senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

Nora by Nora
March 11, 2024
in Travel
tempat menarik di tanjung malim perak

Sumber gambar: Kano Ky

483
SHARES
48.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk bergambar di Tanjung Malim
  • 2. Tempat rekreasi di Tanjung Malim
  • 3. Muzium di Tanjong Malim
  • 4. Tempat menarik untuk berkelah di Slim River
  • 5. Aktiviti go kart di Tanjung Malim
  • 6. Ladang halia di Tanjung Malim
  • 7. Tempat menarik di Slim River
  • 8. Tempat memancing di Tanjung Malim
  • 9. Tempat camping di Tanjong Malim
  • 10. Resort menarik tepi sungai di Tanjung Malim
  • 11. Tempat menarik untuk lepak di Tanjung Malim
  • 12. Aktiviti lasak di Slim River
  • 13. Kedai makan western di Tanjung Malim
  • 14. Kedai makan menarik di Tanjung Malim

Adakah anda teringin jalan-jalan ke tempat menarik Tanjung Malim? Jika ya, jom baca! Tanjung Malim adalah sebuah mukim yang indah terletak di selatan negeri Perak.

Kedudukan strategik Tanjung Malim menjadikannya pintu masuk utama ke negeri Perak. Sebut sahaja Tanjung Malim, pasti terlintas di fikiran tentang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Untuk pengetahuan anda, istilah “Malim” merujuk kepada orang-orang yang berilmu dan ini selaras dengan penubuhan UPSI di kawasan ini.

Selain itu, Tanjung Malim juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang jarang didengari namun pasti membuat percutian anda lebih menyeronokkan.

Senarai tempat menarik di Tanjung Malim, Perak

Bandar yang bersempadan antara negeri Selangor dan Pahang berkeluasan 949 KM ini sangatlah luas dan sudah tentu menawarkan pelbagai tempat percutian menarik di Tanjung Malim.

Orang ramai juga sering berkunjung ke Tanjung Malim untuk food hunting kerana dikatakan banyak tempat makan menarik dan sedap di sini.

Berikut adalah beberapa tempat menarik sekitar Tanjong Malim yang wajib anda lawati bersama keluarga atau rakan-rakan.

ADVERTISEMENT

Seni Jalanan Tanjung Malim

1 Tempat menarik untuk bergambar di Tanjung Malim

Alamat: Lot 16, Jalan Douglas, Tanjung Malim Street Art, Perak

Telefon: –

Seni Jalanan TM di Tanjung Malim
Sumber gambar: Foursquare.com, jejakakaula.com, themalayapost.my, akubasikaldansesuatu.blogspot.com

Sebagai permulaan, datanglah ke tempat yang penuh warna-warni di Seni Jalanan Tanjung Malim, hasil karya anak tempatan.

Jalan ini dulunya sunyi dan sepi, tapi kini dihiasi dengan seni kreatif anak tempatan sehingga menjadi tempat tumpuan pelancong untuk bergambar dan mencuci mata.

ADVERTISEMENT

Terdapat pelbagai jenis dan tema lukisan yang memukau mata termasuk budaya tempatan, teknologi, karakter kartun, tokoh-tokoh Malaysia dan mural bertemakan alam semesta.

Lokasi ini layak diiktiraf sebagai salah satu lokasi seni jalanan terbaik di Malaysia. Jangan lupa untuk datang dan kunjungi tempat ini. Kalau tidak, nanti akan menyesal!

Semak Harga

Taman Tasik Embayu

2 Tempat rekreasi di Tanjung Malim

Alamat: Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-4563410

Tasik Embayu yang menarik di Tanjung Malim
Sumber gambar: Themalaypost.my, Flickr, Amal Hayati & Nik Yusri

Terletak di kawasan perumahan Proton City, Taman Tasik Embayu adalah sebuah tasik buatan moden yang cantik dan nyaman untuk beriadah.

Kawasan yang luas menghijau, dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, tandas awam, kedai runcit dan taman permainan sememangnya sangat selesa dan mesra pengunjung.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

Taman ini terkenal di sekitar Tanjung Malim kerana pelbagai aktiviti menarik boleh di lakukan di sini untuk melepaskan tekanan dan menikmati masa petang bersama orang tersayang.

Taman Tasik Embayu juga aktif menganjurkan program dan acara sukan seperti futsal, paintball dan banyak lagi.

Semak Harga

Muzium Pendidikan Nasional

3 Muzium di Tanjong Malim

Alamat: Jalan Utama Upsi, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-450 6680 

Muzium pendidikan nasional
Sumber gambar: Malaysia-traveller.com, Femme Sapphire M sdn bhd & Solidaritas.my

Jika anda berminat dengan sejarah pendidikan di Malaysia, maka anda wajib mengunjungi Muzium Pendidikan Nasional yang terletak di Universiti Zainal Abidin (UPSI), Tanjung Malim.

Sedikit info, muzium bersejarah ini diiktiraf sebagai tapak warisan negara dan telah dibina antara tahun 1919 hingga 1922, sebelumnya berfungsi sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC).

Di dalam muzium ini terdapat 21 galeri yang memaparkan sejarah pendidikan negara, perkembangan pendidikan di Malaysia, kurikulum pendidikan, dan banyak lagi.

Bangunan klasik ini juga menyimpan ratusan kisah sejarah dan tercatat kisah tokoh pendidikan negara seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’Ba) yang memperjuangkan bahasa melayu moden.

Semak Harga

Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil

4 Tempat menarik untuk berkelah di Slim River

Alamat: Unnamed Rd, 35900, Kampung Sungai Bil, 35900 Slim River, Perak 

Telefon: –

Taman perkelahan sungai bil
Sumber gambar: tempatmenarik.my, foursquare.com

Anda mencari tempat untuk healing dan ingin melarikan diri dari kesibukan kota di Tanjung Malim? Jika ya, Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil adalah jawapannya!

Aliran sejuk air sungai dari kaki Banjaran Titiwangsa yang disertai dengan pemandangan alam semula jadi dan keindahan kampung akan memberikan ketenangan kepada minda dan jiwa anda.

Di sini anda boleh mengadakan barbeku, mandi-manda, berkhemah dan meredah hutan. Musim yang sesuai untuk berkelah di sini adalah antara bulan April hingga September kerana cuaca pada masa ini panas dan baik.

Semak Harga

Go Kart Tanjung Malim

5 Aktiviti go kart di Tanjung Malim

Alamat: Off, Jalan Kampung Lambak, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 011-1157 7188

Go kart tanjung malim
Sumber gambar: Listikel.com, Erin zainal

Anda ingin merasai pengalaman percutian yang mencabar dan menyeronokkan? Jom cuba berlumba go kart bersama rakan atau keluarga di Go Kart Tanjung Malim atau TM Karting!

Tidak perlu risau jika anda tidak berpengalaman dalam memandu go kart, kerana terdapat tenaga pengajar yang akan membimbing anda sepanjang perjalanan.

Selain go kart, aktiviti lain yang boleh anda lakukan adalah memanah. Syok kan? Jangan lepaskan peluang ini jika anda singgah ke Tanjung Malim!

Semak Harga

Ladang Halia ENE

6 Ladang halia di Tanjung Malim

Alamat: ENE Ginger Farm (TM1), Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Batu Gajah Yang Mesti Datang

Telefon: 012-370 3082

Ladang Halia ENE (1)
Sumber gambar: jejakakaula.com, hasifhamsyari.com, tony88.blog

Ladang lembu memang selalu kita lihat, tetapi pernahkah anda mendengar tentang ladang halia? Jika belum, kunjungilah Ladang Halia Environment Natural Element (ENE) di Tanjung Malim.

Halia yang ditanam di sini adalah jenis halia Bentong yang mempunyai banyak khasiat, saiz besar, dan mudah ditanam.

Anda akan diberi tunjuk ajar tentang proses penanaman halia dan berpeluang merasai teh halia. Teh halia sangat baik untuk meredakan masalah perut kembung.

Jika anda suka tumbuhan dan herba, jomlah datang ke sini dan belajar tentang halia.

Semak Harga

Mata Air Panas Ulu Slim

7 Tempat menarik di Slim River

Alamat: 35800 Slim River, Perak

Telefon: 013-467 0528

Mata air panas ulu slim
Sumber gambar: tempatmenarik.my, foursquare.com, kano ky

Fakta menarik, mata air panas di Ulu Slim merupakan salah satu kolam air panas dengan suhu tertinggi di Malaysia.

Walaupun airnya berwarna kehijauan, usah bimbang kerana airnya dijamin bersih.

Mandi di kolam air panas memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh seperti membuang toksin, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan dan banyak lagi.

Bukan boleh rendam kaki je, kalau rebus telur pun boleh makan terus.

Semak Harga

Kolam Ikan “Natural Exotic”

8 Tempat memancing di Tanjung Malim

Alamat: Lot 13305, Jalan Wawasan Dagangan 2, Bandar Behrang, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 011-3322 1898

Kolam Ikan Natural Exotic
Sumber gambar: allwaterflycast.wordpress.com, Jason goh, AEREAZ, F C

Kolam ikan Natural Exotic adalah tempat “panas” bagi kaki pancing di Tanjung Malim.

Berkonsepkan “tangkap dan lepas” yang pertama di Malaysia dan telah beroperasi selama bertahun-tahun.

Terdapat pelbagai jenis ikan hidup di sini seperti ikan keli Mekong, ikan keli ekor merah Amazon, ikan baung, toman, pacu dan banyak lagi.

Tempat memancing ini juga teduh dan selesa, jadi boleh berehat, fokus pada memancing dan nikmati suasana yang tenang di sekitarnya.

Semak Harga

Tok Bak Campsite

9 Tempat camping di Tanjong Malim

Alamat: Kg Orang Asli Chinggung Behrang Ulu, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 012-219 8946

tok bak campsite di tanjung malim 1
Sumber gambar: tok bak campsite, NASZRULE3117 & amirman

Selain mandi-manda, memancing, berkhemah dan bbq, nikmati pemandangan yang menakjubkan di tepi sungai.

Tempat menarik sekitar Tanjung Malim yang bagus untuk bersantai, berehat atau family outing.

Fasiliti tandas dan sinki pun tersedia. Rasai ketenangan suasana sekitar dan angin segar dari hutan. Camping sini pasti menyeronokkan!

Semak Harga

Teratak Riverview

10 Resort menarik tepi sungai di Tanjung Malim

Alamat: Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 017-343 1346

Teratak Bernam Riverview 1
Sumber gambar: Chun-Yeow Yeoh, Huny Putra, Aget Malay & zulkhairi aris (pusakapropertybyzul)

Teratak Riverview antara tempat penginapan terbaik jika anda ingin mengalami suasana “back to nature” yang sebenar.

Ia terletak berhampiran sungai yang menjadi sempadan antara Perak dan Selangor. Menariknya lagi, anda boleh pilih menginap di bilik sebelah Selangor atau Perak.

Tempat percutian menarik di Tanjung Malim ini menguatkan lagi bonding time bersama rakan atau keluarga.

Nikmati keindahan pemandangan sungai dari bilik ketika anda bangun pada waktu pagi. Sertai juga aktiviti lasak seperti abseiling, tubing air dan flying fox pada sebelah petang.

Homestay Terdekat

Sarang Art Hub Cafe

11 Tempat menarik untuk lepak di Tanjung Malim

Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Kudat Sabah Untuk Bersantai

Telefon: 013-500 7942

sarung art hub cafe 1
Sumber gambar: Shahrul Nizam, Jilanz Razak, Khairil Azmin & Mavic pro

Jika anda rasa ingin berehat, melepak, makan malam, dan menikmati live band pada waktu malam, pastikan anda mengunjungi Sarang Art Hub.

Kafe dengan suasana unik ini milik arwah Mamat Khalid. Anda akan melihat poster lama dan karya seni yang menghiasi ruangan kawasan ini.

Terdapat banyak pilihan makanan yang berbeza, dan suasana kafe ini sangat sesuai untuk bersantai bersama rakan atau keluarga.

Ingat, anda mesti singgah di sini juga jika anda melancong ke Tanjung Malim.

Semak Harga

Arung Jeram Sungai Ulu Slim

12 Aktiviti lasak di Slim River

Alamat: Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Negeri Perak, Malaysia

Telefon: 019-5134193

Arung jeram sungai ulu slim
Sumber gambar:  Malaysia-whitewater-rafting.com, project outdoor, rasmatin udzir & aimi nadhirah

Jika anda gemar aktiviti lasak dan seorang adrenaline junkies, cubalah aktiviti water rafting di Sungai Ulu Slim.

Terdapat laluan jeram dari gred 2 sehingga gred 4 dengan tahap kesukaran yang berbeza yang pasti akan mencabar jiwa anda.

Tidak mempunyai pengalaman tetapi ingin mencuba? Jangan risau kerana anda akan ditemani oleh dua orang jurupandu bertauliah dari River Rescue Sierra dan dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang lengkap.

Kerana mandi-manda sudah menjadi biasa, rasailah pengalaman yang berbeza ini bersama rakan-rakan.

Semak Harga

Hitz Café

13 Kedai makan western di Tanjung Malim

Alamat: 30, Jalan Chong Ah Peng, Taman Hijau 2, 35900 Tanjong Malim, Perak

Telefon: 05-458 1888 

Hitz Cafe
Sumber gambar: my.openrice.com, gayatravel.com.my, jimmy emerald & EL Loke

Hitz Café salah satu tempat makan popular di Tanjung Malim kerana keenakan menu makanan western dan pencuci mulut yang lazat.

Terletak di pekan lama, Tanjung Malim, Hitz Café sememangnya tempat makan yang terbaik.

Tempatnya sejuk dan nyaman, sesuai untuk dating dengan pasangan atau lepak santai bersama rakan.

Semak Harga

Restoran Garden Seafood

14 Kedai makan menarik di Tanjung Malim

Alamat: No. 7, 8 & 9A, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Telefon: 05 458 3398

Kedai makan sedap di Tanjung Malim
Sumber gambar: Mask trooper, Fairuz sahat, Honeyza Ryujin & Aishwarrya Krishnamoorthy

Restoran Garden Seafood adalah salah satu tempat makan paling lama beroperasi di Tanjung Malim dan restoran cina halal pertama di sini.

Selain terkenal dengan hidangan seafood, restoran ini juga terkenal dengan hidangan vegetarian yang sedap.

Kedai makan Tanjung Malim ini juga pilihan popular dalam kalangan pelajar kerana berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelbagai hidangan seafood dengan harga berpatutan terdapat di sini. Anda patut mencuba sendiri kesegaran dan keenakan hidangan mereka.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Indonesia

4.6/5 - (14 votes)
Tags: peraktempat menarik di Tanjung Malim

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved