senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

18 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti

Aira by Aira
September 1, 2023
in Travel
hotel tepi pantai pd
16
SHARES
1.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hotel berkonsepkan tradisional di Port Dickson
  • 2. Hotel berkonsepkan apartmen di Port Dickson
  • 3. Hotel berkonsepkan resort kondominium di Port Dickson
  • 4. Hotel berhampiran taman rekreasi di Port Dickson
  • 5. Hotel berkonsepkan kampung nelayan tradisional di Port Dickson
  • 6. Hotel berkonsepkan bunga raya di Port Dickson
  • 7. Hotel berkonsepkan chalet terapung di Port Dickson
  • 8. Hotel berkonsepkan resort tropika di Port Dickson
  • 9. Hotel berkonsepkan Islamik di Port Dickson
  • 10. Hotel yang menawarkan taman tema di Port Dickson
  • 11. Hotel dengan gaya London di Port Dickson
  • 12. Hotel berkonsepkan marin di Port Dickson
  • 13. Hotel berkonsepkan villa di Port Dickson
  • 14. Hotel berkonsepkan kondominium di Port Dickson
  • 15. Hotel dengan kolam renang outdoor besar di Port Dickson
  • 16. Hotel dalam bandar berhadapan PD Waterfront
  • 17. Hotel tepi pantai pd 4 bintang murah
  • 18. Penginapan jenis apartmen untuk seisi keluarga

Kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur, anda boleh menemui tempat peranginan terkenal bersama hotel tepi pantai Port Dickson di Negeri Sembilan.

PD yang merupakan singkatan kepada nama daerah Port Dickson sememangnya terkenal dengan pantai yang luas dan sesuai untuk aktiviti perkelahan.

Selain itu, tempat percutian ini juga menjadi destinasi bagi pengunjung untuk honeymoon dan percutian keluarga.

Senarai Hotel Di Port Dickson Tepi Pantai

Oleh sebab Port Dickson menjadi kawasan pelancongan setiap tahun bagi pengunjung dari dalam dan luar negara, maka pelbagai hotel tepi pantai PD ditempatkan.

Anda boleh memilih jenis tempat penginapan tepi pantai mengikut pakej hotel Port Dickson dan bajet yang anda ada.

Berikut merupakan 18 hotel terbaik Port Dickson yang terletak di tepi atau berhampiran pantai untuk anda bercuti.

Hotel Seri Malaysia Port Dickson

1 Hotel berkonsepkan tradisional di Port Dickson

Alamat: Hotel Seri Malaysia, 49, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

ADVERTISEMENT

Telefon: 06-647 6070

hotel tepi pantai pd: Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Selain Melaka, Hotel Seri Malaysia turut mempunyai cawangan di Port Dickson. Hotel yang berkonsepkan tradisional ini terletak berdekatan dengan Pantai Saujana Port Dickson.

Penginapan jenis twin dan family ditawarkan dengan prasarana kolam renang dan restoran. Tambahan pula, terdapat port bergambar menarik yang dipenuhi dengan bunga-bungaan di sekitar hotel Port Dickson tepi pantai murah ini.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

ADVERTISEMENT

Kadar bilik: Bermula dari RM 124 semalam

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang bagus. Bilik yang selesa. Parking yang luas. 3 minit berjalan kaki ke pantai bertentangan hotel. Restoran ok. Kakitangan yang mesra..”
Selanjutnya Di Agoda

Glory Beach Resort

2 Hotel berkonsepkan apartmen di Port Dickson

Alamat: Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-651 6888

hotel tepi pantai pd: Glory Beach Resort
Sumber gambar: agoda.com

Mengetengahkan gaya apartmen, Glory Beach Resort boleh dijumpai berhampiran Pantai Gemok. Bagi anda yang ingin penginapan privasi bolehlah memilih penginapan dengan view menghadap laut.

Antaranya ialah jenis penginapan 2 bedroom apartment dan 3 bedroom apartment. Kolam renang, private beach, gimnasium dan restoran merupakan antara kemudahan yang terdapat di sini.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 133 semalam

Ulasan pengunjung:

“Pangsapuri sangat bersih dan mempunyai tiga bilik dengan dua bilik mandi. Dapur mempunyai peti sejuk dua pintu, periuk elektrik, cerek, cawan, pinggan, sudu, garfu dan Nescafe. Kita boleh melihat matahari terbenam, pemandangan laut dan banyak kapal kargo. Saya mengesyorkan sepenuhnya untuk ahli keluarga seramai 8 orang..
Selanjutnya Di Agoda

Pacific Regency Beach Resort

3 Hotel berkonsepkan resort kondominium di Port Dickson

Alamat: Batu 7 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-654 6888

hotel tepi pantai pd: Pacific Regency Beach Resort
Sumber gambar: agoda.com

Pacific Regency Beach Resort merupakan hotel Port Dickson tepi pantai yang bertaraf 4 bintang.

Ia merupakan salah satu resort hotel terbaik di Port Dickson yang juga terletak berdekatan kawasan pelancongan di PD ini. Antaranya ialah Ostrich Farm, Teluk Kemang dan Go-Kart.

Antara kemudahan yang disediakan ialah private beach, kolam renang, restoran dan banyak lagi.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 336 semalam

Ulasan pengunjung:

“Biliknya luas, bersih dan cantik dengan balkoni view laut. Saya suka 3 hari 2 malam saya di sini. Semua kakitangan sangat membantu dan mesra. Kolam renang yang sangat besar. Saya suka pantai, jarak berjalan kaki dan tidak sesak. Saya pasti akan membuat lawatan pada masa hadapan…”
Selanjutnya Di Agoda

Waterfront Boutique Hotel

4 Hotel berhampiran taman rekreasi di Port Dickson

Alamat: 4-G-21, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Temerloh Untuk Dikunjungi

Telefon: 06-646 4788

hotel tepi pantai pd: Waterfront Boutique Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Bagi anda yang inginkan percutian bersiar-siar sambil menghirup udara segar, anda boleh menyewa basikal dari hotel di Port Dickson tepi pantai ini.

Waterfront Boutique Hotel menyajikan pemandangan yang cukup mempesonakan bukan sahaja di pantai malah di taman dan tasik.

Tambahan pula, ia juga berdekatan dengan Palm Mall Seremban dan Lapangan Antarabangsa Sepang. Antara jenis bilik ditawarkan ialah deluxe double/twin, suite dan triple.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 200  semalam

Ulasan pengunjung:

“Hotel baru sahaja diubah suai! Perkhidmatan yang sangat bersih dan bagus. Lokasinya bagus, mudah pergi ke pantai dan restoran..”
Selanjutnya Di Agoda

Avillion Port Dickson

5 Hotel berkonsepkan kampung nelayan tradisional di Port Dickson

Alamat: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-647 6688

Avillion Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Inginkan penginapan ala-ala desa yang mendamaikan? Apa kata anda menginap di Avillion Port Dickson? Hotel chalet atas air ini berkonsepkan kampung nelayan tradisional dengan menerapkan seni bina Melayu klasik.

Tambahan pula, anda juga boleh menikmati keindahan taman yang terdapat di sini iaitu Garden Chalet. Selain itu, anda boleh memanjakan diri dengan membuat urutan spa dan berenang di kolam renang.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 254 semalam

Ulasan pengunjung:

“Kami memilih resort ini kerana ia berdekatan dengan ibu kota. Resort ini sememangnya selesa dan unik dengan chalet & vila yg dibina di atas air di hadapan pantai. Suka pemandangan lautan & ketenangan. Terokai hadapan pantai semasa air surut.. Kami pasti akan kembali ke sini lagi apabila kami melawat Malaysia…”
Selanjutnya Di Agoda

Lexis Hibiscus Port Dickson

6 Hotel berkonsepkan bunga raya di Port Dickson

Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-660 2626

Lexis Hibiscus Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Lexis Hibiscus Port Dickson sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Keindahan hotel ini seringkali menjadi lokasi penggambaran drama tempatan dan destinasi honeymoon.

Penginapan dibawah Lexis Group ini jika dilihat dari udara ia seakan-akan bentuk hibiscus iaitu bunga raya.

Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini mempunyai infinity pool dan pemandangan indah menghadap laut Selat Melaka.

Jenis bilik yang tersedia di sini ialah villa executive, premium pool villa, panorama pool villa dan sky pool villa.

Check in/out: 3 petang / 11 pagi

Kadar bilik: Bermula dari RM 740 semalam

Ulasan pengunjung:

“Resort ini benar-benar layak mendapat 5 bintang untuk lokasinya yang menakjubkan, perkhidmatan yang luar biasa & penginapan mewah. Terletak di hamparan pantai yang indah. Resort dengan pelbagai restoran, pusat kecergasan & spa. Pemandangan dari balkoni bilik sangat menakjubkan..”
Selanjutnya Di Agoda

Grand Lexis Port Dickson

7 Hotel berkonsepkan chalet terapung di Port Dickson

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-653 2200

Grand Lexis Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Selain Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson juga bernaung di bawah Lexis Group. Penginapan terapung bertaraf 5 bintang ini menawarkan private pool, spa rawatan kaki dan muka.

Di samping itu, terdapat hidangan Jepun serta hidangan tempatan dan barat yang disediakan di Genn Japanese dan Duyung Restoran.

Check in/out: 3 petang / 11 pagi

Kadar bilik: Bermula dari RM 500 semalam

Ulasan pengunjung:

“Menginap 2 malam di bilik eksekutif kolam taman. Katilnya selesa dan cadar yang bersih. Kakitangan semuanya sangat ramah, tersenyum. Tempat yang bagus untuk dikunjungi untuk keluarga dan pasangan. Akan kembali untuk tinggal lagi..”
Selanjutnya Di Agoda

Akar Beach Resort Port Dickson

8 Hotel berkonsepkan resort tropika di Port Dickson

Alamat: Tanjung Tanah Merah, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Telefon: 06-662 8575

Akar Beach Resort Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Alami percutian yang menenangkan yang bebas dari hiruk-pikuk kota di resort tropika Akar Beach Resort Port Dickson.

Hotel tepi pantai PD ini menyediakan penginapan standard room, superior room dan deluxe & family room. Tambahan pula, hotel 3 bintang yang murah ini turut menyediakan kolam renang yang menarik.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 162 semalam

Ulasan pengunjung:

“Hotel harga rendah, tapi semuanya selesa untuk saya. Bilik yang luas, mempunyai layanan yang hebat & pemandangan hebat jika bilik anda menghadap ke laut. Kolam renang kelihatan menyeronokkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, 2 minit ke pantai & tidak sesak berbanding pantai Telok Kemang..."
Selanjutnya Di Agoda

Klana Beach Resort Port Dickson

9 Hotel berkonsepkan Islamik di Port Dickson

Alamat: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Labuan Untuk Dikunjungi

Telefon: 06-648 7888

Klana Beach Resort Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Bagi anda pelancong muslim yang mengimpikan penginapan patut syariah? Klana Beach Resort Port Dickson adalah destinasi percutian yang tepat untuk anda.

Hotel terbaik di Port Dickson ini menerapkan konsep islamik dengan alunan bacaan Al-Quran dan lagu nasyid di perkarangan lobi serta para pekerja yang menutup aurat.

Bilik yang ditawarkan adalah menghadap laut dan taman iaitu deluxe double dan superior.

Menariknya resort di Pd ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Baitul Hilal iaitu pusat astronomi yang terkenal di Asia Tenggara.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 218 semalam

Ulasan pengunjung:

“Hotel yang bagus untuk keluarga. Untuk berbulan madu juga. Matahari terbenam yang indah boleh dilihat dari bilik. Suka dengan hiasan bilik. Seperti anda adalah sebahagian daripada alam semesta. Sarapan paginya sedap. Banyak pilihan makanan. Anda harus cuba untuk tinggal di Klana Beach Resort...
Selanjutnya Di Agoda

TSR Seafront Hotel

10 Hotel yang menawarkan taman tema di Port Dickson

Alamat: KM13, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-662 6166

TSR Seafront Hotel
Sumber gambar: agoda.com

TSR Seafront Hotel adalah hotel bertaraf 3 bintang yang mengetengahkan rekaan moden dan kontemporari. Ia juga menawarkan taman tema untuk hiburan pengunjung seisi keluarga.

Biasanya panggung wayang terletak di pusat beli-belah kan? Tetapi hotel di pantai ini terdapat panggung wayang tau! Menarik bukan?

Selanjutnya, standard dan superior merupakan jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 224 semalam

Ulasan pengunjung:

“Hanya tinggal di sini selama 2 malam pada hujung minggu ini. Menginap di Suite Junior. Lokasi sangat bagus, jarak berjalan kaki yang sangat singkat ke pantai Telok Kemang. Bilik kami mempunyai pemandangan laut dan bilik itu sendiri hebat…”
Selanjutnya Di Agoda

Thistle Port Dickson

11 Hotel dengan gaya London di Port Dickson

Alamat: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-648 2828

Thistle Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Inginkan penginapan dengan gaya ala-ala di London? Mari alaminya sendiri dengan menginap di Thistle Port Dickson!

Hotel Port Dickson seluas 36 hektar ini mempunyai taman yang luas yakni sesuai untuk anda beriadah seperti berjoging.

Selain itu, ia menawarkan private beach, bilik dengan bathtub bersama view cukup indah dari laut.

Check in/out: 4 petang / 11 pagi

Kadar bilik: Bermula dari RM 230 semalam

Ulasan pengunjung:

“Salah satu hotel terbaik di PD. Bilik yang menghadap ke laut sangat bagus dan besar. Bilik dan tandas juga bersih. Kemudahannya sangat bagus untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Satu-satunya kelemahan adalah lokasinya agak jauh dari bandar PD. Tapi berdekatan hotel ini juga ada restoran dan pantai yang bagus..”
Selanjutnya Di Agoda

Avilion Admiral Cove

12 Hotel berkonsepkan marin di Port Dickson

Alamat: 5 ½ Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-647 0888

Avilion Admiral Cove
Sumber gambar: agoda.com

Berlokasi hanya bersebelahan dengan Admiral Marina & Straits Studio memudahkan lokasi ke hotel ini diakses.

Avillion Admiral Cove terbahagi kepada 2 bahagian iaitu view wing dan vista wing yang setiap satu bahagian ini menawarkan 3 jenis bilik.

Bagi anda yang ingin pemandangan menghadap laut boleh memilih superior manakala panorama pula pemandangan menghadap marin.

Anda juga boleh melakukan aktiviti menarik di sini seperti memanah, bola tampar pantai dan berkayak.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 207 semalam

Ulasan pengunjung:

“Hotel yg bagus. Bilik besar & selesa. Katil single juga saiz besar. Sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak juga kerana mempunyai kolam renang yg besar dengan pemandangan kapal layar. Kawasan tenang & kakitangan mesra…”
Selanjutnya Di Agoda

Tasik Villa International Resort

13 Hotel berkonsepkan villa di Port Dickson

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-644 8888

Tasik Villa International Resort
Sumber gambar: agoda.com

Terletak strategik berdekatan Alive 3D Art Gallery, Muzium Lukut dan Wild West Cowboy Indoor Theme Park mengukuhkan lagi kedudukan hotel ini.

Tasik Villa International Resort yang bertaraf 5 bintang ini menawarkan villa 2 bilik bersama kolam renang yang luas.

Tambahan pula, fasiliti bilik sauna, gimnasium dan private pool turut disediakan di sini.

Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 270 semalam

Ulasan pengunjung:

“Bermalam hujung minggu yang bagus. Bangun pagi, saya melihat pemandangan tasik dari katil, menginap di chalet tasik. Boleh memberi makan kepada burung, itik & angsa. Bawa roti! Mempunyai kedai berdekatan resort…”
Selanjutnya Di Agoda

Bayview Villa Port Dickson

14 Hotel berkonsepkan kondominium di Port Dickson

Alamat: Batu 6, Jalan Pantai, Kampung Teluk Kemang

BACA JUGA  15 Bathtub Hotel Di Kuala Lumpur Yang Terbaik

Telefon: –

BayView Villa Condominium Apartment A
Sumber gambar: agoda.com

BayView Villa PD adalah hotel tepi pantai di Port Dickson yang menawarkan penginapan dengan 3 bilik tidur serta dapur dilengkapi dengan barangan asas.

Bukan itu sahaja malah kolam renang dan tempat bbq turut tersedia di hotel ini. Selain itu, pusat penginapan ini turut berdekatan dengan kedai runcit dan pasaraya.

Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Kadar bilik: Bermula dari RM 108 semalam

Ulasan pengunjung:

“Apartmen terbaik dengan pemandangan menakjubkan menghadap teluk. Dilengkapi dengan dapur untuk memasak ringan…”
Selanjutnya Di Agoda

Ehsan Seaview Hotel Port Dickson

15 Hotel dengan kolam renang outdoor besar di Port Dickson

Alamat: No. 325, Batu 1, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: –

Ehsan Seaview Hotel Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Walaupun Ehsan Seaview Hotel Port Dickson hanya hotel 3 bintang namun ia tampak gah dengan kolam renang outdoor yang besar.

Di sini anda boleh memilih penginapan standard twin ataupun deluxe triple yang menawarkan penginapan terbaik dengan view lautan.

Selain kolam renang, restoran yang menyajikan makanan lazat dan bilik conference untuk majlis rasmi turut tersedia di sini.

Check in/out: 3 petang

Kadar bilik: Bermula dari RM 189 semalam

Ulasan pengunjung:

“Anak-anak sangat seronok berenang di kolam renang. Rasa makanan superb. Dapat bilik dengan pemandangan laut. Bilik besar & bersih. Harga sangat murah & ada tab mandi....”
Selanjutnya Di Agoda

Hotel D’Wharf

16 Hotel dalam bandar berhadapan PD Waterfront

Alamat: Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-646 1888

Jom bercuti di hotel D’Wharf yang terletak dalam bandar dan berdekatan dengan PD Waterfront.

Senang nak cari kedai makan yang sedap dan keperluan lain semasa bercuti sebab semua dekat dengan hotel mesra keluarga ni.

Biliknya sederhana, tapi beberapa bilik ada pemandangan laut yang menarik. Menarik lagi, kolam renangnya besar seperti saiz olimpik, sesuai untuk mandi-manda dan berehat.

Hotel tepi pantai Port Dickson yang bagus untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Kadar bilik: Bermula dari RM 119 semalam

Ulasan pengunjung:

“Percutian singkat jauh dari kesibukan kerja. Tempatnya bagus, lengkap. Mcd, starbuck, kenny rogers, food truck, semua boleh jumpa kat bawah. Pada waktu malam, anda boleh berbasikal dengan keluarga anda di sekitar tempat itu…”
Selanjutnya Di Agoda

Villea Port Dickson

17 Hotel tepi pantai pd 4 bintang murah

Alamat: Batu 10, Tanjung Biru, 71050 Port Dickson

Telefon: 06-662 6800

hotel tepi pantai di port dickson

Kalau nak tenang dari kesesakan pantai dan bandar Port Dickson, jom bermalam di Hotel Villea! 

Terletak berhampiran dengan pantai Cermin, Blue Lagoon, dan hutan lipur Tanjung Tuan.

Bilik-bilik juga baru diubahsuai, selepas menukar nama dari Resort Ilham kepada Villea. 

Tersedia kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi, kena ‘drive’ jauh sikit kalau nak cari kedai makan.

Kadar bilik: Bermula dari RM 300 semalam

Ulasan pengunjung:

“Mempunyai perjalanan singkat dari syarikat dan tinggal di resort ini. Sangat disyorkan untuk perjalanan keluarga, rakan dan syarikat. Kemudahan dan perkhidmatan kakitangan tip-top….”
Selanjutnya Di Agoda

Ancasa Residence 

18 Penginapan jenis apartmen untuk seisi keluarga

Alamat: 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-662 7288

Nak cuti di Port Dickson? Datanglah ke Ancasa Residence! Tempat penginapan serba lengkap untuk seisi keluarga.

Ada tempat letak kenderaan percuma, Wi-fi percuma, 2 restoran, spa, dan pusat kecergasan. Penginapan yang sangat selesa dengan peti ais, meja makan, dan sofa dalam setiap apartmen tepi pantai ini.

Jangan risau, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Nak main air laut? Pantai kat belakang hotel je. Sememangnya hotel kids friendly!

Bagi keluarga yang nak penginapan bajet dekat laut, Ancasa Residence pilihan terbaik!

Kadar bilik: Bermula dari RM 203 semalam

Ulasan pengunjung:

“Tinggal di sini sudah banyak kali. Berhampiran pantai, apartmen ini juga mempunyai kolam sendiri jadi selepas anda bosan dengan pantai, anda boleh melompat ke dalam kolam. Ada bilik karaoke. Sarapan pagi menawarkan pelbagai jenis makanan. Terdapat banyak gerai makanan berhampiran pantai…”
Selanjutnya Di Agoda

Artikel Berkaitan

  • Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150
4/5 - (15 votes)
Tags: hotelhotel tepi pantai pdhotel tepi pantai port dicksonNegeri SembilanPort Dickson

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved