senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

14 Tempat Menarik Di Kuala Krai Kelantan Untuk Diterokai

Aira by Aira
April 22, 2024
in Travel
Tempat menarik Kuala Krai

Sumber gambar: Mohd Azhari Azizan

72
SHARES
7.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Aktiviti berkelah di Kuala Krai
  • 2. Tempat menarik di Kuala Krai untuk keluarga
  • 3. Gua unik di Kuala Krai
  • 4. Aktiviti berkumpulan di Kuala Krai
  • 5. Air terjun tertinggi di Asia Tenggara
  • 6. Gunung di Kuala Krai
  • 7. Tempat menarik di Machang
  • 8. Restoran western food terbaik di Kuala Krai
  • 9. Zoo mini di Kuala Krai
  • 10. Pasar di Kuala Krai
  • 11. Perusahaan seramik di Kuala Krai
  • 12. Taman rekreasi di Kuala Krai
  • 13. Tangga bersejarah di Kuala Krai
  • 14. Resort di Kuala Krai

Secara rasminya dikenali sebagai daerah tertua di Kelantan pada tahun 1977 menawarkan pelbagai tempat menarik Kuala Krai untuk diterokai.

Kuala Krai yang dahulunya dikenali sebagai ‘Ulu Kelantan’ ini mempunyai 3 bandar utama iaitu Batu Mengkebang, Dabong dan Manik Urai.

Ia mula berkembang pesat setelah pembukaan lebuh raya Kuala Krai – Gua Musang sekitar tahun 1983 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Krai

Terletak strategik di antara daerah Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Machang dan negeri Terengganu menjadikan percutian di Kelantan anda lebih bermakna.

Selain itu, daerah ke-2 terbesar di Kelantan ini menempatkan banyak tempat viral di Kelantan dan air terjun Kelantan yang menarik.

Berikut merupakan 14 tempat menarik di Kuala Krai Kelantan untuk anda terokai keindahannya.

Lata Berangin

1 Aktiviti berkelah di Kuala Krai

Alamat: Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kelantan

ADVERTISEMENT

Telefon: –

tempat menarik kuala krai: Lata Berangin
Sumber gambar: Eskimo 0308, WanZ, nik norainudin, Muhd Syaifudin

Lata Berangin dinamakan bersempena dengan kehadiran angin yang muncul di kolam utama air terjun Kelantan ini.

Air terjun Lata Berangin menjadi tempat viral di Kelantan yang padat dengan aktiviti berkelah dan berkhemah oleh pengunjung.

Tambahan pula, kolam mandiannya yang tidak terlalu dalam membolehkan aktiviti mandi-manda dilakukan di sini.

ADVERTISEMENT

Waktu operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Istana Sangkut

2 Tempat menarik di Kuala Krai untuk keluarga

Alamat: Unnamed Road, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Istana Sangkut
Sumber gambar: Zakwan Fadzil (sirmoodz), ISMAIL ABDUL MANAF, chasingthesuns.com

Mencari destinasi percutian di Kelantan untuk bercuti seisi keluarga? Apa kata anda terokai keindahan Istana Sangkut pula?

Tempat viral di Kelantan ini menawarkan lokasi perkelahan dan penginapan bersama aktiviti menarik.

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau Yang Best

Penginapannya adalah berkonsepkan bentuk segi tiga, bentuk ‘U’ dan khemah.

Manakala aktiviti yang disediakan ialah jungle trekking, flying fox, mandi-manda dan bbq.

Semak Harga

Gua Ikan

3 Gua unik di Kuala Krai

Alamat: Kuala Gris, 18200 Dabong, Kelantan

Telefon: 09-966 3345

Gua Ikan
Sumber gambar: Scowling Chartreux, Hasram Hassan, Mehmet WiE, Liza Khan

Gua Ikan? Pasti ada tertanya-tanya kenapa tempat menarik Kuala Krai ini dinamakan sedemikian bukan?

Jika anda perhati secara teliti struktur pada bahagian luar gua memang seakan-akan bentuk ikan.

Pada bahagian dalam gua pula terdapat aliran sungai mengalir yang menyamankan lagi suasana.

Selain Gua Ikan, gua-gua berhampiran seperti Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap turut dibuka untuk pengembara meneroka.

Semak Harga

Krai Park And Training Centre

4 Aktiviti berkumpulan di Kuala Krai

Alamat: Taman Permata Rimba, Jalan Sungai Mas, Kg. Enggong, Kuala Krai, Malaysia

Telefon: –

Krai Park And Training Centre
Sumber gambar: Faris Maimun, Zalmanuddin Othman, Haiqal Fitry

Anda tenaga pengajar yang ingin mencari tempat menarik Kuala Krai untuk program motivasi?

Krai Park And Training Centre adalah pilihan tepat yang anda cari!

Bukan sahaja kem motivasi malah aktiviti berkumpulan lain seperti kursus kepimpinan dan kecemerlangan juga boleh dilakukan di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 7 petang)

Semak Harga

Air Terjun Jelawang

5 Air terjun tertinggi di Asia Tenggara

Alamat: Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Telefon: 09-966 3345

Air Terjun Jelawang
Sumber gambar: Syed Al-Yahya, Tan EH, Cee Kay CK, Mohd Azhari Azizan

Tahukah anda, apakah keistimewaan yang ada pada Air Terjun Jelawang?

Air terjun Kelantan ini bukan sahaja tertinggi di negeri Kelantan mahupun Malaysia malah tertinggi di Asia Tenggara tau!

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan sekitar ini ialah flying fox, meneroka gua dan atv.

Semak Harga

Gunung Stong

6 Gunung di Kuala Krai

Alamat: Jalan Air Terjun Stong, Kampung Jelawang, 18200, 18200, 18200 Dabong, Kelantan

Telefon: –

Gunung Stong
Sumber gambar: mh zaim my, Syamsul Hamdan, void edragon, Mohd Azhari Azizan

Gunung Stong merupakan gunung yang menempatkan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung setinggi 1442 m ini terletak di Dabong yang berhampiran dengan Gua Musang.

Laluan trek yang disediakan amatlah mencabar tetapi pemandangan pada bahagian puncak cukup indah dengan awan karpet terbentang luas.

Lain daripada itu, tempat menarik di Dabong ini turut dikelilingi oleh Gunung Basor, Gunung Anak Noring, Gunung Chamat dan Gunung Setong.

Semak Harga

Kolam Air Panas Tok Bok

7 Tempat menarik di Machang

Alamat: 18500 Machang, Kelantan

BACA JUGA  22 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Telefon: –

Kolam Air Panas Tok Bok
Sumber gambar: asimah abdullah, Ha Chi

Dari Kuala Krai ingin menuju ke Machang? Mari berehat seketika di Kolam Air Panas Tok Bok. Suhu airnya yang tidak terlalu panas membolehkan pengunjung bermandi-manda atau hanya merendamkan kaki di sini.

Untuk makluman anda, tempat ini dibuka setiap hari dari 5 pagi hingga 12 pagi dan mempunyai 5 sesi yang boleh anda pilih iaitu:-

  1. 5 pagi – 8 pagi
  2. 9 pagi – 12 pagi
  3. 2 petang – 5 petang
  4. 5:30 petang – 8 malam
  5. 9 malam – 12 pagi
Semak Harga

Abam Jeben

8 Restoran western food terbaik di Kuala Krai

Alamat: Lot 1881, kampung rahmat, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

restoran western terbaik di kuala krai
Sumber gambar: Abam Jeben Food

Kunjungi restoran dengan hidangan barat terbaik di Abam Lejen sebagai tempat menarik di Kuala Krai.

Antara menu yang ditawarkan ialah lamb grill, spaghetti carbonara/bolognese, chicken chop dan meatball.

Untuk makluman anda, restoran ini ditutup buat sementara waktu. Jadi bagi sebarang perkembangan terkini anda boleh menghubungi pemilik restoran ini.

Semak Harga

Kuala Krai Mini Zoo

9 Zoo mini di Kuala Krai

Alamat: Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: 09-966 6393

Kuala Krai Mini Zoo
Sumber gambar: Zul Izhar Mohd. Ismail, Engku Nasaruddin, Mr Presiden Letih, Haris Darus

Kuala Krai Mini Zoo pada asalnya telah mula beroperasi sejak tahun 1964 lagi. Lalu zoo di Kelantan ini bertukar nama kepada Taman Burung Kuala Krai pada tahun 2005 sebelum ditutup pada tahun 2011.

Setelah 10 tahun ditutup, kini ia dibuka semula sebagai tarikan baharu buat pelancong ke Kuala Krai Kelantan.

Zoo di Kelantan ini berkonsepkan ‘symbiotic pith‘ iaitu ‘manusia dan alam’ dengan menempatkan lebih 50 spesies haiwan menarik.

Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Pasar Besar Kuala Krai

10 Pasar di Kuala Krai

Alamat: Pasar Besar, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Pasar Besar di Kuala Krai
Sumber gambar: Mohamad Syahiran Mustaffa , Cairo Petersburg, Zhophir, Liz Yahaya

Jika Kota Bharu ada Pasar Siti Khadijah manakala Kuala Krai pula ada Pasar Besar Kuala Krai. Pasar ini merupakan satu-satunya pasar terbesar di daerah ini.

Ia menempatkan pelbagai jenis barangan seperti barangan basah, barangan kering, pakaian dan banyak lagi.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Pasar Seramik Mambung

11 Perusahaan seramik di Kuala Krai

Alamat: Kampong Mambong, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

BACA JUGA  Senarai Empangan Terbesar di Malaysia 2025
Pasar Seramik Mambung
Sumber gambar: mdkkrai.gov.my, pondokrahmat.blogspot.com

Untuk makluman anda, Kelantan juga terkenal dalam pembuatan seramik yang terletak di Kampung Mambong.

Pasar Seramik Mambong terdiri daripada pelbagai jenis seramik iaitu belanga, buyung, pasu hiasan dan sebagainya.

Terdapat 7 peringkat dalam penghasilan sebuah seramik iaitu mesin tanah, menapis tanah serta mengikat/menuang/mengeringkan/membakar acuan.

Semak Harga

Taman Tasik Kuala Krai

12 Taman rekreasi di Kuala Krai

Alamat: Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Taman Tasik Kuala Krai
Sumber gambar: Ana Faiz, aishah kay, Hanahana Hanahana, Nawal Balqis

Mencari tempat terbaik untuk beriadah pada hujung minggu di Kuala Krai? Mari kunjungi Taman Tasik Kuala Krai yang telah beroperasi sejak tahun 1998 lagi.

Taman ini menempatkan sebuah tasik yang sesuai untuk aktiviti air duck paddle, perayu berkayuh dan kayak. Selain itu, taman ini juga memiliki Restoran Terapung Zoo dan Mini Muzium untuk anda terokai.

Semak Harga

Tangga Krai

13 Tangga bersejarah di Kuala Krai

Alamat: Jalan Pekan Kuala Krai, 18000, Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Tangga Krai
Sumber gambar: Ana Faiz, hashnol ismail, look man hakim

Tangga Krai atau dahulunya terkenal dengan nama Tangga Bradley ini telah wujud sejak tahun 1929 lagi. Lama bukan?

Ia dinamakan Bradley bersempena dengan nama ketua pentadbiran Kuala Krai ketika itu iaitu Gerald Beradly.

Tangga ini berperanan untuk menghubungkan penduduk setempat menjual barangan hasil pertanian mereka ke Kuala Krai.

Selain itu, ia juga menjadi penanda aras air Sungai Kelantan ketika musim tengkujuh.

Semak Harga

Betik Garden Resort

14 Resort di Kuala Krai

Alamat: LOT 72, KG PASIR SENA, 18400 Temangan, Kelantan

Telefon: –

resort menarik di kuala krai
Sumber gambar: booking.com

Lagi tempat menarik Kuala Krai yang terletak berhampiran Machang yang boleh anda bercuti ialah Betik Garden Resort.

Resort ini menawarkan kolam renang, restoran, dapur kongsi, basikal dan taman yang menarik.

Jenis bilik yang ditawarkan ialah deluxe double, twin, deluxe queen, chalet dan rumah percutian.

Tempat bermalam ini purata semalam hanya RM 186 dan kadang-kadang boleh dapat RM 120 tau!

Review:

“Bilik sangat selesa tilam bantal empuk gilerr !!! permandangan cantik bangun pagi boleh minum kopi tepi sungai..Pool best !!!! tempat penginapan yang unik confirm datang lagi nanti…”

Semak Harga

Artikel berkaitan

  • Tempat Menarik Di Pasir Mas Kelantan Untuk Disinggah
  • Tempat Menarik Di Shah Alam
  • Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang

4/5 - (15 votes)
Tags: Kelantantempat menarik kuala krai

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved