senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

18 Penginapan Yang Ada Private Pool di Malaysia Untuk Percutian Hebat

Nora by Nora
July 18, 2023
in Travel
penginapan yang ada private pool di malaysia
134
SHARES
13.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Homestay private pool di Negeri Sembilan
  • 2. Penginapan moden dengan private pool di Langkawi
  • 3. Hotel ada private pool di Penang
  • 4. Tempat penginapan dengan view Kuala Lumpur
  • 5. Resort mewah tepi pantai di Kedah
  • 6. Resort tepi pantai di Langkawi dengan private pool
  • 7. Tempat penginapan tepi pantai ada private pool di Sabah
  • 8. Resort mewah dengan private pool di Kota Kinabalu
  • 9. Resort dengan taman tropika dan tasik di Pahang
  • 10. Resort mewah dengan private pool di Langkawi
  • 11. Hotel ada private pool dan Sunway Lagoon Theme Park
  • 12. Hotel yang ada private pool di Port Dickson
  • 13. Villa dengan private pool pemandangan alam di Perak
  • 14. Hotel di Melaka yang ada private pool
  • 15. Resort dikelilingi ladang buah-buahan tropika
  • 16. Villa dengan view laut dan pulau
  • 17. Hotel dengan view Menara Berkembar Petronas
  • 18. Villa mewah dengan private pool di Langkawi

Betul ke ada hotel ada private pool di Malaysia? Kalau nak bercuti ni, tempat rehat adalah perkara yang perlu diutamakan. Kalau tempat rehat selesa dan banyak kemudahan, mood bercuti pun naik dan hati pun gembira sepanjang percutian.

Baca: 14 Tempat Menarik Untuk Solo Trip Di Malaysia

Cerita-cerita pasal tempat rehat, hotel yang ada private pool tempat yang selesa dan terbaik sebab boleh muatkan ramai orang dan aktiviti outdoor/indoor pun boleh dibuat.

Inilah tempat percutian keluarga yang paling ideal. Lagi-lagi kalau hotel tu ada private pool. Fuh, memang bangun-bangun dari tidur terus terjun kolam.

Senarai Homestay/Resort/Villa/Hotel Yang Ada Private Pool di Malaysia

Malaysia yang kaya dengan tempat pelancongan menarik menyebabkan banyak hotel yang ada private pool atau chalet yang ada private pool dibina.

Tapi, tidak semua hotel ada private pool di Malaysia dan sukar untuk ditemui. Kalau hotel yang ada private pool biasanya lebih selesa dan bersih.

Oleh itu, dalam artikel ini kami ingin berkongsi kepada anda penginapan yang ada private pool di Malaysia.

ADVERTISEMENT

The Shorea, Negeri Sembilan

1 Homestay private pool di Negeri Sembilan

Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 017-338 5698

The Shorea hotel ada private pool
Sumber gambar: tripadvisor.com, blog.tripez.com, booking.com

Sebagai mukadimah, rasailah keenakan menginap di homestay mewah yang dibina daripada kayu dan batu dari alam semula jadi iaitu The Shorea. Nikmati kedinginan udara segar hutan hujan dan panorama alam semula jadi yang menenangkan.

Homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti wifi, padang golf, bilik berhawa dingin, airport transfer, housekeeping dan pastinya private pool yang menghadap ke Hutan Simpan Berembun.

ADVERTISEMENT

Kalau nak lari kesibukan kerja dan ingin menenangkan jiwa, The Shorea antara lokasi yang sangat direkomendasikan. Homestay mewah dengan suasana hutan.

Selanjutnya Di Agoda

La Villa, Langkawi

2 Penginapan moden dengan private pool di Langkawi

Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 013-511 8800

resort mewah dengan private pool di langkawi
Sumber gambar: agoda.com

Anda baru kahwin dan cari tempat honeymoon di Langkawi? Apa kata tempah La Villa, Langkawi iaitu villa unik yang lengkap dengan indoor swimming pool dan reka bentuk yang sangat aestetik dan moden.

Tempat percutian romantik ini terletak 2 km dari Pantai Cenang dan Laman Padi Langkawi serta menawarkan pemandangan pergunungan dan sawah padi yang berdekatan.

Villa mewah ini lengkap dengan bilik berhawa dingin, dapur, wifi, dobi, dan spa. Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh La Villa, tinggal anda tempah sahaja sekarang.

Selanjutnya Di Agoda

Lexis Suites, Pulau Pinang

3 Hotel ada private pool di Penang

Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon: 04-628 2888

lexis suite ada private pool
Sumber gambar:agoda.com, booking.com

Kalau anda nak rasa menginap di hotel bertaraf 5 bintang, tempahlah Lexis Suites, Pulau Pinang yang terbina di tepi pantai dan menawarkan panorama yang sangat memukau.

Ada dua pakej yang ditawarkan iaitu Executive Pool Suite dan Premium Pool Suite. Hotel berkelas dunia ini juga menawarkan aktiviti indoor seperti LexSpa, Games Room, Starz Karaoke, Kidz World, dan O2 Gym.

BACA JUGA  19 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150

Aktiviti outdoor pun ada seperti bola tampar, speak takraw, futsal dan island-hopping boat ride. Hotel ada kolam dalam bilik ni sesuai untuk menginap secara berkumpulan atau solo.

Dapat disimpulkan Lexis Suites, Pulau Pinang mesra kanak-kanak, panorama pantai yang indah serta kemudahan berkelas dunia.

Selanjutnya Di Agoda

Villa Samadhi, Kuala Lumpur

4 Tempat penginapan dengan view Kuala Lumpur

Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2771 2743

Villla Samadhi
Sumber gambar: agoda.com, villasamadhi.com.my, expedia.com.my, tripadvisor.com

Dibina dengan falsafah Samadhi iaitu menjemput tetamu mencapai ketenangan minda, Villa Samadhi dengan reka bentuk yang mewah beratapkan jerami ini hanya terletak sekitar 2 km daripada Menara Berkembar Petronas.

Keunikan Villa Samadhi adalah reka bentuk kolamnya yang cantik serta susunan hiasan yang teratur. Villa ini menawarkan lima jenis bilik iaitu Crib, Luxe Crib, Sarang, Luxe Sarang, dan The Loft.

Sesuai dengan falsafah pembinaannya, kalau nak tenangkan minda bolehlah menginap disini. Nikmati permandangan bandar Kuala Lumpur yang indah dari Villa Samadhi!

Selanjutnya Di Agoda

The Westin, Langkawi

5 Resort mewah tepi pantai di Kedah

Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-960 8888

The Westin
Sumber gambar: edgeretreats.com, tripadvisor.com, kayak.com.my, marriot.com

Resort mewah yang mesra keluarga ini terbina di tepi pantai persendirian lautan Andaman. Penginapan ini memiliki 4 buah kolam renang dan 6 tempat makan yang berbeza.

The Westin Langkawi Resort & Spa ini berdekatan dengan Eagle Square dan Pulau Payan Marine Park. Kenapa resort bertaraf lima bintang dikatakan mesra keluarga?

Sebab banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga disini seperti Westin Kids Club, jalan-jalan melihat spesis burung enggang, berkayak ataupun pergi ride dengan Westin Ride di sekitar pantai.

Pakej keluarga pun turut disediakan iaitu Westin Family Package, kalau nak percutian yang lebih romantic tempahlah pakej Romantic Escape.

Selanjutnya Di Agoda

The Andaman, Langkawi

6 Resort tepi pantai di Langkawi dengan private pool

Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-959 1088

The Andaman
Sumber gambar: elsacyril.com, the-andaman-langkawi.hotel-rez.com, vintageratedwellness.com

Berlatarkan hutan indah dan terbina di tepi pantai, The Andaman antara resort lima bintang yang mewah di Langkawi.

Menyediakan 186 bilik yang lengkap dengan wifi, penghawa dingin, private pool, dan balkoni luar yang menghadap ke arah laut. Banyak aktiviti boleh dibuat disini seperti berlayar, main golf, snorkeling, bola tampar dan banyak lagi.

Elegen, mewah dan berkelas dunia, inilah gambaran The Andaman di Langkawi. Sesuai untuk dijadikan lokasi honeymoon bersama orang tersayang anda. Tempah sekarang di laman web Agoda!

Selanjutnya Di Agoda

Borneo Beach Villas, Karambunai

7 Tempat penginapan tepi pantai ada private pool di Sabah

Alamat: 161, Pool Villa & Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 016-832 9302

Borneo Beach Villa
Sumber gambar: agoda.com, tripadvisor.com, reservations.com

Anda nak cari villa tepi pantai di Sabah? Tempahlah Borneo Beach Villa yang tersergam indah di tepi pantai Karambunai. Ada dua pakej iaitu Spa Suite dan Pool Villa.

Kalau anda nak private pool, bolehlah tempah Pool Villa yang juga ada jacuzzi dan private balcony. Ruang tamu Borneo Beach Villas memang luas, anda tak perlu risau kalau nak bawa ramai keluarga.

Baca: 15 Hotel Dengan Jacuzzi Di Kuala Lumpur Paling Popular

Villa ini juga terkenal dengan perkhidmatan pelanggan dan hospitality yang baik. Kalau petang nak layan sunset dari villa memang sangat cun permandangannya. Harga penginapan semalam bermula dari RM750.

Selanjutnya Di Agoda

Bunga Raya Island Resort, Kota Kinabalu

8 Resort mewah dengan private pool di Kota Kinabalu

Alamat: 161, Pool Villa & Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 016-832 9302

Bunga Raya Resort
Sumber gambar: amazingborneo.com, kayak.com.my, agoda.com

Satu lagi resort tepi pantai menarik di Sabah iaitu Bunga Raya Island Resort yang terletak di salah satu pulau tercantik Sabah iaitu Pulau Gaya. Terdapat empat villa iaitu Superior Villa, Deluxe Villa, Plunge Pool Villa dan Two Bedroom Villa.

BACA JUGA  15 Bathtub Hotel Di Kuala Lumpur Yang Terbaik

Dengan reka bentuk tradisional Borneo dan dikelilingi alam semula jadi, resort ini memang akan menambat hati pencinta alam untuk menenangkan minda disini.

Bagi aktiviti pula, anda boleh jungle trekking, meluncur di hutan dengan zip line, canopy walk, berkayak di lautan biru dan banyak lagi. Memang anda tidak akan bosan kalau menginap di resort yang ada private pool ini.

Selanjutnya Di Agoda

Mangala Resort, Kuantan

9 Resort dengan taman tropika dan tasik di Pahang

Alamat: Lebuhraya Tun Razak, Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang

Telefon: 09-505 7788

resort with private pool di malaysia (1)
Sumber gambar: Facebook Mangala Resort & Spa

Tempat percutian mewah ini dikelilingi oleh pokok buah-buahan, hutan tropika, dan tasik. Di Mangala Resort and Spa, empat daripada 31 vila mempunyai kolam renang peribadi.

Salah satunya adalah banglo enam bilik tidur yang boleh memuatkan 12 orang dewasa. Susun atur yang luas dengan kolam renang infiniti luaran memastikan percutian keluarga yang tenang dan damai.

Vila Mangala antara pilihan yang bagus untuk solo traveller atau pasangan kerana ia menghadap ke Tasik Mangala yang tenang. Dari balkoni bilik, saksikan matahari terbit sambil menikmati cahaya pagi yang menenangkan dan persekitaran hutan yang subur.

Kemudahan resort termasuk spa dengan reka bentuk Bali, kolam renang, gym, ruang pertemuan, restoran di tepi tasik, dan pelbagai pilihan rekreasi seperti memanah, berbasikal dan berkayak.

Penginapan semalam bermula dari RM740. Dengan banyak ruang untuk bermain, ketawa dan habiskan detik-detik berharga bersama orang tersayang!

Selanjutnya Di Agoda

The Danna, Langkawi

10 Resort mewah dengan private pool di Langkawi

Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-9593288

the danna resort mewah dengan private pool di malaysia
Sumer gambar: Agoda.com

Bukan peminat kolam peribadi yang kecil? Jika ya, pilih salah satu daripada dua jenis vila di The Danna. Terdapat kolam renang peribadi yang besar di sini dengan pemandangan laut.

Jika kolam renang peribadi di dalam bilik anda tidak mencukupi untuk anda berehat, hotel ini juga mempunyai kolam renang terbesar di pulau itu. Walaupun kolamnya besar, bilik ini juga mempunyai jakuzi.

Empress Beach Villa ialah bilik hotel terbaik dengan kolam renang peribadi. Bilik hotel ada kolam dalam bilik yang cantik ini juga mempunyai jakuzi dan spa. Salah satu hotel terbaik di Langkawi yang mesti dikunjungi.

Selanjutnya Di Agoda

Sunway Resort, Petaling Jaya

11 Hotel ada private pool dan Sunway Lagoon Theme Park

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-74928 000

sunway resort ada private pool di malaysia
Sumber: agoda.com

Vila-vila di Sunway Resort Hotel and Spa sesuai untuk mereka yang tidak mahu berada terlalu jauh dari bandar. Harga semalam bermula dari RM689.

Selain bilik hotel dengan pilihan kolam renang peribadi, gym, spa, bilik mandi marmar, kafe gaya bufet, restoran mewah, dan restoran tepi kolam pun ada.

Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150 Untuk Bermalam

Hotel mewah ini terletak bersebelahan dengan perhentian trem dan dua minit berjalan kaki dari pusat beli-belah Sunway Pyramid serta Sunway Lagoon Theme Park.

Selanjutnya Di Agoda

Grand Lexis, Port Dickson

12 Hotel yang ada private pool di Port Dickson

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon: +606-653 2000

grand lexis port dickson ada villa ada air
Sumber gambar: hotelsbed.com & Grand Lexis Port Dickson

Mencari penginapan terbaik yang terletak berhampiran dengan Bandar Lukut? Datanglah ke Grand Lexis Port Dickson, resort ini mempunyai 317 vila, setiap satunya mempunyai kolam renang peribadinya sendiri.

Kami cadangkan Villa Kolam Renang Deluxe untuk percutian romantis / honeymoon. Vila selesa ini direka untuk pasangan dan dapat melihat laut di bawah villa, ada dapur dan bilik mandi dengan pancuran mandian hujan.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang tersedia seperti memancing, berbasikal, padang memanah dan bilik karaoke.

Selanjutnya Di Agoda

The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak

13 Villa dengan private pool pemandangan alam di Perak

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Untuk Company Trip Di Malaysia 2023

Telefon: 05-210 7777

banjaran resort ada private pool di malaysia
Sumber gambar: hotel.com & Banjaran Hotspring Retreat

Persekitaran tropika yang menakjubkan boleh didapati di sini. Ia sebenarnya membawa anda ke dunia semula jadi dan jauh dari persekitaran biasa anda.

Banjaran Hotsprings Retreat menyediakan vila kolam renang peribadi terbaik di Perak bersama-sama dengan pengalaman percutian mewah bertaraf 5 bintang untuk orang dewasa sahaja.

Vila-vila ini mempunyai tab mandi panas peribadi dan kolam renang di teres dengan pemandangan tasik yang indah. Perkhidmatan sarapan dalam bilik yang dibuat mengikut pesanan tanpa had juga disediakan.

Selanjutnya Di Agoda

The Pines, Melaka

14 Hotel di Melaka yang ada private pool

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Telefon: 06-2402 323

the pines melaka yang selesa dan ada bilik private pool
Sumber gambar: agoda.com

Hotel Pines Melaka, yang terserlah di sepanjang tebing Sungai Melaka, menggabungkan kemudahan moden dengan perkhidmatan kelas pertama.

Jangkakan bilik tetamu yang mewah dan luas dengan karya seni yang dicipta oleh artis serantau.

Anda akan menyukai Suite Poolside, yang menawarkan private pool dan pemandangan bandar yang menakjubkan. Terdapat teres di luar bilik ini dengan kerusi santai juga.

Selanjutnya Di Agoda

The Orchard Wellness & Health Resort, Melaka

15 Resort dikelilingi ladang buah-buahan tropika

Alamat: 63, Jalan Solok Uban, Kampung Baru, 78100 Lubok China, Melaka

Hubungi: 06-552 8999

Terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah, anda pasti akan teruja dengan The Orchard Wellness & Health Resort. 

Penginapan ini menawarkan kedamaian, kehijauan, dan alam semulajadi yang memukau. Ini kerana ia dikelilingi oleh ladang buah-buahan tropika.

Terdapat lebih daripada 400 jenis buah-buahan tropika yang anda boleh nikmati semasa menginap di resort ini. 

Pernah menerima anugerah ‘Best Wellness Spa’ oleh World Spa pada tahun 2015, 2016, dan 2017. 

Jadi, ia destinasi yang paling ideal untuk anda yang ingin menjaga kesihatan dan kecergasan.

Selanjutnya Di Agoda

Ambong Pool Villa

16 Villa dengan view laut dan pulau

Alamat: Jl. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: 04-955 8428

Terletak di Langkawi, villa ini menawarkan view cantik dengan pemandangan laut dan juga pulau-pulau sekitarnya. 

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah matahari terbit dan terbenam.

Ambong Pool Villa turut menawarkan aktiviti pengembaraan di Langkawi UNESCO Geopark yang penuh dengan lagenda.

Bagi mereka yang ingin me time atau bersantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi, menginap sahaja di Ambong Pool Villa. 

Anda juga akan dimanjakan dengan sesi spa!

Selanjutnya Di Agoda

Banyan Tree Kuala Lumpur

17 Hotel dengan view Menara Berkembar Petronas

Alamat: 2 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Hubungi: 03-2113 1888

Hotel dengan private pool ini berdekatan Aquaria KLCC dan Pavilion Mall. Anda hanya perlu berjalan 3 minit untuk ke pusat beli-belah ini. Kaki shopping pasti suka!

Keunikan hotel ini adalah ruangan kolam renang terbuka yang dilindungi oleh bumbung. 

Mandi-manda di sini dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang indah dari jarak yang dekat.

Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk aircond, WiFi percuma, mesin kopi, dan televisyen. 

Anda juga boleh memilih bilik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas.

Selanjutnya Di Agoda

The Datai @ Langkawi

18 Villa mewah dengan private pool di Langkawi

Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: 04-950 0500

Pernah tersenarai dalam 10 pantai terbaik di dunia mengikut National Geographic, The Datai Resort yang mewah ini menjanjikan pengalaman yang benar-benar memukau.

Dua jenis villa mewah yang terdapat di resort ini ialah Two Bedroom Beach Villa dan Rainforest Pool Villa.

Jangan risau, privasi anda juga terjamin dan nikmati pemandangan semula jadi yang menakjubkan serta layanan staff yang profesional.

Selanjutnya Di Agoda

Artikel Berkaitan

  • 17 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia 2022 (Taman Air Popular)
4/5 - (15 votes)
Tags: homestayhotelMalaysiaprivate pool

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved