senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

Aira by Aira
June 29, 2024
in Travel
homestay private pool di selangor & lembah klang
152
SHARES
15.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Homestay villa di Kuala Kubu Bharu
  • 2. Homestay desa di Telok Panglima Garang
  • 3. Homestay desa di Sungai Buloh
  • 4. Homestay dalam kebun sawit di Sungai Besar
  • 5. Homestay kebun di Hulu Langat
  • 6. Homestay dalam ladang kambing di Hulu Langat
  • 7. Homestay chalet desa di Serendah
  • 8. Homestay villa di Ampang
  • 9. Homestay villa mewah di Hulu Langat
  • 10. Homestay 2 sungai di Hulu Langat
  • 11. Homestay indah di Rawang
  • 12. Homestay berkembar di Sungai Buloh
  • 13. Homestay mesra kanak-kanak di Kajang
  • 14. Homestay villa perbukitan di Hulu Langat
  • 15. Homestay cantik di Banting

Anda mencari homestay untuk staycation atau ingin menganjurkan majlis perkahwinan yang mempunyai private pool Lembah Klang atau Selangor?

Pada entri kali ini, kami menyediakan beberapa informasi homestay ada kolam renang di Selangor seiring dengan pencarian anda!

Untuk makluman anda, kawasan atau daerah yang tergolong dalam Lembah Klang ialah kawasan yang dilalui oleh Sungai Klang.

Antaranya ialah Subang, Gombak, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Klang dan banyak lagi.

Senarai “Homestay With Private Pool In Klang Valley & Selangor”

Terdapat banyak tempat penginapan menarik bersama private pool Homestay Selangor yang tersembunyi di tengah-tengah kesibukan kota untuk anda singgah.

Dengan bergantung kepada bajet dimiliki, anda boleh memilih staycation private pool villa idaman anda sendiri!

Untuk mengetahui lebih lanjut harga penginapan semasa private pool hotel Kuala Lumpur, anda boleh layari laman sosial setiap penginapan yang kami sediakan.  

ADVERTISEMENT

Woodhouse Retreat

1 Homestay villa di Kuala Kubu Bharu

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Telefon:-

Woodhouse Retreat
Sumber gambar: Traveler Forever, KKB Heights

Kira-kira 40 minit perjalanan anda boleh menemui Woodhouse Retreat yang terletak di Kuala Kubu Bharu Heights (KKB).

Villa yang dikelilingi oleh pohon-pohon besar ini menyajikan pemandangan pergunungan dan desa dari bahagian luar balkoni.

ADVERTISEMENT

Dengan harga serendah RM 1000, homestay Selangor menyajikan 2 penginapan iaitu “Twilight Villa” dan “Sky Villa”.

Istimewanya di sini, anda boleh menikmati ‘sarapan terapung’ iaitu sarapan untuk 6 orang dalam private pool villa dengan harga RM 100. Menarik bukan?

Semak Harga

Teratak Sofea

2 Homestay desa di Telok Panglima Garang

Alamat: 1263, Jalan Manggis, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Telefon:-

private pool lembah klang: Teratak Sofea
Sumber gambar: Teratak Sofea, shibu joseph, Anwar Zainuddin, Azlan S.

Teratak Sofea di Telok Panglima Garang memiliki suasana desa dengan memiliki rekaan rumah tradisional.

Ia menyediakan 3 buah rumah bersama 2 private pool Lembah Klang iaitu ‘Rumah Anak Bapak’, ‘Rumah Ibu Mertuaku’ dan ‘Rumah Masam-Masam Manis’. Klasik sungguh nama-nama rumah yang diberi kan?

BACA JUGA  17 Hotel KLIA & KLIA2 Terbaik (Dalam & Luar Airport)

Tambahan pula, bagi anda yang berkunjung ke sini secara berkumpulan bolehlah menginap di ‘Rumah Anak Bapak’ dan ‘Rumah Ibu Mertuaku’.

Manakala bagi yang hadir dengan keluarga yang kecil ‘Rumah Masam-Masam Manis amat sesuai untuk anda.

Semak Harga

Kuang Kampung Retreat

3 Homestay desa di Sungai Buloh

Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

Telefon: 03-273 09988

private pool lembah klang: Kuang Kampung Retreat
Sumber gambar: airbnb.com

Hanya 18 km dari Shah Alam dan Muzium Coklat sahaja memisahkan jarak untuk sampai ke Kuang Kampung Retreat.

Homestay Selangor ini amat unik sekali kerana ia dibina oleh ahli kraftangan Kelantan tau! Iaitu diperbuat dengan menggunakan kayu kempas, balau, batin dan jubin lama dari Rumah Melaka.

Selain itu, harga penginapan di homestay ada kolam renang di Selangor ini serendah RM 1000 untuk satu malam.

Semak Harga

D Hafiz Harmony Homestay

4 Homestay dalam kebun sawit di Sungai Besar

Alamat: Lot 1122, Jalan Ros Biru, Parit 6 Barat, Kampung Tebok Pulai, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon:-

private pool lembah klang: D Hafiz Harmony Homestay
Sumber gambar: Siti Hajar Ibrahim, Hana Zul

Bertempat di dalam kehijauan kebun kelapa sawit, anda boleh menemui private pool Lembah Klang di D Hafiz Harmony Homestay.

Homestay Selangor ini terletak strategik di antara pekan Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan di homestay with private pool in Klang Valley ini dengan harga serendah RM 600 untuk satu malam. 

Tambahan pula, untuk anda ‘kaki pancing’ homestay ini menawarkan port memancing di kolam, parit dan tali air sawah.

Semak Harga

Rumah Kebun

5 Homestay kebun di Hulu Langat

Alamat: Batu 14, Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon:-

private pool lembah klang: Rumah Kebun
Sumber gambar: Traveler Forever, Wan Mazila Safein, Ewe Weng Tan

Nikmati percutian menarik di Rumah Kebun yang dipenuhi dengan kehijauan alam semulajadi, sungai dan bukit yang indah.

Untuk makluman anda, homestay ada kolam renang di Selangor ini dipenuhi oleh air mata air semulajadi tau!

Selain itu, rumah yang memuatkan seramai 16 orang ini mempunyai 4 buah bilik tidur dan bilik mandi serta 11 buah katil.

Bukan itu sahaja, malah anda juga berpeluang memberi makan kepada haiwan ternakan seperti ayam dan kambing secara percuma.

Semak Harga

Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat

6 Homestay dalam ladang kambing di Hulu Langat

Alamat: Jalan Sharifah K, Kampung Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon:-

Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat
Sumber gambar: airbnb.com

Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat bukan sahaja dijadikan sebagai staycation malah anda berpeluang melawati ladang kambing dan dusun buah-buahan di sini.

Homestay tepi sungai ini menyediakan 2 jenis penginapan iaitu “The Blue House” seramai 14 orang dan “The Riverview House” seramai 10 orang.

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor Terkini

Di samping itu, anda boleh mendapatkan susu kambing segar yang diusahakan oleh pemilik homestay Selangor ini.

Semak Harga

Carpe Diem Orchard House

7 Homestay chalet desa di Serendah

Alamat: 803, Main Road, Kampung Sungai Choh, 48200 Serendah, Selangor

Telefon:-

Carpe Diem Orchard House
Sumber gambar: booking.com

Alami percutian yang menyeronokkan di Carpe Diem Orchard House. Banyak dusun buah-buahan yang boleh anda lawati di sini seperti durian, rambutan dan langsat.

Disebabkan ia terletak di kawasan dusun buah-buahan, maka 4 buah nama chalet juga nama buah-buahan iaitu ‘Rambutan’, ‘Pulasan’, ‘Durian Satu’ dan ‘Durian Dua’.

Tambahan pula, pelbagai aktiviti seperti congkak, ping pong, chapteh, berbasikal, hiking, memancing dan dart yang anda boleh lakukan di sini.

Lain daripada itu, family day, team building dan majlis perkahwinan juga sesuai dianjurkan di sini.

Semak Harga

Zoo Villa By Cobnb

8 Homestay villa di Ampang

Alamat: 97, Jalan Lee Woon, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Telefon:-

Zoo Villa By Cobnb
Sumber gambar: booking.com

Anda mencari penginapan terbaik bersama private pool Villa berhampiran Zoo Negara? Zoo Villa By Cobnb adalah destinasi yang tepat dan juga hanya 24 km dari Genting Highland.

Villa ini mampu memuatkan seramai 12 orang dengan 5 bilik tidur yang disediakan.

Semak Harga

Nouri Glass Villa

9 Homestay villa mewah di Hulu Langat

Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon:-

Nouri Glass Villa
Sumber gambar: airbnb.com

Nouri Glass Villa yang terletak di Hulu Langat ini menyediakan penginapan yang begitu elegan sekali. Villa yang memuatkan seramai 16 orang ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 8 bilik mandi dan 1 jakuzi.

Tambahan pula, terdapat 2 sungai yang begitu indah dan nyaman mengalir berhampiran villa ini.

Semak Harga

Two Sungai Residence

10 Homestay 2 sungai di Hulu Langat

Alamat: Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon:-

Two Sungai Residence
Sumber gambar: airbnb.com

Two Sungai Residence merupakan penginapan yang menarik untuk anda bercuti menenangkan fikiran di sini.

Homestay ini terletak strategik di pertembungan 2 sungai, pokok buah-buah tropika dan private pool hotel Kuala Lumpur.

Selain itu, ia menyediakan 2 jenis penginapan yang memuatkan 10 orang iaitu ‘Rumah Utama’ dan ‘Rumah Tetamu’.

Semak Harga

IO Home @ Dolomite Templer

11 Homestay indah di Rawang

Alamat: 48000 Rawang, Selangor

Telefon:-

IO Home @ Dolomite Templer
Sumber gambar: airbnb.com

Homestay 3 tingkat di IO Home @ Dolomite Templer ini menawarkan pemandangan menarik dari Bukit Taku.

Homestay with private pool in Klang Valley ini mempunyai 4 buah bilik yang mampu memuatkan 16 orang tetamu.

BACA JUGA  Terselamat Musibah Tanah Jelus KL: Haridath Memeluk Islam Temui Cinta Ilahi

Selain itu, kemudahan lain yang disediakan ialah bilik arked, dapur, bbq dan rumah kaca.

Semak Harga

D’Merbau Homestay

12 Homestay berkembar di Sungai Buloh

Alamat: Lot 1131, Lorong 3, Kampong Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Telefon:-

D’Merbau Homestay
Sumber gambar: booking.com

D’Merbau Homestay merupakan homestay berkembar yang terletak hanya 28 km dari Putrajaya. Private pool Homestay Selangor ini menyediakan 4 buah rumah dengan 6 bilik yang selesa.

Bagi pengunjung yang ingin menganjurkan majlis perkahwinan, terdapat 3 buah laman kahwin berbeza saiz yang boleh anda pilih.

Tambahan pula, homestay Selangor ini turut menyediakan dewan mini untuk majlis-majlis peribadi seperti hari keluarga dan sebagainya.

Semak Harga

Homestay Inap Desa Pinggiran Putra

13 Homestay mesra kanak-kanak di Kajang

Alamat: 66, Jalan Pinggiran Putra 5/6, Desa Pingggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor

Telefon:-

Homestay Inap Desa Pinggiran Putra
Sumber gambar: Inap Desa Putrajaya, nurul ain

Dah puas berseronok di Bangi Wonderland? Mari singgah ke Homestay Inap Desa Pinggiran Putra yang terletak tidak jauh dari sini.

Homestay ini dikatakan mesra kanak-kanak kerana menempatkan taman permainan kanak-kanak dan penginapan percuma bagi mereka.

Selain private pool hotel Kuala Lumpur, homestay ini turut sesuai untuk family dinner, family gathering dan family day. Penginapan ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Semak Harga

Gerimis Senja Villa

14 Homestay villa perbukitan di Hulu Langat

Alamat: Batu 17 3, 4, Kampung Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon:-

Gerimis Senja Villa
Sumber gambar: daunretreats.com

Gerimis Senja Villa seluas 3 ekar ini mampu memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa. Ia terletak jauh di kawasan bukit Hulu Langat yang dikelilingi keindahan pokok buah-buahan tropika.

Penginapan ini menyediakan 3 bilik tidur yang terdiri daripada 4 jenis katil dan 6 tilam tambahan. Selain itu, turut dilengkapi dengan kemudahan bbq, meja tenis, carrom, ping pong, karaoke dan infinity pool.

Semak Harga

Anjung Dahlia

15 Homestay cantik di Banting

Alamat: Lot 3887, Jalan Dahlia 1, Kampung Sungai Kelambu, 42700 Banting, Selangor

Telefon:-

Anjung Dahlia
Sumber gambar: Bashah Ahmad, Hafizah Salwa Abdul Hir, Nurul Aini

Disebabkan keindahan seni ukiran kayu yang ada pada homestay ini menjadi tarikan utama penggambaran program tv seperti Nona dijalankan di sini.

Anjung Dahlia menyediakan 6 bilik tidur untuk penginapan seramai 16 orang pada satu-satu masa. Ia juga menjadi lokasi terbaik untuk majlis pernikahan, persandingan dan family day.

Selain itu, homestay Selangor ini dilengkapi dengan private pool di bilik, kolam ikan, gelanggang badminton dan air terjun.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kuala Krai Kelantan
  • Bathtub Hotel Di Kuala Lumpur Yang Terbaik
4/5 - (15 votes)
Tags: homestayhomestay di lembah klanghotelklprivate poolSelangor

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved