senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

Nora by Nora
April 15, 2024
in Travel
tempat menarik di yan kedah yang terkini

Sumber gambar: google maps (Mohamadhilmi Abdulsamad)

280
SHARES
28k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pulau di Yan Kedah
  • 2. Tempat menarik di Yan untuk family day
  • 3. Resort di Kaki Gunung Jerai
  • 4. Tarikan baru di Yan Kedah
  • 5. Homestay tepi sawah di Kedah
  • 6. Tempat camping menarik di Yan Kedah
  • 7. Tempat mandi popular di Yan
  • 8. Hutan rekreasi di Yan
  • 9. Jambatan di Yan
  • 10. Tempat makan menarik di Yan Kedah
  • 11. Air terjun tertinggi di kedah
  • 12. Tempat berkelah dan memancing di Yan
  • 13. Gunung di Yan Kedah
  • 14. Air terjun di yan kedah
  • 15. Air terjun di Gunung Jerai
  • 16. Kampung menarik di Yan
  • 17. Tempat untuk kaki pancing di Yan
  • 18. Tempat penginapan menarik di Yan Kedah
  • 19. Aktiviti menunggang kuda di Yan
  • 20. Homestay di Yan Kedah

Ada plan nak bercuti di Kedah tapi tak tahu nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Yan Kedah.

Yan juga merupakan satu daerah popular di Kedah seperti Langkawi kerana menawarkan banyak tempat percutian menarik di Yan Kedah.

Terletak hanya 41.8 km dari Alor Setar dan 51.3 km dari Sik, daerah ini cukup sinonim dengan Gunung Jerai yang merupakan salah satu gunung tercantik di Malaysia.

Bukan itu sahaja, daerah Yan juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kawasan air terjun yang indah.

Senarai Tempat Menarik Di Yan Kedah

Sebelum masuk lebih lanjut tentang tempat menarik di Yan, marilah kita imbas sedikit sejarah daerah Yan.

Yan dibuka pada tahun 1906 dan nama daerah ini diambil daripada perkataan siam yang bermaksud “sejuk”.

Walaupun menjadi antara daerah terkecil di Kedah Yan mempunyai banyak kawasan pelancongan yang indah dan menenangkan.

ADVERTISEMENT

Jom tengok-tengok apa tempat yang syok di Yan dalam artikel ini.

Pulau Songsong

1 Pulau di Yan Kedah

Alamat: Pulau Songsong, Yan, Kedah

Telefon: –

pulau songsong yang cantik di yan kedah
Sumber gambar: Facebook Pulau Song-Song -Pakej Termurah.

Pulau Songsong adalah pulau tidak berpenghuni tanpa pembangunan. Disebabkan itu, ekosistem semula jadi pulau ini masih terpelihara dan sangat cantik.

ADVERTISEMENT

Memandangkan Jerai Geopark merupakan kawasan pulau ini, anda perlu menaiki bot selama 20 minit dari jeti Sungai Udang untuk sampai ke sana. Di sini, anda boleh berkelah, snorkeling dan berkhemah.

Selain Pulau Songsang, korang juga boleh ke Pulau Telur atau Pulau Bidan. Berkhemah di pulau memang syok apa lagi ketika waktu malam dengan angin pantai, sambil menikmati panorama bintang di langit.

Memang hilanglah stress! Jom tempah trip anda sekarang.

Semak Harga

Pantai Murni Waterfront

2 Tempat menarik di Yan untuk family day

Alamat: Pantai Murni, 5, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

pantai murni waterfront yang menarik di yan
Sumber gambar: Ahmad Firdaus, Hasanah Lias, helmy kipli & Ikmal Izuddin

Jika anda ingin mencari tempat melepak dan bersantai pada waktu petang, datanglah ke Pantai Murni Waterfront.

Hanya 500 meter dari pekan Yan, tempat ini sesuai untuk layan angin pantai. Selain itu, fasiliti seperti gerai, tandas awam, pondok dan surau pun tersedia.

Tempat ini juga merupakan tempat yang bagus untuk melihat matahari terbenam dan mempunyai pemandangan beberapa pulau, seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor, dan Pulau Songsang.

Semak Harga

Jerai Hill Resort

3 Resort di Kaki Gunung Jerai

Alamat: Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun, Yan, Alor Setar, Malaysia

Tel: 04-466 7777

Salah satu penginapan terbaik di kaki Gunung Jerai dengan rating 4 bintang. Terletak kira-kira 1200 meter dari paras laut. 

Untuk ke The Jerai Hill Resort, anda boleh memandu sendiri atau naik van sewa di kawasan parking di kaki Gunung Jerai, berhampiran Muzium Terusan Wan Mat Saman. 

Kredit gambar: Muhammad Fadzli Mohd Rofi’ai
Kredit gambar: kim peng lim

Resort menarik ini juga menyajikan pemandangan yang sangat indah dan kanak-kanak boleh mandi-manda di kolam renang sekali dengan gelongsor. 

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Kedah Terkini & Popular

Rasa sangat sejuk pada waktu pagi dan malam.

Baca: 14 Penginapan Yang Ada Private Pool di Malaysia Untuk Percutian Hebat

Kredit gambar: Mickkie G

Terdapat beberapa aktiviti menarik di sana seperti wall climbing, memanah, target paint ball, dan flying fox. Resort terbaik untuk percutian bersama keluarga di Kedah!

Review:

“Tempah untuk 2 malam penginapan namun, kami menambah 1 malam. Subhanallah. Pemandangan yang sangat bagus. Udara segar. Makanan lazat. Suasana yang tenang dan santai untuk dinikmati… “

Semak Harga

Lubuk Kawah

4 Tarikan baru di Yan Kedah

Alamat: Geotapak Sungai Teroi – Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, Kampung Teroi, Yan, Kedah

Tel: N/A

Kredit gambar: incik Foofie

Nak sejukkan badan semasa menginap di Yan Kedah? Singgahlah ke Lubuk Kawah, terutamanya pada musim buah! 

Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 12 minit atau 6 km dari pekan Guar Chempedak. 

Di sini, anda akan menemui air sungai jernih dan mengalir terus dari puncak Gunung Jerai. 

Dengarkan bunyi air sungai yang mengalir dan hirup udara segar seperti kawasan perkampungan! Tempat ini cukup tenang dengan bau hutan. 

Tersedia kemudahan seperti kawasan mandi-manda, tandas awam, kawasan perkhemahan, ruangan solat, pondok rehat (wakaf), papan tanda pemakluman, dan lain-lain. 

Jom mandi-manda dan rasai suasana wild camping bersama member!

Waktu operasi: Jumaat – selasa (12.30 tengah hari- 10.30 malam)

Semak Harga

Homestay Paddy Field 

5 Homestay tepi sawah di Kedah

Alamat: Simpang Tiga Ulu Sedaka 06900, Simpang Tiga, Ulu Sedaka, 06900, 06900 Yan, Kedah

Tel: 012-5638532

Bukan di Sekinchan Selangor sahaja yang ada penginapan tepi sawah padi, malah di Yan pun sama! 

Terletak berhampiran sawah padi yang luas, homestay murah ini mempunyai reka bentuk rumah tradisional melayu yang sangat ringkas. 

Berdekatan dengan Gunung Jerai dan Ladang Nipah. Buka sahaja pintu bilik, nikmati pemandangan sawah padi dan Gunung Jerai. 

Semua bilik di sini juga berhawa dingin dan tidak sampai RM 100 pun.

Menariknya lagi, ada buaian, telaga dan tempat bergambar khas dan setiap sudutnya sangat ‘instagrammable’.

Homestay dengan vibe kampung ini perlu ada dalam checklist anda terutama mereka yang ingin ketenangan atau healing. View sekitar homestay ni juga sangat cantik!

Semak Harga

Baca: 15 Hotel Tepi Pantai Terbaik Di Malaysia

Carribean Campsite

6 Tempat camping menarik di Yan Kedah

Alamat: Carribean Campsite, Ruat, Yan, Kedah, Malaysia

Tel: 0107988816

Agak-agak kat Yan Kedah ada tak tempat camping menarik? Mestilah ada, tempatnya juga terletak tidak jauh dari pekan Sungai Petani! 

Tapak ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah, berlatarbelakangkan sawah padi, keindahan Gunung Jerai, dan panorama laut.

Dengarlah bunyi ombak yang menenangkan pada malam hari!

Bukan sahaja tapak berkhemah yang bersih, tapi juga ada kemudahan seperti tandas, plugpoint, sumber air bersih, surau, dan tempat BBQ. 

Caj penginapan di sini bergantung pada saiz khemah. Khemah kecil: RM30, khemah yang lebih besar: RM50. 

Semak Harga

Air Terjun Titi Hayun

7 Tempat mandi popular di Yan

Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Titi Hayun di yan
Sumber gambar: percutianbajet.com, foursquare.com, google maps (Ravin Rau)

Air Terjun Titi Hayun merupakan lokasi percutian air terjun yang menarik di Yan dengan suasana alam semulajadi yang menenangkan. Jaraknya hanya 5 kilometer dari pekan Yan.

Terletak di bawah kaki Gunung Jerai dan di dalam Hutan Lipur Titi Hayun, kalau nak mandi-manda dekat sini memang berbaloi.

Ini kerana kawasan ini dijaga dengan baik. Tapi, elakkan datang ke sini ketika musim kemarau kerana airnya kurang menarik dan cetek.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Titi Hayun

8 Hutan rekreasi di Yan

Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

Titi Hayun 2
Sumber gambar: foursquare.com, enyabdullah.com, dalectzx.blogspot.com, flickr.com

Hutan Rekreasi Titi Hayun antara lokasi sesuai untuk yang suka jungle trekking dan alam semula jadi.

BACA JUGA  Masjid Al-Zhahir Baybars Yang Ditutup 225 Tahun, Kini Dibuka Semula

Tempat menarik ini juga menyedikan kemudahan seperti tempat parking, jambatan gantung, dewan dan chalet.

Anda juga boleh menikmati air terjun dan mandi di sungai selepas penat meredah hutan.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 petang)

Semak Harga

Jambatan Pulau Bunting

9 Jambatan di Yan

Alamat: Jambatan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering, 06800 Yan, Kedah

Telefon: –

jambtan menarik di yan
Sumber gambar: mela2mela.blogspot.com, gamuda.com.my, foursquare.com, umpan.com

Jambatan Pulau Bunting merupakan jambatan terbengkalai yang menjadi tarikan pelancong di Yan, Kedah.

Selain itu, jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting dengan Yan ini juga merupakan tempat anda boleh menangkap pelbagai jenis ikan seperti jenahak, kerapu, ikan putih dan banyak lagi.

Kalau anda bernasib baik, anda mungkin melihat gelagat ikan dolphin bermain-main.

Semak Harga

Ladang Nipah Ismail Che Kar

10 Tempat makan menarik di Yan Kedah

Alamat: Ladang Nipah Ismail Che Kar, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 012-435 5104

Ladang Nipah Ismail Che Kar
Sumber gambar: foursquare.com, najwastory.com, babab.net, amirnawawi.com

Jika anda ingin merasai keenakan air nira nipah datanglah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar. Anda akan melihat bagaimana getah nipah ditanam dan cara membuat jus nipah.

Kalau di Kelantan minuman nira nipah dipanggil “tuak nipah” dan ini antara minuman popular di Kedah. Harganya hanya RM 10 untuk satu jag besar minuman itu.

Jika anda melancong ke Yan, anda pasti perlu singgah dan mencuba jus buah dan nipah.

Waktu operasi: setiap hari kecuali rabu (11:30 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Air Terjun Seri Perigi

11 Air terjun tertinggi di kedah

Alamat: Seri Perigi, Kampung Perigi, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Seri Perigi di yan
Sumber gambar: libur.com.my, penangfoodie.com, penbiru.com

Air Terjun Seri Perigi merupakan air terjun tertinggi di Kedah dan mempunyai ketinggian lebih 100 meter. Air terjun ini mengalir menuruni bukit dan mengeluarkan bunyi yang sangat menenangkan.

Tambah lagi, air terjun di Kampung Perigi sangat popular di kalangan orang yang berkunjung ke Kedah.

Berdekatan kawasan air terjun Yan ini, korang juga boleh ke Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Seribu dan juga Pantai Murni.

Kalau anda suka mandi air terjun, pastikan anda tambah tempat ini ke wishlist anda.

Semak Harga

Pantai Tanjung Jaga

12 Tempat berkelah dan memancing di Yan

Alamat: Tanjung Jaga, 08100 Merbok, Kedah

Telefon: –

Pantai Tanjung Jaga di yan
Sumber gambar: penbiru.com, nicelocal.my, google maps (Ku Ina Ibrahim), lensadaridesa.blogspot.com

Satu lagi pantai menarik di Yan iaitu Pantai Tanjung Jaga juga dikenali sebagai Teluk Air oleh penduduk tempatan.

Terletak kira-kira 3 km dari pekan Yan, pantai ini sesuai untuk aktiviti berkelah dan memancing.

Pantai ini masih indah dan terjaga dari pencemaran. Pastikan anda kekalkan kebersihan dan keindahan pantai ini jika berkelah disini nanti.

Semak Harga

Gunung Jerai

13 Gunung di Yan Kedah

Alamat: Gunung Jerai, 08300 Yan, Kedah

Telefon: 04-466 7777

Gunung Jerai
Sumber gambar: libur.com.my, thepatriots.asia, chasingthesun.com, destinasipercutian.com

Gunung Jerai sudah tidak asing lagi di Kedah dan salah satu simbolik negeri jelapang padi ini. Gunung yang berketinggian 1217 meter ini menjadi buruan para pendaki untuk ditawan.

Tempat menarik ini juga kaya dengan flora dan fauna seperti orkid liar. Suhu disini sekitar 18 hingga 25 darjah celcius, memang segar dan menyamankan.

Yang bestnya lagi, anda boleh menginap di kawasan Gunung Jerai kerana terdapat penginapan disediakan.

Semak Harga

Baca: 17 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia 2022 (Taman Air Popular)

Air Terjun Batu Hampar

14 Air terjun di yan kedah

Alamat: Air Terjun Batu Hampar Yan, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Batu Hampar 2
Sumber gambar: foursquare.com, dapnyatv.com, flickr.com, google maps (Omar M S).

Air Terjun Batu Hampar boleh dikatakan sebagai kawasan air terjun “hidden gems” kerana ianya terletak jauh di dalam hutan dan memerlukan stamina tinggi untuk sampai ke sini.

Kerana semakin sedikit orang yang datang ke kawasan perkelahan berhampiran air terjun Batu Hampar, kawasan itu kekal cantik dan terpelihara.

BACA JUGA  8 Destinasi Rahsia Dunia: Tempat Tersembunyi Paling Mengagumkan Di Dunia!

Perjalanan ke sana sedikit sukar tapi jika anda suka menghadapi cabaran, ia memang berbaloi!

Semak Harga

Air Terjun Puteri Mandi

15 Air terjun di Gunung Jerai

Alamat: Air Terjun Puteri Mandi, 08300 Yan, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Puteri Mandi di yan
Sumber gambar: tempatmenarik.my, google maps (Arelong Iema, Roman Samoilov, zuhairee hmy)

Terdapat banyak kawasan air terjun di daerah ini, salah satunya ialah Air Terjun Puteri Mandi yang terletak di kaki Gunung Jerai.

Untuk melihat air terjun di Titi Hayun, anda perlu mengembara ke lokasi kira-kira 3 km dari trek.

Sebaik sahaja anda tiba di tempat itu, anda akan kagum dengan keindahan air yang mengalir menuruni gunung.

Air terjun Yan Kedah ini bagus untuk aktiviti berkumpulan atau beriadah bersama rakan-rakan anda.

Semak Harga

Kampung Setar, Yan

16 Kampung menarik di Yan

Alamat: Jalan Kampung Setar, Titi Serong,06900, Yan, Kedah

Telefon: –

Kampung Setar Yan
Sumber gambar: Facebook (Kampung Setar Yan)

Adakah anda ingin keluar dari bandar dan tinggal dalam suasana kampung? Kampung Setar, Yan, adalah tempat yang bagus untuk melakukannya.

Terdapat banyak aktiviti untuk dinikmati di sini, seperti melawat kebun buah-buahan, mandi sungai, dan berkelah di air terjun.

Jika anda ingin merasai suasana kampung penuh kehijauan, Kampung Setar, Yan adalah lokasi yang sesuai.

Semak Harga

Kampung Singkir Laut, Yan

17 Tempat untuk kaki pancing di Yan

Alamat: Jalan Kampung Singkir Laut ,Kampung Kedat Keling, 08100 Yan, Kedah

Telefon: –

Kampung SIngkir Laut di yan
Sumber gambar: fakruljamil.com, geocities.ws, dapnyatv.com, facebook (Anak-Anak Darulaman)

Kampung Singkir Laut adalah sebuah perkampungan yang indah di mana anda boleh “healing” diri sendiri kerana suasananya sesuai untuk bersantai dan memancing.

Anda juga boleh berehat di pantai, menikmati angin laut atau memancing di tepi pantai. Selain itu, anda juga boleh pergi mendaki, pergi ke kolam udang dan mandi air terjun di kampung ni.

Air tawar dan air laut kedua-duanya terdapat di sini, jadi anda boleh memilih mana-mana yang anda suka.

Semak Harga

Chalet Rimbun Hijau

18 Tempat penginapan menarik di Yan Kedah

Alamat: Chalet Rimbun Hijau, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 012-510 8191

Chalet Rimbun Hijau yang menarik di yan
Sumber gambar: portcuti.com, clevi.com, google maps (Imtiaz Nasher)

Mencari tempat untuk menghabiskan family day? Cubalah Chalet Rimbun Hijau. Chalet ini mempunyai tiga kolam dan boleh memuatkan sehingga 50 orang.

Ia terletak di sebuah kampung, tapi berkonsepkan chalet moden. Chalet ini menampilkan kehijauan dari alam semula jadi dengan kemudahan BBQ, dewan, kolam dan banyak lagi.

Di sini juga terdapat anak sungai, jadi anda bosan mandi kolam, boleh try mandi sungai. Tempat ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti family holiday, program atau sekadar bersantai dengan rakan-rakan.

Semak Harga

Ultimate Horse Training

19 Aktiviti menunggang kuda di Yan

Alamat: Lot 784 jalan ruat besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 019-385 8595

tempat aktiviti berkuda di yan kedah
Sumber gambar: Cik Puan, Zaim Halimi, Salma F1034 & Suraya Samuri

Sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda dialu-alukan untuk mengunjungi lokasi ini bersama keluarga atau rakan-rakan.

Tiada bayaran masuk, tetapi menunggang kuda akan dikenakan bayaran. Jom cuba buat kali pertama!

Waktu operasi: Selasa – Ahad ( 9 pagi – 11 pagi & 3 petang – 6 petang)

Semak Harga

Ariana Homestay

20 Homestay di Yan Kedah

Alamat: Kampung Sungai Raga, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 019-4737969

ariana homestay di yan kedah (1)
Sumber gambar: syahid rahim, akemi alias, Facebook Ariana Homestay

Homestay Yan Kedah sangat selesa untuk percutian keluarga. Berdekatan dengan Pantai Murni tapi laut tidak boleh mandi di situ.

Malah, terdapat tempat barbeku, dapur, ruang tamu, 8 bilik dan kolam renang. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak! Harga penginapan adalah berpatutan.

Halaman homestay ini mempunyai kolam renang dan anda boleh melihat Gunung Jerai. Jika anda ingin mengadakan family day/family gathering di sini, ia adalah pilihan terbaik.

Pemandangannya sangat cantik terutama pada waktu pagi. Penginapan ini tenang, dikelilingi sawah padi, dan menarik bagi anda yang inginkan keindahan kampung.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Bachok Kelantan
3.9/5 - (16 votes)
Tags: kedahtempat menarik yanyan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved