senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Pahang

Nora by Nora
April 26, 2024
in Travel
tempat menarik untuk team building di pahang
34
SHARES
3.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hotel untuk team building di Cameron Highland
  • 2. Resort Janda Baik untuk family day
  • 3. Resort untuk team building di Pulau Tioman
  • 4. Resort menarik di Brinchang
  • 5. Penginapan unik untuk team building di Bentong
  • 6. Bertemakan eco tourism di Pahang
  • 7. Resort di Cherating untuk team building
  • 8. Resort di Bukit Gambang untuk team building
  • 9. Resort mewah untuk aktiviti team building di Pahang
  • 10. Villa untuk team building di Janda Baik
  • 11. Penginapan berkonsepkan kampung untuk team building di Janda Baik
  • 12. Aktiviti paintball di Janda Baik
  • 13. Resort tepi pantai di Kuantan untuk team building
  • 14. Resort mewah untuk team building di Cherating
  • 15. Aktiviti outdoor untuk team building di Bentong

Selamat datang ke Pahang, destinasi yang menawarkan tempat menarik untuk team building yang tidak dapat ditemui di negeri lain. 

Jika anda mencari tempat untuk menjalankan aktiviti menarik semasa sesi team building anda, Janda Baik adalah antara pilihan terbaik. 

Namun, negeri Pahang juga mempunyai daerah menarik lain untuk team building, termasuk Cameron Highland, Genting, Cherating, dan banyak lagi. 

Apakah aktiviti menarik di Janda Baik yang anda boleh cuba? Mari temui tempat-tempat menarik untuk team building di Pahang!

Senarai Tempat Menarik Untuk Team Building Di Pahang

The Lakehouse Cameron Highlands

1 Hotel untuk team building di Cameron Highland

Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang

Telefon: 054956152

ADVERTISEMENT

The Lakehouse Cameron Highlands adalah sebuah hotel butik bergaya Tudor yang terletak di Ringlet, Pahang.

Di sini, pasukan anda boleh menikmati cuaca sejuk dan angin segar Cameron Highlands sambil menyertai aktiviti team building yang dirancang khas seperti jungle trekking dan mengunjungi ladang teh serta strawberry. 

Resort ini juga menawarkan fasilitas yang lengkap, seperti ruang meeting dan restoran yang menyajikan hidangan Asia.

Menariknya lagi, terdapat taman ala-ala Inggeris dan pemandangan tasik yang indah.

ADVERTISEMENT

Kadar purata semalam: N/A

Review:

Kali pertama kami pergi ke Cameron Highlands dan saya gembira kerana kami memilih Lakehouse, ia adalah penginapan yang sangat singkat tetapi saya sangat menyukainya di sana. Tempat ini dijaga dengan baik, kakitangannya sangat ramah. Ia damai dan tenang, makanannya sedap. Bilik-bilik bersih dan mempunyai semua kemudahan..”

Semak Harga

Serene Retreat, Janda Baik

2 Resort Janda Baik untuk family day

Alamat: Lor Seri Dinar, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang

Telefon: –

Serene Retreat, Janda Baik

Buat family day kat Serene Retreat pasti seronok sebab banyak aktiviti boleh buat!

Antaranya flying fox, menunggang kuda, mendaki bukit, menunggang basikal, outdoor movie dan banyak lagi.

Mereka yang aktif dan sukakan ketenangan pasti akan menyukai resort ini. Sehari je memang tak cukup untuk melakukan semua aktiviti ni.

Jadi, anda sekeluarga boleh menikmati percutian di resort Janda Baik sambil menyihatkan tubuh badan.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Kedah Terkini & Popular

Kadar serendah RM170 anda akan dikelilingi tumbuhan hijau, semestinya sejuk dan boleh menghirup udara segar!

Semak Harga

Tamara Resort 

3 Resort untuk team building di Pulau Tioman

Alamat: Lot 423 juara village tioman island, 26800 Tioman Island

Telefon: 0196403032

Tamara Resort di Pulau Tioman adalah tempat terbaik untuk aktiviti pembinaan pasukan. 

Resort ini terletak di pantai persendirian dan hanya 3 minit berjalan kaki dari Pantai Kampung Juara serta bilik-bilik yang menghadap laut yang indah. 

Paling penting, terdapat pakej Team Building 3 Hari 2 Malam dengan harga bermula dari RM 460, termasuk makanan, penginapan, BBQ, dan pelbagai aktiviti team building seperti snorkeling, mendaki, memancing, berbasikal, dan banyak lagi.

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan pakej untuk family day, honeymoon dan premium. 

Semak Harga

Strawberry Park Resort 

4 Resort menarik di Brinchang

Alamat: Lot 195 & 196, Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Telefon: 054911166

Resort yang terletak di tanah rata ini menawarkan kemudahan seperti ruang seminar, kolam renang, gym dan spa serta bilik yang selesa.

Di samping itu, terdapat aktiviti seperti permainan dalam bilik dan aktiviti luar resort seperti melawat kebun strawberry dan ladang teh. 

Strawberry Park Resort juga menawarkan pakej team building yang termasuk permainan pembinaan pasukan, makan tengahari di restoran tempatan, dan aktiviti luar. 

Resort ini pilihan yang tepat untuk acara korporat dan percutian keluarga.

Semak Harga

Tiarasa Escapes Glamping Resort

5 Penginapan unik untuk team building di Bentong

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: 0128877777

Resort Tiarasa Escapes Glamping menawarkan pengalaman penginapan yang unik dan mewah dengan khemah dan rumah pokok yang dikelilingi oleh hutan dan sungai. 

Anda dan pasukan juga berpeluang untuk menjelajah hutan, merasai pengalaman memasak di alam terbuka, serta menyertai pelbagai aktiviti lain yang menarik.

Tambahan pula, resort ini menyediakan kemudahan yang sesuai untuk percutian di Janda Baik atau acara korporat. 

Keindahan alam semulajadi di sekeliling resort ini menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat dan melepaskan tekanan. 

Semak Harga

Dusun Eco Resort

6 Bertemakan eco tourism di Pahang

Alamat: Karak Expy, 28700 Bentong, Pahang

Telefon: 0320708720

Terletak di Bentong, Pahang, Dusun Eco Resort ini menawarkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti team building atau bercuti bersama keluarga. 

Resort dalam hutan simpan seluas 27 ekar ini hanya 45 minit perjalanan daripada KL melalui Lebuhraya KL / Karak.

Aktiviti outdoor di resort ini juga menumpukan kepada pembinaan kekuatan mental dan fizikal, termasuk berakit, berjalan di dalam hutan, aktiviti kembara malam, rock climbing, dan banyak lagi. 

Menariknya, chalet-chalet di sini dinamakan dengan nama-nama kampung dalam daerah Bentong dan juga nama-nama buah-buahan tempatan.

Anda juga boleh merasai kesejukan mandi air bukit yang disalur terus ke kolam mandi.

Semak Harga

Cherating Lagoona Villa Resort 

7 Resort di Cherating untuk team building

Alamat: KM 43, Jln Kuantan, Kemaman, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Paling Popular

Telefon: 017 830 6614

Sebelum ini dikenali Lagoona Resort Training & Campaign, Cherating Lagoona Villa Resort adalah tempat menarik untuk team building di Pahang (bersebelahan balai polis Cherating).

Terletak di pantai cantik dengan lagoon yang tenang serta taman permainan air. Program penilaian personaliti dan pembangunan kendiri dijalankan oleh pengajar berkelayakan.

Resort ini menawarkan aktiviti menarik seperti dynamic obstacle course, flying fox, mud soccer, wall climbing, ATV motorsport, abseiling, jungle trekking, dan banyak lagi. 

Turut dilengkapi kemudahan asrama, chalet, dewan seminar, dan fasiliti sukan untuk program team building. Pakej team building 2 hari 1 malam & 3 hari 2 malam juga ada tau!

Semak Harga

Bukit Gambang Resort City

8 Resort di Bukit Gambang untuk team building

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang

Telefon: 01117849178

tempat menarik untuk keluarga di pahang

Bukit Gambang Resort City, destinasi yang menarik untuk aktiviti team building yang seronok.

Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan pasukan termasuk safari park, adventure park, serta sukan air di Bukit Gambang Water Park.

Selain daripada aktiviti-aktiviti menarik, resort ini juga mempunyai kemudahan asrama yang selesa untuk penginapan pasukan anda. 

Anda juga boleh merancang sesi seminar atau mesyuarat pasukan di sini dengan mudah, kerana terdapat dewan.

Semak Harga

Tunamaya Beach & Spa Resort

9 Resort mewah untuk aktiviti team building di Pahang

Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Telefon: 094194988

tempat menarik di pahang

Tunamaya Beach & Spa Resort di Pulau Tioman menawarkan kemudahan yang lengkap termasuk spa, kolam renang, dan restoran. 

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling, menyelam, dan island hopping.

Selain itu, resort ini mempunyai 56 villa yang terletak di kawasan pantai yang tenang dan mempunyai pantai peribadi. 

Villa-villa ini direka dengan gaya yang santai dan selesa. Jangan risau, pakej-pakej team building juga boleh disesuaikan dengan keperluan pasukan.

Semak Harga

Anani Villa

10 Villa untuk team building di Janda Baik

Alamat: Lot 280, Jalan Tanarimba Sum Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: 0378778927

tempat menarik untuk team building

Anani Villa adalah sebuah penginapan moden di tengah hutan hujan di Janda Baik, Bentong, Pahang. 

Penginapan ini menawarkan bilik dan dorm yang selesa, serta kemudahan seperti ruang seminar, BBQ outdoor, kafe bistro, dan ruang permainan.

Setiap aktiviti yang disediakan di Anani Villa direka bukan sahaja untuk keseronokan tetapi juga untuk pembangunan diri dan pasukan. 

Tambahan pula, penginapan ini dikelola oleh Mad Group Sdn Bhd (HRDF Registered Training Provider) dan program pembinaan pasukan adalah ‘HRDF Claimable’. 

Semak Harga

Anjung Janda Resort  

11 Penginapan berkonsepkan kampung untuk team building di Janda Baik

Alamat: Lot 744 Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: 0195909344

Anjung Janda Resort, terletak di Janda Baik, Pahang, adalah destinasi percutian ideal untuk keluarga atau program korporat. 

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Selangor Yang Terkenal

Ia menawarkan 7 jenis unit penginapan dan dewan serbaguna dilengkapi kemudahan seperti makanan buffet, BBQ, kafe bistro, ruang seminar, dan ruang permainan.

Antara aktiviti menarik semasa percutian ialah mandi sungai, paintball, sukan air, mendaki Lata Tampit, healing di tengah suasana alam semulajadi yang menenangkan dan banyak lagi.

Anjung Janda Resort juga mempunyai program pembinaan pasukan yang disesuaikan dengan keperluan syarikat.

Semak Harga

Swat Paintball

12 Aktiviti paintball di Janda Baik

Alamat: Swat Paintball, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon: 01126600080

Sertai pertempuran di Swat Paintball, destinasi yang wajib anda kunjungi jika merancang aktiviti berkumpulan. 

Terkenal dalam kalangan artis Malaysia seperti Fizo Omar dan Azar Azmi, tempat ini menawarkan pengalaman paintball yang mengujakan.

Selain daripada itu, Swat Paintball juga menjadi pilihan popular untuk hari keluarga dan aktiviti berkumpulan.

Semak Harga

De Rhu Beach Resort 

13 Resort tepi pantai di Kuantan untuk team building

Alamat: 152 Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang

Hubungi: 095579000

Resort tepi pantai ini menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik-bilik yang luas, sesuai untuk bermalam dengan keluarga atau rakan-rakan.

Selain daripada itu, ia hanya terletak kira-kira 8 km dari bandar Kuantan dan berdekatan dengan Pantai Balok. Tersedia kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

De Rhu Beach Resort juga menjadi pilihan utama di kalangan syarikat yang ingin menganjurkan seminar, team building, dan hari keluarga.

Malah, resort ini turut menawarkan pakej berbulan madu yang romantik. 

Semak Harga

Club Med Cherating 

14 Resort mewah untuk team building di Cherating

Alamat: Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Telefon: 095819133

Club Med Cherating adalah destinasi yang ideal untuk aktiviti team building, percutian keluarga atau berbulan madu.

Resort 4 bintang ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuk sukan darat, sukan air, dan aktiviti kecergasan yang akan memperkukuhkan hubungan dalam pasukan anda. 

Antara aktiviti menarik yang boleh dicuba adalah rock climbing, memanah, flying trapeze, beach volleyball, dan banyak lagi.

Selain itu, resort ini menyediakan pengajar yang terlatih untuk membimbing pasukan anda dalam aktiviti-aktiviti ini, memastikan pengalaman yang bermakna dan lebih selamat.

Semak Harga

Bilut Extreme Park

15 Aktiviti outdoor untuk team building di Bentong

Alamat: Lot 6776 Jalan Bilut Raub, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Telefon: +6014 608 8803

atv tempat menarik untuk team building

Ingin menganjurkan acara berbeza atau memberi ganjaran kepada pasukan anda?

Jangan risau! Biarkan Bilut Extreme Park membantu anda merancang program yang menyeronokkan untuk pasukan anda.

Antara aktiviti pembinaan pasukan yang disediakan termasuk ATV, paintball, memanah, bubble soccer, dan mendaki. 

Malah, ketua pasukan juga boleh memilih tempat ini untuk treasure hunt, private party, workshop, retreats dan getaway.

Menariknya, tempat ini pernah menerima pelanggan daripada syarikat terkemuka seperti DHL, Nestle Malaysia, Ambank dan banyak lagi.

Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: aktiviti team buildingpahangteam buildingtempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved