senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

Aira by Aira
April 15, 2024
in Travel
tempat menarik maran pahang

Sumber gambar: massaari.com

70
SHARES
7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Galeri lukisan bertemakan periuk kera di Maran
  • 2. Galeri ilmuan dan seni di Maran
  • 3. Taman rekreasi di Maran
  • 4. Tempat menarik untuk keluarga di Maran
  • 5. Air terjun 7 peringkat ketinggian di Maran
  • 6. Kepelbagaian air terjun di Maran
  • 7. Aktiviti outdoor di Maran
  • 8. Hotel di Maran
  • 9. Tempat menarik untuk bergambar di Maran
  • 10. Ladang lebah di Maran
  • 11. Waterpark di Temerloh
  • 12. Hutan rekreasi di Temerloh
  • 13. Hotel di Temerloh
  • 14. Penginapan tepi pantai di Kuantan
  • 15. Hidden gems di Pahang

Meskipun terdapat pelbagai sumber yang berbeza mengenai asal-usulnya, namun sehingga kini menempatkan banyak tempat menarik di Maran Pahang untuk diterokai.

Menurut sumber daripada Majlis Daerah Maran, Maran berasal dari sebatang sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Laut.

Manakala sumber daripada Tok Batin menyatakan bahawa 7 orang asli pernah bermalam di tepi sungai yang kini dikenali sebagai Sungai Maran.

Kemudian, mereka dikejutkan oleh lembaga dalam bentuk harimau jadian yang menggelarkan dirinya sebagai ‘sahabat’ atau ‘Maran’.

Senarai tempat menarik di Maran Pahang

Bandar Maran terletak di antara daerah Kuantan, Rompin, Bera, Jerantut dan Termerloh. Antara tarikan di tempat keistimewaan negeri Pahang ini ialah Galeri M Warna, Galeri 3D & Tokoh dan banyak lagi.

Berikut adalah 15 tempat menarik Maran Pahang dan kawasan sekitarnya untuk anda terokai.

Galeri M Warna (Aboh) Zakaria Adam

1 Galeri lukisan bertemakan periuk kera di Maran

Alamat: Galeri M Warna (Aboh) Zakaria Adam, Kampung Sentosa, 26500 Maran, Pahang

ADVERTISEMENT

Telefon: –

tempat menarik maran pahang: Galeri M Warna (Aboh) Zakaria Adam
Sumber gambar: Mad Izam Isma, kgluit.pjk.com

Memiliki bakat dalam seni lukisan, encik Zakaria Adam yang mesra disapa sebagai ‘aboh’ telah menghasilkan banyak lukisan menarik.

Dengan mengangkat tema ‘periuk kera’ sebagai subjek dalam penghasilan lukisan tangannya menjadikan hasil seni itu unik.

Untuk melihat keindahan seni lukisan beliau, anda boleh berkunjung ke tempat best Pahang iaitu Galeri M yang terletak di Kampung Sentosa.

ADVERTISEMENT
Semak Harga

Galeri Tokoh & 3D Maran

2 Galeri ilmuan dan seni di Maran

Alamat: Kampung Paya Pasir, 26500 Maran, Pahang

Telefon: –

tempat menarik maran pahang: Galeri Tokoh dan Galeri 3D Maran
Sumber gambar: massaari.com, Facebook @Kerajaan Negeri Pahang, saidila.com,

Galeri Tokoh & 3D juga tidak kurang hebatnya sebagai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Tarikan baharu di Maran ini menampilkan tokoh-tokoh ilmuan dan seniman negara yang berasal dari bandar Maran.

Manakala, di bahagian Galeri 3D pula terdapat port bergambar yang unik dan dipenuhi dengan ilusi 3D yang menarik.

Semak Harga

Taman Rekreasi Che Minah Sayang

3 Taman rekreasi di Maran

Alamat: 72, Jalan Jerantut – Benta, Kampung Kuala Sentul, 26430 Bandar Tun Razak, Pahang

BACA JUGA  35 Tempat Menarik Dan Tarikan Pelancong Terbaik Di Ipoh

Telefon: –

tempat menarik maran pahang: Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Sumber gambar: Cikgu Zam SQL Accounting, saidila.com, massaari.com

Nak berehat menghirup udara segar? Jom kunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang sebagai tempat yang menarik di Pahang ini.

Kawasan yang dijaga rapi oleh penduduk Kampung Sentul ini menawarkan berbagai kemudahan.

Antaranya bilik mandi, tandas, spa, gerai-gerai jualan dan sewaan pondok yang murah dengan harga RM 5 untuk 3 jam.

Semak Harga

Hutan Lipur Lubuk Yu

4 Tempat menarik untuk keluarga di Maran

Alamat: Taman Ecorimba, Lubuk Yu, 26430 Maran, Pahang

Telefon: –

tempat menarik maran pahang: Hutan Lipur Lubuk Yu
Sumber gambar: massaari.com, saidila.com

Mencari port terbaik untuk berkelah bersama seisi keluarga? Apa kata anda pergi ke Hutan Lipur Lubuk Yu?

Tempat best Pahang ini sememangnya popular sebagai kawasan perkelahan di sekitar bandar Maran ini. Untuk makluman anda, nama kawasan ini diambil sempena keadaan air terjunnya berbentuk U.

Tambahan pula, tempat menarik Maran di Pahang ini juga menjadi lokasi para “Hammockers” dari Malaysia dan luar negara mengadakan aktiviti “Hammockers Gathering”.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7:30 malam)

Semak Harga

Baca: 12 Tempat Percutian Bajet Menarik Untuk Pelajar di Malaysia

Air Terjun Teladas 7

5 Air terjun 7 peringkat ketinggian di Maran

Alamat: Air Terjun Teladas 7, 26500 Maran, Pahang

Telefon: –

Air Terjun Teladas 7
Sumber gambar: saidila.com, incik Foofie, Izuddin Tarmizi

Terkenal dengan kebanyakan tempat yang kaya dengan alam semulajadi menjadikan keistimewaan negeri Pahang lebih terserlah.

Nikmati keindahan Air Terjun Teladas 7 yang mempunyai ketinggian sebanyak 7 peringkat.

Selain mandi-manda, anda juga boleh menyewa khemah yang disediakan dengan harga RM 45.

Semak Harga

Air Terjun Jeram Pelangi

6 Kepelbagaian air terjun di Maran

Alamat: Air Terjun Jeram Pelangi, 26500 Maran, Pahang

Telefon: –

Air Terjun Jeram Pelangi
Sumber gambar: Facebook @Trip ke Air Terjun Pelangi

Selain Taman Rekreasi Che Minah Sayang anda juga boleh singgah ke Air Terjun Jeram Pelangi di dalam Kampung Sentul ini.

Berkedudukan di banjaran Gunung Berantai, ia menempatkan banyak air terjun menarik di sekitarnya.

Antaranya ialah Air Terjun Batu Hampar, Air Terjun Lubuk Kawah, Air Terjun Tebing Tinggi, Air Terjun Pelangi, Air Terjun Atas Pelangi dan Air Terjun Batu Tangga.

Untuk jungle trekking ke tempat keistimewaan negeri Pahang ini anda akan dibantu oleh tour guide dari kalangan penduduk kampung ini.

Semak Harga

Air Terjun Jerangkang

7 Aktiviti outdoor di Maran

Alamat: Jalan Paya Rambutan, 26300 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Air Terjun Jerangkang
Sumber gambar: Admin Awesome, Farah Ade, Izal ML, Mohd Faizal

Mencari tempat menarik Maran Pahang untuk melakukan aktiviti outdoor? Mari bertandang ke Air Terjun Jerangkang yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Selain itu, ia juga digelar sebagai “Hilton”, “Infinity Pool” dan “Shang Ri La” yang memiliki kolam air biru kehijauan.

Antara aktiviti outdoor seperti berkhemah, berkelah, flying fox dan mandi-manda boleh dilakukan di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Semak Harga

Maran Hill Golf Resort

8 Hotel di Maran

Alamat: Majlis, 26500 Maran, Pahang

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Turki Pelbagai Monumen Bersejarah

Telefon: 09-477 9187

Maran Hill Golf Resort
Sumber gambar: massaari.com, Andrew Chan (www.roadtrippers.asia), ilRad Enn

Mencari Maran hotel yang berhampiran dengan tempat yang menarik di Pahang yang lain? Maran Golf Hill Resort merupakan lokasi ideal untuk anda bermalam.

Terletak hanya 3 km dari bandar Maran ia mempunyai fasiliti padang golf, pemandangan tasik dan port untuk outdoor photoshoot.

Selain itu, berhampiran dengan penginapan ini terdapat sumber Semulajadi Mata Air yang wujud sejak tahun 1987 yang boleh anda kunjungi.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Laman Qalbu

9 Tempat menarik untuk bergambar di Maran

Alamat: Jalan Bandar, Kampung Paya Pasir, 26500 Maran, Pahang

Telefon: 09-477 1411

Laman Qalbu
Sumber gambar: Mad Izam Isma, saidila.com, Zaha Abg

Dibina oleh kerajaan negeri bagi memudahkan aktiviti riadah penduduk, menjadikan Laman Qalbu sebagai tempat menarik di Maran Pahang untuk dilawati.

Di sini anda boleh beriadah bersantai sambil mengambil gambar berlatar belakangkan port hiasan menarik.

Selain itu, ruangannya juga besar dan mampu menampung ramai pengunjung yang hadir.

Semak Harga

Taman Mini Kelulut Lestari

10 Ladang lebah di Maran

Alamat: NO 164, Jalan Kampung Sri Keramat, Kampung Paya Pasir, 26500 Maran, Pahang

Telefon: –

Taman Mini Kelulut Lestari
Sumber gambar: Bitaly Kelulut Farm (Taman Mini Kelulut Lestari)

Terletak berhampiran Maran Hotel, anda boleh menemui ladang lebah kelulut iaitu Taman Mini Kelulut Lestari.

Di sini, anda boleh mendapatkan madu kelulut asli yang segar dari ladang di tempat best Pahang ini.

Bukan itu sahaja, malah ia turut mengeluarkan produk berasaskan madu seperti sabun dan minyak.

Semak Harga

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah Termerloh

11 Waterpark di Temerloh

Alamat: waterpark mini kubang gajah, 28000 Temerloh, Pahang

Telefon: –

Taman Tema Air Mini Termerloh
Sumber gambar: AB SHARUL, benny yew, Zaizalmohar Zainun, Amyrul Qal

Hanya 18 km dari Maran, anda sekeluarga boleh berseronok di Taman Tema Air Mini Temerloh ini.

Waterpark ini sudah pastinya merancakkan lagi percutian anda dengan keceriaan warna yang ditampilkan pada pintu masuknya.

Meskipun waterpark ini tidaklah begitu meriah seperti di Sunway Lagoon, namun ia tetap mempunyai keunikan tersendiri.

Seperti gelongsor air, kolam mandi kanak-kanak, bot kayuh, air pancutan dan banyak lagi. Pastinya menghiburkan!

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat (10:30 pagi – 7 malam)
  2. Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9 pagi – 7:30 malam)
Semak Harga

Baca: 12 Tempat Menarik Untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia

Hutan Lipur Bukit Bertangga

12 Hutan rekreasi di Temerloh

Alamat: 28300 Teriang, Pahang

Telefon: –

Hutan Lipur Bukit Bertangga
Sumber gambar: MZaki Channel, Jun Jun, Ryu Mie

Terletak berhampiran dengan pekan Maran memudahkan lokasi Hutan Lipur Bukit Bertangga diakses.

Tempat yang menarik di Pahang ini terletak di Hutan Simpan Chini yang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah.

BACA JUGA  26 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Popular 2024

Selain itu, ia juga mempunyai air terjun yang berketinggian melepasi 20 m, batu-batu besar dan berlapis serta sungai yang mengalir di celah-celah batu. Pasti menyenangkan, bukan?

Di sini anda boleh melakukan aktiviti perkelahan, perkhemahan dan mandi-manda.

Semak Harga

Merrinton Hotel Temerloh

13 Hotel di Temerloh

Alamat: NO 29 & 31 JALAN DAGANG 1 DYNATON, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang

Telefon: 09-290 2333

Merrinton Hotel Temerloh
Sumber gambar: agoda.com

Bersempadan dengan Maran hotel, anda boleh menginap di Merrinton Hotel Temerloh.

Hotel berkelas 3 bintang ini menyediakan bilik dengan pemandangan menghadap bandar seperti bilik classic king, quad premier dan trip deluxe.

Bagi anda yang datang sekeluarga juga terdapat bilik yang sesuai untuk keluarga seperti family room dan executive family.

Lain daripada itu, hotel ini berjarak hanya 400 m ke Kubang Gajah Mini Waterpark.

Kadar purata semalam: RM 104

Review:

“Pertama kali bermalam di Temerloh. Bilik yang sangat bersih dan selesa. Semua utiliti berfungsi dengan baik. Penyambut tetamu yang mesra..”

Semak Harga

Imperium Residence Kuantan

14 Penginapan tepi pantai di Kuantan

Alamat: Imperium Residence, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Imperium Residence Kuantan
Sumber gambar: Miqdad Johari, Mj Homestay Kuantan

Inginkan tempat percutian yang menyeronokkan di tepi pantai? Anda boleh memilih untuk menginap di Imperium Residence Kuantan.

Resort tepi pantai ini dilengkapi dengan swimming pool yang besar untuk dewasa dan kanak-kanak. Sambil-sambil berenang bolehlah melihat pemandangan matahari terbenam. Wah! Best bukan?

Selain itu, jenis bilik yang disediakan ialah studio room queen 1 / twin single bed dengan katil jenis single di setiap bilik.

Kadar purata semalam; N/A

Review:

“Unit ini sangat cantik! luas, bersih, selesa & menarik! Tuan rumah sangat responsif & baik, tuan rumah menyediakan semua yang anda perlukan (asas) dan ia berbaloi dengan wang yang saya belanjakan daripada menginap di hotel bersama keluarga kecil…”

Semak Harga

Pulau Ular

15 Hidden gems di Pahang

Alamat: Pulau Ular, 26080, Pahang

Telefon: –

Pulau Ular
Sumber gambar: shibu joseph, Sharifah Nor Rahimah bt Syed Mohamed, Fun dive

Pulau Ular? Pasti anda terbayangkan betapa banyaknya ular di pulau ini kan? Untuk makluman anda, namanya sahaja begitu.

Pulau ini merupakan hidden gems tempat menarik di Pahang untuk dilawati bagi anda yang inginkan tempat privasi.

Namun begitu, pulau ini hanyalah sesuai untuk perjalanan singkat sahaja kerana tiada pembangunan dan gerai makanan disediakan di sini.

Untuk menuju ke pulau dengan air jernih ini, anda perlu menaiki bot di jeti Sungai Ular dan pulang sebelum jam 3.30 petang.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai
  • Hotel Terbaik Cameron Highland
4/5 - (15 votes)
Tags: pahangtempat menarik di maran

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved