senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

23 Hotel Tepi Pantai Terbaik Di Malaysia

Aira by Aira
March 29, 2024
in Travel
hotel tepi pantai malaysia

Sumber gambar: agoda.com

64
SHARES
6.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hotel tepi pantai terbaik di Malaysia
  • 2. Hotel tepi pantai Selangor
  • 3. Hotel tepi pantai Port Dickson
  • 4. Resort di Pahang untuk family day
  • 5. Hotel tepi laut Melaka
  • 6. Hotel Port Dickson tepi pantai
  • 7. Resort pantai bintang 5 di Langkawi
  • 8. Hotel di Kuala Dungun tepi pantai
  • 9. Hotel di Kota Kinabalu tepi pantai
  • 10. Hotel tepi pantai Kota Kinabalu
  • 11. Hotel tepi pantai Pahang
  • 12. Hotel di Cherating tepi pantai
  • 13. Hotel Lumut tepi laut
  • 14. Hotel di Langkawi tepi pantai
  • 15. Hotel tepi pantai Kuala Terengganu
  • 16. Hotel di Tawau tepi pantai
  • 17. Hotel Pulau Pinang tepi pantai
  • 18. Hotel Kuantan tepi pantai
  • 19. Hotel Mersing tepi pantai
  • 20. Penginapan mewah di Langkawi
  • 21. Hotel tepi pantai tema rock di Penang
  • 22. Percutian tepi pantai yang mempesonakan di Kuantan
  • 23. Hotel Terengganu tepi pantai

Dengar sahaja deruan ombak di pesisiran pantai pasti mampu menghilangkan rasa gundah-gulana bukan? Apatah lagi menginap di salah sebuah hotel tepi pantai Malaysia.

Pelbagai jenis penginapan menarik dengan pemandangan tepi laut dan pantai yang terletak di seluruh Malaysia mengikut bajet yang anda impikan.

Sebut sahaja anda inginkan penginapan jenis apa, Villa? Chalet? Hotel tepi laut? Resort tepi pantai? Semua ada di sini tau!

Senarai hotel tepi pantai Malaysia

Seronok bukan apabila bangun pagi sahaja terhidang udara yang segar dengan view dari laut yang indah? Ditambah pula makan di restoran yang terletak di pantai. Wah! Seronokya!

Ingin tahu lebih lanjut hotel tepi Malaysia yang best patut anda pergi? Mari teruskan pembacaan di artikel ini.

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

1 Hotel tepi pantai terbaik di Malaysia

Alamat; Jalan Damai Laut, Manjung, 32200 Lumut, Perak

ADVERTISEMENT

Tel; +60 5-684 3333

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Resort yang memberikan ketenangan dengan pemandangan laut dan mini waterpark untuk kanak-kanak bersuka ria.

Bukan itu sahaja, resort dekat pantai ini juga mempunyai kids club, gym, urutan spa & sauna, pondok pantai, outdoor playground, kolam renang dan gelanggang tenis.

ADVERTISEMENT

Bahagian tepi kolam besar dan sesuai untuk kanak-kanak pada setiap peringkat umur.

Hanya perlu bayar harga bilik dan semua boleh main percuma kecuali aktiviti sukan air yang luar dari resort. 

Staff juga peramah dan petang-petang memang seronok berjalan di pantai atau duduk je di lounge sambil minum secawan kopi dan makan kek.

Kadar purata semalam; RM 459

Review;

“Datang ke sini untuk family trip ke pulau pangkor, pengalamannya hampir sempurna. Kami tinggal 3 hari, 2 malam di sini dengan 4 bilik. Bilik bersih dan luas dengan balkoni pemandangan laut. Kakitangan sangat prihatin dan mesra….”

Semak Harga

Avani Sepang Gold Coast Resort

2 Hotel tepi pantai Selangor

Alamat; 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Tel; N/A

Avani Sepang Gold Coast Resort

Jika anda mencari resort yang bagus untuk honeymoon dan short trip hujung minggu, pertimbangkan resort ni.

Hotel 5 bintang ini melepasi semua jangkaan dari segi biliknya yang luas, kolam renang yang bagus dan pemandangan matahari terbenam dari balkoni sangat memukau.

Sangat disyorkan untuk keluarga dan boleh tempah bilik superior yang ada sofa panjang.

Nikmati pelbagai bufet sarapan pagi dan penyambut tetamu akan memaklumkan semua acara yang akan diadakan pada hari tersebut.

Anda akan seronok melihat pertunjukan bunga api, berbasikal, bilik teater dan lain-lain.

Kadar purata semalam; RM 496

Review;

“Pemandangan di balkoni benar-benar memberikan saya ketenangan. Saya pergi ke sana untuk menginap selama 3 hari 2 malam dan berpeluang melihat pertunjukan api. Saya suka betapa selesanya kami boleh bersantai sepanjang hari di dalam bilik kerana kami juga mempunyai anak kecil untuk tinggal bersama dan mereka juga sudah menyediakan katil bayi di dalam bilik…”

Semak Harga

Thistle Port Dickson Resort

3 Hotel tepi pantai Port Dickson

Alamat; KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Tel; +60 6-648 2828

Thistle Port Dickson Resort

Bayangkan kau sedang duduk mengadap laut biru, angin sepoi-sepoi bahasa. Macam dalam drama romantik, kan?

Kalau nak rasa semua tu, tempah je Resort Thistle Port Dickson. 

Menawarkan latar belakang yang indah untuk percutian romantik, mesyuarat korporat dan percutian keluarga.

Selain itu, mempunyai gym, kolam renang besar dan kem SWAT yang diperakui sesuai untuk aktiviti pembinaan pasukan. 

Lagi best, Thistle Port Dickson juga ada pakej ramadhan seperti Stay & Dine, dan Bufet Ramadan berkonsepkan Nostalgia Senja.

Kadar purata semalam: RM 279

Review:

“Pilihan resort yang bagus jika anda mencari tempat untuk berehat dan menjalani kehidupan yang tenang jauh dari bandar….”

Semak Harga

Swiss-Belhotel Kuantan

4 Resort di Pahang untuk family day

Alamat; 1, Jalan Tanjung Lumpur, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Tel; 09-404 8888

Resort di Pahang untuk family day

Tidak jauh dari bandar Kuantan, resort ini sangat sesuai untuk percutian keluarga.

Ada bilik bujang, suite dan bilik keluarga. Masuk je bilik tu, kau rasa macam tak nak keluar dah tau!

Dikelilingi dengan banyak restoran makanan laut dan ikan bakar.

Manjakan diri di spa hotel, berjalan kaki ke pantai, mandi kolam renang infinity atas bumbung, kolam renang kanak-kanak atau bersenam di gimnasium.

Nikmati pemandangan matahari terbit dan pantai yang indah dari balkoni bilik.

Kadar purata semalam; RM 177

Review;

“Pemandangan laut dari balkoni sangat mengagumkan. Tidur sambil mendengar ombak laut sangat mendamaikan. Kolam renang dan sauna sangat menyeronokkan, anak-anak saya sangat menyukainya. Hidangan sarapan pagi juga sedap…”

Semak Harga

Puteri Bay Hotel Melaka

5 Hotel tepi laut Melaka

Alamat: Pantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Korea Paling Popular

Telefon: 06-353 5555

hotel tepi pantai malaysia: Puteri Bay Hotel Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Turut dikenali dengan nama Hotel Pantai Puteri, Puteri Bay Hotel Melaka merupakan penginapan 3 bintang tepi pantai Melaka.

Ia dilengkapi dengan 3 jenis pemandangan dari bilik yang berbeza-beza seperti ocean view, country/region view dan outdoor view.

Tambahan pula, lokasi hotel ini amatlah strategik terletak berhampiran tarikan di bandar Melaka. Iaitu Jonker Street, Menara Taming Sari dan Terminal Bas Melaka Sentral.

Kadar purata semalam: RM 137

Review;

“Hotel terletak di hadapan pantai. Berjalan kaki ke banyak gerai makanan dan kedai makan yang hebat. Kolam renang yang bagus jika anda membawa kanak-kanak..”

Semak Harga

Corus Paradise Resort Port Dickson

6 Hotel Port Dickson tepi pantai

Alamat: CORUS PARADISE RESORT, Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-647 7600

hotel tepi pantai malaysia: Corus Paradise Resort Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Selain hotel terapung, hotel tepi pantai Malaysia lain juga terdapat di Port Dickson ini. Maklumlah, majoriti daerah ini terdiri daripada kawasan laut bukan?

Corus Paradise Resort Port Dickson merupakan hotel tepi laut yang memiliki kolam renang luaran, kolam renang kanak-kanak dan gelongsor air.

Tambahan pula, hotel menarik ini sesuai untuk sidang mesyuarat, seminar ataupun jamuan dengan 9 bilik majlis yang disediakan.

Tarikan Muzium & Kubu Lukut dan Ladang Burung Unta Port Dickson turut berhampiran dengan penginapan ini.

Kadar purata semalam: RM 203

Review:

“Penginapan terbaik yang pernah ada. Disyorkan. luas. pemandangan laut untuk semua bilik. Shower pun air kuat. Pantai cantik & landai dengan air jernih, tidak berlumpur. Privasi. View pokok kelapa yang cantik, redup & insta-worthy sangat…”

Semak Harga

The Datai Langkawi

7 Resort pantai bintang 5 di Langkawi

Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-950 0500

hotel tepi pantai malaysia: The Datai Langkawi
Sumber gambar: agoda.com

Mencari penginapan mewah di sekitar Langkawi? Kunjungi hotel menarik di The Datai Langkawi yang dikelilingi hutan hujan tropika.

Ia terletak di sepanjang pantai persendirian Teluk Datai di Pulau Langkawi. Keindahan pemandangannya membolehkan anda mengambil gambar tepi pantai yang cantik.

Hotel tepi pantai Malaysia ini dilengkapi dengan padang golf, villa, suite, spa, basikal gunung, 2 gelanggang tenis dan gimnasium.

Kadar purata semalam: RM 2566

Review:

“Terletak di dalam hutan hujan ajaib berusia jutaan tahun, The Datai ialah definisi sebenar tempat percutian mewah. Kami tinggal di Vila Beach selama 3H2M..”

Semak Harga

Tanjong Jara Resort

8 Hotel di Kuala Dungun tepi pantai

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: 09-845 1100

hotel tepi pantai malaysia: Tanjong Jara Resort
Sumber gambar: agoda.com

Memiliki pemandangan Laut China Selatan, Tanjong Jara Resort diinspirasikan daripada istana Melayu pada abad ke-17.

Resort tepi pantai ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renang luaran, spa, tenis dan perpustakaan.

Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di sini seperti snorkeling, scuba diving, kelas kraftangan, spa dan sepak takraw.

Tempatnya menakjubkan dengan suasana tenang, romantis dan privasi. Disyorkan untuk mereka yang ingin berbulan madu.

Kadar purata semalam: RM 747

Review: 

“Ini adalah kali kedua kami menginap di sini dan sekali lagi terpesona dengan pantai yang indah, makanan yang lazat, bilik yang rapi dan kakitangan yang paling mesra!“

Semak Harga

Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa

9 Hotel di Kota Kinabalu tepi pantai

Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 08-879 7888

Shangri-La's Rasa Ria Resort & Spa
Sumber gambar: agoda.com

Shang-ri La Rasa Ria Resort dan Spa yang terletak di tepi pantai ini menyediakan pelbagai aktiviti di tepi pantai untuk anda cuba! Antaranya ialah parasailing, berkayak, meluncur di atas angin.

Selain itu, resort tepi pantai ini dilengkapi dengan balkoni peribadi menghadap taman dan laut.

Ia terletak berhampiran dengan tarikan di Kota Kinabalu seperti Gunung Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Tempat yang sangat bagus untuk tinggal dan bercuti bersama keluarga.

Kadar purata semalam: RM 749

Review:

“Bilik yang luas dan pemandangan laut, benar-benar berasa selesa dan tidur yang lena. Pelbagai pilihan bufet sarapan pagi. Berjalan ke tepi laut dan menonton matahari terbenam, adalah satu kemestian…”

Semak Harga

Gaya Island Resort

10 Hotel tepi pantai Kota Kinabalu

Alamat: Malohom Bay, Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: –

Gaya Island Resort
Sumber gambar: agoda.com

Jika anda mencari penginapan berhampiran Taman Negara Tuanku Abdul Rahman, Gaya Island Resort adalah jawapannya!

Dengan 10 minit pemanduan bot laju dari Terminal Feri Jesselton, terletaknya resort yang dikelilingi oleh flora dan fauna ini.

Ia menyediakan vila bersama binaan kayu yang tersergam indah pemandangan tepi laut dan Gunung Kinabalu.

Selain itu, aktiviti menarik seperti memerhati burung, melawat pusat pemuliharaan penyu, menaiki bot laju dan berlayar ditawarkan di sini.

Kadar purata semalam: RM 982

Review:

“Resort terbaik di Sabah! No 1 antara semua resort pulau lain di sabah. Seni bina dan landskapnya menakjubkan! Perkhidmatan 5 bintang… “

Semak Harga

Japamala Resort by Samadhi

11 Hotel tepi pantai Pahang

Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang

Telefon: 03-2771 2742

Japamala Resort by Samadhi
Sumber gambar: agoda.com

Penggunaan kayu tempatan pada penginapan ini menonjolkan lagi nilai estetika tropika yang diketengahkan.

Japamala Resort by Spa merupakan resort butik yang terdiri daripada vila dan suite yang menarik di tepi pantai. Di sini anda dapat alami pengalaman yang menyeronokkan yang disediakan oleh pihak resort.

BACA JUGA  15 Hotel Yang Ada Connecting Room Terbaik Di Malaysia

Iaitu memancing, snorkeling, scuba diving, menerokai hutan hujan tropika dan bersiar-siar menaiki bot.

Hotel Tioman tepi pantai yang bagus untuk melepak di alam semula jadi dan bersantai!

Kadar purata semalam: RM 1280

Review:

“Tempat peranginan yang luar biasa. Tiba dengan bot ke jeti hotel berada di teluk pantai kecil yang indah dengan pergunungan dan hutan di sekelilingnya. Terasa agak peribadi dengan hanya 15 chalet atau lebih..“

Semak Harga

Royale Chulan Cherating Villa

12 Hotel di Cherating tepi pantai

Alamat: Royale Chulan Cherating Villas, 26100 Balok, Pahang

Telefon: 09-584 7333

Royale Chulan Cherating Villa
Sumber gambar: agoda.com

Inginkan penginapan tepi pantai yang menenangkan tanpa gangguan? Royale Chulan Cherating Villa merupakan hotel tepi pantai Malaysia terpencil yang menawarkan privasi.

Biliknya terdiri daripada jenis vila dan suite berhadapan pantai. Bilik yang sangat selesa, tidur sekali rasa cam tak nak bangun dah.

Ditambah pula dengan bathtub besar, private balcony dan private pool di setiap bilik penginapan.

Dalam pada itu, anda boleh melawat Santuari Penyu Cherating dan kilang batik yang berhampiran hotel menarik ini.

Kadar purata semalam: RM 276

Review:

“Tempat yang menarik untuk berehat, menghadap ke pantai yang cantik dan dikelilingi oleh kehijauan. Bilik luas dan dilengkapi dengan semua yang anda perlukan…”

Semak Harga

Pangkor Laut Resort

13 Hotel Lumut tepi laut

Alamat: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 05-699 1100

Pangkor Laut Resort
Sumber gambar: agoda.com

Hanya 15 minit menaiki bot laju dari jeti Marina Island, anda boleh sampai ke lokasi peranginan mewah di Pangkor Laut Resort.

Setiap penginapan vila yang disediakan hadir bersama dengan balkoni peribadi dan bathtub yang besar. Ia terletak berhadapan laut dan hutan tropika.

Dalam pada itu, kemudahan pusat kecergasan, spa, gelanggang tenis dan kolam renang juga terdapat di resort ini.

Salah satu resort terbaik untuk pasangan baru berkhawin. Sunyi, tenang dan boleh fokus bina memori manis berdua tanpa ada gangguan!

Kadar purata semalam: RM 1007

Review:

“Percutian peribadi yang sangat baik. Tempat ini benar-benar eksklusif dan damai. Warna air seperti hijau zamrud, memang cantik… “

Semak Harga

The Westin Langkawi Resort & Spa

14 Hotel di Langkawi tepi pantai

Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-960 8888

The Westin Langkawi Resort & Spa
Sumber gambar: agoda.com

Terletak di pasir pantai menghadap Laut Andaman, The Westin Langkawi Resort & Spa nyata memberi pemandangan yang cukup terbaik.

Ia menyediakan bukan 2 tetapi 4 kolam renang luaran bersama bilik jenis suite dan vila. Bilik tidur yang bukan saja selesa, tapi punya view mengadap laut yang biru.

Tambahan pula, anda boleh mengikuti pakej lawatan berbasikal atau island hopping.

Lain daripada itu, resort ini sesuai untuk anda ‘kaki shopping‘ kerana terletak berhampiran dengan Langkawi Fair dalam jarak 1.8 km.

Kadar purata semalam: RM 875

Review:

“Mempunyai penginapan santai yang menyenangkan di Westin Langkawi. Katil dan bantal sangat selesa. Keseluruhan taman resort dan landskap diurus dengan cantik…”

Semak Harga

The Taaras Beach & Spa Resort

15 Hotel tepi pantai Kuala Terengganu

Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-630 8888

The Taaras Beach & Spa Resort
Sumber gambar: agoda.com

Merancang untuk bersiar-siar di pusat peranginan terkenal Pulau Redang? Sambil-sambil itu bolehlah menginap di The Taaras Beach & Spa yang juga berhampiran Pulau Redang.

Salah satu resort terbaik dengan pemandangan yang indah, tempat ni ala-ala pulau peribadi dan boleh bersantai sambil urut di spa hotel.

Kalau singgah di Terengganu, tidak lengkaplah kalau tidak berkunjung ke santuari penyu kan? Lab Penyu SEATRU merupakan santuari penyu yang berhampiran tempat penginapan ini.

Aktiviti air macam snorkeling dengan ikan-ikan warna-warni memang seronok!

Kadar purata semalam: RM 1563

Review:

“Kami pergi sekumpulan 4 orang kawan. Percutian yang sangat damai dan indah. Resort ini mempunyai banyak aktiviti jadi anda pasti akan terhibur… “

Semak Harga

The Reef Dive Resort

16 Hotel di Tawau tepi pantai

Alamat: Fajar Complex, TB 212, Jalan Bunga, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: 08-977 0022

The Reef Dive Resort
Sumber gambar: agoda.com

Berlokasi di pulau Mataking yang sinonim dengan lokasi terpencil yakni sesuai untuk anda yang inginkan penginapan peribadi.

The Reef Dive Resort menyajikan penginapan mewah sebanyak 60 bilik berkonsepkan vila dan chalet tepi pantai.

Takkan nak duduk bilik je kan? Keluarlah meronda-ronda, nikmati angin, matahari, dan jangan lupa makanan tempatan.

Lakukan aktiviti di tepi pantai seperti berkayak, bbq, memerhati burung serta snorkeling dan scuba diving hingga ke dasar laut.

Kadar purata semalam: RM 1170

Review:

“Pulau itu sendiri sangat cantik, dengan air yang jernih dan pantai yang bersih. Di mana-mana sahaja anda berpaling, terdapat pemandangan yg menakjubkan untuk dinikmati…. “

Semak Harga

Lone Pine Hotel

17 Hotel Pulau Pinang tepi pantai

Alamat: 97, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Telefon: 04-886 8686

Lone Pine Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Lone Pine Hotel merupakan satu-satunya hotel tepi laut berkonsepkan butik mewah di Batu Ferringhi yang memiliki balkoni peribadi.

Tambahan pula, hidangan antarabangsa dalam bufet turut disediakan di kawasan terbuka di tepi kolam renang.

Wah! Menikmati hidangan dengan pemandangan tepi laut, deruan ombak dan angin pantai merupakan sesuatu yang menarik bukan?

Lain daripada itu, ia terletak berhampiran dengan Taman Hiburan Adventure Zone, Pasar Malam Batu Ferringhi dan Taman Rempah Tropika Pulau Pinang.

BACA JUGA  18 Tempat Menarik Di Puchong Untuk Dikunjungi

Kadar purata semalam: RM 455

Review:

“Saya sangat menyukai hotel ini, boleh berjalan ke pantai dan menikmati matahari terbenam yang sangat indah! Perkhidmatannya baik, suasana yg sangat bagus, bilik selesa & cantik. Pasti akan kembali ke sini setiap kali kami berada di pulau pinang…“

Semak Harga

Hyatt Regency Kuantan Resort

18 Hotel Kuantan tepi pantai

Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-518 1234

Hyatt Regency Kuantan Resort
Sumber gambar: agoda.com

Terletak di pusat peranginan yang cukup popular di Pahang, Hyatt Regency Kuantan Resort merupakan penginapan mesra keluarga bertaraf 5 bintang.

Resort yang dikatakan agak ‘senior’ di Kuantan ini memiliki 300 bilik menghadap Laut China Selatan.

Selain itu, menariknya di sini harga penginapannya jauh lebih murah berbanding resort mewah di Kuantan yang lain.

Resort ni ada pelbagai pilihan makanan dari antarabangsa hingga tempatan.

Aktiviti untuk anak-anak pun ada. Jadi, bawa family datang sini, takde masalah.

Kadar purata semalam: RM 516

Review:

“Hotel ini menawarkan pemandangan Laut Selatan China yang menakjubkan, yang memberikan latar belakang yang tenang dan mempesonakan sepanjang penginapan. Kolam renang, yang tersedia pada ketinggian yang berbeza..”

Semak Harga

D’Coconut Island Resort

19 Hotel Mersing tepi pantai

Alamat: Pulau Besar Mersing

Telefon: 07-797 0054

D’coconut Island Resort
Sumber gambar: Raihana Rahim, Hotels.com, Timothy Lim, Pepe Yébenes

Selain negeri Sabah, Johor juga mempunyai pantai yang cantik di Mersing.

Di Pulau Besar, anda boleh menemui penginapan tepi pantai yang cantik dan bersih di D’Coconut Island Resort.

Ia menawarkan 65 bilik yang lengkap dengan balkoni, private beach, gelanggang bola tampar dan ruangan santai untuk mengambil gambar tepi pantai yang cantik.

Selain itu, aktiviti di tepi pantai yang boleh dilakukan di sini ialah aktiviti sukan air, snorkeling dan berkanu.

Kadar purata semalam: Tiada maklumat

Review:

“Tempat peranginan tenang yang tenang terletak jauh dari resort lain, meninggalkan lebih banyak ruang untuk privasi dan bersantai. Bilik-bilik kelihatan seperti pondok dari luar tetapi bilik-bilik berhawa dingin di dalamnya dilengkapi dengan sangat baik..”

Semak Harga

The St. Regis Langkawi

20 Penginapan mewah di Langkawi

Alamat: Jalan Pantai Beringin, Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah

Tel: 04-960 6666

The St. Regis Langkawi adalah hotel mewah tepi pantai yang terletak di pulau Langkawi yang indah. 

Menawarkan pemandangan yang menakjubkan, kolam renang luaran yang luas, gym dan spa yang bertaraf dunia. 

Ini tempat yang paling best untuk melarikan diri dari kesibukan dan menikmati percutian yang santai. 

Kadar purata semalam: RM 1852

Review:

“Pengalaman yang sangat mewah. Kami menginap di Villa Pantai dan sangat suka dengan kolam renang peribadi dan pemandangan laut yang menakjubkan. Staf sangat mesra dan membantu. Kami pasti akan kembali!”

Semak Harga

Hard Rock Hotel Penang

21 Hotel tepi pantai tema rock di Penang

Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Tel: 04-881 1711

Hotel tepi pantai Malaysia yang unik di Penang dengan hiasan rock ‘n’ roll. 

Menawarkan penginapan yang selesa dan bergaya, serta pelbagai kemudahan, termasuk kolam renang luaran, spa, dan kelab malam. 

Penginapan terbaik untuk mereka yang mencari percutian yang menyeronokkan dan meriah. 

Sesuai untuk keluarga, pasangan, dan individu yang mencari pengalaman percutian yang unik.

Kadar purata semalam: RM 590

Review:

“Daftar masuk berjalan lancar. Suasana ungu bilik sangat mengagumkan. Taman Air sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak. Pemandangan matahari terbenam sangat mengagumkan.. “

Semak Harga

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

22 Percutian tepi pantai yang mempesonakan di Kuantan

Alamat: 2656~2657, Mukim Balok Beach Beserah 26100, Kuantan, Pahang

Tel: 09-548 8288

Resort tepi pantai di Kuantan yang paling menarik dengan pemandangan yang menakjubkan ke laut. Penginapan yang luas dan selesa dengan kolam renang luaran yang luas serta pelbagai kemudahan lain.

Tempat peranginan yang cantik terletak di lokasi strategik berhampiran bandar Kuantan. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan, termasuk bilik deluxe, suite, dan vila.

Selain itu, mempunyai restoran yang menyajikan pelbagai hidangan dari seluruh dunia dan spa yang menawarkan pelbagai rawatan untuk merehatkan badan dan minda.

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan adalah pilihan yang ideal untuk pelancong yang mencari percutian pantai yang mewah dan menenangkan. 

Kadar purata semalam: RM 445

Review:

“Hotel mempunyai akses terus ke pantai. Kami menginap di suite Executive Family, dengan sebahagian pemandangan ke laut. Kolam renang luas, bersih dan mesra kanak-kanak…”

Semak Harga

MIMPI Perhentian Resort

23 Hotel Terengganu tepi pantai

Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu 

Tel: 09-697 7777

MIMPI Perhentian Resort adalah resort tepi pantai yang unik dan menarik yang terletak di Pulau Perhentian Terengganu. 

Menawarkan penginapan yang selesa dan mesra alam dengan pemandangan yang menakjubkan ke laut dan hutan hujan. 

Sertai aktiviti menarik termasuk snorkeling, diving, berkayak, dan jungle trekking.

Terdapat juga spa, outdoor pool, taman yang indah dan luas di mana anda boleh bersantai dan menikmati pemandangan pantai yang indah.

Hotel tepi pantai Malaysia ini sesuai untuk keluarga, pasangan, dan solo traveller yang mencari pengalaman percutian yang santai dan menyeronokkan.

Kadar purata semalam: RM 731

Review:

“Ia adalah penginapan yang menyenangkan di MIMPI. Kakitangan sangat prihatin, makanannya hebat, bilik selesa, katil/sofa/selipar mandi sangat lembut. Menginap di suite keluarga yang menghadap ke laut, sangat bagus bangun tidur dengan pemandangan mengagumkan..”

Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: hotelhotel tepi pantai malaysiaMalaysia

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Garis Tangan Bentuk M: Apa Maksudnya?

    1429 shares
    Share 1425 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved