senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

22 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Nora by Nora
March 18, 2024
in Travel
tempat camping menarik di selangor
33
SHARES
3.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Camping ground di Hulu Langat 
  • 2. Camping area berdekatan kolam air panas Selangor
  • 3. Tapak perkhemahan terkenal di Kepong
  • 4. Tapak perkhemahan keluarga dengan view gunung
  • 5. Tapak perkhemahan yang sesuai untuk pelajar
  • 6. Outdoor camping Selangor di Rawang
  • 7. Tapak perkhemahan di Selangor tepi sungai
  • 8. Tapak perkhemahan terbaik di Batang Kali
  • 9. Tapak perkhemahan eksklusif di Selangor
  • 10. Tempat menarik untuk camping dan team building
  • 11. Tapak berkhemah yang mesra keluarga 
  • 12. Tempat camping di Serendah
  • 13. Campsite peribadi berkonsepkan mesra alam di Selangor
  • 14. Tempat camping popular di Selangor
  • 15. Tempat camping tepi sungai dan makan buah-buahan
  • 16. Port camping Selangor di Batu Caves
  • 17. Tempat camping persekitaran kampung di Selangor
  • 18. Campsite di Hulu Langat dengan hot shower
  • 19. Tapak camping dalam dusun durian
  • 20. Tempat best camping di Hulu Langat
  • 21. Camping site di Ulu Yam Selangor
  • 22. Tempat camping berhampiran Sungai Congkak

Sudah bosan dengan Sunway Lagoon, taman tema, atau pantai? Hujung minggu ini, tak tahu nak buat apa? 

Rasa ingin mencuba aktiviti outdoor yang lain seperti camping di Selangor?

Selangor menawarkan pelbagai tapak camping yang sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, dan pasangan. 

Jom ajak kawan atau pasangan anda meluangkan masa dengan aktiviti camping di tempat camping menarik di Selangor! 

Adakah anda lebih suka camping di hutan, pantai, atau di lereng bukit? Mana lagi tapak perkhemahan Selangor yang terbaik? 

Jangan risau, kami akan mengupas beberapa camping site Selangor yang boleh anda pilih untuk healing dengan alam.

Senarai tempat camping best di Selangor

Deruan Rimba Campsite

1 Camping ground di Hulu Langat 

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, Sungai lui, 43100 Hulu Langat, Selangor

ADVERTISEMENT

Telefon: 012-376 7093

deruan rimba campsite

Tempat camping menarik di Selangor ini baru dibuka pada Julai 2022, dan ia terletak bersebelahan dengan Air Terjun Sungai Gabai. 

Dikelilingi oleh sungai yang mengalir dan Banjaran Gunung Titiwangsa, tempat ini menawarkan pengalaman perkhemahan yang benar-benar unik. 

ADVERTISEMENT

Anda akan dapat merasai suasana berkabus pada waktu malam dan pagi.

Jadi, datanglah ke Deruan Rimba untuk mengalami keindahan semulajadi Malaysia!

Semak Harga

River Garden Kerling

2 Camping area berdekatan kolam air panas Selangor

Alamat: Kolam Air Panas Kerling, 40000 Kerling, Selangor

Telefon: 019-504 7896

Kerling campsite ini sangat selesa dan tenang untuk perkhemahan keluarga atau rakan-rakan. 

Terdapat kemudahan seperti tandas, bilik mandi, dewan, gazebo, kawasan BBQ, surau, dan 2 zon kawasan yang boleh anda pilih untuk berkhemah. 

Kebanyakan pengunjung juga berkumpul mandi di Sungai Kerling, memancing, dan makan bersama keluarga mereka. 

Malamnya tenang, sejuk seperti di Cameron Highlands. Tempat yang baik untuk “healing”!

Semak Harga

Frim Camping Area

3 Tapak perkhemahan terkenal di Kepong

Alamat: FRIM Camping Area, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-6279 7000

Di Frim Camping Area, Perah campsite salah satu tempat paling popular di FRIM Kepong untuk melakukan aktiviti berkumpulan dan ia boleh memuatkan sehingga 120 orang pada satu masa.

Tapak perkhemahan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur, dewan, chalet “A-Hut,” tandas, gazebo, dan pelbagai peralatan yang boleh disewa seperti khemah, slepping bag, teropong, dan kompas.

Dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan disertai dengan bunyi hutan yang menenangkan, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman hutan sebenar.

Semak Harga

De Kampung Campsite 

4 Tapak perkhemahan keluarga dengan view gunung

Alamat: Lot 1065, Jalan Tanjung 3, Kampung Tanjung, 48000 Rawang, Selangor

Tel: N/A

Campsite di Rawang

Campsite di Rawang ini membolehkan pengunjung bermalam dengan selesa tanpa perlu membawa khemah atau kipas sendiri.

Ruang perkhemahan luas, bersih dan dikelilingi banyak tumbuhan dan pokok-pokok. Jadi, suhu sekeliling tidak panas dan boleh buat bbq untuk seisi keluarga.

Tapak perkhemahan keluarga yang mewah ini juga mempunyai kolam renang luaran, taman, dapur, bilik mandi, kawasan tempat duduk dan lounge berkongsi.

Sarapan harian turut menawarkan pilihan bufet, Asia atau halal. 

Semak Harga

Lembah Peladang Agro Park Campsite

5 Tapak perkhemahan yang sesuai untuk pelajar

Alamat; Lembah Peladang Agro Park Campsite, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Tel; 012-347 7780

Lembah Peladang Agro Park Campsite

Rasa nak camping tapi tempat campsite tepi sungai di Selangor selalu penuh? Datang je Lembah Peladang Agro Park Campsite dan bawa khemah anda!

Suasana tapak perkhemahan juga nyaman untuk perkhemahan unit beruniform atau percutian keluarga yang singkat.

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Miri Untuk Mengembara

Terdiri daripada 3 tapak yang boleh memuatkan seramai 500 pax.

Kemudahan termasuk kawasan bbq, firepit, tandas, surau, dewan terbuka, pondok, plug point dan bilik mandi serta sinki. 

Walaupun tiada sungai, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti memanah, bermain wau, memetik sayur, mendaki, meredah hutan, dan menunggang kuda.

Semak Harga

Campsite – Resort Taman Eko Rimba Komanwel

6 Outdoor camping Selangor di Rawang

Alamat: Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 012-276 1609

Taman Eko Rimba Komanwel Campsite bersebelahan dengan Taman Eko Rimba dan menawarkan pengalaman berkhemah dengan kemudahan yang tip top.

Dikelilingi oleh hutan lebat dan taman landskap, taman ini mempunyai tasik, trek joging, dan kemudahan lain untuk percutian hujung minggu terbaik.

Anda boleh membawa khemah sendiri, pilih glamping atau chalet. Terdapat juga aktiviti seperti BBQ, kanopi, karaoke, ATV, memancing, berkayak, berbasikal, jungle trekking, dan banyak lagi.

Jangan lupa buat tempahan awal jika ingin berkhemah di tepi tasik yang sangat popular di kalangan pelancong. Tempat ini juga instagram worthy tau!

Semak Harga

Damai Riverview Langat

7 Tapak perkhemahan di Selangor tepi sungai

Alamat: Lot 4886 Batu 22, Kampung Sungai Lui, Selangor

Tel: 019-355 5876

Menawarkan suasana kampung, tempat berkhemah di selangor ini memang bagus untuk healing dengan alam.

Kawasan betul-betul di tepi sungai itu sangat luas dan teduh.

Mempunyai tandas, plug point, pondok berkelah, bilik mandi dan ruangan untuk berehat beserta kerusi dan meja untuk makan.

Pemilik juga peramah dan sesuai untuk kumpulan kecil berkhemah atau berkelah.

Ibu bapa jangan risau, sungainya cetak dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas boleh mandi-manda dengan selamat.

Semak Harga

Summer Summer Farm

8 Tapak perkhemahan terbaik di Batang Kali

Alamat: Lot 1768, Kampung Hulu Rening, 44200 Mukim Rasa, Selangor, Malaysia

Telefon: 014 9664 363

Summer Summer Farm – tempat perkhemahan terbaik untuk kumpulan!

Tapak perkhemahan tepi sungai ini mempunyai dua bahagian tapak yang boleh memuatkan sehingga 20 orang.

Tambahan pula, terdapat kemudahan lengkap seperti bilik mandi, dapur, dan kawasan unggun api, serta peluang untuk memilih makanan anda sendiri di taman herba.

Apa-apa pun tapak camping ini juga mempunyai suasana ladang, hutan, dan kebun buah yang menjadikan pengalaman camping ini lebih istimewa. 

Nikmati ketenangan malam di sini sambil melihat langit berbintang!

Semak Harga

Hammocks By The River

9 Tapak perkhemahan eksklusif di Selangor

Alamat: Hammocks by the River, 617 Jalan Sungai Makau, Hulu Langat Selangor

Telefon: 011-2810 8190

Hammocks By The River adalah destinasi perkhemahan eksklusif yang hanya untuk dewasa dan mereka berumur 16 tahun ke atas.

Ini adalah peluang untuk mengembalikan kenangan indah bersama pasangan sebelum memiliki anak. Fasiliti seperti tandas, bilik mandi, dan tempat BBQ disediakan. 

Malah, kawasan ini juga pet friendly. Harga pakej bermula dari RM30 seorang semalam, dan pakej lengkap termasuk khemah, bantal, cadar, tilam, peralatan memasak, dan banyak lagi. 

Jadi, datanglah ke Hammocks By The River untuk mengalami pengalaman camping yang santai tepi sungai tanpa bunyi bising!

Semak Harga

Tadom Leisure Camp

10 Tempat menarik untuk camping dan team building

Alamat; 32, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Tel; 012-522 5883

tadom hill resort

Terletak 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tempat berkhemah di Selangor ini ideal untuk trip sekolah atau aktiviti team building.

Tadom Hill Resorts juga mempunyai hampir 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan pokok yang mengelilingi Tadom Bamboo Glamp (tapak perkhemahan/asrama) dan Tadom Bamboo Suites (chalet premium). 

Pada waktu petang, bolehlah lihat pemandangan bukit batu kapur, matahari terbenam dan angin bertiupan menyejukkan badan.

Ia juga mempunyai aktiviti sukan lasak, platform menyelam, kerusi santai terapung (lexies), buaian Tarzan, buaian air, dan banyak lagi.

Semak Harga

Kv@Kemensah Valley Recreation And Chalet

11 Tapak berkhemah yang mesra keluarga 

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 012-327 0679

Camping ground di Selangor ini berdekatan Zoo Negara Malaysia. Nikmati malam yang tenang bersama keluarga atau rakan-rakan dan deruan sungai yang mengalir.

Selain itu, terdapat kemudahan BBQ, Gazebo, dapur, tanda, bilik mandi plug point, dan tempat letak kereta disediakan. 

Harga sewa tapak khemah bermula dari RM20/malam, dan gazebo tersedia dengan harga RM30 hingga RM50/malam.

Jangan risau tempat ini selamat untuk membawa anak kecil.

Semak Harga

Gg Retreat, Bukit Tasek Serendah

12 Tempat camping di Serendah

Alamat: Bukit Tasik, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Kampar Untuk Jalan-jalan

Telefon: 011-3311 7455

Terletak di Bukit Tasik Serendah, tapak perkhemahan ini ideal untuk keluarga bersantai dan aktiviti outdoor seperti mendaki, berkelah, jungle tracking, mandi di air terjun, dan ATV.

Tempat camping menarik di Selangor ini dikelilingi oleh pemandangan sungai yang mengalir, menawarkan suasana semulajadi yang indah dan udara segar.

K

emudahan yang lengkap termasuk BBQ pit, gazebo, dapur, kolam, bilik mandi, dan tandas. Namun, perlu berhati-hati kerana kawasan di tepi sungai boleh menjadi licin. 

Jomlah merancang percutian anda ke sini dan pastikan bawa makanan tambahan!

Semak Harga

Kamar Aishah Campsite

13 Campsite peribadi berkonsepkan mesra alam di Selangor

Alamat: Hulu tamu, Kampung Kuantan, Batang Kali, Selangor

Telefon: 019-332 2441

Kamar Aishah Campsite berdekatan dengan sungai yang landai, berkhemah di sini adalah pengalaman yang menenangkan. 

Fasiliti lengkap sesuai untuk perkhemahan keluarga, dengan anak-anak boleh mandi sungai dan menikmati alam semulajadi. 

Bagi yang ingin berkelah, terdapat juga pondok yang boleh disewa. Justeru ini destinasi hujung minggu yang bagus berdekatan dengan KL.

Harganya berpatutan, bermula dari RM50 untuk camping dan RM20 untuk pondok piknik. 

Sesuai untuk keluarga yang mencari ketenangan, bangun awal pagi dan rasakan kesejukan suhu sekeliling.

Semak Harga

Ajin Campsite

14 Tempat camping popular di Selangor

Alamat; Jln kg sg semungkis Bt 14 kg sg semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Tel; 012-723 2440

Ajin Campsite hulu langat

Tapak perkhemahan Ajin menghadap sungai dan berdekatan dengan tandas.

Ada sinki, tempat BBQ, kawasan berkelah, plug point, minimart, gerai burger dan gerai jualan air mineral.

Walaupun berkhemah di hutan, jangan risau talian Celcom di sini juga sangat baik dan kedalaman air sungai sesuai untuk kanak-kanak.

Kalau anda tak suka tempat yang sesak, nasihat kami pilih port camping Selangor yang lain.

Semak Harga

Rimba Bikerz Campsite Teratak Tok Alang

15 Tempat camping tepi sungai dan makan buah-buahan

Alamat: Teratak Tok Alang Batang Kali, Selangor, Malaysia

Tel: 019-807 4517

Teratak Tok Alang terletak hanya dalam sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh menikmati mandi-manda di tepi sungai yang jernih dan bersih. 

Malah, anda juga boleh menikmati buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, dan duku dengan harga serendah RM20 seorang ketika musim tiba. 

Fasiliti yang lengkap termasuk tempat letak kereta, liputan telefon yang baik, bilik mandi, dan tandas. 

Pengalaman berkhemah di sini akan membuat anda ingin kembali lagi dan lagi!

Semak Harga

Nur Laman Bestari Eco Resort

16 Port camping Selangor di Batu Caves

Alamat; Jalan Ulu Yam Baru, Hutan Lipur Sg.Tua, Selangor, 68100 Batu Caves

Tel; N/A

nur laman bestari resort (1)

Tersedia 6 unit penginapan seperti villa, chalet, cabin, dan dorm yang boleh memuatkan 225 pax.

Dilengkapi dengan kemudahan untuk solat, kolam kanak-kanak atau aktiviti rekreasi, ia menyediakan percutian yang bagus untuk perkhemahan sekolah atau kursus pendek.

Kawasan berpagar dan terdapat banyak pokok, jadi anda tidak rasa panas walaupun pada waktu petang kerana banyak teduhan.

Sesuai untuk peminat alam semula jadi, menawarkan persekitaran yang damai dan tenang.

Semak Harga

UbiPadi Leisure

17 Tempat camping persekitaran kampung di Selangor

Alamat: Batu 18, 673, Jalan Sg. Jerang, Kampung Jawa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-777 8590

Tempat camping yang best di Selangor ini terletak dalam suasana kampung yang indah, dikelilingi oleh bukit-bukau yang memukau. 

Paling penting, kawasan ini berpagar sepenuhnya dan menawarkan pelbagai hasil tempatan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan.

Selain berkhemah, anda boleh berkelah, berbasikal, memancing, menjalankan aktiviti pertanian, menjelajahi hutan, berakit merentasi Sungai Langat, atau mendaki Gunung Nuang. 

Terdapat kemudahan lengkap seperti kolam renang, padang sukan, tandas, bilik solat, bilik mandi, dan dapur. 

Tempat ini juga ideal untuk acara team-building, summer camp, atau hari keluarga. 

Semak Harga

Rumah Kebun Camping Ground

18 Campsite di Hulu Langat dengan hot shower

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-222 4956

Bagi mereka yang baru dalam camping, Rumah Kebun Camping Ground adalah pilihan yang baik. 

Walaupun namanya begitu, tempat ini menawarkan khemah lengkap dengan tilam dan bantal, tandas serta hot shower seperti di hotel. 

Selepas pasang khemah, kami sarankan anda berendam di sungai Semungkis yang hanya beberapa langkah dari tapak perkhemahan.

Selain pemandangan yang indah, ia juga merupakan lokasi ideal untuk berkhemah dengan seisi keluarga dan rakan-rakan. 

Semak Harga

Hulu Tamu Eco Resort

19 Tapak camping dalam dusun durian

Alamat: Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu 44200 Batang Kali, Selangor

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Pulau Tioman Untuk Bercuti

Telefon: +6018-3110608

Terletak dalam hutan dusun durian yang hijau, Hulu Tamu Eco Resort menawarkan 12 lot tapak camping yang luas dengan kemudahan tandas, singki dan bilik mandi yang bersih.

Malah, terdapat mesin layan diri yang menjual minuman sejuk dan makanan ringan. Nikmati pengalaman camping santai di alam semula jadi yang kehijauan. 

Malamnya, ditemani lampu-lampu khemah, lampu solar, dan deruan air sungai di campsite Batang Kali.

Jangan risau tentang keperluan elektrik kerana terdapat soket plug yang disediakan.

Semak Harga

Willow Tree Campsite

20 Tempat best camping di Hulu Langat

Alamat: PT 8878 Batu 24 & 25, Jalan Genting Peras, Hulu Langat, Selangor

Telefon: +6016-9839715

Kredit gambar: twitter @syahmihakim13

Tapak camping di Hulu Langat ini menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan.

Dengan kemudahan tandas yang selesa, ia adalah tempat camping Selangor yang bagus untuk mengisi masa bersama keluarga atau rakan-rakan dalam nature.

Jangan lupa saksikan pemandangan dan keindahan matahari terbenam!

Semak Harga

Kem The Woods Ulu Yam

21 Camping site di Ulu Yam Selangor

Alamat: 1, Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor

Telefon: +6012-6893297

Kredit gambar: twitter @syahmihakim13

Jom pergi camping di Kem The Woods Ulu Yam @ Ulu Yam, tempat camping terbaik di Selangor! 

Dikelilingi oleh kehijauan hutan, kawasan perkhemahan yang luas ini terletak berhampiran sungai menawarkan pengalaman camping yang unik. 

Anda boleh menikmati aktiviti seperti mendaki hutan, bbq di pit, dan kemudahan tandas serta shower yang selesa. 

Datang dan nikmati keindahan alam yang menyejukkan mata!

Semak Harga

Sungai Congkak Recreational Forest

22 Tempat camping berhampiran Sungai Congkak

Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 0132254803

Kredit: placesmalaysia

Di sini, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, berkelah, jungle trekking, buat BBQ, dan mandi-manda di dalam sungai Congkak yang jernih. 

Paras air sungai juga sesuai untuk kanak-kanak dan dengarkan bunyi aliran sungai mengalir.

Kalau ingin mencuba aktiviti flying fox, bolehlah pilih mana-mana pakej di Skytrex Sungai Congkak atau Skycamp by Rimba Segara.

Tempat camping menarik di Selangor ini sesuai untuk seisi keluarga, rakan-rakan, atau kumpulan besar.

Harga tiket masuk: Dewasa (RM 2) & kanak-kanak (RM 1)

Semak Harga

Tips Berkhemah Untuk Pertama Kali

Berkhemah merupakan aktiviti menyeronokkan dan memberi peluang untuk menghayati keindahan alam semula jadi.

Ikuti je tips di bawah untuk mereka yang baru first time camping;

  • Persediaan perkhemahan

Senaraikan segala keperluan dengan teliti. Jangan lupa khemah, peralatan memasak, bekalan air, makanan, tilam, lampu suluh dan ubat-ubatan.

Rancang menu camping dan bawa makanan tahan lama untuk camping seperti ready to eat food, buah-buahan dan bijrin.

  • Pilih lokasi sesuai

Buat tinjauan terlebih dahulu dan semak cuaca sebelum berkhemah.

Cari tapak perkhemahan yang rata, jauh dari kawasan berbahaya dan senaraikan semua kemudahan yang disediakan.

Elakkan kawasan berhampiran sungai ketika hujan lebat.

  • Ikut peraturan tapak perkhemahan

Patuhi peraturan tapak perkhemahan untuk menggelakkan masalah dan buang sampah di tempat yang disediakan selepas tamat berkhemah.

Barang-Barang Yang Perlu Ada Untuk Berkhemah

Dalam kesibukan nak berkhemah, barang khemah juga perlu disediakan lebih awal.

Berikut senarai barang untuk camping;

  • Khemah 

Tentukan saiz khemah mengikut bilangan penghuni dan lagi besar sedikit lebih selesa.

Sebelum berkhemah, latihlah memasang khemah di halaman rumah dan pilih khemah yang mudah dipasang.

  • Peralatan memasak

Sediakan barangan dapur untuk perkhemahan seperti fire starter, dapur gas mudah alih, periuk, plastik sampah, kuali, pisau, pembuka tin dan cawan.

Malah, jangan lupa pek minuman dan makanan segera seperti milo, kopi, teh, maggi, dan sebagainya.

  • Peti pertolongan cemas  

Keperluan yang wajib dibawa semasa berkhemah untuk mengurangkan kecederaan atau situasi kecemasan yang tidak diingini.

  • Pakaian untuk camping

Pakai pakaian dari fabrik yang mudah kering, selesa, dan membolehkan anda bergerak aktif.

Selain baju harian, bawa juga stokin, pakaian tidur, selipar, kasut hiking, sweater dan baju hujan.

  • Peralatan camping

Tilam, selimut dan bantal sangat membantu mereka yang baru bermula berkhemah untuk tidur dengan selesa.

Antara peralatan perkhemahan lain yang perlu dibawa ialah lampu suluh, kit peralatan camping, air mineral, barangan penjagaan dan kebersihan diri dan cooler box.

4/5 - (15 votes)
Tags: campingcamping menarik di selangorhealingSelangortempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved