senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Tempat Menarik Di Kudat Sabah Untuk Bersantai

Aira by Aira
June 5, 2024
in Travel
Tempat menarik Kudat Sabah

Sumber foto: google map

89
SHARES
8.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Cenderamata di Kudat Sabah
  • 2. Tempat menarik untuk backpacker di Kudat Sabah
  • 3. Homestay rumah panjang di Kudat Sabah
  • 4. Tempat menarik untuk keluarga di Kudat Sabah
  • 5. Resort rumah panjang moden di Kudat Sabah
  • 6. Aktiviti pantai di Kudat Sabah
  • 7. Pantai cantik di Kudat Sabah
  • 8. Chalet di Kudat Sabah
  • 9. Ladang lebah di Kudat Sabah
  • 10. Resort mewah di Kudat Sabah
  • 11. Aktiviti mandi-manda di Kudat Sabah
  • 12. Hotel di Kudat Sabah
  • 13. Tempat pemuliharaan penyu di Kudat Sabah
  • 14. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kudat Sabah
  • 15. Aktiviti berkelah di Kudat Sabah
  • 16. Tempat menarik untuk pasangan di Kudat Sabah
  • 17. Pulau cantik di Sabah

Untuk makluman anda, bahagian Sabah terdiri daripada tempat menarik di Kudat, Pantai Barat, Pedalaman Sabah, Sandakan dan Tawau.

Kudat merupakan tempat menarik di Sabah untuk dilawati di mana majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Rungus.

Oleh hal yang demikian, Kudat turut dikenali sebagai “Tomborungus” daripada etnik tersebut dan salah satu kawasan di bahagian pendalaman Sabah.

Tambahan pula, ia terdiri daripada beberapa bandar utama yakni Kota Marudu, Pitas dan Kudat.            

Senarai tempat menarik di sekitar Kudat Sabah

Jadikan Kudat sebagai tempat percutian di Sabah yang terbaik dengan pelbagai keindahan pantai di Sabah dengan mengambil gambar tepi pantai yang cantik ini.

Berikut adalah senarai 17 tempat menarik di Kudat untuk anda bersantai secara bersendirian, berpasangan mahupun secara berkumpulan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ke tempat percutian di Sabah ini!

ADVERTISEMENT

Industri Gong Kampung Sumangkap

1 Cenderamata di Kudat Sabah

Alamat: Jalan Kg Sumangkap, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Kudat Sabah - INDUSTRI GONG KAMPUNG SUMANGKAP
Sumber foto: google map

Seperti yang kita tahu bahawa gong merupakan alat muzik yang seringkali dimainkan ketika majlis-majlis besar.

Industri Gong Kampung Sumangkap sememangnya tidak asing lagi dengan pembuatan gong dalam kalangan penduduk setempat.   

ADVERTISEMENT

Ia sesuai dijadikan tempat menarik di Sabah untuk dilawati bagi melihat penghasilan gong tradisional yang terdiri daripada berbagai saiz.

Tambahan pula, gong juga dijual di sini sebagai cenderamata tau!

Waktu operasi: Ahad – Jumaat: 8 pagi – 5 petang

Semak Harga

Tampat Do Aman

2 Tempat menarik untuk backpacker di Kudat Sabah

Alamat: Kg. Tiga Papan, Peti Surat 115, 89570 Kudat, Sabah Malaysia, 89057 Kudat, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Kudat Sabah - TAMPAT DO AMAN
Sumber foto: google map

Bagi backpacker di luar sana, mari mengembara sambil menginap di Tampat Do Aman.

Lokasi ini amatlah mudah diakses dan tidak jauh dari pantai di Sabah yang terkenal iaitu Pantai Bak-Bak.

Suasana di tempat ini sangat menyamankan serta penginapan daripada kayu yang berkonsepkan jungle camp.

Selain itu, aktiviti mendaki, menyelam, snorkeling dan berkayak juga disediakan oleh pihak pengurusan di sini.

Semak Harga

Maranjak Rungus Longhouse Lodge

3 Homestay rumah panjang di Kudat Sabah

Alamat: Jalan Bavanggazo,, PS 17, Pos Mini Matunggong, 89058 Kudat, Sabah

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi

Telefon: –

Tempat menarik Kudat Sabah - MARANJAK RUNGUS LONGHOUSE LODGE
Sumber foto: google map

Binaan yang hanya menggunakan bambu sebagai dinding dan daun nipah sebagai atap menjadikan homestay rumah panjang ini amat istimewa.

Di samping itu, aktiviti menarik yakni memancing di sungai, jungle trekking, melawat taman botani dan menangkap ketam boleh dilakukan di sini.

Menariknya di sini, persembahan alat muzik dan tarian tradisi etnik Rungus dipersembahkan pada setiap selepas makan malam.  

Semak Harga

Pantai Tindakon Dazang

4 Tempat menarik untuk keluarga di Kudat Sabah

Alamat: Unnamed Rd, Kg, Jalan Minyak, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Kudat Sabah - PANTAI TINDAKON DAZANG
Sumber foto: google map

Pantai Tindakon Dazang merupakan tempat menarik di sekitar Kudat yang bukan hanya memiliki pantai di Sabah malah penginapan buat seisi keluarga.

Terletak kira-kira 27 km dari pekan Kudat, ia menawarkan aktiviti bergambar tepi pantai yang cantik serta berkayak.  

Selain itu, uniknya penginapan di sini berkonsepkan rumah panjang etnik Rungus menjadikan ia tempat menarik di Sabah untuk dilawati.

Semak Harga

Kudat Golf Dan Marina Resort

5 Resort rumah panjang moden di Kudat Sabah

Alamat: Off Jalan Urus Setia, Kudat, Sabah, Malaysia, 80957

Telefon: 08-861 1211   

Tempat menarik Kudat Sabah - KUDAT GOLF DAN MARINA RESORT
Sumber foto: google map

Mencari resort terbaik di bahagian hujung utara Borneo? Kudat Golf dan Marina Resort merupakan lokasi ideal untuk anda.

Resort ini berkonsepkan rumah panjang moden dan dalam masa yang sama masih menerapkan elemen etnik Rungus.

Selain itu, turut disediakan padang golf yang mempunyai 18 lubang dan boleh menikmati pemandangan laut Sulu dari resort ini.

Kadar purata: RM 195 setiap malam

Ulasan pengunjung:

"Kami mengambil bilik pemandangan golf tetapi saya cadangkan anda untuk mengambil bilik pemandangan laut. Pemandangan itu sangat menakjubkan. Secara keseluruhan ia adalah penginapan yang menyenangkan..."
Semak Harga

Pantai Kelambu

6 Aktiviti pantai di Kudat Sabah

Alamat: Jalan Pantai Kelambu, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

PANTAI KELAMBU
Sumber foto: Instagram @the.ark.team, @amywei08, @alfaqir_emmar_hanafi, @xplore_malaysia

Pantai Kelambu antara destinasi menarik di Kudat yang sesuai untuk melakukan aktiviti pantai.

Meskipun ia kurang dikenali di mata umum, namun kejernihan pasir putih serta dikelilingi banyak pulau sesuai untuk bergambar tepi pantai yang cantik ini.

Antara aktiviti pantai yang sesuai di sini ialah speed boating, berenang, snorkeling, ski air, berkelah serta mengutip kerang dan siput.

Semak Harga

Pantai Bak-Bak

7 Pantai cantik di Kudat Sabah

Alamat: Pantai Bak-Bak, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

PANTAI BAK-BAK
Sumber foto: google map

Sebuah pantai yang terkenal di Sabah iaitu Pantai Bak-Bak semamangnya tidak disangkal lagi kecantikannya.

Selain itu, butiran pasir putih yang halus serta kejernihan air laut sehingga ke dasar mampu menambat hati pengunjung ke sini.

Lain daripada itu, jika anda mencari tempat penginapan di sini bolehlah menginap di resort 9 Hut On A Hill.

Semak Harga

Tommy Place @ Tip of Borneo

8 Chalet di Kudat Sabah

Alamat: Simpang Menggayau, Tip of Borneo Kudat, 89050 Kota Kinabalu, Sabah

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Yang Wajib Dikunjungi

Telefon: –

TOMMY PLACE DI TANJUNG SIMPANG MENGAYAU
Sumber foto: google map

Tommy Place iaitu chalet yang terletak di Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) ini merupakan tempat percutian di Sabah yang best.

Selain itu, ia juga terletak berhampiran dengan pesisir pantai sambil bersantai di restoran yang disediakan.

Dalam pada itu, snorkeling, menyelam dan surfing merupakan aktiviti pantai yang menarik boleh dibuat ketika berada di sini.

Harga purata: RM 219 setiap malam

Ulasan pengunjung:

"Menginap 2 malam di Tommy's Place sebagai persinggahan untuk perjalanan ke Petua Borneo dan Kudat. Bilik selesa dengan bilik mandi yang bersih.
Pantai berdekatan sangat cantik dan cukup bersih. Hanya 3 minit memandu ke taman Tip of Borneo..".
Semak Harga

Ladang Madu Lebah Gombizou

9 Ladang lebah di Kudat Sabah

Alamat: Kampung Gombizau Jalan Gombizau 1 km Pekan Baru, Matunggong, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

LADANG MADU LEBAH GOMBIZOU
Sumber foto: google map

Untuk makluman anda, Kampung Gombizou mempunyai pengalaman yang luas dalam industri penternakan iaitu selama 10 tahun.

Begitu juga di Ladang Madu Lebah Gombizou di mana pelancong boleh melihat penternakan lebah serta mendapatkan madu lebah asli di sini.  

Lain daripada itu, kawasan ini turut memiliki ladang getah dan pelancong boleh mempelajari teknik penorehan getah gaya tradisional.

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang

Semak Harga

Kudat Riviera

10 Resort mewah di Kudat Sabah

Alamat: Kudat Rivera, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

KUDAT RIVIERA
Sumber foto: google map

Bagi anda yang memiliki bajet yang besar untuk menampung perbelanjaan tempat penginapan, Kudat Riviera amat sesuai untuk anda.

Resort mewah ini berkonsepkan alam sekitar dengan dipenuhi oleh pohon menghijau ditambah lagi dengan kolam renang, spa dan aktiviti sukan air yang terbaik.

Tambahan pula, tarikan lain yang menarik di resort ini dengan adanya Restoran Caviar Sky Longue setinggi 900 kaki bagi melihat tempat menarik di sekitar Kudat sambil menjamu selera.

Semak Harga

Pantai Tanjung Bangau

11 Aktiviti mandi-manda di Kudat Sabah

Alamat: Unnamed Road, 89050, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

PANTAI TANJUNG BANGAU
Sumber foto: google map

Sebuah lagi pantai yang cantik dan bersih iaitu di Pasir Tanjung Bangau untuk bersantai.

Di samping itu, ia memiliki muara sungai yang jernih serta mendamaikan. Oleh itu, aktiviti mandi-manda dan berkelah amatlah sesuai dilakukan di sini.

Semak Harga

Dreamland Beach Hotel

12 Hotel di Kudat Sabah

Alamat: Kampung Tampakan, 89058 Kudat, Sabah

Telefon: –

DREAMLAND BEACH HOTEL
Sumber foto: google map

Dreamland Beach Hotel yang sesuai dengan namanya merupakan hotel impian anda sebagai tempat percutian menarik di Kudat ini.

Terletak di puncak bukit dengan hotel penuh berwarna-warni serta memiliki pantai yang cantik semestinya mengukuhkan lagi daya tarikan pengunjung ke sini.

BACA JUGA  35 Tempat Menarik Dan Tarikan Pelancong Terbaik Di Ipoh

Selain itu, lokasinya di puncak bukit sudah semestinya menyajikan panorama yang cantik menjelang senja.

Harga purata: RM 190 setiap malam

Ulasan pengunjung:

"Tempat yang bagus untuk percutian keluarga dan hanya berehat. Ia mempunyai taman yang indah dan anda boleh menikmati barbeku sambil menikmati pemandangan..."
Semak Harga

Pantai Bavang Jamal

13 Tempat pemuliharaan penyu di Kudat Sabah

Alamat: Pantai Bavang Jamal, 89050, Sabah

Telefon: –

PANTAI BAVANG JAMAL
Sumber foto: bavang.blogspot.com

Satu-satunya pantai yang terkenal dengan kehadiran penyu di Kudat ialah Pantai Bavang Jamal. Ia mempunyai pantai yang panjang dan indah ditambah lagi dengan tempat pemuliharaan penyu.

Namun begitu, kehadiran penyu ke pantai ini hanyalah pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Semak Harga

Pantai Kalampunian (Kalampunian Beach)

14 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kudat Sabah

Alamat: Jln Tanjung Simpang Mengayau, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

KALAMPUNIAN BEACH
Sumber foto: google map

Turut berdekatan dengan Tanjung Simpang Mengayau semestinya Pantai Kalampunian (Kalampunian Beach) menjadi tempat menarik untuk kanak-kanak di sini.

Ia juga sama seperti pantai di Sabah yang lain iaitu turut memiliki pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam.

Selain itu, kanak-kanak boleh bermain pasir dengan membina istana pasir di sini.

Semak Harga

Pantai Kimihang (Kimihang Beach)

15 Aktiviti berkelah di Kudat Sabah

Alamat: Kampung Kimihang, 89050 Kudat, Sabah

Telefon: –

KIMIHANG BEACH
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik untuk berkelah? Pantai Kimihang (Kimihang Beach) merupakan pantai menarik untuk aktiviti berkelah.

Bukan itu sahaja, malah melihat pemandangan matahari terbenam merupakan memori terindah di sini.

Sementara itu, tempat penginapan rumah panjang turut terletak berdekatan dengan pantai ini.

Semak Harga

Hibiscus Beach Retreat

16 Tempat menarik untuk pasangan di Kudat Sabah

Alamat: Hibiscus Villa, Jalan Marang Parang, Tiga Papan, 89058 Kudat, Sabah

Telefon: –

HIBISCUS BEACH RETREAT
Sumber foto: hibiscusbeachretreat.com

Mencari tempat penginapan menarik bersama pasangan? Hibiscus Beach Retreat merupakan destinasi yang tepat untuk bersantai.

Chalet persendirian yang mewah, eksklusif dan privasi ini dikelilingi oleh tumbuhan tropika yang menyamankan.  

Bukan itu sahaja, malah dapat melihat pemandangan Laut China Selatan dari kawasan chalet ini. Menarik bukan?

Semak Harga

Pulau Supirak (Supirak Island)

17 Pulau cantik di Sabah

Alamat: Batu Supirak Island, Sabah

Telefon: –

Supirak Island Pitas
Sumber foto: google map

Pulau Supirak (Supirak Island) meskipun pulau ini agak terpencil daripada pengunjung namun ia sungguh unik.

Ia adalah antara tarikan utama pelancongan di Pekan Pitas dan berhampiran kawasan nelayan.

Selain itu, pulau ini mirip seakan-akan sebuah kapal seperti lagenda si Tanggang yang disumpah bersama kapal menjadi batu.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Bintulu Sarawak
  • Tempat Menarik Di Seremban
  • Tempat Menarik di Kundasang & Ranau
4/5 - (15 votes)
Tags: kudatpendalaman sabahsabahtempat menarik di Kudat

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved