senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

19 Tempat Menarik Di Pahang Untuk Bercuti

Nora by Nora
June 28, 2024
in Travel
tempat menarik pahang
85
SHARES
8.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat pelancongan di Pahang yang paling popular
  • 2. Tempat menarik di Jengka Pahang
  • 3. Aktiviti outdoor di Pahang
  • 4. Air terjun Pahang
  • 5. Tempat menarik di Sungai Lembing
  • 6. Tempat menarik di Pekan Pahang
  • 7. Tempat menarik di Bentong
  • 8. Tempat mandi di Pahang
  • 9. Tempat bersejarah di Pahang
  • 10. Tempat menarik untuk kanak kanak di Pahang
  • 11. Masjid di Pahang
  • 12. Tempat melepak popular di Kuantan
  • 13. Pulau di Pahang
  • 14. Tempat menarik di Kuala Lipis
  • 15. Tempat menarik di Muadzam Shah
  • 16. Tempat menarik di Jerantut
  • 17. Tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang
  • 18. Chalet tepi pantai Kuantan
  • 19. Pantai di Pahang

Bayangkan sebuah negeri di mana keindahan alam semula jadi menjelma dalam setiap sudut pemandangan.

Itulah Pahang, permata tersembunyi di pantai timur Malaysia yang menanti untuk anda terokai.

Tanah tinggi Cameron Highlands, Genting Hingland dan Bukit Fraser antara keistimewaan negeri Pahang.

Selain tanah tinggi yang menawan, negeri ini juga menyimpan khazanah lain yang menanti untuk diteroka.

Antaranya gua-gua yang menyimpan keajaiban, gunung-ganang yang menjulang tinggi, tasik biru jernih, serta pantai yang menenangkan, semuanya hadir untuk memenuhi setiap impian percutian anda.

Tempat percutian di Pahang

Jadi, apa tunggu lagi? Kemas beg anda dan bersiap sedia untuk percutian penuh makna di Pahang Darul Makmur.

Kami jamin, setiap saat di sini akan menjadi kenangan yang terpahat di hati!

ADVERTISEMENT

Cameron Highlands

1 Tempat pelancongan di Pahang yang paling popular

Alamat: Cameron Higlands, Pahang

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram alisssaa_

ADVERTISEMENT

Di Cameron Highlands, anda boleh menikmati perladangan teh yang terbentang luas, serta meneroka kebun-kebun buah dan sayur yang subur.

Suasana tenang dan iklim sejuk di sini menawarkan suasana yang sempurna untuk berehat dan merehatkan diri.

Antara tarikan popular di Cameron Highlands termasuklah Hobbitoon Cameron Highland, Cactus Valley, The Sheep Sanctuary, Lavender garden Cameron Highland dan banyak lagi.

Semak Harga

Jengka Wonderland

2 Tempat menarik di Jengka Pahang

Alamat: PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, Bandar Jengka, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

Tel: 019-932 7987

jengka-wonderland-di-pahang
Sumber foto: google map

Jengka Wonderland Bandar Tun Razak Pahang ini menyediakan pelbagai jenis permainan seperti kolam pantai berombak, gelongsor, dan juga sungai sepanjang 500 meter.

Rumah hobbit Jengka Wonderland dan unsur fantasi yang terang ini juga menarik minat kanak-kanak.

Selain itu, bot kayuh juga boleh digunakan secara percuma di Jengka Wonderland. Tiket Jengka Wonderland untuk dewasa RM18 manakala kanak-kanak RM15.

Anda juga boleh menginap di hotel berdekatan Jengka Wonderland.

Malah, Jengka Wonderland tidak seperti taman tema air lain, membolehkan pengunjung membawa makanan mereka sendiri dan merasai suasana berkelah bersama keluarga.

Semak Harga

Taman Negara Pahang

3 Aktiviti outdoor di Pahang

Alamat: 27000 Kuala Tahan, Pahang

Tel: N/A

taman negara pahang
Sumber foto: google map

Taman Negara Pahang menampilkan salah satu hutan hujan tertua di dunia dengan laluan pejalan kaki kanopi, formasi gua batu yang luar biasa, dan sungai yang berliku serta pemandangan hutan rimba.

Anda boleh berjalan melalui laluan pejalan kaki kanopi puncak pokok, melawat gua dengan formasi batu yang luar biasa dan koloni kelawar, atau menaiki bot menyusuri sungai yang berliku.

Harimau Malaysia, gajah India, badak sumbu, dan harimau bintang tinggal di dalam hutan, tetapi mereka jarang keluar mendekati pelancong. Selain itu, anda mungkin akan melihat kera pemakan ketam, cicak, ular, burung, kelawar, serangga dan lintah.

Untuk pengembaraan yang lebih pendek, pengunjung boleh melalui laluan pejalan kaki dan kanopi berhampiran ibu pejabat taman negara. Anda boleh berkhemah dan menerokai hutan belantara dengan pemandu selama beberapa hari.

Semak Harga

Air Terjun Lentang

4 Air terjun Pahang

Alamat: Karak Expy, Lentang, Bentong, Pahang

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Pasir Mas Kelantan Untuk Disinggah

Tel: N/A

air terjun chamang di pahang (1)
Sumber foto: Instagram @neo_syahirannn

Lokasi air terjun yang cantik ini boleh ditemui di puncak Hutan Lipur Lentang, Bentong.

Selain itu, air terjunnya sangat jernih dan menyegarkan seperti Air Terjun Lata Bujang. Memanggang ikan di tepi sungai juga merupakan cara terbaik untuk berkelah.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa anda perlu lebih-lebih berhati-hati terutama pada musim hujan. Air boleh menjadi sangat berat dengan cepat.

Semak Harga

Air Terjun Pelangi Pahang

5 Tempat menarik di Sungai Lembing

Alamat: Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Tel: N/A

air terjun pelangi (1)
Sumber foto: google map

Air terjun terkenal ini terletak 16 km dari Pekan Sungai Lembing dan anda akan melalui Bukit Panorama Kuantan untuk sampai ke sini.

Anda memerlukan kenderaan luar jalan 4X4 atau mencari pemandu pelancong yang bertauliah dan masa yang tepat untuk melihat pelangi.

Ramai pelancong yang gemar aktiviti adventure datang untuk melihat pemandangan hutan rimba dan air terjun yang dihiasi keindahan pelangi.

Perjalanan ke air terjun ini sangat mencabar dan kebiasaanya pelancong akan bermalam di tapak perkhemahan dan keesokannya mereka akan meredah hutan untuk ke sana.

Anda juga berpeluang melihat sunset. Selain itu, Air Terjun Pelangi adalah tempat yang terbaik untuk menyejukkan badan selepas meredah hutan.

Anda juga boleh berenang, bergambar atau merenung menghargai fenomena alam itu.

Semak Harga

Muzium Pahang (Muzium Sultan Abu Bakar)

6 Tempat menarik di Pekan Pahang

Alamat: Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang

Tel: 09-422 1371

muzium-sultan-abu-bakar
Sumber foto: muziumpahang.com

Struktur ini dibina pada tahun 1920-an dan digunakan untuk pelbagai tujuan sebelum ditukar kepada muzium pada tahun 1976. Jika anda ingin mengetahui sejarah diraja Pahang, anda boleh memulakan lawatan ke Muzium Pahang.

Di samping itu, muzium di pekan ini mempamerkan banyak koleksi barangan seramik Cina purba dan kaca yang digunakan sebelum ini oleh bekas sultan Pahang.

Muzium Diraja Abu Bakar dilengkapi dengan sambungan WiFi, skrin televisyen definisi tinggi dan skrin sentuh yang dipasang di meja serta dinding.

Semak Harga

Air Terjun Chamang

7 Tempat menarik di Bentong

Alamat: 68, 28750 Bentong, Pahang

Tel: N/A

air terjun chamang
Sumber foto: wikipedia

Perjalanan ke Air Terjun Chamang dari bandar Bentong mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Selain itu, air terjun ini menjadi tumpuan pengunjung untuk bermandi-manda kerana airnya yang bersih dan jernih.

Anda boleh melihat air terjun yang besar di bahagian atas dan boleh berendam serta mandi-manda di bawah air terjun itu.

Namun bergitu, anda perlu berhati-hati kerana sebahagian kawasannya agak dalam dan memerlukan anda pandai berenang untuk mandi.

Apabila membawa anak-anak, pilihlah tempat yang cetak dan selamat.

Semak Harga

Air Terjun Sungai Pandan

8 Tempat mandi di Pahang

Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang

Tel: 016-922 4777

air terjun sungai pandan
Sumber foto: 1duniaanakku.blogspot.com

Pengunjung boleh mandi-manda di air terjun Pahang ini yang terletak di Kuantan.

Air terjunnya sangat cantik dan jalan untuk masuk ke air terjun ini berhampiran kem tentera.

Selain itu, airnya cetak dan anda boleh mandi di bawah air terjun tetapi berhati-hati kerana terdapat kawasan yang mempunyai mendapan tanah di dasar sungai.

Anda juga boleh memilih untuk mandi di tingkat air terjun yang anda suka.

Air Terjun Sungai Pandan jugak tersenarai antara air terjun tercantik di Malaysia! (oleh TripAdvisor)

Semak Harga

Muzium Sungai Lembing

9 Tempat bersejarah di Pahang

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Tel: 09-541 2378

muzium sungai lembing
Sumber foto: Jabatan Muzium Malaysia

Muzium Sungai Lembing menceritakan sejarah bandar Sungai Lembing yang pernah menjadi bandar maju.

BACA JUGA  Masjid Al-Zhahir Baybars Yang Ditutup 225 Tahun, Kini Dibuka Semula

Selain itu, Muzium Sungai Lembing mempunyai koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah.

Sungai Lembing pernah digelar El Dorado of the East kerana menjadi bandar terkaya di Pahang suatu ketika dahulu.

Sejarah Muzium Sungai Lembing dikatakan bermula dari banglo pengurus perlombongan British yang digunakan semula sebagai muzium.

Memandangkan muzium ini terletak di atas bukit, anda boleh berehat dan menikmati kehijauan. Harga tiket Muzium Sungai Lembing hanya RM2.

Selepas itu, pengunjung boleh ke Terowong Muzium Sungai Lembing atau Jambatan Gantung Kolong Pahat yang berdekatan.

Semak Harga

Mini Zoo Taman Teruntum

10 Tempat menarik untuk kanak kanak di Pahang

Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Tel: 09-560 1112

mini zoo kuantan atau zoo mini teruntum di pahang
Sumber foto: pelbagai

Taman dinosaur Kuantan ini tidaklah sebesar zoo yang lain, namun mampu memberi kepuasan dan keseronokan kepada anak-anak.

Mereka juga dapat mengenal haiwan dan melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Mini zoo Kuantan ini telah diubah menjadi zoo hibrid pertama di Malaysia untuk menarik pengunjung bercuti di Pahang.

Tempat best di Pahang ini juga mempunyai hobbit house Kuantan dan haiwan hidup seperti unta, burung merak dan banyak lagi.

Harga tiket mini zoo taman teruntum ini RM25 untuk dewasa, manakala kanak-kanak RM22.

Semak Harga

Muzium Masjid Sultan Abdullah

11 Masjid di Pahang

Alamat: Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang

Tel: 09-422 1371

muzium masjid sultan abdullah
Sumber foto: Instagram @tom_saisi

Masjid ketiga di Pekan ini, yang pada pandangan pertama menyerupai Taj Mahal. Dengan kolam segi empat tepat di hadapan halaman, masjid ini berdiri tersergam indah dengan kemegahan penuh putih.

Lokasi ini juga mempunyai artifak Muslim untuk membantu orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang budaya mereka. 

Anda juga boleh mengambi gambar menarik dan belajar sejarah Islam. Selepas itu, anda bolehlah berjalan-jalan ke Kafe Kereta Api yang menarik di Pekan.

Semak Harga

Taman Gelora (Kuantan)

12 Tempat melepak popular di Kuantan

Alamat: Jalan Dato Abdullah, 25050 Kuantan, Pahang

Tel: 012-364 8866

taman gelora kuantan
Sumber foto: google map

Anda boleh membawa anak-anak ke Taman Gelora pada waktu pagi atau petang. Taman permainan dan trek joging taman ini telah menarik penduduk tempatan dan pengunjung ke Kuantan.

Laluan yang bersih dan berteduh pepohon sesuai untuk berehat bersama kanak-kanak.

Apa yang menariknya, selain berjoging dan bersiar-siar, anda dapat melihat beberapa keluarga menghamparkan tikar dan berkelah dengan anak-anak mereka di kawasan lapang di sekitar trek.

Semak Harga

Pulau Tioman Pahang

13 Pulau di Pahang

Alamat: Pulau Tioman Pahang

Tel: N/A

pulau tioman
Sumber foto : Flickr @jailanee

Selain mengelilingi pulau, terdapat aktiviti menarik lain boleh dilakukan ketika bercuti di Pahang seperti skuba diving, snorkeling, rock climbing, mandi manda di air terjun dan banyak lagi.

Malah, pengunjung berpeluang berkelah di monkey bay dan membeli belah di kedai-kedai bebas cukai. Hidupan batu karang yang menakjubkan dan keindahan alam semula jadi antara keistimewaan Pulau Tioman.

Selain itu, tempat penginapan dengan harga berpatutan disediakan bagi anda bercuti di Pulau Tioman.

Semak Harga

Taman Negara Sungai Relau, Merapoh

14 Tempat menarik di Kuala Lipis

Alamat: Taman Negara Sungai Relau, Kampung Merapuh Lama, 27210 Kuala Lipis, Pahang

Tel: N/A

taman negara sungai relau
Sumber foto: google map

Anda perlu merasai pengalaman jungle trekking di salah satu hutan hujan terbaik di Asia ini.

Tambahan pula, anda boleh mendengar bunyi-bunyian kicauan burung dan melihat pelbagai jenis flora serta fauna yang unik di sini.

Selain itu, melalui Merapoh pengunjung boleh menuju ke Gunung Tahan. Taman ini juga mempunyai kemudahan untuk day trip bersama keluarga.

Ia adalah pilihan terbaik bagi mereka yang cukup berani untuk mendaki dan menuruni gunung, menyeberangi sungai, dan berkhemah di dalam hutan Gunung Tahan.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Best

Anda juga boleh melihat ikan dari dekat di Santuari Ikan Kelah, melihat hidupan liar pada waktu malam dengan lampu suluh dan banyak lagi.

Semak Harga

Tasik Biru Bukit Ibam

15 Tempat menarik di Muadzam Shah

Alamat: 26700 Muadzam Shah, Pahang

Tel: N/A

tasik biru bukit ibam di pahang (1)
Sumber foto: google map

Dahulu tasik ini adalah bekas tapak perlombongan bijih besi yang bersejarah dan ditetapkan sebagai tasik kuari.

Jalan menuju ke tasik kebanyakannya rata dan mudah dilalui.

Tindak balas kimia bijih besi dikatakan menjadi punca kepada warna biru tua dan kejernihan tasik itu.

Malahan, tiada hidupan akuatik ditemui di tasik biru ini. Jika anda menuju ke Mersing, ini adalah tempat yang bagus untuk berhenti.

Pemandangan dari tasik memang cantik. Di samping itu, anda boleh mengambil gambar menarik di tasik ini.

Semak Harga

Bukit Buluh Jerantut

16 Tempat menarik di Jerantut

Alamat: Bukit Buluh Jerantut, Pahang

Tel: N/A

red forest jerantut (1)
Sumber foto: Instagram @placesMalaysia

Apa yang menariknya, Bukit Buluh juga digelar sebagai Red Forest kerana keunikan batang pokok di sebahagian kawasan itu yang bewarna merah.

Keindahannya menarik ramai pendaki tempatan. Pendakian juga hanya mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke puncak Bukit Buluh.

Suasana Red Forest juga mengingatkan adegan dari filem blockbuster Hollywood yang terkenal di seluruh dunia.

Semak Harga

Japanese Village Pahang

17 Tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang

Alamat: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750

Tel: 09-221 3888

japanese village di pahang
Sumber foto: Instagram @FarahIlyana, gayatrip

Selain tempat menarik Cameron Highland, Bukit Tinggi adalah salah satu tarikan pelancong di Pahang.

Japanese Village atau kampung jepun ini merupakan sebuah tempat best yang mempunyai tarikan bertemakan Jepun.

Kawasan pelancongan ini juga mempunyai tempat menarik seperti Tatami Spa, Botanical Garden, Japanese Tea House, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.

Pengunjung boleh belajar tentang adat dan budaya Jepun, menyewa kimono dan bergambar di hadapan rumah Jepun sebenar.

Kolam koi, taman bunga, dan rumah teh Jepun juga dibuka kepada pengunjung.

Semak Harga

Kapsul Pantai Balok (Chalet Pantai Balok)

18 Chalet tepi pantai Kuantan

Alamat: Kapsul Pantai Balok

Tel: N/A

Kapsul Pantai Balok di Pahang
Sumber foto: rilekslah.com

Bagi anda yang sukakan percutian tepi pantai, Kuantan pilihan yang tepat. Nak buat aktiviti pantai dan family day pun boleh.

Selain itu, anda boleh mandi laut, sukan bola tampar pantai, bermain ATV, berkayak dan banyak lagi.

Pengunjung Pantai Balok yang ingin bermalam di tepi pantai bolehlah menginap di bilik berbentuk kapsul berwarna-warni itu.

Malah setiap bilik juga dilengkapi penghawa dingin dan set kerusi meja di hadapannya.

Pantai Air Leleh

19 Pantai di Pahang

Alamat: Pantai Lagenda, Jln Kampung Tanjung Selangor, 26600 Pekan, Pahang

Tel: 011-6115 5890

Pantai Air Leleh
Sumber foto: google map

Selain mandi manda di pantai ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan matahari terbenam. Anda juga dapat mengambil gambar panorama tempat ini.

Tambahan pula, pengunjung boleh melakukan aktiviti menarik lain seperti menaiki atv, berkayak, menyewa basikal, berkelah dan menikmati pemandangan pantai yang cantik.

Tempat menark ini berdekatan dengan Universiti Malaysia Pahang di Pekan. Apa yang menariknya, pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Lagenda.

Semak Harga

Pilihan tempat menarik Pahang:

  • Rompin, Kuala Lipis, Maran, Bentong, Jerantut
  • Cherating, Genting Highland, Kuantan, Temerloh
  • Pulau Tioman, Bukit Fraser, Cameron Highland
  • Tempat Menarik Untuk Team Building Di Pahang
  • Hotel Terbaik Genting Highland , Hotel Terbaik Cameron Highland

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Hulu Langat
  • Tempat Menarik Di Kedah
  • Tempat Menarik Di Mersing
4/5 - (16 votes)
Tags: pahangtempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved