senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Setiu Terengganu Untuk Di Singgah

Aira by Aira
October 9, 2023
in Travel
setiu terengganu

Sumber gambar: Instagram @terrapuri

106
SHARES
10.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pantai terkenal di Setiu
  • 2. River cruise di Setiu
  • 3. Perkampungan nelayan di Setiu
  • 4. Resort berkonsepkan istana lama Terengganu di Setiu
  • 5. Gabungan 9 ekosistem di Setiu
  • 6. Galeri botol di Setiu
  • 7. Ladang tembikai di Setiu
  • 8. Gunung tertinggi di Setiu
  • 9. Resort berkonsepkan pelancongan agro di Setiu
  • 10. Resort berkonsepkan tepi laut di Setiu
  • 11. Tempat makan menarik di Terengganu
  • 12. Pantai cantik di Setiu
  • 13. Kraftangan di Terengganu
  • 14. Taman rekreasi di Marang
  • 15. Bukit di Marang

Terengganu menawarkan pelbagai tempat menarik dan tempat-tempat yang cantik di Setiu sehingga menjadi destinasi penggambaran filem tempatan.

Nama ‘Setiu’ diambil bersempena dengan nama pahlawan Bugis yang bernama Tok Setiu.

Beliau berhijrah ke Terengganu lalu menjadi ketua kampung dan guru silat setelah menetap di Kampung Bukit Tok Setiu.

Selain itu, ibu daerah bagi Setiu ialah Bandar Permaisuri dan diikuti bandar-bandar utama iaitu Chalok dan Sungai Tong.

Senarai tempat percutian terbaik di Setiu Terengganu

Pantai Penarik dan Terrapuri Heritage Village merupakan destinasi terkenal yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem.

Antara filem-filem tempatan menjadikan Setiu sebagai lokasi penggambaran ialah ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Pulang’, ‘Polis Evo’ dan ‘Lagenda Budak Setan’.

Jadi mesti ada sebab kan tempat ini menjadi rebutan? Setiu juga berdekatan daerah Marang.

ADVERTISEMENT

Kalau anda nak alami sendiri keindahan dan keunikan di sini, jom singgah ke 15 tempat menarik di Setiu Terengganu seperti yang disenaraikan!

Pantai/Kampung Mangkuk

1 Pantai terkenal di Setiu

Alamat: Jln Penarik – Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: –

Pantai/Kampung Mangkuk
Sumber gambar: Zhenke Toh, Khairul Nizam Bakar, Heart Patrick

Pantai Mangkuk yang terletak di dalam Kampung Mangkuk ini merupakan pantai cantik di Terengganu yang terkenal.

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, bukan sahaja menjadi tumpuan penggambaran filem malah kaum kerabut Sultan Terengganu juga pernah bertandang ke sini tau!

Selain itu, pantai ini mempunyai tarikan menarik seperti gerai Ikan Celup Tepung (ICT) yang tular, port ‘kaki pancing’ serta melihat pemandangan sunset.

Tambahan pula, kampung ini menempatkan Terrapuri yang pernah menjadi lokasi perfileman Hikayat Merong Mahawangsa.

Hotel Terdekat

River Boat at Laguna Setiu

2 River cruise di Setiu

Alamat: Kg Kampung Gong Batu, 22100 Permaisuri, Terengganu

Telefon: –

River Boat At Laguna Setiu
Sumber gambar: Setiu River Cruise

Mari melihat keindahan flora dan fauna dengan river cruise bersama di River Boat at Laguna Setiu.

Anda dapat melihat secara dekat ekosistem paya bakau dengan singgah di Pulau Telaga Tujuh dan Pulau Layak.

Kedua-dua lokasi pulau ini menempatkan 2 pokok yang unik iaitu ‘Pokok Sarang Semut’ dan ‘Pokok Berus Mata Buaya’.

Selepas itu, anda boleh merasai pengalaman yang bermakna dengan mengutip lokan, kepah, dan tiram di sini!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang tumbuhan-tumbuhan yang unik ini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.

Resort Terdekat

Kampung Fikri

3 Perkampungan nelayan di Setiu

Alamat: Kampung Fikri, 22120, Permaisuri Terengganu

BACA JUGA  Jalan-Jalan ke Oasis di Sunway Pyramid: Tarikan Terbaru Shopping & Makan yang Wajib Anda Lawati

Telefon: –

Kampung Fikri
Sumber gambar: Mohd Hazni Hassan

Sebuah perkampungan nelayan di Setiu Terengganu yang boleh anda singgah iaitu Kampung Fikri.

Ia terletak berhampiran utara Kelantan, barat dan selatan Pahang dan timur Laut China Selatan.

Terdapat tempat pembuatan bot kayu nelayan tradisional yang boleh anda lihat sendiri kehalusan seninya.

Selain itu, kayu balak berkualiti tinggi yang digunakan seperti kayu cengal dan jati menjadikan bot ini tahan lebih lama.

Resort Terdekat

Terrapuri Heritage Village

4 Resort berkonsepkan istana lama Terengganu di Setiu

Alamat: 21010 Permaisuri, Terengganu

Telefon: 09-624 5020

Terrapuri Heritage Village
Sumber gambar: Jim Tan, Alvin H, NUR MUHAMMAD NUR ISKANDAR, Ang Khai Loon

Inginkan percutian yang klasik berdekatan tempat menarik di Setiu? Jemput menginap di Terrapuri Heritage Village.

Resort yang berkonsepkan istana lama Terengganu ini mempunyai elemen klasik seperti di Kemboja dan Thailand.  

Untuk makluman anda, lokasi ini pernah menjadi perfileman Hikayat Merong Mahawangsa.

Bukan itu sahaja, resort ini juga pernah mendapat liputan daripada “Amazing Race” dan “Discovery Channel” tau!

Kalau di luar negara pun sudah mengenali resort ini jadi apa kata anda alami sendiri suasana klasik di sini?

Harga purata: RM 444 setiap malam

Ulasan pengunjung:

"Resort dengan suasana kampung. Pemandangan menakjubkan dan susunan paparan warisan Terengganu membawa anda ke dunia berbeza. Tempat yang indah untuk tinggal untuk percutian atau menginap pada hujung minggu..."
Selanjutnya Di Agoda

Setiu Wetland

5 Gabungan 9 ekosistem di Setiu

Alamat: 13, Jln Pengkalan Gelap, 22120 Permaisuri, Terengganu

Telefon: –

Setiu Wetland Savannah
Sumber gambar: Bob W, abang nintendo, Nicky Azura, Forest Ang

Mempunyai satu-satunya kawasan dengan 9 ekosistem menjadikan Setiu Wetland sebagai tempat menarik di Setiu untuk di singgah.

Sembilan ekosistem yang dimaksudkan ialah laut, pantai, lagun, lumpur, muara, sungai, pulau, hutan pantai dan paya bakau saling berhubung. Menarik bukan?

Selain itu, kawasan seluas 23 000 hektar ini menempatkan pelbagai spesies burung, rama-rama, pokok bakau dan mamalia.

Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 4 petang

Resort Terdekat

Rumah Botol Ayahku

6 Galeri botol di Setiu

Alamat: Jln Penarik – Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: –

Galeri Rumah Botol
Sumber gambar: Patrick Lee, hasifah che mat, Ty lee

Setiap orang pastinya mempunyai hobi yang berbeza-beza bukan? Begitu juga dengan Pak Ali / Tokki telah mengumpul lebih 4000 botol yang hanyut di tepian pantai.

Anda boleh saksikan koleksi pengumpulan botol ini di Rumah Botol Ayahku.

Tambahan pula, botol-botol yang dikumpulkan bukan sahaja botol-botol biasa tau!

Malah ada yang dari Korea, Mexico yang mengandungi nota untuk seseorang di dalamnya. Menarik bukan?

Waktu operasi:

  1. Isnin – Sabtu & Ahad: 8.30 pagi – 12 tengah hari & 2 petang – 4 petang
  2. Jumaat: 2 petang – 4 petang
Resort Terdekat

Ladang Tembikai Kolam Hijau

7 Ladang tembikai di Setiu

Alamat: Ladang Tembikai Kolam Hijau, Kampung Saujana 22120, Permaisuri, Setiu, Terengganu

BACA JUGA  16 Zoo & Taman Rekreasi Yang Best Di Malaysia (2023)

Telefon: –

Ladang Tembikai Kolam Hijau
Sumber gambar: kakitravel.net

Bagi anda peminat buah tembikai, jom singgah di Ladang Tembikai Kolam Hijau!

Tahukah anda bahawa ‘timun cina’ merupakan gelaran buah tembikai bagi penduduk di pantai timur?

Di sini anda bukan sahaja boleh menemui tembikai malah berpeluang untuk memetik sendiri dan makan buah tembikau tau! Fresh gitu!

Untuk makluman anda, terdapat 2 jenis buah tembikai yang ada di ladang ini iaitu tembikai merah dan kuning.

Resort Terdekat

Gunung Sarut

8 Gunung tertinggi di Setiu

Alamat: Gunung Sarut, Terengganu

Telefon: –

Gunung Sarut
Sumber gambar: Syarifah Noor Anisah Tuan Baru, Aizuddin Rosli, papa Red, Jack Hau Tan

Anda gemar akan aktiviti mendaki gunung? Apa kata anda cuba hiking di Gunung Sarut? Gunung setinggi 1222 m ini merupakan gunung tertinggi di Setiu.

Ia menempatkan Air Terjun Lata Payong dan terdapat banyak punca air sungai di sepanjang laluan pendakian.

Tambahan pula, anda boleh bermalam di Kem Bonsai sebelum meneruskan perjalanan menuju ke puncak gunung.

Resort Terdekat

Setiu Agro Resort

9 Resort berkonsepkan pelancongan agro di Setiu

Alamat: 22030 Chalok, Terengganu

Telefon: –

Setiu Agro Resort
Sumber gambar: Asyrafuddin Sarun, Manjavani Channel, M. ZABERI, スーフィアン

Setiu Agro Resort merupakan resort yang berkonsepkan pelancongan agro. Selain itu, resort dengan elemen tradisional ini memberi pemandangan yang cantik.

Tambahan pula, tempat menarik ini sesuai untuk anda menganjurkan family day atau aktiviti berkumpulan.

Antara aktiviti ekstrem yang boleh dilakukan iaitu water rafting, water confident, flying fox, berkayak dan night walk.

Resort Terdekat

Summer Bay Resort Lang Tengah Island

10 Resort berkonsepkan tepi laut di Setiu

Alamat: 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-631 3366

Resort tepi pantai yang menarik di Setiu
Sumber gambar: Alexandra Kabakova, Summer Bay Resort John, Pah Pin Shang

Mencari tempat percutian menarik di tepi laut? Summer Bay Resort Lang Tengah Island destinasi yang patut anda pergi.

Resort ini terletak menghadap Laut China Selatan yang memiliki air laut yang jernih dan bersih serta hutan hujan tropika.

Ia memiliki sebanyak 111 bilik di mana setiap bilik memberikan pemandangan yang berbeza yang cukup indah.

Antara jenis bilik yang disediakan ialah ‘standard’, ‘superior’, ‘deluxe pemandangan kolam renang’ dan ‘deluxe akses kolam renang’.

Tambahan pula, anda boleh mencuba aktiviti snorkeling dan scuba diving untuk melihat keindahan hidupan laut di sini!

Harga purata: Tiada maklumat

Ulasan pengunjung:

"Saya pergi selama 5 hari 4 malam dan ia sangat menyeronokkan. Kakitangannya cukup mesra dan baik, lokasi resort mempunyai 4G yang mencukupi di seluruh pulau. Banyak aktiviti seperti snorkeling dengan penyu, bufet, spa dan juga kolam renang yang besar!..."
Selanjutnya Di Agoda

Mr Celup Tepung Station

11 Tempat makan menarik di Terengganu

Alamat: Lot 4867, Hadapan Kubur, Kampung Penarik, 22120 Permaisuri, Terengganu

Telefon: –

kedai makan sedap di Setiu
Sumber gambar: Instagram @mcts_seafood

Terletak di tepi Pantai Penarik pantai cantik di Terengganu menjadikan Mr Celup Tepung Station menjadi pilihan pengunjung.

BACA JUGA  9 Tips Memilih Hotel Tanpa Stres Untuk Percutian

Gerai tepi pantai menghadap Pulau Redang ini menyediakan menu utamanya berasaskan celup tepung.

Selain itu, menu lain yang ada seperti mee sup, maggi telur sotong/ketam/udang, nasi ayam geprek, coconut shake dan ABC aiskrim.

Bukan itu sahaja, malah ada tempat bergambar yang aesthetic dengan view yang cantik tau!

Waktu operasi: Khamis – Selasa: 9 pagi – 8 malam

Homestay Terdekat

Pantai Penarik Setiu

12 Pantai cantik di Setiu

Alamat: Pantai Penarik, Kampung Penarik, 22120 Permaisuri, Terengganu

Telefon: –

Pantai Penarik di Setiu
Sumber gambar: Pantai Penarik, Mohd Nazri Shamsudin, clc max

Selain Pantai Mangkuk, pantai cantik di Terengganu iaitu Pantai Penarik mampu menarik kehadiran anda ke sini!

Kawasannya yang landai dan luas membolehkan aktiviti berkelah dilakukan di sini.

Di samping itu, dari sini anda dapat menyaksikan pemandangan Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Kapas.

Tambahan pula, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan berhampiran kerana di sini ada banyak restoran celup tepung untuk anda cuba.

Homestay Terdekat

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

13 Kraftangan di Terengganu

Alamat: Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Terengganu, 20700 Kuala Terengganu

Telefon: 09-617 1033

Pusat kraftangan menarik di Setiu
Sumber gambar: Ummu Von Nadia, Akademik Mersing

Ingin melihat sendiri kehalusan hasil seni di Terengganu? Anda boleh berkunjung ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Terdapat berbagai hasil kraftangan yang menarik yang boleh anda temukan di sini. Antaranya ialah ukiran kayu, songket, produk tembaga, kain sarong, batik dan sutera.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga membuat tempahan eksklusif produk kraftangan berdasarkan citarasa anda sebagai ole-ole tau!

Resort Terdekat

Pantai Pulau Kekabu

14 Taman rekreasi di Marang

Alamat: 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Pantai Pulau Kekabu di setiu
Sumber gambar: nazif JT, Aylanin Aurora, Joe Loo, HAFEZUDDIN IDRIS

Dah berkunjung ke Setiu, mari ke daerah berdekatan dengannya iaitu Marang yang menempatkan Pantai Pulau Kekabu.

Lalu adakah ia sama seperti pulau di lautan? Tidak, sama sekali! Nama sahaja pulau, tetapi ia bukanlah pulau di lautan seperti yang anda fikirkan.

Ia merupakan taman rekreasi yang mempunyai pantai yang luas untuk berkelah, mandi-manda dan taman permainan kanak-kanak.

Tambahan pula, tempat menarik di Setiu ini juga menjadi tempat latihan bagi sukan layar negeri Terengganu.

Homestay Terdekat

Bukit Lubuk Batu

15 Bukit di Marang

Alamat: 21500 Sungai Tong, Terengganu

Telefon: –

Bukit Lubuk Batu di setiu
Sumber gambar: waacha, Instagram @rabiahtul_asma, @jacky_nurul_zakeyah

Bukit Lubuk Batu merupakan bukit di Marang yang sesuai untuk aktiviti mendaki.

Bukit dengan ketinggian 359 m ini menyajikan pemandangan Pulau Kapas dan Laut China Selatan yang begitu indah.

Sebelum terkenal sebagai tempat mendaki, ia juga terkenal dengan lambakan durian di kebun durian yang ada.

Tambahan pula, pendakian ke bukit ini separa santai dengan menempuhi kebun durian, duku, rambutan dan cempedak.

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Switzerland
  • Tempat Menarik Di Gerik Perak
4/5 - (15 votes)
Tags: setiu terengganutempat menarik di setiuterengganu

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved