senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

19 Tempat Menarik Di Lahad Datu Sabah Yang Unik

Nora by Nora
June 14, 2024
in Travel
lahad datu
17
SHARES
1.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Taman negara di Sabah
  • 2. Perlindungan hidupan liar di Lahad Datu
  • 3. Tempat tersembunyi yang memukau di Lahad Datu
  • 4. Tempat menarik untuk scuba diving di Lahad Datu
  • 5. Puncak gunung di Lahad Datu
  • 6. Air terjun di Sabah
  • 7. Tempat menarik untuk keluarga di Lahad Datu
  • 8. Pantai tersembunyi di Lahad Datu
  • 9. Tempat untuk healing di Lahad Datu
  • 10. Resort menarik di Lahad Datu
  • 11. Kinabatangan river cruise
  • 12. Tempat menarik di Kunak & Lahad Datu
  • 13. Kawasan menarik di Lahad Datu
  • 14. Aktiviti memancing di Lahad Datu
  • 15. Air terjun di Lahad Datu
  • 16. Pantai di SCCA
  • 17. Tempat menarik untuk ootd di Lahad Datu
  • 18. Aktiviti outdoor di Lahad Datu
  • 19. Pulau menarik di Lahad Datu

Sebut sahaja tentang Lahad Datu, atau juga dikenali sebagai “Bandar Perang,” sudah tentu rakyat Malaysia teringat kepada peristiwa hitam pada 13 Mei 2013 (13/13).

Disebabkan peristiwa tersebut, ramai masih takut untuk datang ke Lahad Datu. Padahal, sebenarnya Lahad Datu masih mempunyai banyak tempat bercuti.

Walaupun tidak sepopular seperti Semporna dan Kundasang, tapi terdapat banyak lokasi pelancongan yang tersembunyi yang boleh anda kunjungi.

Senarai 19 Tempat Menarik Di Lahad Datu

Dengan pelbagai tempat percutian di Sabah, termasuk berkhemah di air terjun yang menarik, pasti pengalaman anda di Lahad Datu akan menjadi lebih memuaskan. 

Jadi, jomlah kita berkunjung ke Lahad Datu dan ke tempat percutian menarik Sabah ini!

Danum Valley 

1 Taman negara di Sabah

Alamat: Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah

Tel: 088-486 168

ADVERTISEMENT
Danum Valley 

Danum Valley Conservation Area terkenal dengan keindahan ekosistem hutannya yang meliputi pelbagai flora dan fauna. Paling menarik, pokok tropika tertinggi di dunia, iaitu Meranti Kuning, boleh ditemui di hutan ini.

Dengan keluasan mencapai 438 km persegi, Danum Valley menjadi habitat bagi haiwan-haiwan seperti monyet proboscis, harimau dahan, orangutan, dan lebih dari 300 spesies burung.

Di sini, anda dapat mengembara di hutan dengan berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 100 meter, yang terletak 40 meter di atas tanah. Pemandangan dari ketinggian ini pasti akan menenangkan jiwa anda.

ADVERTISEMENT

Selain itu, pengunjung juga boleh mandi di sungai, melihat haiwan liar, berkhemah, meredah hutan, serta menginap di Kawag Nature Lodge.

Bagi pencinta alam, pastikan Danum Valley Sabah ini ada dalam senarai wishlist anda.

Semak Harga

Tabin Wildlife Reserve  

2 Perlindungan hidupan liar di Lahad Datu

Alamat: Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah

Tel: 088-267 266

Tabin Wildlife Reserve  

Kawasan pemuliharaan terbesar di Sabah ini terletak di kawasan seluas 122,539 hektar.

Terdapat 9 laluan berbeza yang menawarkan pengalaman drive night safari.

Anda dapat melihat hidupan liar dan spesies terancam seperti gajah pygmy Borneo, badak sumbu Sumatera, orangutan, dan banyak lagi.

Nikmati keunikan alam semula jadi dengan berjalan melalui trek atau menginap di Tabin Wildlife Resort.

Tapi yang membuat tempat pelancongan di Sabah ini benar-benar istimewa adalah kehadiran gunung berapi lumpur (Lipad Mud Valcano) yang masih aktif.

Semak Harga

Menara Kayangan

3 Tempat tersembunyi yang memukau di Lahad Datu

Alamat: Menara Kayangan, Unnamed Road, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: 089-889 743

Menara Kayangan

Dibuka sejak tahun 2012, Menara Kayangan atau Tower of Heaven yang terletak di puncak Gunung Silam menarik ramai pelancong sejak dibuka.

Apabila tiba di menara setinggi 30 meter, lihatlah pemandangan panorama yang menakjubkan, termasuk pulau-pulau dan hutan simpan Sepagaya yang luas.

Suhu di atas menara sama nyamannya dengan suhu di bawah, dan ia juga sangat sejuk dan menyegarkan.

Semak Harga

Blue Ring Reef

4 Tempat menarik untuk scuba diving di Lahad Datu

Alamat: Teluk Darvel, Lahad Datu

Tel: N/A

Blue Ring Reef

Blue Ring Reef, juga dikenali sebagai Terumbu Lingkaran Biru, adalah satu-satunya blue hole di Malaysia. Ia terletak di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel, Lahad Datu. 

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Kuala Selangor Untuk Dilawati

Bagi para penyelam, tempat ini merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. Lubang di Blue Ring Reef ini sangat dalam, iaitu mencapai 15 meter ke dasar laut. 

Blue Ring Reef menawarkan daya tarikan pelancongan yang menakjubkan, sebanding dengan destinasi luar negara seperti Blue Hole Dean di Bahamas, Great Blue Hole di Amerika Tengah, dan Dragon Hole di China. 

Jika anda mempunyai pengalaman sebagai penyelam skuba dan lesen yang sah, pasti anda akan rasa seronok untuk melakukan aktiviti skuba di sini dan melihatnya secara dekat!

Semak Harga

Gunung Silam    

5 Puncak gunung di Lahad Datu

Alamat: Gunung Silam, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: N/A

Gunung Silam    

Gunung Silam, dengan ketinggian 884 meter, merupakan gunung ketiga tertinggi di Lahad Datu. Pendakian menuju ke puncaknya memerlukan masa lebih kurang 2 jam. 

Terdapat dua cara yang boleh anda pilih untuk mencapai puncak Gunung Silam, sama ada melalui jalan asfalt atau trek hutan.

Di kaki gunung ini terdapat hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai hidupan liar. Anda dapat menikmati keunikan dan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan oleh Gunung Silam.

Apa yang membuat Gunung Silam lebih istimewa ialah fakta bahawa ia adalah gunung persisiran ultraframik. Tanah di sekitar gunung ini mempunyai warna perang kemerahan yang unik!

Semak Harga

Air Terjun Madai

6 Air terjun di Sabah

Alamat: Hutan Rekreasi Madai, 91100 Kunak, Sabah

Telefon: 089-851 863

Air Terjun Madai

Air Terjun Madai merupakan salah satu air terjun tercantik di Sabah. Ia adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Dengan ketinggian 40 meter, airnya yang sejuk dan menyegarkan akan memberikan kesegaran kepada anda. Tempat menarik ini terletak di Hutan Simpan Madai, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan subur dan pemandangan gunung yang indah.

Tempat percutian di Sabah ini juga dijaga dengan baik dan bersih dari pencemaran, kerana ia berada di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Sabah.

Terletak lebih kurang 30 km dari Lahad Datu, jadi ini merupakan lokasi yang sesuai jika anda ingin membawa kawan-kawan anda ke air terjun ini.

Semak Harga

Pantai Payang

7 Tempat menarik untuk keluarga di Lahad Datu

Alamat: Pantai Payang, South China Sea, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: 013-586 6831 

Pantai Payang

Mencari tempat untuk mandi-manda bersama keluarga? Bawa saja keluarga anda ke Pantai Payang, salah satu pantai tercantik di Lahad Datu. 

Ia merupakan salah satu tempat yang paling menakjubkan di kawasan tersebut dan sangat sesuai untuk percutian keluarga.

Dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang, anda boleh mandi-manda, berenang, berkayak, atau berehat di atas pelampung sepanjang hari. Anda juga boleh menyewa khemah dan berkhemah di sini.

Hanya RM 8 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak untuk bayaran masuk. Jika anda ingin melihat matahari terbenam di Lahad Datu, Pantai Payang adalah lokasi yang sangat bagus!

Semak Harga

Pantai Sahabat

8 Pantai tersembunyi di Lahad Datu

Alamat: Pantai Sahabat, Lahad Datu, Sabah

Tel: 013-845 8573

Pantai Sahabat

Terletak di kawasan Felda, Pantai Sahabat merupakan salah satu pantai terpanjang di Lahad Datu. Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu kira-kira 1.5 jam dari pekan Lahad Datu. 

Pokok-pokok yang tinggi memberikan latar belakang yang damai dengan pantai yang luas. Ini adalah tempat yang bagus untuk berehat dan menikmati keindahan semula jadi kawasan itu. 

Terdapat juga resort di pantai ini yang dipanggil Sahabat Beach Resort, yang sesuai untuk keluarga yang ingin bermalam di tepi pantai. 

Resort ini menawarkan banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak, termasuk kolam renang dan taman permainan.

Semak Harga

Pantai Makuau

9 Tempat untuk healing di Lahad Datu

Alamat: Pantai Makuau, Lahad Datu, Sabah

Tel: N/A

Pantai Makuau

Pantai Makua juga merupakan salah satu pantai yang unik dan terlama di Lahad Datu.

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Paling Popular

Berdekatan dengan Pantai Sahabat, pantai ini juga popular di kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Keunikan pantai ini terletak pada sebuah pulau kecil yang terletak di hadapan pantai dan sangat cantik untuk dijadikan lokasi photoshoot.

Pantai Makua menawarkan pemandangan yang cantik dan jauh dari kesibukan kota. Ia adalah tempat yang sesuai untuk anda “healing”.

Semak Harga

Borneo Rainforest Lodge

10 Resort menarik di Lahad Datu

Alamat: Lot 20, Block 3, MDLD 3285, Ground Floor, Fajar Centre Fajar Lorong 9, 91120 Lahad Datu, Sabah

Tel: 088-267 637

Borneo Rainforest Lodge

Borneo Rainforest Lodge merupakan ekoresort pertama di Sabah yang terletak di dalam hutan tertua dunia. Resort ini menawarkan pengalaman alam semula jadi yang bermakna untuk anda.

Di sini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan, seperti berjalan di atas kanopi hutan, night walk, mandi di sungai, dan banyak lagi di sekitar kawasan Lembah Danum. 

Anda akan dapat merasai keunikan dan keindahan hutan dengan lebih dekat. Terdapat 6 pakej penginapan yang disediakan, termasuk chalet yang cukup selesa dan elegen.

Jika anda ingin merasai pengalaman tinggal di dalam hutan dengan selesa dan tenang, tempahlah sekarang Borneo Rainforest Resort sekarang!

Semak Harga

Sungai Kapur

11 Kinabatangan river cruise

Alamat: Taman Hap Heng Lot 62, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: 017-293 6376

Sungai Kapur

Sungai Kapur merupakan destinasi yang menakjubkan untuk anda kunjungi. Ia terletak di dalam kawasan RAMSAR dan boleh dikatakan sebagai permata tersembunyi yang jarang dilalui orang. 

Suasana di sini memang sangat cantik, dengan hutan hujan yang subur dan bebas daripada pencemaran, tempat ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis haiwan air. 

Di Lahad Datu, korang dapat mengalami pengalaman unik “2 dalam 1” – gabungan antara hutan belantara Lembah Danum dan sungai Kinabatangan dalam satu tempat.

Anda boleh menjelajah hutan dengan berjalan kaki, menaiki bot untuk melihat sungai, dan mengikuti night safari. Jika anda seorang pencinta alam dan pengembaraan, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Sungai Kapur!

Semak Harga

Gua Madai

12 Tempat menarik di Kunak & Lahad Datu

Alamat: No. 3 km, Off Lahad Datu-Tawau Highway, Kampung Madai, Kunak, Sabah, 91100 Lahad Datu

Tel: 089-851 863

gua di lahad datu

Terletak di Hutan Simpan Madai Baturong, gua ini merupakan sebahagian daripada banjaran bukit batu kapur yang menakjubkan. Apa yang menarik, anda hanya perlu membayar RM5 bagi setiap individu untuk yuran masuk termasuk guide. 

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk keselamatan. Gua Madai juga telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai hak warisan komuniti.

Menariknya, hanya kaum Idahan yang berhak menuai sarang burung layang-layang yang terdapat dalam Gua Madai ini. Tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai lokasi zaman prasejarah di Malaysia.

Terdapat Pusat Pelawat dan “Board Walk” sepanjang 700 meter di dalam gua yang memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat.

Semak Harga

Silam Coast Conservation Area (SCCA)

13 Kawasan menarik di Lahad Datu

Alamat: Silam Coast Conservation Area, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: 017-832 3623

tempat camping di lahad datu

Jaraknya kira-kira 23 km dari bandar Lahad Datu, mengambil masa sekitar 40-45 minit dengan kereta biasa. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti padang bola sepak mini, pondok BBQ, tandas, bilik persalinan, dan lain-lain. 

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, berkayak, jungle trekking, hiking, dan snorkelling. 

Walaupun pantainya tidak berpasir dan kurang sesuai untuk kanak-kanak bermain, pemandangannya sangat indah dengan jeti yang menarik dan terdapat banyak ikan.

Semak Harga

Borneo Paradise Eco Farm

14 Aktiviti memancing di Lahad Datu

Alamat: Borneo Paradise Eco Farm Resort, Unnamed Road, 91100, 91100 Kunak, Sabah

Tel: 019-842 5699

tempat menarik lahad datu

Borneo Paradise Eco Farm menawarkan pengalaman alam semula jadi yang unik di kawasan terpencil hutan paya bakau. Lokasi ini adalah salah satu tempat pelancongan menarik di Sabah yang wajib dikunjungi. 

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Tumpat Kelantan Untuk Dilawati

Di sini, anda dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi melalui pelbagai aktiviti seperti berkayak, memancing, snorkelling, dan menerokai hutan paya bakau. 

Resort ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, kafe, ruang santai, dan sistem keselamatan 24 jam. Kalau korang rasa nak relax dan jauh dari kesibukan bandar, Borneo Paradise Eco Farm memang tempat yang sesuai!

Semak Harga

Air Terjun Bagahak

15 Air terjun di Lahad Datu

Alamat: Air Terjun Bagahak 2, Lahad Datu, Sabah

Tel: N/A

air terjun di lahad datu

Air Terjun Bagahak adalah salah satu air terjun yang paling cantik di Sabah. Ia juga dikenali sebagai “The Lost World of Bagahak Waterfall” dan terletak kira-kira 43 KM dari bandar Lahad Datu.

Disyorkan datang ke sini dengan kereta pacuan 4×4 kerana jalan menuju ke sini agak mencabar. 

Selepas mendaki selama lebih kurang 30 minit, anda akan sampai di air terjun ini. Setibanya di sini, nikmatilah kesegaran dan kesejukan Air Terjun Bagahak.

Semak Harga

Tumunong Hallu Beach

16 Pantai di SCCA

Alamat: SCCA, Lahad Datu, Sabah

Tel: N/A

Tumunong Hallu Beach

Terdapat destinasi menarik lain di Lahad Datu yang perlu anda lawati, iaitu Tumunong Hallu Beach. Lokasi ini adalah salah satu “rahsia” yang masih belum diketahui ramai orang dan terletak di SCCA.

Anda akan terpesona dengan airnya yang jernih tanpa pencemaran, memberikan pengalaman yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain. 

Ia adalah tempat yang terbaik untuk berehat dan melarikan diri dari kepenatan kehidupan harian! Jomlah ke Tumunong Hallu Beach!

Semak Harga

W Bay Payang

17 Tempat menarik untuk ootd di Lahad Datu

Alamat: 155, Jalan Pantai, Bandar, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: N/A

W Bay Payang

Jom singgah Pantai W, pantai rekreasi menarik di Sabah dan anda akan terpesona dengan pemandangan cantik nan menakjubkan!

Hanya 20 minit dari bandar, Pantai W menjadi destinasi terbaik untuk weekend gateway bersama keluarga.

Nikmati kelengkapan lengkap di Pantai W, daripada pakej fotografi, perkahwinan, hingga acara keluarga.

Pantai ini terjaga bersih dan terurus, memastikan pengalaman percutian yang selesa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat hidden gem ini di Lahad Datu!

Semak Harga

Bukit Piton Wildlife Safari

18 Aktiviti outdoor di Lahad Datu

Alamat: 2nd Floor MDLD 3717 Lot 41 Bandar Wilayah, Jalan Bunga Raya, 91100 Lahad Datu, Sabah

Tel: 017-2936376

hutan menarik di lahad datu

Bukit Piton semakin popular di kalangan pelancong yang datang bercuti ke Sabah. Tempat ini merupakan sebuah khazanah alam yang tersembunyi. 

Di sini, anda dapat merasai pengalaman unik melihat kehidupan liar dalam habitat semula jadi mereka, termasuk orangutan, gajah, kancil, tupai terbang dan burung enggang. 

Jadi, jomlah ke Bukit Piton dan saksikan sendiri keindahan alam semula jadi ini! 

Semak Harga

Pulau Buta Eco Tourism

19 Pulau menarik di Lahad Datu

Alamat: Kampung Nala, Lahad Datu, Sabah

Tel: 014-359 7500

tempat bercuti lahad datu

Pulau Buta Eco Tourism adalah pusat peranginan ekopelancongan dengan fokus pada aktiviti sungai dan laut.

Di sini, terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan termasuk hiking, berkayak, pelayaran sungai (river cruise), memancing, dan aktiviti menarik lainnya.

Mereka juga menyediakan tempat berkhemah, membolehkan anda menikmati malam yang menakjubkan serta berpeluang melihat fenomena “night sky mirror”.

Ketika air surut, langit terpantul di permukaan air di atas pasir, mencipta pemandangan seolah-olah anda berdiri di atas lantai cermin.

Pantai di Pulau Buta Eco Tourism juga popular sebagai destinasi keluarga pada hujung minggu.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • 13 Tempat Menarik Di Papar Sabah Untuk Dikunjungi
  • 15 Tempat Menarik Di Semporna Sabah Yang Mempesona
  • 14 Tempat Menarik Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi

4/5 - (15 votes)
Tags: lahad datusabahtempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved