Sebelum ini kita diajar untuk menggunakan kad kredit dan selalu dimomokkan yang kad kredit akan menjadi punca hutang mula banyak dan akhirnya bankrup.
Sekarang dengan skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ atau ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL) yang lebih terbuka aksesnya untuk semua, Kentucky Fried Chicken (KFC) turut ikut serta dalam menawarkan pelan yang membolehkan pelanggan menikmati hidangan dan membayar secara ansuran. Melalui kerjasama dengan Boost Credit, pelan ini dikenali sebagai QSR PayFlex di mana pelanggan boleh memilih untuk membayar secara tiga ansuran bulanan tanpa faedah, dengan perbelanjaan minimum RM10.
Butiran penting mengenai QSR PayFlex:
- Yuran Wakalah (Perkhidmatan): RM5 untuk pembelian di bawah RM100, dan RM10 untuk pembelian RM100 ke atas.
- Kadar Keuntungan: 2.5% dikenakan pada setiap tarikh ansuran — dijamin patuh syariah.
- Bayaran Lewat: Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, caj 1% daripada jumlah transaksi BNPL akan dikenakan setiap hari sehingga baki dilangsaikan.
Kebelakangan ini pelbagai jenis pelan BNPL mula muncul seperti Shopee Paylater, Grab Paylater, Atome dan TikTok Paylater. Kerajaan Malaysia pun dah mula membincangkan isu ni memandangkan mereka yang kurang stabil dari segi kewangan turut menggunakan pelan sebegini untuk keseronokan dan kemahuan. Dalam separa kedua tahun 2024 sahaja, transaksi BNPL mencecah RM7.1 bilion:
Umum mempersoalkan keperluan dan kepentingan pelan ini dari aspek pengurusan kewangan — adakah KFC merupakan salah satu keperluan asas manusia yang menekan sehingga wujudnya pelan sebegini.
Boleh dikatakan BNPL hanyalah salah satu varian penggunaan kad kredit dengan kriteria pengguna yang lebih longgar. Setuju atau tidak?