnab comel, belajar cara menanam dan memproses vanila.

Sudah tentu, kafe ini mempunyai banyak sudut menarik untuk anda bergambar dan bolehlah kongsikan di Instagram nanti.

Bagi yang ingin menghilangkan dahaga dengan coconut shake di Temerloh, boleh juga singgah ke Hogoh De Coco!

Semak Harga

Air Terjun Lata Bujang

3 Air Terjun di Temerloh

Alamat: Air Terjun Lata Bujang

Telefon: N/A

air terjun lata bujang di temerloh
Sumber foto: google map

Air terjun Temerloh ini terletak di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang.

Selain daripada mandi-manda di air terjun, pengunjung juga berpeluang untuk berkelah atau sekadar mengambil gambar keindahan alam semula jadi.

Kawasan perkhemahan Lata Bujang juga terletak berhampiran air terjun ini, jadi sesuai untuk pengunjung yang ingin camping di hutan bersama rakan-rakan.

Semak Harga

Pekan Sehari Temerloh

4 Pasar pagi Temerloh

Alamat: Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Terkini

Telefon: N/A

pekan-sehari-di-temerloh
Sumber foto: Instagram @Sahku

Apabila anda mengunjungi pasar tani Temerloh ini, anda akan melihat peniaga menjual pelbagai jenis ikan air tawar, sayur-sayuran kampung, kuih muih tradisional, dan barangan harian lain.

Semestinya ikan patin wajib beli di Pekan Sari Temerloh. Pasar ini beroperasi setiap hari Ahad, bermula dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari.

Malah, pengunjung berpeluang untuk menikmati pemandangan indah Sungai Pahang yang melintasi sepanjang laluan pasar awam Temerloh ini.

Selain daripada Pasar Temerloh, terdapat juga Pekan Sehari Jerantut, Pekan Sehari Pekan Pahang, dan Pekan Sehari Kuala Krau yang menarik untuk dilawati.

Semak Harga

Deerland Park Lanchang

5 Mini zoo Temerloh

Alamat: Deerland Park Lanchang, Pahang

Telefon: 013-988 1345

taman rusa lanchang di temerloh
Sumber foto: Facebook @deerlandparklanchang

Jom bermain dengan haiwan selepas melihat kehijauan dan keindahan flora. Rusa adalah tarikan utama di Zoo Lanchang, berdekatan dengan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.

Selain itu, terdapat juga sebuah mini zoo di sini dengan pelbagai haiwan seperti hamster, itik, arnab, ular, dan lain-lain lagi.

Pasti kanak-kanak akan menyukai pengalaman di Taman Rusa Temerloh Pahang ini. Pengunjung juga boleh memberi makan rusa dengan bayaran masuk yang berpatutan.

Bagi mereka yang mempunyai lebih masa, adalah disyorkan untuk melawat kedua-dua tempat menarik Temerloh ini pada hari yang sama semasa jalan-jalan di Temerloh.

Dengan menempah satu tiket je di bawah, anda juga boleh melawat Taman Deerland, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, kampung orang asli, makan tengah hari dan dapat pengangkutan pergi balik! Jimat masa, tiada risau!

Semak Harga

Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab

6 Taman di Temerloh

Alamat: Jalan Pintasan Temerloh – Mentakab, 28400 Mentakab, Pahang

Telefon: –

Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab
Sumber foto: google map

Pengunjung dari Mentakab boleh meluangkan masa di Taman Rekreasi Tasik Chatin.

Tempat ini sesuai untuk rehat bersama keluarga dengan kemudahan seperti tandas awam, taman permainan, tempat senaman, tempat rehat yang selesa, dan gerai makanan.

Anda juga boleh berjoging pada waktu pagi dan petang, sambil menikmati pemandangan semula jadi. Tempat menarik Temerloh ini juga tidak terlalu panas kerana dilindungi oleh banyak pokok-pokok tinggi.

Semak Harga

Taman Tema Air Kubang Gajah

7 Tempat menarik di Temerloh untuk family day

Alamat: NO 1, TAMAN AWAM KUBANG GAJAH, 28000 Temerloh, Pahang

Telefon: 019-324 7782

Kubang Gajah Waterpark di temerloh
Sumber foto: pdttermerloh

Taman Tema Air Kubang Gajah (Kubang Gajah Waterpark) ini terletak berhampiran Masjid Baru Temerloh Pahang.

Harga harga tiket Kubang Gajah Waterpark 2023 hanya RM10 untuk kanak-kanak, manakala dewasa RM12.

Anda juga boleh mandi-manda, bersantai dan berendam bersama keluarga tersayang. Pengunjung juga dialu-alukan untuk berkelah di sini dan membawa makanan dari luar.

Walaupun Kubang Gajah Waterpark Temerloh Pahang ini tidak semengah Taman Tema Air Sunway Lagoon, namun anak-anak anda pasti akan gembira dan seronok bermain air di sini.

Semak Harga

Pusat Pemuliharaan Seladang

8 Tempat menarik di Jengka

Alamat: Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang

Telefon: N/A

Pusat Pemuliharaan Seladang
Sumber foto: google map

Seladang antara spesies terancam pada hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Pusat Pemulihan Seladang di Felda Jenderak, tempat di mana usaha pemulihan dan pemeliharaan spesies ini berlaku.

Anda juga dapat menyentuh dan melihat seladang yang telah dijinakkan dengan lebih dekat sambil berjalan di sekitar ladang di mana mereka semua ditempatkan.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Alor Setar Yang Popular

Jangan risau tentang keselamatan anda, kerana ladang ini dipagari dengan besi berat.

Semak Harga

Kampungstay Desa Murni

9 Homestay di Temerloh

Alamat: Lot 1674 Jalan Homestay Desa Murni, 28020 Temerloh, Pahang

Telefon: 09-284 7949

homestay murah di temerloh
Sumber foto: Facebook @kampungstaydesamurni

Kalau anda mencari homestay di Temerloh ada kolam renang, KampungStay Desa Murni adalah pilihan yang tepat.

Lokasinya yang dikelilingi oleh alam semula jadi sangat sesuai untuk percutian keluarga atau team building korporat.

Mereka menawarkan rumah kampung tradisional yang boleh memuatkan sehingga 20 orang dan apa yang paling menarik terdapat sebuah swimming pool di hadapan homestay Temerloh ini.

Selain itu, terdapat juga pilihan penginapan berbentuk kabin untuk kumpulan yang lebih kecil serta pakej keluarga dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook homestay ini atau lihat peta Temerloh.

Semak Harga

Gobang Maju Patin Tempoyak

10 Tempat makan menarik di Temerloh

Alamat: Gobang Maju Patin Tempoyak, Kampung Raja, 28000 Temerloh, Pahang

Telefon: 019-956 9696

Gobang Maju Patin Tempoyak di temerloh
Sumber foto: Facebook @GobangMajuTol

Gobang Maju Temerloh ini adalah tempat paling popular untuk menikmati hidangan patin tempoyak di Temerloh, Pahang.

Terletak di bawah pokok dan tepi Sungai Pahang, tempat makan Temerloh ini menawarkan pelbagai hidangan termasuk udang galah, nasi kerabu, ABC, cendol, pencuci mulut, dan banyak lagi.

Mereka beroperasi dari 10 pagi hingga 9.30 malam, dan pelanggan boleh memgambil hidangan sendiri menggunakan sistem tol dan self-service.

Selain Gobang Maju Temerloh, anda juga boleh merasai ikan patin tempoyak di Restoran Claypot Patin Tempoyak, Selera Patin Bangau Temerloh dan Kancil Raja Patin Temerloh.

Semak Harga

Krau Wildlife Reserve

11 Tempat pemuliharaan hidupan liar di Temerloh

Alamat: Krau Wildlife Reserve, Lanchang, Pahang

Telefon: N/A

Krau Wildlife Reserve di temerloh
Sumber foto: google map

Krau Wildlife Reserve merupakan salah satu tarikan pelancong yang disyorkan untuk pengunjung ke Temerloh.

Terdapat banyak koleksi flora dan fauna yang menarik untuk dilihat apabila anda mengunjungi tempat percutian di Temerloh ini.

Dengan melawat Pemuliharaan Hidupan Liar Krau atau Krau Wildlife Reserve, anda dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan meredakan tekanan serta keletihan.

Semak Harga

Esplanade Temerloh

12 Sungai di Temerloh

Alamat: Esplanade Temerloh (Waterfront), Pahang

Telefon: N/A

Esplanade Temerloh (Waterfront) di temerloh
Sumber foto: tripadvisor

Taman Esplanade Temerloh terletak berhampiran Dataran Patin, yang berkonsepkan waterfront di kedua-dua sungai Pahang dan Semantan.

Papan tanda ikonik TEMERLOH adalah tarikan yang wajib dilihat oleh pengunjung ketika mereka datang ke sini.

Selain bersantai di tepi sungai Temerloh, anda juga boleh menyewa bot untuk menyelusuri sungai. Tempat ini sangat bagus untuk melepak terutama pada waktu petang.

Terdapat juga gerai makan nasi berlauk berhampiran, dan jambatan gantung menghubungkan Esplanade Temerloh dan Dataran Patin.

Semak Harga

Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre

13 Tempat menarik di Lanchang Temerloh

Alamat: Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre, 28500 Lanchang, Pahang

Telefon: 013-908 8207

Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre
Sumber foto: Facebook @elephantcentreMalaysia

Kuala Gandah adalah destinasi yang mesti dikunjungi oleh keluarga yang melancong dengan anak-anak. Paling penting, tempat menarik Temerloh ini percuma!

Selain melihat gajah secara dekat di Kuala Gandah, pengunjung juga berpeluang memberikan makanan kepada gajah serta mengambil gambar bersama gajah.

Jika anda ingin mendekati gajah, tempat perlindungan gajah ini antara tempat terbaik di semenanjung Malaysia selain dari Kenyir Elephant Conservation Village.

Nak lawat tempat ni dari KL tapi tak tahu nak mula dari mana? Jangan risau, tempah je pakej lengkap yang menjimatkan masa dan tenaga anda kat bawah!

BACA JUGA  22 Tempat Menarik Di Genting Highland Terkini

Dari melihat gajah, rusa dan kampung orang asli, ditambah dengan makan tengah hari dan pengangkutan pergi balik, semuanya tersedia dengan hanya satu tiket!

Semak Harga

Gunung Senyum

14 Gunung di Pahang

Alamat: Gunung Senyum, Pahang

Telefon: N/A

hutan lipur gunung senyum
Sumber foto: pahang tourism

Jelajah Gunung Senyum dan teroka gua-gua indah di Temerloh. Gunung Senyum, juga dikenali sebagai Hutan Lipur Gunung Senyum, sesuai untuk aktiviti lasak dan aktiviti outdoor.

Anda dapat menjelajah hutan, mendaki gunung, dan berkhemah di kawasan perkhemahan berhampiran. Gunung Senyum ini berusia lebih kurang 3,000 tahun terletak di Hutan Simpan Jengka Kuala Krau.

Terdapat 25 gua menarik yang boleh ditemui di hutan lipur ini, antaranya Gua Terang Bulan, Gua Kolam Tujuh, Gua Makam Tong Long dan banyak lagi. Sila rujuk Gunung Senyum Wikipedia untuk maklumat lanjut.

Semak Harga

Taman Tasik Bandar Temerloh

15 Tempat jogging/beriadah di Temerloh

Alamat: Taman Tasik Bandar Temerloh, Pahang

Telefon: N/A

taman tasik bandar temerloh
Sumber foto: Instagram @YeenAzhar

Taman Tasik Bandar Temerloh adalah taman kehijauan yang terletak berhampiran bandar Temerloh.

Tempat menarik Temerloh ini sangat mesra pengguna dan menjadi destinasi popular penduduk setempat untuk aktiviti riadah berjoging, berbasikal, dan berkelah pada waktu pagi atau petang.

Selain itu, terdapat kemudahan seperti tasik, laluan trek, taman permainan, tandas awam, tempat duduk, lapangan ‘skateboard,’ dan jambatan pendek yang menarik untuk outdoor photoshoot / garden wedding.

Semak Harga

Titik Tengah Semenanjung

16 Tempat menarik untuk bergambar di Temerloh

Alamat: Kampung Woh, 28500 Lanchang, Pahang

Telefon: 09-290 1477

Monumen Titik Tengah Semenanjung
Sumber foto: aimanabdullah.com

Jika anda bercuti di Temerloh, anda harus pergi ke monumen ini yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, di jalan lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

Monumen ini telah dirasmikan pada tahun 2019 dan merupakan tempat menarik untuk mengambil gambar serta merasai kehadiran di tengah-tengah Malaysia.

Seperti Tanjung Piai di Johor yang menjadi mercu tanda penghujung Malaysia, monumen ini pula merupakan mercu tanda titik tengah semenanjung Malaysia di negeri Pahang.

Tempat menarik ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, setiap hari kecuali hari jumaat.

Semak Harga

Merrinton Hotel Temerloh

17 Hotel di Temerloh

Alamat: NO 29 & 31 JALAN DAGANG 1 DYNATON, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang

Telefon: N/A

merrinton hotel terbaik di temerloh
Sumber foto: agoda.com

Hotel Merrinton Temerloh merupakan pilihan penginapan popular di Temerloh.

Malah, hotel terbaik di Temerloh ini terletak di pusat membeli-belah dengan bilik yang selesa dan kemudahan seperti Air Cuckoo dan Wifi percuma.

Anda boleh menemui pelbagai restoran di kawasan hotel Temerloh murah ini seperti Rotarium Buffet Steamboat dan Shell Eat.

Selain itu, hotel bajet di Temerloh ini dekat dengan tempat makan, masjid daerah, jalan ke Esplanade dan Taman Tema Air Kubang Gajah.

Anda juga boleh membuat tempahan penginapan untuk hotel menarik di Temerloh ini bawah!

Kadar purata semalam: RM 103

Review:

“Setakat ini hotel ini adalah yang terbaik. Sangat bersih dan perkhidmatan pelanggan sangat baik. Terima kasih. Nanti insyaAllah saya datang lagi. Tempat itu sangat dekat dengan pasar minggu dan pasar karat.”

Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: pahangtemerlohtempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved