senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Sunway Malls yang ke-10: Tempat lepak baru September 2025

Nadzirah by Nadzirah
April 29, 2025
in Lifestyle, Perniagaan
Sunway Malls yang ke-10: Tempat lepak baru September 2025
0
SHARES
43
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Selepas 9 pusat membeli-belah bawah naungan Sunway beroperasi dengan jayanya, Sunway Malls telah mengumumkan Sunway Square Mall akan dibuka September 2025.

Dengan keluasan 300,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini dah 95% penuh walaupun lama lagi tarikh pembukaan dia. Ada 4 tingkat dan tempat ni fokus dia santai, hiburan dan relaks–bukan shopping je! Kiranya one-stop centre la.


Kedai-kedai Menarik yang Bakal Ada, sebahagian dari 150+ kedai:

  • Village Grocer – tempat groceries untuk yang tinggal di Bandar Sunway.
  • BUMP Bouldering – untuk peminat panjat dinding dan batu.
  • TGV Cinemas – tempat layan wayang, macam biasa.
  • The Library by BookXcess – syurga pencinta buku.
  • COUNT, KKV, Tutu Toe Dance Academy dan GoFit – gabungan aktiviti, lifestyle dan fitness!
  • Banyak pilihan makanan & minuman (F&B) sesuai untuk:
    • Komuniti pejabat,
    • Pelajar universiti,
    • Penduduk kawasan Sunway.

Biasanya kalau mall ni kita risaukan isu parking lah kan? Sampai bergaduh-gaduh cop parking.

Tapi sini dia dah prepare 3,000 tempat letak kenderaan tau. Kalau tak cukup jugak, tak tahu lah. Sunway Mall saja dah 10 pun tak cukup, rakyat Malaysia memang gemar membeli-belah ya nampaknya.

Lokasi & Suasana:

  • Terletak dalam Sunway City Kuala Lumpur.
  • Menghadap tasik Sunway South Quay – view cantik untuk OOTD!
  • Sebahagian daripada pembangunan mega yang juga ada:
    • Menara pejabat berkembar,
    • Pusat seni persembahan (kapasiti 1,200 tempat duduk),
    • Perpustakaan 24 jam dengan jutaan buku.
  • Reka bentuk Sunway Square Mall artistik, inovatif & trendy.

Bukak sampai 10 mall, Sunway Malls punya prestasi ok ke so far?

Tengok dari tahun 2024 sampai setakat tahun ni, agak memberangsangkan.

Prestasi Terkini Sunway Malls:

  • Pertumbuhan 5% pada tahun 2024.
  • Jualan Disember 2024 naik 5.6% walaupun cuti sekolah pendek.
  • Momentum 2025 terus kuat dan mantap, terima kasih kepada:
    • Sambutan Perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya
    • Musim cuti sekolah.
BACA JUGA  12 Tempat Percutian Bajet Menarik Untuk Pelajar di Malaysia

Apa Lagi Yang Sunway Rancang?

  • Sunway Carnival Mall (Seberang Jaya) akan siap naik taraf Mei 2025.
  • Pusat utama Sunway Malls:
    • 67.2% di Lembah Klang,
    • 15.8% di Wilayah Selatan,
    • 17% di Wilayah Utara.
  • Projek-projek baru:
    • Sunway Pier (Pelabuhan Klang) – siap 2027, 400,000 kaki persegi.
    • Sunway Ipoh Mall – siap 2027, 1.2 juta kaki persegi.
    • Projek RM3 bilion di Bukit Chagar RTS Link (Johor) – ruang runcit 400,000 kaki persegi dijangka siap 2028.

Kesimpulannya…

Sunway Malls akan terus berkembang! Dengan projek-projek baru ni, mereka bakal ada 13 pusat beli-belah dengan 8.2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya.


Kalau korang suka tempat santai, makan best, dan aktiviti fun, Sunway Square Mall wajib masuk dalam wishlist 2025 korang tau!

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Tags: Bandar Sunwaypusat beli belahshoppingSunway Malltempat lepaktempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved