senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Gombak Untuk Aktiviti Outdoor

Aira by Aira
May 10, 2024
in Travel
Tempat menarik di Gombak (1)

Sumber foto: google map

22
SHARES
2.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk remaja di Gombak
  • 2. Festival kebudayaan masyarakat India di Gombak
  • 3. Tempat aktiviti lasak di Gombak
  • 4. Hutan rekreasi di Gombak
  • 5. Tempat menarik untuk berkelah di Gombak
  • 6. Tempat menarik untuk family day di Gombak     
  • 7. Air terjun bertingkat di Gombak
  • 8. Kawasan bekas lombong bijih timah di Gombak
  • 9. Tempat menarik untuk camping di Gombak
  • 10. Port memancing di Gombak
  • 11. Muzium di Gombak
  • 12. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Gombak
  • 13. Tempat menarik untuk jungle trekking di Gombak
  • 14. Tempat hiking di Gombak
  • 15. Zoo di Hulu Langat
  • 16. Sungai di Gombak

Dengan keluasan kawasan mencapai 650.1 kilometer persegi, ia merangkumi pelbagai tempat menarik di Gombak Selangor yang sesuai untuk melakukan aktiviti outdoor.

Kawasan Gombak ini terdiri daripada beberapa mukim dan dan merupakan salah satu daripada 9 daerah di Selangor yang terbentuk pada 1 Februari 1974.

Tambahan pula, ia dikelilingi oleh daerah Hulu Selangor, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Selangor.

Senarai tempat outdoor terbaik di Gombak

Inilah 15 tempat menarik di Gombak Selangor yang sesuai untuk aktiviti outdoor terbaik bagi penggemar sukan lasak.

Anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti jungle trekking, hiking, wall climbing, flying fox dan bermacam lagi sambil menikmati kehijauan alam semulajadi.

Jadi, tunggu apa lagi, jom setkan percutian outdoor anda di sini!

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)

1 Tempat menarik untuk remaja di Gombak

Alamat: Jalan Frim, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kuala Lumpur, Selangor

ADVERTISEMENT

Telefon: 03-62797000

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)
Sumber foto: google map

FRIM merupakan destinasi tumpuan para remaja untuk melakukan aktiviti lasak di Gombak Selangor.

Terdapat 6 trek hutan berjejak yang boleh dilalui seperti Jejak Keruing, Jejak Sebasah dan laluan berjalan kaki Razak.

Tarikan utama di kawasan Gombak ini adalah canopy walk yang agak tinggi dan panjang membolehkan pengunjung melihat keindahan alam semulajadi di sini.

ADVERTISEMENT

Selanjutnya, aktiviti popular yang dilakukan ialah berbasikal, berkelah, berjoging dan berkhemah

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Batu Caves

2 Festival kebudayaan masyarakat India di Gombak

Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Telefon: 03-61896284

Batu Caves di Gombak
Sumber foto: forevervacation.com

Batu Caves lazimnya dikaitkan dengan festival kebudayaan masyarakat India yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bukit batu kapur ini terdiri daripada 3 gua utama dan salah satunya menempatkan kuil untuk acara keagamaan penganut Hindu.

Terdapat 272 anak tangga yang perlu didaki untuk menuju ke kawasan gua yang mempunyai kuil.

Tambahan pula, Batu Caves merupakan lokasi tumpuan untuk perayaan Thaipusam setiap tahun yang terbesar di Malaysia.  

Dengan menempah pakej tour murah ke Batu Caves di bawah, anda juga berpeluang mengunjungi Chinatown, Botanical garden, Menara Berkembar Petronas, dan lebih banyak lagi destinasi popular di KL!

Semak Harga

Gua Damai Extreme Park

3 Tempat aktiviti lasak di Gombak

Alamat: Jalan Fairuz Off Jalan Zamrut, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Bayan Lepas Penang Untuk Makan

Telefon: –

Gua Damai Extreme Park di Gombak
Sumber foto: google map, Facebook @ Gua Damai XPark

Gua Damai Extreme Park merupakan taman Gombak yang menjadi port terbaik untuk aktiviti ekstrem.

Selain itu, base jump, rock climbing, meneroka gua, flying fox, papan luncur, kasut beroda dan hiking merupakan antara aktiviti yang ditawarkan di sini.

Tambahan pula, lokasi ini acapkali menjadi pilihan pelbagai syarikat dan kelab sukan universiti untuk menganjurkan aktiviti sukan di sini.  

Alami pengalaman panjat tebing dan lawatan Batu Caves dalam satu pakej!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Hutan Lipur Bukit Lagong

4 Hutan rekreasi di Gombak

Alamat: Hutan Lipur Bukit Lagong, 68100, Selangor

Telefon: –

Hutan Lipur Bukit Lagong di Gombak
Sumber foto: mdfaiez84.com

Mencari tempat menarik di Selayang yang kaya dengan alam semulajadi? Hutan Lipur Bukit Lagong menjadi lokasi yang best untuk anda.

Bermacam perkara yang boleh dibuat di sini seperti wall climbing, berkayak, berkelah, berkhemah mahupun jungle trekking.

Lain daripada itu, ia turut berhampiran dengan Batu Caves, Hutan Rimba Komanwel dan Hutan Rimba Kanching.

Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 7.30 petang)

Semak Harga

Air terjun di Hutan Lipur Sungai Tua

5 Tempat menarik untuk berkelah di Gombak

Alamat: B23 Jalan Hulu Yam Bharu – Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Telefon:-         

Air Terjun di Hutan Lipur Sungai Tua
Sumber foto: google map

Terletak berhampiran dengan Empangan Batu menjadikan tempat menarik di Selayang ini sebagai destinasi pilihan pengunjung.

Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti laluan pejalan kaki, gerai, bilik persalinan dan tempat parkir kenderaan.

Air terjun di Hutan Lipur Sungai Tua merupakan port terbaik untuk berkelah kerana persekitarannya amat bersih.  

Namun begitu, disebabkan paras air yang agak cetek tidak membolehkan aktiviti menyelam dilakukan. 

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Air terjun di Hutan Lipur Kanching

6 Tempat menarik untuk family day di Gombak     

Alamat: Kilometer 17, Jalan, Jalan Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 03-60916131

Air Terjun di Gombak
Sumber foto: google map

Kawasan air terjun di Hutan Lipur amat sesuai untuk menganjurkan family day ekoran mempunyai kawasan lapang yang luas.

Selain itu, di setiap 7 strata air terjun yang terdapat di kawasan ini mempunyai kolam serta pendakian ke puncak amatlah mudah dengan laluan trek yang disediakan.

Menariknya di sini, pengunjung dapat melihat spesies tumbuhan rare yang hanya terdapat di sini iaitu Pokok Giam Kanching.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Air terjun di Hutan Rimba Templer

7 Air terjun bertingkat di Gombak

Alamat: Hutan Rimba Templer, 48200 Rawang, Selangor

Telefon: –

Air Terjun di Hutan Rimba Templer
Sumber foto: google map

Lokasi air terjun bertingkat di Hutan Rimba Templer terletak berhampiran taman Gombak iaitu Taman Rimba Templer.

BACA JUGA  35 Tempat Menarik Dan Tarikan Pelancong Terbaik Di Ipoh

Terdahulu, hutan seluas 1214 hektar ini dinamakan bersempena dengan nama pentadbir British iaitu Sir Gerald Templer.

Antara aktiviti yang lazimnya dilakukan oleh pengunjung ialah bermandi-mandi, berkelah, berkhemah, bergambar dengan kehijauan alam semulajadi dan meredah hutan.  

Semak Harga

Tasik Biru Kundang

8 Kawasan bekas lombong bijih timah di Gombak

Alamat: Tasik Biru Kundang, 48050, Selangor

Telefon: –

Tasik Biru Kundang di Gombak
Sumber foto: google map

Bukan di Terengganu sahaja yang ada tasik biru malah tempat menarik di Selayang mempunyai Tasik Biru Kundang terhasil akibat aktiviti perlombongan bijih timah.

Tasik dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang ini menawarkan aktiviti menarik seperti berenang, memancing dan bermain jet ski.

Tambahan pula, lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perumahan memudahkan tasik ini diakses oleh pengunjung.

Semak Harga

Taman Rimba Komanwel

9 Tempat menarik untuk camping di Gombak

Alamat: Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 03-55447507

Taman Rimba Komanwel di Gombak
Sumber foto: google map

Taman Rimba Komanwel merupakan taman Gombak yang sesuai untuk aktiviti camping. Ia terletak di dalam Hutan Simpan Lagong dan merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Pamah.

Selanjutnya, jungle trekking, bermandi-manda, berkelah, camping, menunggang kuda dan paint ball lazimnya dikenali sebagai aktiviti outdoor di sini.

Menariknya taman ini, pengunjung dapat menaiki titian silara yang disediakan untuk melihat pemandangan indah serta hidupan liar di sekitar taman ini.  

Semak Harga

Empangan Batu

10 Port memancing di Gombak

Alamat: Empangan Batu, Selangor

Telefon: –

Empangan Batu
Sumber foto: google map

Mencari port menarik di Gombak untuk memancing? Mari ke Empangan Batu yang menampung keperluan air penduduk di Selangor sejak zaman penjajahan British lagi.

Ia mengalir dari Banjaran Titiwangsa dan menyalurkan air mentah kepada loji rawatan ke sungai Gombak iaitu Sungai Batu.

Antara spesies ikan yang boleh didapati di sini ialah toman, kepar, patong, puyu, tilapia, kelisa, sebarau dan banyak lagi.

Lain daripada itu, pengunjung boleh melakukan aktiviti sukan air tidak bermotor seperti kayak dan bot sambil menikmati keindahan pemandangan.

Semak Harga

Muzium Orang Asli

11 Muzium di Gombak

Alamat: KM24, Jalan Gombak, Kampung Batu 12, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-61868796

Muzium Orang Asli di Gombak
Sumber foto: google map

Muzium Orang Asli terletak di kawasan Gombak yang berdekatan dengan perkampungan orang asli.

Muzium ini dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Mahathir Mohamed pada tahun 1987.

Selain itu, ia turut menempatkan sebuah perpustakaan dan dewan teater kecil.

Antara barang yang dipamerkan ialah sejarah dan kebudayaan masyarakat Orang Asli serta artifak sumpit buluh dan belanga yang menjangkau usia 600 tahun.

Semak Harga

Baca: 16 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

99 Wonderland Park

12 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Gombak

Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

BACA JUGA  Tanda-Tanda Awal Rumah Tangga Mulai Retak

Telefon: –

99 Wonderland Park
Sumber foto: google map

99 Wonderland Park merupakan taman yang sesuai untuk kanak-kanak lawati. Ia merupakan taman rekreasi yang dibaik pulih daripada kawasan tasik terbiar.

Berbagai tarikan yang unik seperti taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge serta T-Rex Ring yang menarik.

Manakala di sebelah malam pula, pengunjung disajikan dengan keindahan water Fountain apabila lampu dinyalakan menyinari tempat ini.

Bawa keluarga anda ke 99 Wonderland Park dan cipta kenangan yang indah!

Waktu operasi:

  1. Isnin – Khamis & Ahad (5 petang – 11 malam)
  2. Jumaat (5 petang – 12 pagi)
  3. Sabtu – Ahad & cuti umum (9 pagi – 4 petang) & (5 petang – 12 pagi)
Semak Harga

Pisang Waterfall

13 Tempat menarik untuk jungle trekking di Gombak

Alamat: E8, 53100 Batu Caves, Selangor

Telefon: –

Pisang Waterfall
Sumber foto: google map

Anda peminat tegar jungle trekking? Sebuah kawasan air terjun Pisang Waterfall merupakan destinasi yang anda cari.

Berbagai aktiviti selain jungle trekking yang boleh dilakukan seperti bermandi-manda, berkelah, berkhemah, bersantai dan barbeku. Pastinya amat menyeronokkan bukan?

Semak Harga

Bukit Tabur

14 Tempat hiking di Gombak

Alamat: Bukit Tabur, 53100, Selangor      

Telefon: –

Bukit Tabur
Sumber foto: google map

Bukit Tabur atau nama lainnya Bukit Hangus merupakan tempat yang sesuai untuk hiking di sini.

Selain itu, bukit setinggi 396 meter ini menempatkan spesies Hutan Dipterokarp Bukit serta flora di sini dikenali pasti ada nilai perubatan.

Selanjutnya, pengunjung dapat menyaksikan keindahan pemandangan empangan dan Kuala Lumpur setelah pendakian berakhir sekitar 3-4 jam.

Semak Harga

Zoo Negara

15 Zoo di Hulu Langat

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor    

Telefon: 03-41083422

Zoo Negara
Sumber foto: google map

Zoo Negara merupakan zoo terbesar yang beroperasi sejak tahun 1963 dan terletak di Hulu Langat.

Selain itu, disebabkan kawasannya agak besar ia mengambil masa sekitar 2-3 jam untuk melawat kira-kira 5000 spesies haiwan di sini.

Antara tumpuan pengunjung di sini ialah panda, harimau putih, singa, rumah penguin, pertunjukan haiwan dan sebagainya.

Beli tiket zoo hari ini dan tak payah nak tunggu lama di kaunter. Terus tunjukkan barcode dekat pintu masuk dan masuk je! Jom ke zoo di Selangor ini!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Sungai Gombak

16 Sungai di Gombak

Alamat: Sungai Gombak, Selangor

Telefon: –

Sungai Gombak
Sumber foto: google map

Sungai Gombak yang merupakan anak Sungai Klang mengalir melalui Selangor dan Kuala Lumpur.

Di samping itu, Masjid Jamek terletak di tebing kuala sungai ini. Terdahulu, sungai ini menjadi antara sungai yang genting dengan masalah banjir.

Namun, kini diatasi dengan pembinaan takungan batu dan Terusan Lencongan Gombak sepanjang 632.7 meter.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di KL
  • Tempat Menarik Di Kemaman
4/5 - (15 votes)
Tags: CintagombakSelangortempat menarik Gombak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved