senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Gua Musang Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
May 9, 2024
in Travel
16 Tempat Menarik Di Gua Musang Untuk Dikunjungi

Kredit gambar: Facebook @Senok Perut

228
SHARES
22.8k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Glamping Gua Musang
  • 2. Hotel di Gua Musang
  • 3. Homestay di Gua Musang
  • 4. Sarapan pagi di Gua Musang
  • 5. Kedai makan western di Gua Musang
  • 6. Taman di Gua Musang
  • 7. Aktiviti hiking di Gua Musang
  • 8. Masjid di Gua Musang
  • 9. Aktiviti berakit dan river cruise di Gua Musang
  • 10. Gua batu kapur di Gua Musang
  • 11. Tempat bersejarah di Gua Musang
  • 12. Burung walit di Gua Musang
  • 13. Gua menarik di Gua Musang
  • 14. Aktiviti golf di Gua Musang
  • 15. Tokong di Gua Musang
  • 16. Taman menarik di Gua Musang

Nak tahu apa yang menarik di Gua Musang? Gua musang merupakan sebuah daerah di Kelantan yang menjadi salah satu tempat yang menarik bagi pelancong.

Lebih-lebih lagi, setelah kejadian banjir 2014, kerajaan Kelantan telah menaiktaraf semua kawasan yang berpotensi bagi pelancongan di daerah Gua Musang.

Senarai tempat menarik di Gua Musang

Sebelum memulakan percutian, anda perlu merancang dulu perjalanan. Berikut merupakan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi ketika jalan jalan di Gua Musang.

The Dome Gua Musang

1 Glamping Gua Musang

Alamat: The Dome @ Gua Musang, Hentian Gua Musang, KM5.5, Jln Gua Musang-Kuala Lipis, 18300 Gua Musang, Kelantan

Tel:

The Dome Gua Musang

ADVERTISEMENT

Terletak betul-betul di belakang hentian gua musang dan bersebelahan surau, terdapat sebuah penginapan menarik untuk keluarga di Gua Musang.

Suasana yang sangat tenang dan santai membuatkan staycation anda lebih bermakna.

Turut mempunyai kolam renang luaran untuk anda menghabiskan masa mandi-manda bersama keluarga serta berhampiran kedai makan yang boleh dituju dengan hanya berjalan kaki.

Jangan risau, keselamatan anda akan terjamin kerana penginapan berpagar.

ADVERTISEMENT

Kadar purata semalam: RM 298

Review:

“Pengalaman indah tidur di dalam kubah. Paling dekat dengan taman etnobotani, gua neon. Kiddos really enjoyed cuti cuti gua musang…”

Semak Harga

Hotel Phoenix Gua Musang

2 Hotel di Gua Musang

Alamat: PT 13457-13460 Taman Sungai Chindai, Jln Pekan Lama, 18300 Gua Musang

Telefon: 011-10920698

hotel menarik di gua musang yang selesa
Sumber gambar: Shanoor CD, emmie rz, Agoda.com & Rizal Ahmad Nazim Abd Raof

Hotel bajet Gua Musang ini terletak tidak jauh dari bandar. Terdapat semua jenis bilik yang anda perlukan, bermula dari standard hingga family suite.

Selain itu, tempat letak kereta juga luas dan kedai makan juga dekat dengan hotel ini.

Harga bilik yang ditawarkan sangat berpatutan dan suasana hotel ini seperti di antara bandar lama dan baru.

Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang akan singgah bermalam di sini. Murah, bersih dan sangat selesa!

Kadar purata semalam: RM 113

Review:

“Berdekatan dengan bandar lama. Hotel bersih, bilik kecil tapi cukup selesa untuk kami. Berbaloi dengan harga. Ruang parking yang banyak, staff yang sangat mesra…”

Semak Harga

Durian Hill Villa

3 Homestay di Gua Musang

Alamat: PT5606, Jalan Akasia Utama 2/4, Bandar Utama, 18300 Gua Musang, Kelantan

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Tumpat Kelantan Untuk Dilawati

Telefon: 016-900 0338

Durian villa hill di gua musang
Sumber gambar: Golf Golf, Durian Villa Hill & Facebook Durian Villa Hill

Jika anda lebih mementingkan privacy bersama keluarga, anda boleh tinggal di homestay yang menjadi pilihan iaitu Durian Hill Villa.

Homestay yang disediakan sangat selesa, berdasarkan review pelanggan mereka kebanyakan memberikan feedback yang baik selepas tinggal di homestay ini.

Hirup udara segar pada waktu pagi. Viewnya juga cantik! Jadi, jika ingin percutian keluarga yang penuh privacy, menginaplah di homestay ini.

Kadar purata semalam: RM113

Review:

“Agak dekat dengan Gua Musang. Baru diubah suai dan tempatnya sangat bersih…”

Semak Harga

Roti Canai London

4 Sarapan pagi di Gua Musang

Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: 011-1784 4693

port breakfast menarik di gua musang
Sumber gambar: Facebook Roti Canai London Gua Musang & Facebook Senuk Perut

Roti canai London, nama kedai makan yang unik. Keunikan roti ini sebanding dengan kesedapan rasanya yang garing di luar dan rapuh di dalam.

Dah puas makan roti canai biasa? Apa kata anda cuba roti canai London pula. Dipadukan dengan kuah kari daging yang mantap. Memang tak cukup satu.

Selain dari roti canai London ini, terdapat juga sarapan pagi seperti kuih muih, masakan kampung dan lain-lain. Pilihlah sesuai selera anda.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (6 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Warung Buluh

5 Kedai makan western di Gua Musang

Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

kedai makan sedap di gua musang kelantan (1)
Sumber gambar: Muhammad Nooramin (kumprinx), Facebook Warung Buluh Gua Musang Kelantan, AQIEFF HAZLLIE & Nur Suhaida

Warung buluh menyajikan pelbagai menu, bermula dari menu masakan Melayu hingga barat. Makanan di sini juga sedap. Servis penyajian cepat dengan harga yang berpatutan.

Menu yang paling sedap di sini ialah makanan sajian Thai yang penuh dengan aroma dan rasa yang sempurna. Tidak hairanlah, pengunjung suka memilih tempat ini dan makan di sini.

Waktu operasi: Buka setiap hari ( 2.30 petang – 11 malam)

Semak Harga

Taman Tasik Gua Musang

6 Taman di Gua Musang

Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

taman tasik di gua musang yang menarik
Sumer gambar: David Foster, Halimah Ibrahim, Mieda Jaz & Cy Lee

Aktiviti perlombongan yang pesat suatu ketika dahulu telah membentuk kawasan ini menjadi tasik di Kelantan.

Kini, kawasan ini telah berubah menjadi taman rekreasi dan tempat bersantai bersama keluarga. Selain menikmati keindahan tasik dan persekitarannya, terdapat banyak spot cantik untuk anda.

Bagi yang suka beriadah, berjogging dan bergambar, anda wajib datang ke tempat menarik di Gua Musang ini!

Semak Harga

Muse EcoPark

7 Aktiviti hiking di Gua Musang

Alamat: Muse Ecopark, Gua Musang, Kelantan

Telefon: 012-2904007 / Whatsapp

muse ecopark di gua musang
Sumber gambar : Ken Low & Facebook Senok Perut

Muse Ecopark memang terkenal kalau nak buat aktiviti lasak. Ada beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung, seperti flying fox dan hiking gua batu kapur.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Pahang

Kalau nak lihat keseluruhan bandar Gua Musang dari atas, bolehlah hiking sampai puncak bukit batu kapur.

Cuba aktiviti baru, Via Feratta! Anda akan berjalan di dinding menggunakan alat keselamatan dengan bimbingan dari mereka yang mahir.

Aktiviti ini lebih mencabar tapi seronok bagi yang suka cabaran. Jika terasa lapar selepas beraktiviti, bolehlah singgah ke Warong Muse atau KB Brewster.

Semak Harga

Baca: 13 Hotel Kids Friendly Terbaik Di Malaysia

Masjid Buluh Gua Musang

8 Masjid di Gua Musang

Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

masjid buluh di gua musang 1
Sumber gambar: mdgm.kelantan.gov.my

Masjid ini sepenuhnya dibuat daripada buluh dan merupakan masjid buluh pertama di Kelantan.

Masjid unik ini terletak berdekatan dengan gua batu kapur dan selalu menjadi tempat persinggahan untuk solat serta berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Selain itu, masjid ini lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan parking yang luas.

Semak Harga

Sungai Nenggiri & Rangkaian Jeram

9 Aktiviti berakit dan river cruise di Gua Musang

Alamat: Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

Sungai Menggiri & Rangkaian Jeram
Sumber gambar: MCMC & D’RIMBA AKU

Sungai Nenggiri merupakan sungai yang menjadi laluan perhubungan bagi masyakarat orang asli. Sungai ini mempunyai 40 jeram yang sesuai untuk aktiviti berakit. Nak memancing pun boleh!

Jika anda ingin merasai pengalaman river cruise, boleh hubungi para petugas. Mereka akan bawa anda menyusuri sungai sejauh 50 kilometer. Sehari disini memang tak cukup!

Anda boleh pilih pakej bermalam sambil melawat tempat menarik sekitar seperti tapak bersejarah zaman purba di Gua Cha dan melihat kehidupan orang asli.

Semak Harga

Gua Chiku

10 Gua batu kapur di Gua Musang

Alamat: Jln Mat kilau, 18300, Kelantan

Telefon: 016-685 7937

Gua Chiku
Sumber gambar: Sdell Sky Art, Aizuddin Ameen & Nik Hafiz

Gua Chiku merupakan gua batu kapur yang unik dengan tujuh aras yang menyimpan khazanah alam semula jadi.

Jika berkunjung ke sini, anda akan melihat bentuk-bentuk batuan menarik yang tercipta secara semula jadi. Terdapat batu-batu yang menyerupai bentuk gajah, orang tidur, mahkota dan banyak lagi.

Gua ini mempunyai tiga pintu dan kemudahan pejalan kaki untuk masuk ke dalam gua. Harga tiket masuk berbeza mengikut umur pengunjung.

Dengan keluasan sepanjang 15 ekar, lihatlah keunikan batuan sepanjang perjalanan itu. Biasanya, pengunjung akan ramai pada hujung minggu.

Semak Harga

Stesen Keretapi Lama Gua Musang

11 Tempat bersejarah di Gua Musang

Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

Stesen Keretapi Lama Gua Musang
Sumber gambar: Asyraf Danish, Hani Isma, M Anugrah R & Zaha Abg

Hentian keretapi ini menjadi persinggahan pelancong sebelum trip to Dabong Kelantan, serta menjadi tempat tarikan pelancong untuk bergambar.

Jadi, bagi anda yang ingin berkunjung ke sini, jangan lupa bergambar sebagai tanda telah datang ke Gua Musang.

Semak Harga

Industri Burung Walit

12 Burung walit di Gua Musang

Alamat: Lot 2026, Kg Tanah Putih, 18300 Gua musang Kelantan

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Padang Besar Untuk Membeli-Belah

Telefon: –

Industri Burung Walit di gua musang
Sumber gambar: FB Emas Langit

Sarang burung walit sudah dikenali ramai kerana banyak manfaatnya kepada kesihatan dan permintaan tinggi untuk pembuatan kosmetik.

Pengunjung boleh ke sini untuk melihat pameran mengenai sarang burung walit dan membeli produk ini.

Salah seorang pengusaha produk berasaskan Sarang Walit yang terkenal di Gua Musang ialah Mohamad Azani Bin Mohamad Zin founder produk Emas Langit.

Semak Harga

Gua Madu

13 Gua menarik di Gua Musang

Alamat: Gua Madu, Jln Kampung Batu Papan, 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

Gua Madu
Sumber gambar: Choon Seng Ong

Inilah salah sebuah gua batu kapur yang menarik di Gua Musang. Mendapat gelaran “gua madu” kerana terdapat banyak sarang lebah yang menempel di sini dan menghasilkan madu.

Selain itu, anda juga boleh melihat banyak sarang burung di dalam gua ini.

Semak Harga

Padang Golf & Sukan Berkuda

14 Aktiviti golf di Gua Musang

Alamat: Jalan Persiaran Raya, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: 09-9120010

padang golf di gua musang
Sumber gambar: mdgm.kelantan.gov.m & liew eng sim

Padang ini dinamakan Kelab Rekreasi Perdana dan terletak berhampiran dengan Taman Etnobotani.

Tempat yang luas ini dilengkapi dengan 9 lubang golf dan bayarannya amat berpatutan. Ia dibuka untuk orang ramai datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bagi yang berminat dalam sukan berkuda, anda boleh melakukannya di sini.

Semak Harga

Tokong Air dan Bulan (Tokong Shui Yuegong)

15 Tokong di Gua Musang

Alamat: 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

tokong di gua musang
Sumber gambar: Golf golf, Sue Chew Yap, Kang Sze Ying (ying) & Kar Chon Soo

Tokong Shui Yuegong ini merupakan tokong tertua di Kelantan. Dibina lebih dari empat ratus tahun yang lalu oleh peneroka bijih emas.

Keindahan senibina tokong ini telah menarik pengunjung untuk datang menikmati pemandangan alam semulajadi di sekitarnya. Ini adalah tempat lawatan paling cantik di Gua Musang.

Semak Harga

Taman Etnobotani Gua Musang

16 Taman menarik di Gua Musang

Alamat: Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan

Telefon: –

taman etnobotani gua musang
Sumber gambar: Planta Kaya & Wong Pekerja

Jika anda ingin menikmati panorama yang menarik sambil bersantai bersama keluarga pada hujung minggu, maka inilah tempatnya.

Tempat ini dibangunkan untuk menjaga hutan dan tanaman herba yang digunakan untuk penyelidikan, serta sebagai kawasan riadah bagi pengunjung.

Antara tarikan lain di sini ialah taman mini, rock climbing, spa dan sauna, taman tema air dan banyak lagi. Peralatan disewakan di sini sekiranya anda ingin mencuba aktiviti di sini.

Selain beriadah, pupuklah semangat cinta kepada hutan kepada anak-anak anda. Jadi, mari bercuti di tempat menarik Gua Musang!

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Padang Besar
  • Tempat Menarik Di Baling Kedah
4/5 - (16 votes)
Tags: Kelantantempat menarik di gua musang

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved