senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Tempat Menarik Di Seremban Terbaik

Nora by Nora
September 1, 2023
in Travel
tempat menarik seremban best (1)
203
SHARES
20.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat mandi dan aktiviti outdoor di Seremban
  • 2. Lukisan mural di Seremban
  • 3. Tempat menarik percuma di Seremban
  • 4. Tempat menarik untuk berbasikal di Seremban
  • 5. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Seremban
  • 6. Taman rekreasi di Seremban
  • 7. Galeri bersejarah di Seremban
  • 8. Aktiviti hiking di Seremban
  • 9. Tempat menarik di Sendayan Negeri Sembilan
  • 10. Tempat bersejarah di Negeri Sembilan
  • 11. Masjid di Seremban
  • 12. Popia basah di Seremban
  • 13. Kedai makan best di Seremban
  • 14. Resort ada outdoor pool & boleh bbq di Seremban
  • 15. Resort menarik di Seremban
  • 16. Tempat membeli-belah di Seremban
  • 17. Kuil dengan patung lipan di Seremban

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang sangat unik dengan pelbagai tempat menarik termasuk Port Dickson dan Seremban.

Selain itu, negeri Sembilan terletak di pantai barat semenanjung Malaysia.

Masyarakatnya berasal dari Minangkabau, Sumatera Indonesia yang telah menetap di Malaysia sejak abad ke-14.

Di samping budaya masyarakat yang unik, terdapat banyak tempat menarik di negeri Sembilan untuk dilawati.

Senarai Tempat Menarik Di Seremban Negeri Sembilan

Jika anda berpeluang melancong ke sini, jangan lepaskan peluang mengunjungi tempat-tempat menarik Seremban.

Melalui artikel ini, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada anda yang ingin bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hutan Lipur Ulu Bendul

1 Tempat mandi dan aktiviti outdoor di Seremban

Alamat: Jalan Seremban-Kuala Pilah, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

ADVERTISEMENT

Telefon: 017-766 7354

tempat mandi-manda menarik bersama keluarga di Seremban
Sumber foto: google map

Jika anda mencari tempat percutian yang menarik, datanglah ke Hutan Lipur Ulu Bendul, hanya 21 minit dari Seremban.

Air terjun yang cantik dan suasana sekitarnya sesuai untuk hujung minggu keluarga yang seronok.

Di tempat menarik percuma ini, terdapat kolam dengan air terjun semula jadi, pondok untuk berkelah dan berteduh.

ADVERTISEMENT

Kawasan ini luas dan lengkap dengan ruang solat, tempat mandi, bilik air dan juga kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Anda juga boleh menjelajah hutan, berkhemah, berkelah, mendaki Gunung Angsi atau mandi-manda di Jeram Toi.

Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam

Hotel Terdekat

Lorong Seni Seremban

2 Lukisan mural di Seremban

Alamat: 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: –

lorong seni seremban yang menarik untuk bergambar
Sumber foto: google map

Ingin melihat seni simbolik? Ayuh ke Lorong Seni Seremban. Jangan lupa bawa telefon pintar atau kamera anda!

Di sini, anda boleh melihat pelbagai lukisan berwarna-warni yang mewakili budaya Malaysia. Suasana klasik di Pekan Seremban ini menghidupkan kembali suasana hipster di Lorong Seni ini.

Sangat rugi jika anda tidak mengambil swafoto dengan salah satu lukisan tersebut. Setelah puas hati, muat naik ke profil media sosial.

Hotel Terdekat

IJM Hillpark

3 Tempat menarik percuma di Seremban

Alamat: S2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: –

hill 2 park , taman menarik di seremban
Sumber foto: google map

Wah! Seremban pun ada dinosaur! Kanak-kanak pasti suka. Taman ini seluas 30 ekar dan 162m dari aras laut dengan pelbagai kemudahan seperti pondok berteduh, laluan berjalan kaki dan berjoging.

Parking juga disediakan, tapi anda perlu berjalan dan mendaki bukit untuk sampai ke puncak. Kanak-kanak juga akan seronok bermain flying fox, buaian, gelongsor dan banyak lagi.

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Paling Popular

Taman dinosaur Seremban 2 adalah pilihan yang ideal untuk melepak bersama keluarga. Anda juga boleh berjoging dan bermain pada waktu petang. Best, kan?

Waktu operasi: Setiap hari: 6.30 pagi – 9 malam

Hotel Terdekat

Laman Basikal Seremban

4 Tempat menarik untuk berbasikal di Seremban

Alamat: Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 013-513 0131

laman basikal di seremban (2)
Sumber foto: google map

Ini tempat terbaik untuk kanak-kanak berbasikal dengan selamat di Seremban. Keadaan sebenar dengan lampu isyarat, stesen minyak, balai polis, kedai runcit, dan perhentian bas.

Anda boleh ajarkan anak-anak simbol dan peraturan jalan raya. Tempat menarik di negeri Sembilan ini terletak berhampiran Taman Tasik Seremban.

Bawa anak-anak anda keluar untuk berseronok tanpa risau kesesakan. Sewa basikal atau bawa sendiri.

Waktu operasi: 8 pagi – 7.30 petang

Hotel Terdekat

Jelita Ostrich Farm

5 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Seremban

Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-767 0707

jelita ostrich farm
Sumber foto: google map

Selain dari Pd Ostrich Farm, Jelita Ostrich Farm antara pilihan kedua terbaik untuk melihat unta yang comel di Negeri Sembilan.

Tempat best ini sesuai untuk anda yang bercuti di Seremban bersama keluarga atau membawa anak kecil. Anak anda boleh menunggang burung unta dan berdiri di atas telur burung unta.

Pengunjung juga boleh bergambar dengan unta dan haiwan lain seperti kambing, kuda dan rusa.

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang

Hotel Terdekat

Taman Tasik Seremban

6 Taman rekreasi di Seremban

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: –

taman tasik seremban
Sumber foto: google maps

Kalau anda ingin menikmati aktiviti rekreasi air, anda boleh singgah ke Taman tasik Seremban.

Selain daripada berjogging dan bersantai, terdapat juga aktiviti air seperti mengayuh bot angsa, berbasikal air dan lain-lain lagi.

Semua aktiviti ini lebih seronok apabila dilakukan bersama keluarga dan sahabat handai.

Yuran dikenakan kepada mereka yang ingin mengambil bahagian dalam aktiviti ini, tapi ia berpatutan. Jadi, pada hujung minggu ini, datanglah ke sini, tau!

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 10 malam

Hotel Terdekat

Galeri Diraja Tuanku Jaafar

7 Galeri bersejarah di Seremban

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-761 9102

galeri diraja tuanku jaafar
Sumber foto: google map

Lokasi menarik seterusnya adalah Galeri Diraja Tuanku Jaafar, yang dibina untuk memperingati DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Beliau menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1967. Pengunjung boleh mengetahui biografi, latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada negeri dan Malaysia semasa hayatnya.

Pameran ini dibahagikan kepada empat ruang berbeza bertaraf antarabangsa. Kalau anda meminati sejarah, pastikan untuk berkunjung ke galeri ini.

Waktu operasi: 10 pagi – 4:30 petang

Hotel Terdekat

Gunung Angsi

8 Aktiviti hiking di Seremban

Alamat: Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: –

tempat mendaki di gunung angsi Seremban
Sumber foto: google map

Anda minat aktiviti outdoor? Cuba mendaki Gunung Angsi yang setinggi 825 meter dan terletak berdekatan dengan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Popular di kalangan pendaki Seremban kerana pemandangan di puncaknya sangat menenangkan.

Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat Gunung Berembun, Gunung Telapak Buruk, Gunung Datuk, dan Gunung Tampin.

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Port Dickson Terbaik

Bagi pendaki beginner, disarankan untuk memulakan pendakian dari Jalan Bukit Putus. Ini kerana ia lebih mudah dan hanya memerlukan 1.5 hingga 2 jam untuk sampai ke puncak.

Hotel Terdekat

Masjid Sri Sendayan

9 Tempat menarik di Sendayan Negeri Sembilan

Alamat: Masjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan

Telefon: 019-696 9871

masjid sri sendayan berdekatan seremban
Sumber foto: google map

Masjid Sri Sendayan terletak di salah sebuah daerah Negeri Sembilan bernama Sendayan, yang berhampiran dengan Seremban.

Menariknya lagi, masjid ini dikenali sebagai Taj Mahal Malaysia. Pengunjung pasti akan sangat kagum dengan seni bina Islam yang mengagumkan dan taman hijau yang subur.

Mereka juga boleh bergambar di hadapan masjid yang cantik ini.

Hotel Terdekat

Muzium Negeri Sembilan

10 Tempat bersejarah di Negeri Sembilan

Alamat: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-763 1149

Kompleks Muzium Negeri Sembilan di Seremban
Sumber foto: google Maps

Pada masa kini, senibina Minangkabau yang unik hampir dilupakan. Kalau anda berkesempatan, singgahlah ke Kompleks Muzium Negeri Sembilan yang menjadi keistimewaan Seremban.

Di sini, terdapat tiga bahagian bangunan utama – Teratak Pepatih, Rumah Negeri Sembilan, dan Istana Ampang tinggi (istana negeri Sembilan). Teratak pepatih mempamerkan senjata dan alat kelengkapan diraja.

Melawat muzium ini akan memberikan pengetahuan baru serta menghidupkan semula warisan senibina yang unik ini.

Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang

Hotel Terdekat

Masjid Jamek Seremban

11 Masjid di Seremban

Alamat: Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 012-692 6839

Masjid Jamek Seremban
Sumber foto: google map

Masjid unik ini merupakan masjid tertua di Negeri Sembilan. Dibina sekitar tahun 1900 dan masih teguh sehingga hari ini. Menarik bukan?

Senibinanya juga bukan berasal dari Minangkabau, tapi dipengaruhi oleh budaya arab.

Ini kerana pengasasnya seorang pendakwah dari Arab. Ia masih kukuh hingga sekarang.

Hotel Terdekat

Popia Kuala Kangsar

12 Popia basah di Seremban

Alamat: No.11, Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 012-677 5930

popia kuala kangsar yang sedap di seremban
Sumber foto: google map

Unik dan popular, begitulah gambaran popia basah paling sedap di Seremban! Popia ini asalnya daripada kuala Kangsar, Perak.

Namun, pengusaha telah membuka gerai popia ini di Seremban supaya anda tidak perlu jauh ke Perak untuk menikmati kesedapannya.

Gerai ini sangat popular pada waktu malam di Seremban kerana ia buka sehingga lewat malam. Malah, gerainya sentiasa penuh dengan pelanggan. Makan satu popia tak cukup, dua pun masih tak cukup.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 1 petang – 11 malam

Hotel Terdekat

Hard Wood Café

13 Kedai makan best di Seremban

Alamat: No 60, Lot 48, Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-601 1624

Hard Wood Café
Sumber foto: google map, Facebook @Hard Wood Café

Sudah puas berjalan-jalan di Seremban, teringin pula nak makan masakan Negeri Sembilan, bukan? Di Hard Wood Café, anda boleh menikmati masakan kampung yang anda impikan.

Ia menghidangkan masakan asli Minangkabau yang pasti memikat selera sesiapa sahaja yang makan. Di samping vibe kampung yang menggamit memori, anda boleh merasai masak lemak cili api.

Waktu operasi: Isnin-sabtu: 6 pagi – 6 petang, ahad (tutup)

Hotel Terdekat

The Dusun, Seremban

14 Resort ada outdoor pool & boleh bbq di Seremban

Alamat: 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Korea Paling Popular

Telefon: 012-616 2585

Resort menarik untuk percutian di Seremban
Sumber foto: google map

The Dusun adalah resort dalam hutan yang sempurna untuk Seremban retreat anda. Tempat penginapan menarik ini membolehkan anda menikmati pemandangan pagi yang indah di tengah bukit bukau.

Konsep penginapan dalam rumah-rumah dusun sangat menarik, memberikan peluang untuk berkongsi masa berkualiti dengan yang tersayang  

Terdapat fasiliti lengkap termasuk outdoor pool, taman permainan dan ruang BBQ peribadi untuk pengunjung.

Pengalaman menginap dalam dusun yang dikelilingi oleh buah-buahan dan haiwan ternakan ini sangat menarik, kan? Jadi, jom Seremban Retreat di The Dusun Negeri Sembilan!

Selanjutnya Di Agoda

The Shorea

15 Resort menarik di Seremban

Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 017-338 5698

penginapan menarik di seremban
Sumber foto: Facebook @the shore

Nak penginapan tenang di Seremban? Cubalah Seremban staycation di resort unik bernama The Shorea.

Resort di negeri Sembilan ini juga ada kolam air terjun, kolam renang, dan dek bersantai yang cukup luas.

Selain kemudahan biasa, The Shorea Seremban ini menawarkan sarapan pagi, tempat barbeku, katering dan dapur dalam setiap vila yang dilengkapi dengan bahan asas.

Terletak pada ketinggian 3900 kaki, ia menawarkan pemandangan indah Hutan Simpan Berembun dari bilik anda.

Pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti hutan dan mandi di air terjun berdekatan. Ini tempat healing yang terbaik untuk percutian menarik di Seremban.

Selanjutnya Di Agoda

Palm Mall Seremban

16 Tempat membeli-belah di Seremban

Alamat: Palm Mall, Level 4, Jalan Sungai Ujong, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-765 6073

palm mall seremban
Sumber foto: google map

The Palm Mall adalah pusat beli-belah terbesar di Seremban, Malaysia, dengan lebih dari 30 restoran popular seperti KFC dan Pizza Hut.

Paling menarik, ia juga mempunyai pawagam GSC, teater terbesar dan paling maju dengan 10 skrin dan tiga teater 3-D.

Anda juga boleh menikmati pusat refleksologi, kecergasan, karaoke dan hiburan lain. Pusat membeli-belah 5 tingkat ini turut mempunyai trek pejalan kaki yang tenang.

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

Hotel Terdekat

Centipede Temple

17 Kuil dengan patung lipan di Seremban

Alamat: Jalan Temiang, 70200, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 70200 Seremban

Telefon: 010-310 5880

centipede temple di seremban
Sumber foto: google map, holidify.com

Kuil Tze, juga dikenali sebagai Kuil Lipan, terletak di Seremban di atas Bukit Wu Gong. Untuk ke kuil ini, seseorang perlu menaiki 264 anak tangga.

Kuil ini memiliki patung batu lipan dan patung Lord Yue Lao (Dewa Perkahwinan). Tarikan lain di Centipede Temple termasuk kolam kura-kura dan pavilion khas untuk Guan Di.

Meskipun kuil ini adalah Tao, ia juga mempunyai unsur Cina dan Buddha. Pengunjung juga boleh melihat tanglung yang cantik, gendang, loceng dari Dinasti Qing, dan pintu dengan hiasan yang rumit.

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 6.30 petang

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kudat Sabah
  • Tempat Menarik Di Tuaran Sabah
4/5 - (15 votes)
Tags: Negeri Sembilantempat menarik di seremban

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    137 shares
    Share 55 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved