Pasaran tak menentu. Inflasi naik. Pulangan simpanan makin mengecil.
Itulah realiti ekonomi 2025 dan mungkin pada tahun-tahun yang akan datang.
Walaupun kadar OPR Malaysia kekal pada 3.00%, ramai pelabur runcit sudah mula merasai kesan dari pulangan simpanan tetap (FD) yang semakin tidak menarik.
Pasaran saham masih belum stabil, manakala aset seperti hartanah memerlukan komitmen jangka panjang dan modal yang tinggi.
Bagi pelabur yang mencari alternatif lebih fleksibel dan konsisten, ramai mula beralih ke pelaburan P2P (Peer-to-Peer lending), termasuk yang patuh Syariah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) seperti CapBay.
Diversifikasi Adalah Strategi Bijak 2025
Dalam keadaan pasaran yang sukar dijangka, diversifikasi adalah langkah paling bijak.
Ia bukan sekadar mengawal risiko, tetapi juga memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam sektor yang terus berkembang seperti perniagaan PKS (perusahaan kecil dan sederhana).
Kelebihan Pelaburan P2P
Berbeza dengan pelaburan dalam saham atau kripto yang cenderung naik turun dan sukar dijangka, pelaburan P2P (peer-to-peer) tampil sebagai pilihan yang lebih stabil dan strategik, terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu.
Berikut adalah antara kelebihan utama yang menjadikan P2P semakin digemari oleh pelabur bijak:
- Pulangan konsisten (boleh dianggarkan lebih awal)
- Tidak terjejas oleh turun naik pasaran global
- Akses kepada perniagaan sebenar, bukan spekulasi
- Pelaburan pasif dengan fungsi Auto Invest, jadi anda pilih strategi, CapBay akan laksanakan.
Semua ini menjadikan pelaburan P2P bukan sahaja mudah diurus, tetapi juga ideal untuk mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan tanpa tekanan.
Bagaimana CapBay Jamin Kestabilan?
Sebagai salah satu platform P2P yang paling dipercayai di Malaysia, CapBay mengutamakan penilaian kredit yang teliti dan struktur pengurusan risiko yang kukuh.
Pelaburan anda dinilai dan dipantau secara menyeluruh, disokong pula oleh kerjasama strategik bersama bank tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Setakat ini, CapBay telah menyalurkan lebih RM2.6 bilion pembiayaan menerusi platform P2P mereka, dengan pulangan sehingga 10% setahun kepada pelabur.
Platform ini juga telah menyokong lebih 2,300 PKS di seluruh Malaysia, menjadikan CapBay bukan sekadar platform pelaburan yang stabil, tetapi turut menjadi penyumbang aktif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Pengiktirafan Antarabangsa atas Prestasi dan Inovasi dalam Dunia Fintech”
CapBay juga menerima pengiktirafan antarabangsa atas prestasi dan inovasi dalam dunia fintech, termasuk disenaraikan oleh CNBC sebagai salah satu daripada World’s Top Fintech Companies, serta tersenarai dalam Top 500 FT High Growth Companies Asia-Pacific selama dua tahun berturut-turut (2024 & 2025), yang disahkan oleh Financial Times dan Statista.
Bagi pelabur Muslim, CapBay menyediakan opsyen untuk melabur hanya dalam nota pelaburan yang patuh Syariah.
Ini bermakna anda boleh menyusun strategi pelaburan mengikut kepercayaan dan prinsip kewangan Islam dengan lebih yakin, sambil menjana pulangan yang stabil dan konsisten.
Dengan rekod pembayaran balik yang konsisten dan prestasi kukuh, CapBay membuktikan bahawa pelaburan P2P bukan sahaja selamat, malah berimpak tinggi.
Impak Sosial & Ekonomi yang Bermakna
Setiap pelaburan P2P yang anda buat melalui CapBay bukan sekadar memberi pulangan kewangan kepada diri sendiri, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
Dana anda membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mendapatkan pembiayaan yang mereka perlukan untuk terus beroperasi, berkembang dan mencipta peluang pekerjaan.
Dengan menyokong PKS, anda secara tidak langsung membantu mengukuhkan rantaian bekalan tempatan dan memastikan perniagaan tempatan kekal berdaya saing.
Ini menjadikan pelaburan anda bukan hanya menguntungkan, tetapi juga penuh nilai dan impak sosial.

Sertai Cashback Rush CapBay Sempena 11.11
Tahun ini, CapBay meraikan 11.11 dengan kempen ‘11.11 Cashback Rush’, berlangsung sepanjang 1 hingga 30 November 2025.
Ia merupakan peluang istimewa untuk pelabur baharu dan sedia ada untuk gandakan potensi pulangan melalui lucky draw bernilai RM1,111!
Ikut langkah ini untuk sertai:
- Daftar atau log masuk ke akaun CapBay P2P
- Top-up minimum RM10,000 sepanjang tempoh kempen
- Aktifkan Auto Invest
- Kekalkan deposit bersih RM10,000 selama 90 hari
Setiap pelaburan minimum RM10,000 melayakkan anda untuk 1 penyertaan cabutan bertuah.
Lebih menarik lagi, jika anda membuat pelaburan tersebut pada hari Selasa, anda akan menerima 2X penyertaan (dua tiket cabutan) untuk setiap RM10,000 yang dilaburkan!
Pulangan tunai eksklusif bernilai RM1,111 menanti 5 pemenang bertuah sebagai ganjaran menjadi pelabur CapBay yang bijak.
Lagi banyak anda melabur sepanjang tempoh kempen, lagi tinggi peluang anda untuk menang. Jadi, manfaatkan hari Selasa untuk gandakan peluang anda!
Klik di bawah untuk ketahui lebih lanjut atau terus mulakan pelaburan anda:

