senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

19 Tempat Menarik Di Hulu Langat Yang Menghijau

Aira by Aira
April 23, 2024
in Travel
Tempat menarik di Hulu Langat
119
SHARES
11.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Air terjun di Hulu Langat
  • 2. Tempat menarik untuk keluarga di Hulu Langat
  • 3. Sungai di Hulu Langat
  • 4. Chalet di Hulu Langat
  • 5. Tempat camping di Hulu Langat
  • 6. Skytrex di Hulu Langat
  • 7. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Hulu Langat
  • 8. Kolam air panas di Selangor
  • 9. Tempat percuma di Hulu Langat
  • 10. Gunung tertinggi di Selangor
  • 11. Tempat hiking popular di Hulu Langat
  • 12. Resort di Hulu Langat
  • 13. Kem di Hulu Langat
  • 14. Gerai buah-buahan di Hulu Langat
  • 15. Tempat memancing di Hulu Langat
  • 16. Empangan di Hulu Langat
  • 17. Tempat menarik di Sepang
  • 18. Glamping tepi sungai di Hulu Langat
  • 19. Homestay ala kampung di Hulu Langat

Daerah ke-5 terbesar di dalam negeri Selangor ini menempatkan pelbagai tempat menarik di Hulu Langat.

Selain itu, Hulu Langat Selangor amat terkenal dengan berbagai lokasi air terjun, kedai buah-buahan dan kem motivasi.  

Terdahulu, kawasan daerah Hulu Langat dikelilingi oleh daerah Gombak, Petaling dan Sepang serta Negeri Sembilan.

Tambahan pula, ia meliputi mukim Hulu Langat, Ampang, Hulu Semenyih, Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang.

  • Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

Senarai kawasan percutian di Hulu Langat

Bagi pencinta alam semulajadi, anda disyorkan untuk ke kawasan Hulu Langat sebagai destinasi percutian anda.

Hal ini kerana, terdapat banyak tarikan kehijauan alam semulajadi seperti sungai cantik yang mampu menenangkan fikiran anda.

Berikut disenaraikan 19 tempat menarik di Hulu Langat untuk dinikmati.

ADVERTISEMENT

Air Terjun Sungai Gabai

1 Air terjun di Hulu Langat

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Air Terjun di Hulu Langat
Sumber foto: google map

Terletak berhampiran Air Terjun Sungai Congkak menjadikan lokasi Air Terjun Sungai Gabai mudah diakses. Air terjun ini dikatakan sesuai sebagai tempat bercuti di Hulu Langat.

Ekoran daripada kejernihan dan kedinginan airnya serta kawasan yang agak redup amat sesuai untuk aktiviti berkelah serta barbeku dijalankan.

ADVERTISEMENT

Tambahan pula, pengunjung boleh menikmati ikan bakar air tawar yang berlokasi di sebelum pintu masuk Sungai Gabai. 

Semak Harga

Air Terjun Sungai Tekala

2 Tempat menarik untuk keluarga di Hulu Langat

Alamat: Hutan Rekreasi Sungai Tekala, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Air Terjun Sungai Tekala
Sumber foto: google map

Air Terjun Sungai Tekala yang terletak tidak jauh dari Empangan Semenyih menjadikan percutian di Hulu Langat bermakna buat seisi keluarga.

Kawasan air terjun yang cetek dan arus tidak deras membolehkan keluarga yang mempunyai anak kecil bermandi-manda di sini.

Lain daripada itu, tempat mandi di Hulu Langat ini mempunyai 7 tingkat yang membolehkan pengunjung meneroka di setiap tingkat yang ada.

Namun begitu, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana kawasan ini sememangnya agak licin.

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Sungai Pangsun

3 Sungai di Hulu Langat

Alamat: Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Sungai Pangsun di Hulu Langat
Sumber foto: Instagram @farizal2u, @alsography, @sjc_outdoorz, @shahm0ses

Sungai Pangsun iaitu sungai cantik yang terdapat di kawasan daerah Hulu Langat.

Di dalam kawasan sungai ini menempatkan pelbagai destinasi tumpuan menarik iaitu dusun buah-buahan dan tempat penginapan tepi sungai.

Antara aktiviti yang biasa dilakukan di sini iaitu, team building, family day, berkelah dan sebagainya. Lain daripada itu, tempat menarik Selangor ini berhampiran adalah Gunung Nuang.

Semak Harga

Sungai Lopoh Village

4 Chalet di Hulu Langat

Alamat: Lot 3637, Jln Sg lepoh, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Ampang Untuk Dikunjungi

Telefon: –

Sungai Lopoh Village di Hulu Langat
Sumber foto: google map

Mengimpikan tempat penginapan Hulu Langat Selangor yang mendamaikan? Jom menginap di chalet tepi sungai Hulu Langat iaitu Sungai Lopoh Village!

Meskipun air sungainya tidaklah selebar mana namun ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu dalam, sederhana dan cetek.

Lain daripada itu, turut disediakan khidmat sewaan pondok-pondok rehat bagi pengunjung yang datang sehari sahaja.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Selasa (8 pagi – 12 tengah malam)
  2. Rabu – Ahad (24 jam)
Semak Harga

AG Manggis Cottage

5 Tempat camping di Hulu Langat

Alamat: AG Manggis Cottage, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Lubuk Manggis Cottage
Sumber foto: google map

AG Manggis Cottage menyediakan kemudahan dan tapak perkhemahan yang lengkap untuk anda yang ingin camping di kawasan alam semulajadi.

Bertempat di pesisiran sungai cantik iaitu Sungai Pangsun menjadikan ia amat terkenal dengan aktiviti kem motivasi dan team building.

Lain daripada itu, turut disediakan khidmat sewaan pondok-pondok rehat bagi pengunjung yang datang sehari sahaja.

Semak Harga

Sungai Congkak

6 Skytrex di Hulu Langat

Alamat: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Sungai Congkak
Sumber foto: google map

Jika anda berada di Sungai Congkak jangan lupa untuk ke Skytrek Sungai Congkak. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh anda penggemar aktiviti lasak.

Antara tumpuan pengunjung yang datang ke sini ialah skytrek, jungle trekking, flying fox, monkey bar, step bridge dan fish bone.

Menariknya di sini, pengunjung boleh memilih tahap kesukaran aktiviti yang dikehendaki.

Habiskan masa bersama pasangan atau rakan dengan melakukan aktiviti yang dianggarkan selesai dalam sejam.

Nak tau harga tiket? Klik je button di bawah, mana tau ada promosi berlaku!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Ostrich Wonderland

7 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Hulu Langat

Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Telefon: –

Pelbagai haiwan di Hulu Langat
Sumber foto: google map

Ostrich Wonderland merupakan tempat bercuti di Hulu Langat yang sesuai untuk kanak-kanak.

Keterujaan kanak-kanak boleh dirasai apabila mereka dapat melihat pelbagai spesies burung tinggi yang terdiri daripada berbagai saiz dan umur.

Antara haiwan yang ditempatkan di sini ialah unta, arnab, keldai, burung merak dan ayam belanda.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Kolam Air Panas Sungai Serai

8 Kolam air panas di Selangor

Alamat: Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Kolam Air Panas Sungai Serai
Sumber foto: google map

Rata-rata mengetahui bahawa, samada di kawasan air terjun mahupun kolam air panas sudah semestinya menjadi lokasi tumpuan pengunjung.

Kolam Air Panas Sungai Serai lazimnya menjadi tumpuan pengunjung di hujung minggu untuk bersantai bersama keluarga.

Tambahan pula, kawasan kolam ini agak unik kerana ia dilihat tidak seperti kolam buatan manusia mahupun kolam yang dibina secara konkrit.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Semak Harga

Kolam Air Panas Batu 16

9 Tempat percuma di Hulu Langat

Alamat: Kampung Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor

BACA JUGA  19 Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik

Telefon: –

Kolam Air Panas Batu 16
Sumber foto: google map

Mencari tempat percuma di kawasan Hulu Langat? Kawasan tanah persendirian iaitu Kolam Air Panas Batu 16 merupakan lokasi yang anda cari.

Sama seperti sumber-sumber air panas lain iaitu kolam air panas yang terhasil daripada tindak balas sulfur di dalam tanah.

Selain itu, terdapat bilik persalinan dan kira-kira 10 buah pondok wakaf yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Gunung Nuang

10 Gunung tertinggi di Selangor

Alamat: Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Gunung Nuang
Sumber foto: google map

Untuk anda yang tidak gentar akan cabaran mendatang, jom tawan gunung tertinggi di Selangor iaitu Gunung Nuang.

Selain itu, pendakian ke gunung setinggi 1493m amatlah mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi untuk mendaki. 

Terdapat 2 laluan yang disediakan iaitu dari Janda Baik ataupun laluan mencabar di Hulu Langat.

Menariknya gunung ini, ia merupakan titik pertemuan di antara 3 negeri iaitu Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Semak Harga

Bukit Broga

11 Tempat hiking popular di Hulu Langat

Alamat: Bukit Broga, Selangor

Telefon: –

Bukit Broga
Sumber foto: google map

Meskipun Bukit Broga tidak setinggi Gunung Nuang, namun ia amat dikenali dalam kalangan ‘kaki hiking’.

Bukit setinggi 400m di Hulu Langat Selangor ini amat sesuai untuk setiap peringkat umur kerana laluan ke puncak agak mudah.

Tambahan pula, Bukit Broga turut dikenali sebagai Bukit Lalang disebabkan terdapat banyak kawasan menghijau seperti lalang dan rumput panjang.

Semak Harga

Ajlaa Village Resort

12 Resort di Hulu Langat

Alamat: KM22 Sungai Lepoh Kampung Kuala, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Ajlaa Village Resort
Sumber foto: google map

Ajlaa Village Resort merupakan tempat penginapan terapung di kawasan Hulu Langat yang menyediakan 16 chalet di atas air.

Menariknya, di sini untuk ‘kaki pancing’ anda boleh memancing dari dalam bilik sahaja. Menarik bukan?

Terdapat banyak aktiviti menarik di chalet Hulu Langat ini iaitu mengunjungi dusun buah-buahan, waterfall walk dan 3 tahap jungle trekking yang boleh dipilih seperti easy, medium dan hardcore.

Semak Harga

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

13 Kem di Hulu Langat

Alamat: Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Telefon: –

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, kawasan daerah Hulu Langat sememangnya terkenal dengan anjuran kem motivasi.

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation sememangnya menjadi tumpuan penganjur untuk melakukan kem motivasi untuk para pelajar.

Pelbagai aktiviti outdoor yang menjadi tumpuan ialah menunggang ATV di denai, memanah, abseiling, mountain biking, team building dan paint ball.  

Semak Harga

Gerai Durian

14 Gerai buah-buahan di Hulu Langat

Alamat: Gerai Durian, 43200 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Gerai Durian di Hulu Langat
Sumber foto: google map

Bagi penggemar durian, Gerai Durian adalah tempat percutian di Hulu Langat untuk anda.

Untuk makluman anda, Hulu Langat amat dikenali sebagai port terbaik untuk mencari buah durian semasa musim buah tiba.

Lain daripada itu, gerai ini turut menjual makanan lain seperti nanas, petai dan banyak lagi.

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 8 malam)

Semak Harga

Hulu Langat Fishing Resort & Restaurant

15 Tempat memancing di Hulu Langat

Alamat: Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

BACA JUGA  16 Resort Menarik Di Selangor Untuk Percutian Hebat
Hulu Langat Fishing Resort & Restaurant
Sumber foto: google map

Bagi ‘kaki pancing’, jadikan Hulu Langat Fishing Resort & Restaurant sebagai tempat bercuti di Hulu Langat untuk memancing.

Ia menyediakan kemudahan penginapan yang selesa sambil memancing. Namun begitu, peraturan memancing di sini mesti melepaskan semula ikan yang telah dipancing.

Lain daripada itu, terdapat restoran yang disediakan untuk anda yang menjamu selera.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 12 tengah malam)

Semak Harga

Empangan Semenyih

16 Empangan di Hulu Langat

Alamat: Empangan Semenyih, Selangor

Telefon: –

Empangan Semenyih
Sumber foto: google map

Empangan Semenyih berperanan sebagai antara empangan utama di Lembah Klang. Ia dibina pada tahun 1985 dan menampung keperluan air kepada penduduk sehingga kini.

Selain itu, ia mempunyai pemandangan tasik yang indah dengan bukit-bukau berhutan hijau di sekitarnya. Selanjutnya, empangan ini menjadi tarikan para pemancing untuk memancing pada hujung minggu.

Semak Harga

Litar Antarabangsa Sepang

17 Tempat menarik di Sepang

Alamat: Jalan Pekeliling, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-92128338

Litar Antarabangsa Sepang
Sumber foto: google map

Untuk maklumat anda, di Malaysia turut mempunyai lokasi tumpuan sukan permotoran antarabangsa yang bertapak di Sepang iaitu Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Tambahan pula, litar ini menerapkan ciri moden dengan teknologi canggih telah diwujudkan sekitar tahun 1998.

Antara kejohanan dunia yang menempatkan lokasi ini sebagai lokasi tuan rumah ialah Formula 1, Grand Prix A1 dan Grand Prix Motosikal.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Moonkissed By The River

18 Glamping tepi sungai di Hulu Langat

Alamat: Moonkissed By The River , Batu 14 1/2 Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Hubungi: 019-602 2824

Agak-agak di Hulu Langat ada tak tempat glamping menarik seperti di Payong Hujan Taiping atau Janda Baik? Tentu saja, mestilah ada!

Moonkinssed By The River ini antara tempat paling popular untuk camping atau glamping bersama keluarga atau kawan baik. Bolehlah feeling-feeling healing dengan nature!

Selain berkelah dan mandi-manda, anda juga boleh bbq tepi sungai dan aktiviti jungle trekking di laluan hutan terdekat. Menarik kan? 

Terdapat beberapa 5 pilihan khemah glamping berbayar termasuk Bakawali, Raflesia dan Cempaka. 

Jangan risau soal kelengkapan, semua disediakan. Hanya perlu bawa diri, baju, makanan, dan keperluan peribadi. Nak sewa khemah dan pasang sendiri pun boleh!

Semak Harga

Teduhan Langat Retreat

19 Homestay ala kampung di Hulu Langat

Alamat: Teduhan Langat Retreat, Lot 1491, Batu 20, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Hubungi: 013-833 8245

Hanya 1 jam perjalanan dari KL, anda boleh bersantai bersama keluarga di Teduhan Langat Retreat.

Apa yang menarik di sini? Air sungainya bukan sahaja jernih, malah ada gelongsor. Dan lagi, di sini ada jakuzzi berbumbung dan kolam renang yang best. 

Terdapat beberapa jenis penginapan disediakan termasuk cottage, glampsite, dorm, bilik eksekutif dan villa. Anda boleh menerima urutan di spa, sauna atau pergi ke mini zoo dan kebun buah.

Selain itu, tersedia aktiviti menarik seperti flying fox, high rope course, jungle trekking dan lain-lain. Sangat sesuai untuk aktiviti korporat, kem atau hari keluarga.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Sungai Petani
  • Tempat Menarik Di Sepang
  • Tempat Menarik Di Pahang
4/5 - (15 votes)
Tags: Selangortempat menarik di Hulu Langat

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved