senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Seoul Korea Untuk Melancong

Aira by Aira
November 29, 2022
in Travel
tempat menarik Seoul Korea

Sumber gambar: Fred Gichohi

5
SHARES
456
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pulau romantik di Korea
  • 2. Perkampungan tradisional di Pulau Jeju
  • 3. Jalan misteri di Pulau Jeju 
  • 4. Pantai di Pulau Jeju
  • 5. Muzium tentang penyelam wanita di Pulau Jeju
  • 6. Tebing tinggi di Pulau Jeju
  • 7. Gunung tertinggi di Korea Selatan
  • 8. Air terjun di Pulau Jeju
  • 9. Istana di Seoul
  • 10. Muzium perkembangan era di Seoul
  • 11. Menara pemerhatian di Seoul
  • 12. Taman rekreasi di Seoul
  • 13. Pusat kesenian di Seoul
  • 14. Perkampungan tradisional di Seoul
  • 15. Taman bersejarah di Seoul

“Annyeonghaseyo” merupakan ungkapan sapaan yang popular bukan sahaja di tempat menarik di Seoul Korea Selatan malah di serata dunia.

Seoul merupakan bandar ke-16 terbesar di dunia yang berperanan sebagai ibu kota di Korea Selatan.

Ia juga menjadi tumpuan sebagai pusat ekonomi, politik dan kebudayaan utama di tempat cantik di Korea ini.

Tempat menarik di Korea untuk peminat kpop ini pernah dikenali dengan nama “Wiryeseong”, “Hanyang”, “Hanseong” dan “Keijo”.

Senarai tempat pelancongan menarik di Seoul Korea

Selain Tokyo Jepun, Seoul Korea juga mempunyai rangkaian teknologi yang canggih seperti keretapi laju.

Di samping tu, Pulau Jeju turut merupakan tempat pelancongan menarik di Seoul Korea yang seringkali menjadi tarikan pengunjung.

Oleh itu, berikut adalah beberapa senarai tempat menarik Seoul Korea yang wajib anda pergi!

ADVERTISEMENT

Pulau Jeju

1 Pulau romantik di Korea

Alamat: Jeju-do, South Korea

Telefon: –

tempat menarik Seoul Korea: Pulau Jeju
Kredit gambar: jejuisland_korea

Bagi penggemar drama Winter Sonata, tempat menarik di Korea untuk peminat kpop ini sesuai untuk anda. Pulau romantik ini digelar sebagai ‘Kota Bulan Madu Korea Selatan’.

1
Kredit gambar: jejuisland_korea

Banyak lokasi di sekitar Pulau Jeju yang sebahagiannya diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Antara aktiviti di tempat cantik di Korea ini ialah mendaki gunung, menunggang kuda dan melawat perkampungan tradisional.

ADVERTISEMENT

Seongeup Folk Village

2 Perkampungan tradisional di Pulau Jeju

Alamat: 30번지 Seongeupjeonguihyeon-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Telefon: +8264-710-6797

tempat menarik Seoul Korea: Seongeup Folk Village
Kredit gambar: cynthia_annisa, happy_traveller_kimiljoo, liingliingtan, dimasbprasetyo

Lagi tempat menarik di Korea untuk peminat kpop yang boleh dikunjungi ialah Seongeup Folk Village. Perkampungan seluas 40 ekar ini pernah menjadi lokasi penggambaran k-drama “Dae Jang Geum”.

2
Kredit gambar: zeroth_bambooz

Selain budaya, anda juga boleh melihat batu hitam hasil daripada gunung berapi yang dijadikan sebagai perhiasan pada setiap rumah. Batu hitam yang paling terkenal ialah patung harubangs iaitu patung seorang lelaki tua.

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Kota Bharu Untuk Dilawati

Dokkaebi Road

3 Jalan misteri di Pulau Jeju 

Alamat: 2894-63 1100(Cheonbaek)-ro, Nohyeong-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Telefon: –

tempat menarik Seoul Korea: Dokkaebi Road
Kredit gambar: kurniawankhong, oneflightdown, mirranabila

Selalunya perkataan ‘misteri’ seringkali dikaitkan dengan hantu bukan? Tetapi tidak di Dokkaebi Road yang pastinya membuatkan anda rasa kagum sekali!

3
Kredit gambar: alex050824

Jalan yang terletak di kaki gunung ini dikatakan misteri kerana apa jua objek yang berada di jalanan ini pasti akan bergerak secara sendiri. Bahkan kereta yang tidak dihidupkan enjin juga sama tau!

Woljeong Beach

4 Pantai di Pulau Jeju

Alamat: Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Telefon: –

tempat menarik Seoul Korea: Woljeong Beach
Kredit gambar: lurima_travel, deenoosavoye, kiddykiddophoto, tigrestorie

Nak lihat pemandangan di Korea yang menenangkan? Jom ke Woljeong Beach yang berada di sekitar Pulau Jeju.

4
Kredit gambar: alohawoong

Memiliki pasir pantai yang putih dan air laut yang membiru pastinya membolehkan anda bersantai dengan bermandi-manda di sini. Selain itu, anda juga dapat menyaksikan kincir angin juga dari tempat cantik di Korea ini.

Jeju Haenyeo Museum

5 Muzium tentang penyelam wanita di Pulau Jeju

Alamat: Hado-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Telefon: +8264-782-9898

tempat menarik Seoul Korea: Jeju Haenyeo Museum
Kredit gambar: tasmuseum, dper_freedive, lisasee_writer, visitjeju.ru

Untuk makluman anda, muzium ini mempamerkan tentang penyelam wanita yang terhebat suatu ketika dahulu yang bernama Haenyeo.

5
Kredit gambar: seeralua

Menyelam sedalam 20 m tanpa menggunakan tangki oksigen mahupun peralatan menyelam menyerlahkan lagi kehebatan beliau.

Sebaliknya, beliau mengimbangkan badan dengan mengikat tiub bulat seperti bola dikeliling pinggangnya. Wah! Bukan calang-calang orang kan!

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Yongmeori Coast

6 Tebing tinggi di Pulau Jeju

Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, 안덕면 사계리

Telefon: +8264-794-2940

tempat menarik Seoul Korea: Yongmeori Coast
Kredit gambar: crazy_ocat, smscyclopx, theeatingmama

Bagi anda pencinta alam semulajadi di luar sana, tempat pelancongan menarik di Seoul Korea ini sesuai untuk anda.

6
Kredit gambar: ruth_kristiani

Yongmeori Coast merupakan tebing tinggi yang terbentuk hasil hakisan angin sejak ribuan tahun lalu. Ia terletak di sepanjang laluan tepi laut. Selain itu, anda boleh melihat hasil tangkapan nelayan yang dijual di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Hallasan Mountain

7 Gunung tertinggi di Korea Selatan

Alamat: Jeju-si, South Korea

Telefon: –

tempat menarik Seoul Korea: Hallasan Mountain
Kredit gambar: jmangki, myeong_su_park, ktothailand, endlifesparadox

Anda gemar akan hiking? Walaupun anda beginner? Hallasan Mountain adalah lokasi yang tepat untuk anda hiking. Gunung tertinggi di Korea Selatan ini terhasil daripada letusan gunung berapi yang dipenuhi dengan lebih 1000 jenis tumbuhan.

7
Kredit gambar: flowusol

Pada bahagian puncaknya, anda dapat menyaksikan pemandangan di Korea iaitu Pulau Jeju dan tasik kesan kawah gunung berapi. Bagi tujuan keselamatan, anda disarankan untuk turun sebelum matahari terbenam.

BACA JUGA  Sabah Alami Fenomena Cuaca Sejuk

Cheonjeyeon Waterfall

8 Air terjun di Pulau Jeju

Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, Jungmun-dong, 2232

Telefon: +8264-738-1529

tempat menarik Seoul Korea: Cheonjeyeon Waterfall
Kredit gambar: naflanslmn, kto_india, rzazhar, norchazamrud

Dah ke kawasan gunung, mari ke kawasan air terjun pula di Cheonjeyeon Waterfall. Air terjun ini memiliki 3 tingkat. Di mana air terjun pertama terhasil apabila air terjun keluar dari kawasan gua.

8
Kredit gambar: lovely3hr3

Kemudian, air terjun ke-2 terhasil ketika air yang terkumpul di dalam kolam terbentuk. Akhirnya, air terjun ke-3 akan mengalir terus ke laut. Namun, tidak disarankan untuk berenang di sini kerana kedalamannya sejauh 22 m.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5:30 petang)

Changdeokgung Palace

9 Istana di Seoul

Alamat: Gwonnong-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea

Telefon: –

tempat menarik Seoul Korea: Changdeokgung Palace
Kredit gambar: sannysky, korean_adventure, newlyheadstravel, seoul.southkorea

Chandeokgung Palace merupakan sebuah istana yang besar tersergam indah sebagai tempat menarik Seoul Korea. Meskipun ia menjadi salah satu tempat kediaman keluarga diraja, namun ia masih dibuka untuk kunjungan pelancong.

9
Kredit gambar: seoul.southkorea

Pada bahagian luarnya, terdapat taman yang cantik yang sesuai untuk melancong ke Korea musim sejuk dan luruh. Selain itu, kolam yang terdapat di sini dipercayai menjadi taman rahsia Maharaja Dinasti Joseon. 

National Museum of Korea

10 Muzium perkembangan era di Seoul

Alamat: 198 Sejong-daero, Jongno-gu, Seoul, South Korea

Telefon: +8223-703-9200

National Museum of Korea
Kredit gambar: akelly0628, polaryzacja, paguasoo, eyesmag

Memaparkan susunan rapi perkembangan era pra-sejarah Korea sehingga kini menjadikan ia tempat yang menarik di Seoul Korea untuk dikunjungi.

10
Kredit gambar: bluish_graphy

Apabila anda masuk sahaja ke muzium ini seolah-olah anda merentasi masa dalam masa yang singkat. Wah! Menarik bukan? Selain percuma, ia juga mempunyai penerangan dalam Bahasa Inggeris.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)

Namsan Seoul Tower

11 Menara pemerhatian di Seoul

Alamat: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea

Telefon: +8223-455-9277

Namsan Seoul Tower
Kredit gambar: liyuen.tang

Nak lihat pemandangan di Korea secara keseluruhan? Jom ke Namsan Seoul Tower yang juga sesuai untuk melancong ke Korea musim sejuk.

11
Kredit gambar: visitseoul_official

Turut dikenali dengan nama N Seoul Tower, ia memiliki setinggi 777 kaki di atas bukit. Selain menjadi menara pemerhatian, ia juga bertindak sebagai menara komunikasi di bandar Seoul ini.

BACA JUGA  Belum Dijelajahi, Pasir Biru Berkilauan Ditemui di Gurun Sahara

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 11 malam)

Hangang Park

12 Taman rekreasi di Seoul

Alamat: 40 Sinbanpo-ro 11-gil, Seocho-gu, Seoul, South Korea

Telefon: –

Hangang Park
Kredit gambar: visitseoul_official, official.buzzsetter

Selain pantai, taman rekreasi juga sesuai untuk melancong ke Korea musim sejuk. Jika di Seoul anda boleh menuju ke Hangang Park yang terletak hanya di tepi Sungai Hangang.

12
Kredit gambar: trazy_korea

Pelbagai aktiviti darat dan air yang boleh dilakukan. Misalnya, rollerblade, skateboard, berkelah, berkhemah, berbasikal, bola tampar, bola keranjang dan tenis. Manakala bagi aktiviti air pula seperti berkanu, ski air dan bot pedal.

Insadong

13 Pusat kesenian di Seoul

Alamat: Jongno-gu, Seoul South Korea

Telefon: –

Insadong
Kredit gambar: j.ahn_photographer, alabamasavannah, thesojufrog, be_marie_korea

Sejak zaman Dinasti Joseon (1392-1910) lagi, kawasan ini menjadi lokasi para pelukis Korea mendalami ilmu kesenian. Sehingga kini, Insadong masih mempunyai peranan yang sama dengan berbagai galeri dipamerkan.

13
Kredit gambar: lin.wilson

Tambahan pula, anda boleh membeli-belah barangan cenderamata yang terdapat di sini. Antaranya, berbagai jenis teh, pakaian tradisional Korea (hanbok) dan kertas tradisional Korea (hanji).

Bukchon Hanok Village

14 Perkampungan tradisional di Seoul

Alamat: South Korea, Seoul, Jongno-gu, 계동길 37

Telefon: +8222-133-1371

Bukchon Hanok Village
Kredit gambar: southkorea.explores, stevanysupardi, hotpickorea, nils_bl_wf

Selain Seongeup Folk Village, anda juga boleh menyelami dengan lebih mendalam budaya tradisi Korea di Bukchon Hanok Village. Untuk makluman anda, setiap rumah tradisional di sini masih kekal sama seperti dahulu.

14
Kredit gambar: jessicachaw

Ada yang dijadikan rumah tumpangan, restoran dan pusat kebudayaan. Bagi menampakkan lagi anda seolah-olah berada di zaman silam, anda boleh menggayakan “Hanbok” yang disewakan dan bergambar di sini!

Namsan Park

15 Taman bersejarah di Seoul

Alamat: 231 Samil-daero, Jung-gu, Seoul, South Korea

Telefon: –

Namsan Park
Kredit gambar: visitseoul_official, s22ultraphotos, koreanearandfar

Dah berkunjung ke Namsan Seoul Tower, kunjungi pula Namsan Park pula. Ia bukan sekadar taman dan pernah menjadi tapak bersejarah pada zaman dahulu. 

15
Kredit gambar: lorenamiki

Di mana, kawasan ini merupakan kubu sebagai tempat perlindungan daripada serangan musuh. Apabila perang tamat, ia diubahsuai kepada kawasan taman indah yang anda lihat pada hari ini.

Tags: koreaseoultempat menarik seoul korea

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved