senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Tempat Menarik Di Kajang Paling Best

Nora by Nora
May 15, 2024
in Travel
tempat menarik di kajang terkini
81
SHARES
8.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Makanan sedap di Kajang
  • 2. Air terjun Hulu Langat
  • 3. Hiking Kajang
  • 4. Laksa di Selangor
  • 5. Air terjun Semenyih
  • 6. Tempat menarik untuk keluarga di Hulu Langat
  • 7. Sungai Hulu Langat
  • 8. Ladang burung unta di Selangor
  • 9. Aktiviti hiking di Selangor
  • 10. Empangan Sungai Selangor
  • 11. Eco Resort Semenyih
  • 12. Kedai satay di Kajang
  • 13. Sarapan pagi di Kajang
  • 14. Mall di Kajang
  • 15. Tempat makan best di Kajang
  • 16. Sup kambing Kajang
  • 17. Laman grill Kajang

Sekiranya anda sudah bosan melawat Kuala Lumpur, destinasi yang seterusnya kami sarankan untuk melancong adalah tempat menarik Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat di negeri Selangor.

Perjalanan yang akan anda tempuh hanya sekitar 28 minit sahaja.

Selain tempat menarik, daerah Kajang juga terkenal dengan makanan-makanan yang pasti memukau selera anda.

Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150 Untuk Bermalam

Senarai tempat menarik di Kajang

Jika anda bercuti ke Kajang Selangor, adalah lebih baik jika datang beramai-ramai sama ada bersama ahli keluarga atau sahabat handai. Jom lihat tempat menarik Kajang!

Sate Haji Samuri

1 Makanan sedap di Kajang

Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-89265624

ADVERTISEMENT
Sate Haji Samuri di Kajang
Sumber gambar: JayaPattanhi Ramanna, Brian LikeMedia, Dan Tang & Simon SS Lan

Siapa tak kenal dengan Sate Haji Samuri ni yang paling lama di Kajang.

Setiap pengunjung yang datang ke daerah Kajang pastinya tahu akan tempat ini.

Masih lagi mengekalkan tekstur dan rasa kuahnya yang sedap serta kepelbagaian variasi satay Kajang seperti daging rusa, kambing, arnab, dan juga burung unta.

Makanan sedap di Kajang
Sumber gambar: Instagram @yen.7823

Nasi goreng dan mee bandung pun ada. Harga sate haji samuri per cucuk bermula dari RM 1.20.

ADVERTISEMENT

Jika teringin makan sate daging burung unta, maka anda wajib datang ke sini dan menikmatinya.

Anda yang menetap di Selangor, senang sahaja boleh pesan satay Kajang ini dengan foodpanda atau waze sahaja “sate haji samuri near me”.

Semak Harga

Air Terjun Sungai Gabai

2 Air terjun Hulu Langat

Alamat: Sungai Gabai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Air Terjun Sungai Gabai
Sumber gambar: Stephen Abraham, Yeehung Cheung, Joshua O’Neill & Ate Jonna Vlog

Jika anda bercadang untuk membawa keluarga anda berkelah dihujung minggu atau menikmati pemandangan alam semulajadi, kami sarankan anda untuk datang ke tempat ini.

Tempat menarik di Kajang ini sangat terkenal dan sentiasa menarik perhatian para pengunjung dengan keindahannya.

Sungai Kajang yang jernih, sejuk dan nyaman! 

waterfall gabai di selangor
Sumber gambar: Instagram @hangdhamin

Selain itu, kami menyarankan anda untuk datang di waktu pagi ya.

Jika datang lambat, nanti anda tak boleh mandi-manda lama. Kan rugi?

Semak Harga

Bukit Kajang Perdana

3 Hiking Kajang

Alamat: Kajang Dispersal Link Expy, 43000 Kajang, Selangor

Tel: N/A

Bukit Kajang Perdana

Tempat yang bagus untuk berbasikal, mendaki atau hanya pergi dengan keluarga anda untuk berjalan-jalan.

Tempat letak kereta yang banyak, suasana yang damai dan pemandangannya memang memukau!

BACA JUGA  17 Tempat Percutian Menarik Untuk Healing Di KL & Selangor

Jika datang awal pagi, pengunjung boleh menghirup udara segar dan mengambil gambar kepulan awan yang indah.

Laluan yang sesuai untuk pemula dan mengambil hanya sejam untuk naik dan turun.

Semak Harga

Laksa Buyong

4 Laksa di Selangor

Alamat: Jalan Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: 011-6075 9658

Laksa di Selangor
Sumber gambar: Muhammad Hafiz Hasan, Azie Yassin, BAKRI BAE & David Leong

Pernah dengar laksa yang dimasak di dalam buyong? Ya betul tu.

Kuah laksa di masak di dalam buyong tembikar. Inilah keunikan yang terdapat di kedai laksa Buyong klasik.

laksa buyong di kajang
Sumber gambar: Instagram @faizulryzal

Jika anda berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai, anda boleh singgah kedai ini.

Laksa ini dihasilkan dengan cara tradisional dan cubalah merasai laksa unik ini.

Semak Harga

Hutan Rekreasi Sungai Tekala

5 Air terjun Semenyih

Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-2616 4488

Hutan Rekreasi Sungai Tekala
Sumber gambar:TRANCE89, Hamidah Ismail, Shamil Oizzat, Yasmin Safidari

Sebuah lagi kawasan air terjun yang menarik untuk dikunjungi adalah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala.

Tempat menarik di Kajang ini sangat ramai dengan pengunjung yang berkelah dan bermandi manda di tepi Sungai Kajang.

hutan rekreasi sungai tekala
Sumber gambar: Instagram @nazrainmz

Pastinya anda tidak akan rugi kerana kawasan ini tidak kalah cantik dan keindahannya juga.

Oleh itu, anda perlu datang ke sini sekali sekala.

Semak Harga

Sungai Congkak

6 Tempat menarik untuk keluarga di Hulu Langat

Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Sungai Congkak
Sumber gambar: Trisha H., Soo Yong Jie, Abdul Muhaimin & Dyang Mulan

Bagi yang suka menjala ikan, tidak kira sama ada untuk dimakan semasa berkelah ataupun dibawa balik, perlu datang ke sini.

Selain alam semulajadi yang menarik dengan sungai yang jernih dan segar, ikan juga banyak di sini.

Bolehlah anda panggang dan makan bersama keluarga di kawasan yang dikelilingi dengan alam semulajadi.

mandi manda di sungai congkak
Sumber gambar: Instagram @izz_jena

Kemudahan tempat letak kereta juga disediakan.

Menariknya lagi sepanjang sungai, terdapat pondok yang boleh disewa dengan harga yang murah, ada surau dan kemudahan lain.

Malah, anda boleh tempah aktiviti skytrex Sungai Congkak.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Sungai Pangsun

7 Sungai Hulu Langat

Alamat: Kampung Kuala Pansoon, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Sungai Pangsun
Sumber gambar: Kelvin Lal, mammadanish, secohandstore, blogspot

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih kecil tetapi ingin mandi manda bersama, kami sarankan untuk membawa mereka datang berkelah ke Sungai Pangsun.  

Sungai ini lebih cetek berbanding Sungai Congkak. Jadi selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.

mandi bersama keluarga di sungai pangsun
Sumber gambar: Instagram @nurul_ainz86

Namun begitu, keselamatan anak-anak perlulah dipantau untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

Jika anda stress sebab kerja yang tak kunjung habis, anda juga perlu datang untuk refresh kembali bersama alam semulajadi yang menarik ini.

Semak Harga

Ostritch Wonderland Kajang

8 Ladang burung unta di Selangor

Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: 019-230 6686

Ostritch Wonderland Kajang
Sumber gambar: Khaleda Najwa, Queen Lady, Peter Lau & Pok Ka

Ostrich Wonderland Kajang telah beroperasi sejak tahun 2000.

Seperti namanya, di sini anda berpeluang melihat burung unta dengan dekat, memegang dan memberi makan kepada burung unta tersebut.

kanak kanak memberi makan arnab di kajang
Sumber gambar: Instagram @lau_wei_yee

Menariknya, anda juga boleh selfie bersama burung-burung unta yang sentiasa sukakan kamera dan melihat pameran tentang proses pembesaran burung unta bermula dari telurnya yang besar.

ladang unta di selangor
Sumber gambar: Instagram @judetubeofficial

Selain burung unta, di sini juga terdapat burung merak yang bebas berjalan sambil mengembangkan ekornya yang cantik.

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Bukit Broga

9 Aktiviti hiking di Selangor

Alamat: Bukit Broga, Semenyih, Selangor

Telefon: –

Bukit Broga
Sumber gambar: Ammar A, Hazan Zan, Alam Jr & Batman SG

Pencinta aktiviti hiking pastinya suka dengan Bukit Broga ini bukan?

Walaupun sebuah bukit, namun tahap kesukaran untuk mendaki bukit ini agak rendah.

pemandangan cantik di bukit broga selangor
Sumber gambar: Instagram @ammar.salehan

Jadi sangat sesuai bagi beginner untuk aktiviti hiking. Malah anda juga boleh membawa anak-anak untuk hiking bersama.

laluan mendaki ke bukit broga
Sumber gambar: Instagram @faiqahmad_

Pada waktu pagi, anda akan nampak pemandangan matahari terbit yang sangat cantik di puncak bukit.

Jadi bolehlah anda mengambil gambar sebagai kenangan.

Semak Harga

Empangan Semenyih

10 Empangan Sungai Selangor

Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Empangan Semenyih
Sumber gambar: Mohd Edzuan, Afendi Ariff, Fikri Idris & Hafiz Ahmed

Empangan Semenyih berfungsi sebagai kawasan tadahan air namun keindahan alam semulajadinya menarik sesiapa sahaja untuk datang ke sini.

aktiviti bergambar di empangan semenyih
Sumber gambar: Instagram @zuezoey

Kebiasaannya selain orang awam, kaki-kaki pancing juga datang untuk memburu ikan toman, tilapia, keli dan lain-lain.

Kawasan ini agak popular di kalangan mereka. Tidak jauh dari kawasan ini terdapat perkampungan orang asli.  

Mereka mencari pendapatan melalui tangkapan yang diperolehi dari sungai ini dan menjualnya kepada pengunjung.

Udang dan ketam di sini sangat murah.

Semak Harga

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

11 Eco Resort Semenyih

Alamat: Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: 017-420 9358

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Sumber gambar: Owner Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Semenyih Eco Venture menyajikan anda para pencinta sukan ekstrim dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti berbasikal, memandu ATV, berkayak, dan banyak lagi.  

menaiki atv di tempat menarik kajang
Sumber gambar: Instagram @ezadventuresports_

Jika anda datang berkumpulan dan suka main futsal, anda jangan risau anda boleh main futsal di sini.

Lebih seronok lagi, paintball yang menyeronokkan dan mencabar.

Semak Harga

Willy Satay 

12 Kedai satay di Kajang

Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 013-330 9291

Willy Satay
Sumber gambar: Virata Gamany, Jeffrey Yap & Nevin Sansom(3&4)

Daging satay dengan perapan yang sempurna, rempah ratus yang sangat berasa dengan variasi daging yang pelbagai.

Selain itu tidak kalah hebat dengan Haji Samuri, iaitu Sate Willy.

Kuah yang penuh dengan rasa yang sedap serasi dipadankan dengan satay Kajang mereka.

Hal ini menjadikan Willy Satay sentiasa tak lekang dek pengunjung. Disini pelayannya sangat cepat dalam menghidangkan pesanan.

Jadi anda jangan risau jika datang berkunjung ke sini pada hujung minggu.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 11 malam)

Semak Harga

Warung Bunian

13 Sarapan pagi di Kajang

Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Telefon: 017-381 2246

Warung Bunian
Sumber gambar: Kaven Raj Manoharan, Jazly Ikram, Mohd Sharuddun73 & Aqil Durrani

Warung bunian, nama kedai di daerah Kajang ini agak menyeramkan bukan? 

Jangan risau itu hanyalah sekadar nama komersial. Disini, nasi lemak sajian mereka sangat sedap.

warung bunian di kajang
Sumber gambar: Instagram @img.tarm

Menu yang menjadi kegemaran pembeli ialah nasi lemak telur bungkus.

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Hulu Selangor Untuk Pencinta Alam

Selain sambal yang rasanya mengancam selera, variasi menu lain seperti “roti jiwa kacau” juga turut menjadi perhatian.

warung-bunian-kajang
Sumber gambar: Instagram @rozuman.zaini

Anda disarankan untuk booking sebelum datang kerana Warung Bunian Kajang ini sentiasa ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar daerah Kajang.

Waktu operasi: Jumaat – Ahad (7:30 pagi – 11:30 tengah hari) & Isnin – Khamis (7:30 pagi – 2 petang)

Semak Harga

De Centrum Mall Kajang 

14 Mall di Kajang

Alamat: Jalan Ikram-Uniten 43400 Kajang, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-8738 3388

mall di kajang
Sumber gambar: Whosairie Adly, Izuan Izam Bin Ahmad Talal, Lim Ah Juan & Adli84

De Centrum Mall ialah pusat membeli-belah mesra keluarga di Kajang. Kanak-kanak boleh bermain manakala orang dewasa membeli-belah.

Mall di Kajang ini mempunyai restoran halal yang menyajikan makanan ringan hingga berat, tempatan dan antarabangsa.

Pusat kecergasan dan perkhidmatan dobi pun ada di mall ini.

Semak Harga

Kafe Kambing Kacak

15 Tempat makan best di Kajang

Alamat: No. 8, Jalan Puteri 2a/1, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 03-8912 5459

Kafe Kambing Kacak
Sumber gambar: Emran Ibrahim, Kiai Harimau, Marzuki Nextage & Sarah Omar

Teringin nak makan hidangan kambing atau masakan timur tengah? Datanglah ke tempat makan Kajang ini!

Kafe Kambing kacak ini menyajikan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Harga yang berpatutan dengan servis yang efisen.

tempat makan sedap di kajang kafe kambing kacak5
Sumber gambar: Instagram @ctbed_dah

Hidangan yang menjadi kegilaan orang ramai yang datang ke sini ialah kambing kacak special, lamb shank, nasi mandy dan banyak lagi.

Nak lihat pemandangan malam yang cantik dari bilik hotel di Kajang? Booking hotel terdekat tempat makan ini dengan harga serendah RM89 semalam!

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)

Semak Harga

Sup Ali Power

16 Sup kambing Kajang

Alamat: No. 7, Jalan Maju 1, Taman Maju 2, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 013-371 1585

Sup Ali Power
Sumber gambar: Hafzullboyzull Zull, Anuar Ithnin, Sup Ali Power & Diana Azlinda Omar(Olin)

Terdapat sebuah fakta yang mengagumkan mengenai Sup Ali Power.

Jika anda ingin tahu, kedai makan sedap di Kajang ini telah bertapak di sini selama 20 tahun.  

Tempat makan Kajang ini boleh dikategorikan sebagai gerai legend kerana telah bertahan sejauh ini. Nikmati sup tulangnya yang sedap dan kaya dengan rempah ratus.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)

Semak Harga

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

17 Laman grill Kajang

Alamat: No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 03-8741 7385

Laman Grill Steak & Bar-B-Que (Kajang)
Sumber gambar: Laman Grill Steak & Bar-B-Que(1&2), Siti Farizan Shoukkatt Ali & Aj Aladib

Teringin nak makan western food? Masakan gril dan sebagainya? Anda dijemput datang ke sini.

Tempat makan Kajang ini diasaskan oleh chef yang terbaik di Malaysia.

makanan sedap di lamb grill kajang
Sumber gambar: Instagram @lamangrill

Hidangannya juga mewah dengan rasa dan aroma. Harga yang anda bayar jika makan disini sangatlah berbaloi.

Menu istimewa mereka adalah kambing yang digrill selama 16 jam dan diambil daripada bahagian yang terbaik.

tempat sambut anniversary di Selangor
Sumber gambar: Instagram @lamangrill

Semestinya anda akan merasai nikmat yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata ketika menikmatinya.

Tempah penginapan terdekat restoran laman grill ini dengan harga RM66 semalam.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)

Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: kajangSelangor

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved