senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah Untuk Bercuti

Nora by Nora
June 18, 2024
in Travel
tempat menarik di kuala penyu
47
SHARES
4.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Resort di Kuala Penyu
  • 2. Homestay Kuala Penyu
  • 3. Pantai untuk healing di Kuala Penyu
  • 4. Homestay tepi pantai menarik di Kuala Penyu 
  • 5. Penginapan tepi pantai di Kuala Penyu
  • 6. Tempat menarik untuk honeymoon di Kuala Penyu
  • 7. Tempat menarik di Kuala Penyu untuk team building 
  • 8. Penginapan menarik untuk keluarga di Kuala Penyu
  • 9. Resort berdekatan pantai di Kuala Penyu
  • 10. Kuala Penyu Resort
  • 11. Pantai cantik di Kuala Penyu
  • 12. Tempat menarik di Kuala Penyu untuk staycation
  • 13. Tempat menarik di Kuala Penyu untuk kanak kanak
  • 14. Pameran dan tanaman pokok rumbia di Kuala Penyu
  • 15. Mandi lumpur di Kuala Penyu

Tempat menarik di Kuala Penyu adalah sebuah destinasi istimewa di Sabah, Malaysia. Terletak di pantai barat laut Borneo, ia menawarkan keindahan alam yang memukau. 

Dengan pemandangan laut dan pantai yang cantik, Kuala Penyu Sabah menjadi port utama bagi pencinta alam dan aktiviti air.  

Salah satu tarikan utama di sini ialah Pantai Sawangan Kuala Penyu yang menawarkan pasir putih halus dan air laut yang jernih. 

Selain pantai, Kuala Penyu juga mempunyai tempat best dan penginapan unik seperti Stephanie Garden. Homestay Kuala Penyu juga sangat selesa.

Aktiviti menarik lain yang boleh korang lakukan di Kuala Penyu termasuklah memancing, berbasikal, snorkelling, bergambar, mengelilingi perkampungan tempatan dan banyak lagi.

Senarai 15 Tempat Menarik Di Kuala Penyu

Tempurong Golden Beach Resort

1 Resort di Kuala Penyu

Alamat: 89740 Kuala Penyu, Sabah

Tel: 087-881 000

ADVERTISEMENT
resort menarik di kuala penyu
Kredit gambar: Kian Koh & Kf wong 

Tempurong Golden Beach Resort adalah destinasi percutian yang menakjubkan di Pantai Tempurung, Kuala Penyu. Hanya 15 km dari bandar Kuala Penyu.

Resort ini menawarkan penginapan yang selesa dengan 15 bilik asas yang dilengkapi penghawa dingin dan bilik mandi. 

Apa yang membuat resort ini istimewa adalah terdapat aktiviti semulajadi yang menarik seperti memancing, snorkelling, bbq dan program ‘Island Survivor’. 

Pantai Tempurung sendiri mempunyai kisah tersendiri, di mana penduduk menemui tempurung kelapa berukiran ayat-ayat suci Al-Quran di pantai, jadi mereka menamakan kampung ini “Tempurung”.

ADVERTISEMENT
Semak Harga

Farida’s Bayshore Dream

2 Homestay Kuala Penyu

Alamat: Kg Tenambak, Kuala Penyu, Sabah

Tel: 011-1957 5011

Kredit gambar: Facebook Farida’s Bayshore Dream

Resort ini terletak di Kota Kinabalu, hanya berjarak 4 km dari Jambatan Sitompok. Bilik-bilik asas di resort ini dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. 

Anda dapat menikmati pemandangan laut yang menakjubkan semasa menginap di sini. Farida’s Bayshore Dream menawarkan beberapa jenis bilik termasuk Basic Triple Room dan One-Bedroom Chalet.

Kredit gambar: Facebook Farida’s Bayshore Dream

Farida’s Bayshore Dream Resort adalah pilihan penginapan yang selesa untuk percutian bersama keluarga. 

Anda boleh bersiar-siar di pantai, mandi di laut, dan menikmati keindahan matahari terbenam yang memukau di sini. Lokasi yang sangat sesuai untuk healing!

Semak Harga

Pantai Batu Luang

3 Pantai untuk healing di Kuala Penyu

Alamat: Pantai Batu Luang, Kuala Penyu, Sabah

Tel: N/A

Kredit gambar: Mltnxyz, Bradley Mansin, Jennifer Yeoh & Jennifer Yeoh

Dengan pasir putih yang halus dan air laut yang jernih, anda akan terpesona dengan kecantikan semula jadi pantai ini dan kisah lagendanya.

Salah satu kisah lagenda termasuk seorang wanita yang terperangkap di dalam gua Batu Luang dan Misteri Batu Belah Batu Bertangkup. 

Kredit gambar: _momoes

Pantai Batu Laung adalah tempat terbaik untuk bersantai dan menikmati keindahan alam. 

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Yang Wajib Dikunjungi

Anda dapat berjalan-jalan di sepanjang pantai sambil menikmati angin sepoi-sepoi yang menyejukkan. 

Kredit gambar: Facebook Helmi Baharum

Suasana yang tenang dan sunyi menjadikan Pantai Batu Laung tempat yang ideal untuk melepaskan stres. 

Pantai ini juga merupakan tempat yang popular untuk mencandat sotong dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah, memberikan perasaan seolah berada dalam adegan filem romantis.

Semak Harga

Maju Kuala Penyu Farmstay

4 Homestay tepi pantai menarik di Kuala Penyu 

Alamat: Kuala Penyu, Sabah

Tel: 012-823 5230

homestay tepi pantai di kuala penyu sabah
Kredit gambar: Adam Hazique Zakwan Luhat, Sham Osman & airfan96

Terletak bersebelahan dengan pantai, homestay di Kuala Penyu ini memberikan perasaan ketenangan yang mendalam. 

Tambahan pula, suasana di sini benar-benar “farmy” dengan ayam-ayam yang berkeliaran di sekitar kawasan. Anda boleh snorkeling, memancing, mengutip kerang atau menyewa bot laju ke Pulau Tiga.

Maju Kuala Penyu Farmstay juga adalah tempat yang sempurna untuk berkhemah dan mengadakan barbeku bersama keluarga serta nikmati keindahan malam bintang.

Hanya 5 minit dengan kereta dari bandar Kuala Penyu, tempat ini menawarkan pemandangan menarik yang sesuai untuk aktiviti keluarga. 

Semak Harga

Naga Puri Beach Retreat

5 Penginapan tepi pantai di Kuala Penyu

Alamat: 1, BUKIT NAGA, 89740 Kuala Penyu, Sabah

Tel: 016-880 2357

resort tepi pantai kuala penyu sabah
Kredit gambar: Facebook Naga Puri Beach Retreat, Instagram @rubymchtar, swoutyyjae, gudevibe

Terletak di tepi pantai yang menakjubkan, tempat ini memberikan pengalaman penginapan yang terbaik di Kuala Penyu. Rasai angin sepoi-sepoi menyentuh wajah dan dengar deruan ombak mengalun di telinga. 

Anda boleh mencuba snorkeling, memancing, berehat di bawah teduhan pokok-pokok yang hijau atau sekadar berjalan-jalan sambil menikmati keindahan sekitar.

Kredit gambar: Instagram @shibarakutravels

Menginap di Naga Puri Beach Retreat juga memberikan akses mudah ke kawasan sekitar hotel melalui perkhidmatan shuttle yang disediakan di resort. 

Di luar bilik terdapat grill barbeku, taman, kawasan piknik, dan teres. Bagi mereka yang gemar mencuba makanan tempatan, jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan laut segar yang disediakan oleh tempat ini. 

Penginapan ini hanya beberapa minit sahaja dari bandar Kuala Penyu. Ia adalah tempat yang sempurna untuk keluarga dan kumpulan rakan. 

Semak Harga

Tempurung Seaside Lodge

6 Tempat menarik untuk honeymoon di Kuala Penyu

Alamat: Kampung Tempurung, 89747 Kuala Penyu, Sabah

Tel: 087-881 999

tempurung lodge menarik di kuala penyu
Kredit gambar: Instagram @s.aimey, debbieflorinabilly, ramlee.rb55 & noranitanzm

Terletak di kawasan Kuala Penyu, Sabah, Tempurung Lodge adalah destinasi percutian tepi pantai yang perlu anda kunjungi. Tersembunyi dari ramai, lodge ini menawarkan privasi sepenuhnya kepada tetamu. 

Dengan pemandangan laut yang menakjubkan, resort in Kuala Penyu ini menjadi tempat romantis dan sunyi untuk pasangan dan keluarga menikmati percutian tepi pantai yang sebenar. 

Kredit gambar: Instagram @nurazizahizahh

Sesuai untuk mereka yang menyukai pemandangan matahari terbenam dan pantai yang sunyi.

Dengan gaya seni bina moden dan tradisional, lodge ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan pemandangan laut yang indah. 

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad, penginapan ini menawarkan dorm yang lebih murah dan mesra bajet yang selesa. 

tempat penginapan menarik di kuala penyu sabah
Kredit gambar: Facebook Helmi Baharum

Aktiviti seperti bbq tepi pantai, berkelah, kayak, memancing, berbasikal, berkhemah, mandi-manda dan melawat kampung tempatan juga disediakan di sini. 

Ini tempat yang sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan, untuk keluarga yang ingin berkumpul tanpa gangguan, pasangan yang ingin honeymoon atau untuk majlis pantai yang tenang. 

Semak Harga

Camp KP Resort

7 Tempat menarik di Kuala Penyu untuk team building 

Alamat: Kuala Penyu, Sabah

BACA JUGA  18 Tempat Menarik Di Marang Untuk Jalan-jalan

Tel: 011-3148 5206

Kredit gambar: Instagram @artisajuhaifa, i_am_elfie, Syazarokijan & hellosabahmy

Resort yang menarik ini adalah destinasi percutian yang sempurna untuk mengalami penginapan bilik ala camping yang menarik dan selesa.

Di sini, anda anda akan rasa seperti berada di pulau peribadi dengan pantai yang cantik dan suasana yang tenang. Jangan lupa lihat sunset pada waktu petang!

Tambah lagi, anda boleh menyewa basikal dan menjelajahi kawasan sekitar atau bersantai di pantai peribadi. Tempat letak kereta persendirian juga percuma. 

Lokasi resort ini juga strategik, berdekatan dengan Labuan (50 km) dan Papar (43 km).

Semak Harga

Batu Linting Sunset Villa

8 Penginapan menarik untuk keluarga di Kuala Penyu

Alamat: Batu, 89740 Kuala Penyu, Sabah

Tel: 011-3508 6929

Kredit gambar: channel Malik Ritduan Paijan, Instagram @batulinting_sunsetvilla, nor_aina90

Jika anda mencari tempat untuk melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati percutian yang santai, inilah tempatnya! 

Terletak di Kuala Penyu, Sabah, Batu Linting Sunset Villa menawarkan pengalaman percutian yang santai dan dengan pemandangan pantai indah, terutamanya pada waktu senja.

Kredit gambar: Instagram @yatieowner

Di sini, anda dapat melihat betapa seronoknya anak-anak anda bermain pasir dan mandi di pantai yang cantik ini. Mereka pasti akan bergembira! 

Anda boleh menghabiskan masa bersama keluarga anda di tepi pantai, bersantai, menikmati angin sepoi-sepoi yang menyejukkan dan mencipta kenangan yang indah bersama-sama.

Semak Harga

Turtle Garden Resort

9 Resort berdekatan pantai di Kuala Penyu

Alamat: 89709 Membakut, Sabah

Tel: 019-587 4848

resort selesa di kuala penyu sabah
Kredit gambar: Instagram @ shouk_fun, ridzuanam & widadentertainment

Resort ini merupakan destinasi percutian yang menakjubkan dengan pantai yang indah dan aktiviti menarik. 

Terletak hanya 15km dari pekan Kuala Penyu, resort ini sering dikunjungi oleh pelancong dari Korea dan China kerana kecantikan landskapnya, penginapan yang selesa, dan harga yang berpatutan. 

Kredit gambar: Instagram @turtlegardenresort

Pantai di Turtle Garden Resort sangat sesuai untuk mandi-manda dan aktiviti keluarga. Anda juga boleh menyertai program melihat penyu bertelur atau menjelajahi alam semulajadi sekitar resort. 

Kakitangan yang mesra dan perkhidmatan pelanggan yang baik akan memastikan anda memiliki pengalaman percutian yang baik.

Semak Harga

Pulau Tiga Resort

10 Kuala Penyu Resort

Alamat: Pulau Tiga Park Malaysia

Tel: 088-218 710

Kredit gambar: Instagram @Lisa_yu_, exdestroyer, malaysiafoodandtravel & Francis Pang

Nak cari tempat percutian yang santai tapi penuh dengan aktiviti menarik? Jomlah ke Pulau Tiga Resort, Kuala Penyu! Sukan memanah, berkayak, mandi lumpur, semuanya ada!

Pemandangan Pulau Tiga Sabah ini pun tak kalah cantik dengan pulau Sabah yang lain. Paling best, anda boleh menginap di resort berdekatan pantai.

Kredit gambar: Instagram @krtiniygy

Bayangkan betapa seronoknya berbuai-buai di atas air, melepak sambil minum-minum, dan ambil gambar cantik di tepi pantai. 

Tidur anda juga akan sangat nyenyak dengan bunyian deruan ombak yang menenangkan!

Tunggu apa lagi? Plan percutian anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk tidur di tempat yang seronok macam ni!

Semak Harga

Pantai Sawangan

11 Pantai cantik di Kuala Penyu

Alamat: Pantai Sawangan, Kuala Penyu, Sabah

Tel: N/A

taman rekreasi menarik di kuala penyu
Kredit gambar: Instagram @kkcity &  dyllaaa

Korang pernah pergi ke Pantai Sawangan di Kuala Penyu? Tempat ni ada jambatan atau jeti cantik. 

Korang boleh ambil gambar di jeti tu sebagai kenang-kenangan. Bukan itu sahaja, pemandangan di sini sangat cantik. Memang perfect untuk selfie!

BACA JUGA  9 Tempat Menarik Di Kinabatangan Sabah Untuk Dikunjungi

Kalau korang datang sini dengan keluarga atau anak-anak kecil, memang terbaik! Di sini ada taman permainan untuk anak-anak bermain dan juga tempat duduk. 

Jadi, sambil anak-anak main di taman permainan, mak ayah boleh relax dan menikmati keindahan pantai serta mengawasi anak mereka.

Semak Harga

Stephanie Garden, Kiaru Beach Cabin

12 Tempat menarik di Kuala Penyu untuk staycation

Alamat: Jalan Kg. Bakong Kiaru, 89740 Kuala Penyu, Sabah

Tel: 016-986 9072

Kredit gambar: Instagram @Stephaniegarden kp, Kian Kiang & Facebook Sabah Bosku

Tempat ni memang sangat menarik tau! Landskapnya sangat cantik, dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan menghiasi sekeliling. Memang nampak macam taman betul!

Paling menariknya, di Stephanie Garden ini ada pakej penginapan. Korang boleh tidur dan berehat dengan selesa lepas penat berjalan-jalan. 

Korang juga boleh duduk di balkoni cabin, sambil menikmati pemandangan waktu senja yang indah. 

Selain tu, anda boleh jalan-jalan tepi pantai, bbq, berenang, mengutip ketam, mandi laut, atau pun cuba aktiviti-aktiviti air lain. Seronok kan?

Jadi, jomlah datang ke Stephanie Garden, Kiaru Beach Cabin di Kuala Penyu! 

Semak Harga

Pantai Linsuk

13 Tempat menarik di Kuala Penyu untuk kanak kanak

Alamat: Kuala Penyu, Sabah

Tel: N/A

tempat menarik kuala penyu untuk kanak-kanak
Kredit gambar: Mohd Fadli Tajudin, Linsuk recreation centre & memeynabella

Korang pernah dengar pasal Pantai Linsuk di Kuala Penyu? Ini pantai yang sangat popular tau! Terutamanya masa hujung minggu, ramai yang datang sini dengan keluarga untuk berkelah dan santai-santai.

Paling penting, pantai ni landai dan airnya cetek, jadi sesuai sangat untuk kanak-anak main pasir dan mandi-manda. Rasa nak spend masa lagi? Check in Linsuk Inn and spa yang berhampiran.

Kalau korang nak lagi seronok, buat aktiviti-aktiviti air lain seperti menyelam atau snorkeling. Sini memang ada banyak peluang untuk korang explore dan nikmati keindahan laut. 

Semak Harga

Rumbia Information Centre

14 Pameran dan tanaman pokok rumbia di Kuala Penyu

Alamat: 89740 Kuala Penyu, Sabah

Tel: N/A

Kredit gambar: KiNgTaRo Stream & Coffee Box

Tempat ini adalah destinasi yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Selain melihat pameran berkaitan sagu dan pokok rumbia, lihat juga pokok rumbia yang ditanam di sini. 

Nikmati suasana tenang di sekitar kawasan ini dengan berjalan di jambatan gantung.

Selepas itu, singgah di KP Bunny Ville! Pengalaman ini pasti akan meninggalkan kenangan yang manis.

Semak Harga

KP Mud Volcano

15 Mandi lumpur di Kuala Penyu

Alamat: 89709 Kuala Penyu, Sabah

Tel: N/A

Kredit gambar: hornchung & Sabah Malaysian Borneo

Adakah korang nak mandi lumpur ala-ala macam di Pulau Tiga? Tak perlu penat-penat pergi jauh sebenarnya. 

Sebabnya, Kuala Penyu sendiri ada produk pelancongan macam tu yang terletak di Kampung Tambilik. Memang senang betul nak merasa aktiviti seronok ni!

KP Mud Volcano ni terletak di Kampung Tambilik dengan luas setengah ekar. Di sini, anda boleh jumpa lima kawah mandian lumpur gunung berapi!

Bayangkan anda berendam dalam lumpur yang mempunyai khasiat terkenal untuk kulit. Rasa macam dapat terapi spa alam semulajadi gitu!

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • 14 Tempat Menarik Di Keningau Sabah Yang Membawa Ketenangan
  • 14 Tempat Menarik Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi
4/5 - (15 votes)
Tags: kuala penyupantai cantik di sabahsabahtempat menarik kuala penyu

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved