senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

19 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150

Aira by Aira
January 23, 2024
in Travel
hotel bajet di kuala lumpur
10
SHARES
986
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hotel di Jalan Metro Pudu 2
  • 2. Hotel di Jalan Petaling
  • 3. Hotel di Jalan Tun Razak
  • 4. Hotel di Jalan Putra
  • 5. Hotel di Jalan Hang Jebat
  • 6. Hotel di Jalan Hang Lekiu
  • 7. Hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock
  • 8. Hotel area Masjid Jamek
  • 9. Hotel murah di Chinatown Kuala Lumpur
  • 10. Hotel di Jalan Tun Perak
  • 11. Hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah
  • 12. Hotel di Jalan Pudu
  • 13. Hotel di Jalan Berangan
  • 14. Hotel murah di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia
  • 15. Hotel di Jalan Ampang
  • 16. Hotel bajet Jalan Tar
  • 17. Hotel di Jalan Sultan Ismail
  • 18. Hotel murah di KL Sentral
  • 19. Hotel di Wisma Fui Chui KL

Berperanan sebagai ibu negara Malaysia pastinya menawarkan pelbagai tempat pelancongan dan penginapan terbaik termasuk hotel murah Kuala Lumpur.

Selain itu, kota yang pesat membangun ini turut menjadi lubuk pekerjaan samada bagi warga Malaysia mahupun warga asing.

Tetapi tahukah anda, disebalik kos sara hidup dan perbelanjaan tinggi di Kuala Lumpur terdapat hotel terdekat yang murah dan terbaik?

Untuk makluman anda, harga penginapan berubah dari semasa ke semasa.

Jadi, semak di laman web Agoda untuk book hotel murah area KL mengikut bajet anda.

Senarai hotel murah Kuala Lumpur yang terbaik

Adakah anda mencari tempat penginapan dengan harga serendah RM150 untuk satu malam?

Jika ya, berikut merupakan 19 hotel murah di Kuala Lumpur Malaysia yang menawarkan bilik hotel bajet KL terbaik untuk bermalam.

ADVERTISEMENT

Antara tarikan yang terdapat berhampiran hotel-hotel ini ialah Menara Berkembar Petronas, Menara KL, Pavillion, Chinatown dan banyak lagi.

ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park

1 Hotel di Jalan Metro Pudu 2

Alamat: 1, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: 03-9232 8688

HOTEL DI JALAN METRO

Menurut salah seorang pelanggan, inilah salah satu hotel kegemarannya untuk menginap setiap kali berada di KL. 

ADVERTISEMENT

Bufet sarapan pagi yang sedap dan terdapat pilihan makanan India.

Bilik ini sangat selesa dan bersih dan kakitangan restoran juga peramah.

Banyak kedai serbaneka berdekatan dan sangat berguna untuk pengunjung pertama kali ke KL kerana mereka hanya perlu berjalan kaki dari LRT.

Namun, kawasan sekitar hotel ini agak sunyi jadi perlu berhati-hati apabila keluar dari hotel pada waktu malam.

Selanjutnya Di Agoda

Hotel Transit Kuala Lumpur

2 Hotel di Jalan Petaling

Alamat: 42, Jln Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: 03-2022 3355

hotel di kuala lumpur

Hotel di tengah KL ini berdekatan pengangkutan awam dan 5 minit berjalan kaki ke Chinatown.

10 minit berjalan kaki ke pasar malam Jalan Alor, 15 minit ke Bukit Bintang dan 25 minit ke Petronas.

Jadi, senang untuk mereka yang ingin jalan-jalan di bandar KL boleh pilih je LRT, KTM, bas atau sewa kereta dari Hotel Transit.

Kesemua 176 biliknya dilengkapi wifi percuma, tv, pembuat kopi dan teh, pengering rambut, peti sejuk mini, peralatan mandian, peti deposit keselamatan dan lain-lain.

Turut mempunyai kemudahan ruang mesyuarat, bilik majlis dan perkhidmatan dobi.

Selanjutnya Di Agoda

Expressionz Professional Suites @ Tun Razak

3 Hotel di Jalan Tun Razak

Alamat: No. 30, Jalan 1/65A, Off, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

BACA JUGA  16 Hotel Terapung Terbaik Di Malaysia

Tel: 012-776 8155

hotel expression di KL

Bilik ini menghadap ke menara KLCC yang ikonik, menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari tingkap bilik anda. 

Biliknya juga selesa, bersih dan bilik mandi yang luas sekali tab mandi dan kawasan tandas yang luas. 

Lokasi Airbnb tidak terlalu jauh dari pusat bandar dan sedikit bayaran masuk diperlukan untuk kolam infiniti serta gimnasium.

Selanjutnya Di Agoda

Sani Hotel Kuala Lumpur

4 Hotel di Jalan Putra

Alamat: 63, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: 03-4045 7777

hotel di KL

Berjalan kaki ke pusat membeli-belah, kedai mudah beli, restoran, stesen lrt dan 3 km dari Menara Berkembar Petronas.

Biliknya dilengkapi tv skrin rata, wifi, serta kemudahan membuat teh dan kopi. 

Beberapa bilik keluarga mempunyai katil dua tingkat dan ruang duduk, manakala suite menyediakan ruang tamu yang berasingan. 

Bagi muslim jangan risau kerana di hotel ini terdapat restoran gabungan Asia Halal.

Selanjutnya Di Agoda

Hotel Olympic Malaysia

5 Hotel di Jalan Hang Jebat

Alamat: Hotel Olympic Malaysia, Wisma Ocm, Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: –

Hotel Olympic Malaysia
Sumber gambar: agoda.com

Hotel Olympic Malaysia yang beroperasi sejak tahun 2020 ini terletak di Jalan Hang Jebat.

Penginapan murah di Kuala Lumpur ini menawarkan 155 bilik dengan pemandangan bandar bersama katil jenis queen, single, sofa, king, double dan bunk.

Selain itu, bagi anda yang datang seisi keluarga boleh memilih bilik hotel bajet jenis superior king room.

Pengangkutan awam yang terdapat di sekitar hotel ini ialah MRT Merdeka dan LRT Plaza Rakyat.

Selanjutnya Di Agoda

Arenaa Star Hotel

6 Hotel di Jalan Hang Lekiu

Alamat: 49-51, Jalan Hang Lekiu, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2078 6988

Arenaa Star Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Mencari hotel terdekat di Jalan Hang Lekiu? Arenaa Star Hotel menawarkan sewa bilik murah KL dengan harga serendah RM69 untuk satu malam tau!

Hotel dengan 247 bilik ini menawarkan bilik untuk keluarga iaitu main wing family triple room.

Bukan itu sahaja, malah anda boleh memilih bilik yang mempunyai bathtub di honeymoon suite dan talent suite.

Lain daripada itu, Terminal Bas Pudu Sentral dan pengangkutan awam LRT Masjid Jamek juga terletak berhampiran hotel murah sekitar Kuala Lumpur ini.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Season Point Hotel

7 Hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock

Alamat: NO 11, 13, Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-9548 0966

Season Point Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Lagi sewa bilik murah KL yang menjangkau sehingga RM93 untuk satu malam anda boleh temui ialah di Season Point Hotel.

Hotel berhampiran Terminal Bus Pudu Sentral ini mempunyai pemandangan jalan dan luar yang boleh dilihat dari balkoni hotel.

Jenis bilik junior suite disediakan bagi anda yang inginkan bilik yang mempunyai bathtub. Selain itu, hotel dengan 49 bilik ini terdiri daripada katil jenis single dan double.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Cosmo Hotel Kuala Lumpur

8 Hotel area Masjid Jamek

Alamat: 13, 15, Leboh Ampang, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2030 1888

Cosmo Hotel Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Cosmo Hotel Kuala Lumpur menawarkan penginapan dengan pemandangan keindahan bandar. Hotel dengan 347 bilik ini juga menawarkan penginapan bagi keluarga iaitu deluxe family room.

Tambahan pula, untuk bilik junior suite with king bed pula memiliki bathtub.

LRT Masjid Jamek dan Terminal Bas Pudu Sentral terletak berhampiran dengan hotel murah Kuala Lumpur ini.

BACA JUGA  16 Hotel Kids Friendly Terbaik Di Malaysia

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

The 5 Elements Hotel

9 Hotel murah di Chinatown Kuala Lumpur

Alamat: Chinatown, 243, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2031 6888

The 5 Elements Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Dengan harga mencecah sehingga RM120 untuk satu malam anda boleh bermalam di sini. The 5 Elements Hotel terdiri daripada 104 buah bilik yang majoritinya sesuai untuk seisi keluarga.

Antaranya ialah earth/metal/family/fire/deluxe queen suite, family room dan family connecting rooms.

Hotel murah Kuala Lumpur yang terbaik ini mempunyai bilik yang cukup selesa dengan pemandangan bandar.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Big M Hotel

10 Hotel di Jalan Tun Perak

Alamat: 38, Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2022 2286

Big M Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Terletak strategik di tempat menarik di Kuala Lumpur menjadikan sebab kenapa anda perlu book hotel murah Malaysia di sini!

Big M Hotel terletak berhampiran Pasar Sentral, Sogo Mall, Petaling Street, Dataran Merdeka dan LRT Masjid Jamek.

Ia juga menawarkan deluxe family triple yang sesuai untuk anda seisi keluarga dengan pemandangan jalanan.

Tambahan pula, ia juga terletak berhampiran restoran makanan segera terkenal di Malaysia iaitu KFC dan McDonald.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Ceria Hotel Bukit Bintang

11 Hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah

Alamat: 270, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2143 1111

Ceria Hotel Bukit Bintang
Sumber gambar: agoda.com

Ceria Hotel Bintang yang ceria seperti warna 40 bilik hotel bajet ini menawarkan pemandangan bandar, jalan dan luaran.

Bagi anda seisi keluarga bolehlah memilih penginapan jenis family deluxe. Selain itu, ia terletak berhampiran Berjaya Times Square, LRT Hang Tuah dan Stesen Monorel Imbi.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Metro Hotel Bukit Bintang

12 Hotel di Jalan Pudu

Alamat: 208, Jln Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2143 7001

Metro Hotel Bukit Bintang
Sumber gambar: agoda.com

Mari book hotel murah di Metro Hotel Bukit Bintang dengan serendah RM97 untuk satu malam! Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk keluarga iaitu family room dan family triple.

Ia juga sesuai sebagai hotel terdekat untuk anda berbelanja di Berjaya Times Square, Lot 10 dan Sungei Wang Plaza.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Hotel Twenty 8B

13 Hotel di Jalan Berangan

Alamat: 28, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2110 4838

Hotel Twenty 8B
Sumber gambar: agoda.com

Anda mencari sewa bilik murah KL sekitar Bukit Bintang iaitu di Jalan Berangan?

Dengan harga mencecah sehingga RM133 untuk satu malam, anda boleh menginap di Hotel Twenty 8B.

Ia menawarkan jenis bilik deluxe king room dan superior king room/queen view/twin/queen room.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

InnB Park Hotel

14 Hotel murah di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

Alamat: 102-106, 102, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: –

InnB Park Hotel
Sumber gambar: agoda.com

InnB Park Hotel terletak berdekatan dengan Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen MRT Bukit Bintang. Penginapan dengan 112 buah bilik ini menawarkan pemandangan bandar yang menarik.

BACA JUGA  10 Hotel Paling Mahal Di Dunia Yang Harga Penginapannya Boleh Membeli Rumah

Antara jenis bilik yang disediakan ialah standard single room/queen, deluxe queen, superior twin/queen dan standard double room.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Flora By CrossRoads Hotel

15 Hotel di Jalan Ampang

Alamat: 66, Jln Ampang, City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2022 4020

Flora By CrossRoads Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Dihiasi dengan rekaan bunga-bungaan dan daun-daun hijau di bahagian luar bangunan menjadikan hotel ini unik lain dari yang lain.

Ia amat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga dengan pelbagai jenis penginapan yang disediakan.

Iaitu deluxe triple, premier city view room, superior double/twin, standard double/twin room dan forest view room.

Lain daripada itu, hotel dengan 46 bilik ini terletak berhampiran Stesen LRT Dang Wangi dan Stesen Monorel Bukit Nanas.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

16 Hotel bajet Jalan Tar

Alamat: ground Campbell Complex, 98, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur

Telefon: –

The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Selain Big M Hotel, The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur turut menjadi tempat strategik di kawasan pusat beli-belah.

Antaranya ialah Jalan TAR, Sogo, Pertama Complex, Jakel dan banyak lagi. Selain itu, pusat peranginan dengan 153 bilik ini menawarkan harga durian runtuh serendah RM94 tau!

Tambahan pula, ia juga menyediakan family room sebagai bilik penginapan untuk keluarga.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Prescott Hotel Kuala Lumpur Medan Tuanku

17 Hotel di Jalan Sultan Ismail

Alamat: No 23 Lorong Medan Tuanku Satu, Off, Jln Sultan Ismail, Wilayah Persekutuan, 50300 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2713 7887

Prescott Hotel Kuala Lumpur Medan Tuanku
Sumber gambar: agoda.com

Prescott Hotel Kuala Lumpur Medan Tuanku menyediakan 140 bilik yang selesa untuk pengunjung. Ia juga terletak berhampiran dengan Stesen LRT Sultan Ismail dan Stesen Monorel Medan Tuanku.

Bilik jenis deluxe room dan superior turut disediakan di sini bersama katil single dan queen.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Easy Hotel KL Sentral

18 Hotel murah di KL Sentral

Alamat: No.110, Jalan Tun Sambanthan Brickfield, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: –

hotel murah kuala lumpur: Easy Hotel KL Sentral
Sumber gambar: agoda.com

Easy Hotel KL Sentral berkedudukan strategik berdekatan dengan Stesen Monorel KL Sentral dan LRT Rapid KL Sentral.

Ia menawarkan pemandangan jalan dan bandar yang terbaik untuk anda lihat.

Tambahan pula, hotel yang mempunyai 106 bilik ini menawarkan penginapan untuk seisi keluarga iaitu deluxe family room.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Pacific Express Hotel Chinatown

19 Hotel di Wisma Fui Chui KL

Alamat: 32, Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurr

Telefon: 03-2035 7888

Pacific Express Hotel Chinatown
Sumber gambar: agoda.com

Pacific Express Hotel Chinatown yang berlokasi di Wisma Fui Chui KL ini menempatkan sebanyak 211 bilik hotel dengan kolam renang.

Antara tarikan yang terdekat dengan hotel ini ialah Pasar Sentral, Chinatown, LRT Pasar Seni, River of Life dan Dataran Merdeka.

Selain itu, anda boleh memilih jenis bilik seperti standard double/twin room, superior twin/double, deluxe triple dan premier quad.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Selanjutnya Di Agoda

Artikel Berkaitan

  • Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik
  • Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti
4/5 - (14 votes)
Tags: hotelhotel bajethotel murah terbaik kuala lumpurKuala Lumpur

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved