senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Baling Kedah Untuk Diterokai

Aira by Aira
May 6, 2024
in Travel
tempat menarik di baling kedah terkini
303
SHARES
30.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pekan kecil di Baling
  • 2. Kolam air panas di Baling
  • 3. Sungai di Baling
  • 4. Aktiviti rafting/tubing (rakit pelampung) di Baling
  • 5. Port latihan mendaki di Baling
  • 6. Gunung ke-2 tertinggi di Kedah
  • 7. Gua bersejarah di Baling
  • 8. Tempat menarik di Thailand
  • 9. Tempat perkelahan terkenal di Baling
  • 10. Hotel sederhana mewah di Baling
  • 11. Rumah tamu di Baling
  • 12. Hotel bajet di Baling
  • 13. Chalet di Baling
  • 14. Tempat menarik untuk keluarga di Baling
  • 15. Homestay di Baling

Meskipun Baling tidak terkenal setanding daerah di Kedah yang lain, namun ia memiliki banyak tempat menarik di Baling untuk diterokai.

Selepas daerah Sik, Baling menjadi daerah ke-2 terbesar di Kedah dengan luas 1530 km persegi.

Ia telah wujud kira-kira 17 000 tahun dahulu sebagai penempatan awal manusia di Gua Sireh yang terletak di Gunung Pulai.

Terdapat 2 sejarah silam yang dikaitkan dengan asal usul tempat menarik Kedah ini.

Pertama, raja bersiong membaling gigi siongnya. Kedua, gelaran “Ban-Lin” (kera) yang diberikan oleh orang Siam dan Burma setelah hasil tanaman mereka musnah diserang ribuan kera.

Senarai tempat menarik di Baling Kedah

Berikut adalah 15 tempat menarik di Baling yang boleh diterokai dan penuh dengan sejarah serta kehijauan alam semulajadi.

Antara tempat best di Kedah yang boleh anda kunjungi ialah Gua Jepun, Gunung Baling dan Sungai Angkat Ulu Legong.

ADVERTISEMENT

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom ke tempat bercuti di Kedah!

Pekan Baling

1 Pekan kecil di Baling

Alamat: Baling View Point, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

tempat menarik di baling - Pekan Baling
Sumber gambar: Instagram @foo_ken_

Tahukah anda terdapat tempat menarik di Baling untuk berbelanja lebih murah dari Padang Besar?

ADVERTISEMENT

Di Pekan Baling, anda boleh dapatkan apa jua barangan idaman anda dengan harga durian runtuh!

Selain harganya yang murah, ini juga dapat menjimatkan kos penduduk Kedah daripada berbelanja di tempat yang jauh.

Tambahan pula, anda juga boleh memborong pakaian dan peralatan rumah di tempat viral di Kedah ini.

Semak Harga

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

2 Kolam air panas di Baling

Alamat: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-473 1024

tempat menarik di baling - Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Sumber gambar: Liza Khan, Muhammad Raziq Lawrence Munting, neut neut, ZAM YUSOFF

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dikenali sebagai tempat viral di Kedah untuk lepak dan rekreasi.

Kolam air panas yang dibina sejak 1998 ini terletak bersebelahan dengan Sungai Angkat Ulu Legong.

BACA JUGA  13 Tempat Menarik Di Sik Kedah Untuk Singgah

Di sini, terdapat 3 bahagian kolam air panas dan beberapa bilik chalet menarik di Kedah.

Terdapat kolam untuk dewasa, kanak-kanak dan kolam yang tidak sesuai untuk berendam kerana suhu air panas yang sangat tinggi.

Manakala untuk bilik pula, ia terdiri daripada 3 jenis iaitu VIP, standard dan dormitori.

Semak Harga

Sungai Angkat Ulu Legong

3 Sungai di Baling

Alamat: Sungai Angkat Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Sungai Angkat Ulu Legong
Sumber gambar: madjam 81, EKO FARM Malaysia

Memiliki sungai yang bersih dan sejuk menjadikan Sungai Angkat Ulu Legong sebagai destinasi popular bagi pengunjung.

Terletak berhampiran sungai Baling, sejauh 22 km di mukim Siong.

Aktiviti menarik seperti berkelah, barbeku, mandi-manda, jungle trekking dan berkhemah menjadi kebiasaan di tempat lepak ini.

Semak Harga

Sungai Siong

4 Aktiviti rafting/tubing (rakit pelampung) di Baling

Alamat: Sungai Siung, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

tempat menarik di baling - Sungai Siung
Sumber gambar: Nazirul Ikram, Sungai Sedim Water Rafting (Rapid Fire Adventure)

Anda gemar melakukan aktiviti lasak? Kunjungi Sungai Siong yang berhampiran sungai Baling sebagai port terbaik untuk anda melakukan aktiviti water tubing, kayak dan rakit.

Kerana arusnya yang deras dan berjeram, sungai ini sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti tersebut.

Perjalanan aktiviti air di tempat viral di Kedah ini adalah kira-kira 20 km dari Sungai Siong ke Sungai Baling.

Semak Harga

Gunung Baling

5 Port latihan mendaki di Baling

Alamat: Gunung Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Gunung Baling
Sumber gambar: U-Point, Ibgdrgn.88, kim peng lim, mknace unlimited

Mencari port latihan awal sebelum hiking ke gunung yang lebih tinggi dan berliku?

Gunung Baling menawarkan keindahan gunung batu kapur setelah anda sampai ke puncak.

Anggaran masa untuk sampai ke tempat menarik Kedah ini adalah sekitar 2-3 jam bergantung kepada stamina anda.

Jangan lupa untuk mendapatkan bantuan dari pemandu gunung agar anda tidak sesat semasa melakukan aktiviti ini!

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 6 petang) & Ahad (8 pagi – 10 pagi)

Semak Harga

Gunung Pulai

6 Gunung ke-2 tertinggi di Kedah

Alamat: Kampung Teluk Tak Patah, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Gunung Pulai
Sumber gambar: Koh Chin Siang, Jason T, Suki Chia, Don Tan (Don Tan)

Jika Gunung Jerai gunung tertinggi di Kedah, Gunung Pulai pula gunung ke-2 tertinggi di Kedah dengan ketinggian 620 m.

Tempat best di Kedah ini menempatkan banyak gua bersejarah yang boleh anda terokai.

Dikelilingi oleh 4 buah kampung iaitu Kampung Paya, Kampung Tanjung, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang.

Nikmati pengalaman mendebarkan melalui jambatan gantung sejauh 10 m sebelum mendaki gunung ini di Kampung Paya!

Semak Harga

Gua Jepun

7 Gua bersejarah di Baling

Alamat: Gua Jepun, Baling, 09100 Baling, Kedah

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Jitra Kedah Untuk Makan-Makan

Telefon: –

Gua Jepun
Sumber gambar: Jay Jaylaini, Hock Kuan, Instagram @pickcurr, @_haniszainol

Tahukah anda bahawa Baling juga mempunyai tempat bersejarah? Salah satunya ialah Gua Jepun yang menempatkan pelbagai khazanah menarik.

Ia terletak di kaki Gunung Baling yang memudahkan pencarian untuk ke gua ini.

Tempat bercuti di Kedah ini mempunyai sebuah terowong komunis yang dipercayai menjadi kubu komunis pada zaman dahulu.

Untuk makluman anda, dengan penemuan bersejarah tersebut gua ini bakal dijadikan konsep pelancongan tentera.

Semak Harga

Betong Thailand

8 Tempat menarik di Thailand

Alamat: Betong District, Yala 95110, Thailand

Telefon: –

Betong Thailand
Sumber gambar: Instagram @ie0_travphoto, @mim._rika, Eng Kooi Chan, Paul Lim

Bukan Padang Besar sahaja yang hampir dengan Thailand, malah Baling juga tau!

Dengan jarak hanya 26 km dari pekan Baling anda boleh menuju ke Betong Thailand.

Kawasan bebas cukai ini amat popular dalam kalangan penduduk dari Kedah, Kelantan dan Perak.

Terdapat banyak tempat rekreasi yang ada di bandar ini seperti penginapan, gerai makanan, gunung dan banyak lagi.

Semak Harga

Air Terjun Lata Bayu

9 Tempat perkelahan terkenal di Baling

Alamat: K715, 09100 Baling, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Lata Bayu
Sumber gambar: Yasser Fouzi, Ng puck mun, Anthu Tropical

Kalau anda nak tahu destinasi perkelahan terkenal di Baling, inilah Air Terjun Lata Bayu. Dengan jarak 30 km dari pekan Baling, anda boleh menuju ke kawasan air terjun tempat rekreasi ini.

Kawasan air terjun yang dijaga dengan rapi ini terletak di dalam Hutar Lipur Lata Batu.

Selain ketenangan air terjunnya, ia juga menawarkan pemandangan kehijauan alam semulajadi yang cukup indah.

Semak Harga

Hotel Seri Baling Inn

10 Hotel sederhana mewah di Baling

Alamat: Jalan Bukit Caruk Nau, Kampung Banggol Lada, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-470 2336

Hotel Seri Baling Inn
Sumber gambar: Booking.com, Hotel Seri Baling Inn, Asri Saad

Hotel Seri Baling Inn menyediakan kemudahan yang lengkap seperti kolam renang, pusat kecergasan, dewan, dan restoran bagi pengunjung yang menginap di sini.

Penginapan ini mempunyai 28 bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Harga penginapan semalam serendah RM 137.

Chalet yang menarik di Kedah ini berhampiran dengan Betong, Gerik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Semak Harga

Rumah Rehat Majlis Derah Baling

11 Rumah tamu di Baling

Alamat: Rumah Rehat, Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon: 04-470 6636

Rumah Rehat Majlis Derah Baling
Sumber gambar: PRAPUL mdbaling, Mohd Nawawi Zakaria, Sabki Sudin, Sam Arif

Mencari tempat bermalam untuk seisi keluarga sebelum menuju ke tempat menarik Kedah yang seterusnya?

Bagaimana jika anda memilih Rumah Rehat Majlis Daerah Baling sebagai pilihan tempat lepak seketika?

Tempat bercuti di Kedah ini terletak berdekatan Balai Polis Baling dan Majlis Daerah Baling. Bilik-bilik yang ditawarkan juga amatlah luas dan dilengkapi dengan siaran TV Astro.

Semak Harga

Hotel Bayu

12 Hotel bajet di Baling

Alamat: Wisma Ramli , Lot 18, Jalan Pulai, Kampung Pokok Sena, 09100 Baling, Kedah

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Muar Terkini

Telefon: 04-470 0969

Hotel Bayu
Sumber gambar: Farhana Ismail, Halina Ieyna, azrul jerul

Mencari hotel bajet di sekitar Baling sama ada untuk bercuti atau sebagai tempat persinggahan untuk majlis perkahwinan?

Hotel Bayu mungkin hotel bajet di Kedah yang anda cari! Ia menawarkan ballroom yang besar dan sesuai untuk acara perkahwinan.

Jenis-jenis bilik yang ditawarkan termasuk standard, deluxe suite, vip suite dan penthouse suite.

Semak Harga

Baling Mountain Garden Village

13 Chalet di Baling

Alamat: Baling, 09100 Baling, Kedah

Telefon:-

Baling Mountain Garden Village
Sumber gambar: Baling Mountain Garden Village, Boutique Chalet

Jarang sekali kan dapat lihat tempat penginapan dengan view kawasan pergunungan?

Itulah keistimewaan Baling Mountain Garden Village yang menyediakan bilik dengan pemandangan indah dari Gunung Baling.

Chalet menarik di Kedah ini terletak strategik berhampiran Pekan Baling, Gunung Baling dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah ‘The Royale Suite’, ‘Deluxe Queen’ dan ‘Single Deluxe Double’.

Semak Harga

D Bamboo Park

14 Tempat menarik untuk keluarga di Baling

Alamat: K702, Kampung Lubok Legong, 09100 Baling, Kedah

Telefon:-

D Bamboo Park
Sumber gambar: Facebook @D bamboo park

Mencari port menarik di Baling di mana anda boleh lakukan pelbagai aktiviti dalam satu kawasan bersama seisi keluarga?

D Bamboo Park adalah pilihan sesuai. Confirm tak rugi punyalah!

Tempat best di Kedah ini menawarkan aktiviti berkelah, berkhemah, barbeku, mandi-manda, family day dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pakej makanan yang disediakan. Anda boleh pilih sahaja nak makan di mana. Dalam air? Di pondok? Di tepi sungai? Semuanya bolehlah!

Semak Harga

MR Homestay Baling Kedah

15 Homestay di Baling

Alamat: Lot 8665, Kampung Teduh, 09100 Baling, Kedah

Telefon:-

tempat penginapan untuk keluarga di baling
Sumber gambar: Mr Homestay Baling Kedah

Jika Baling Mountain Garden Village terletak berhampiran Gunung Baling, Mr Homestay Baling Kedah pula terletak berhampiran Gunung Pulai.

Homestay ini mempunyai 6 unit rumah iaitu ‘MR Rumah No 1-4’, ‘MR Homestay Taman Bukit’ dan ‘MR Homestay Bersatu’ dengan harga serendah RM 200 satu malam.

Kapasiti setiap unit rumah ini bergantung kepada jumlah pengunjung yang hadir. Homestay ini berdekatan dengan Pekan Baling dan Air Panas Ulu Legong.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Gua Musang
  • Tempat Menarik Di Kampar
4/5 - (16 votes)
Tags: kedahtempat menarik di baling

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved