senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

14 Tempat Menarik Di Klang Paling Best

Nora by Nora
May 14, 2024
in Travel
tempat menarik di klang

Kredit gambar: istockphoto

91
SHARES
9.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pantai di Klang
  • 2. Taman tepi sungai Klang
  • 3. Pulau di Selangor
  • 4. Port mancing Klang
  • 5. Cruise from Port Klang
  • 6. Masyarakat india di Klang
  • 7. Taman di Klang
  • 8. Kedai kerepek di Klang
  • 9. Museum di Klang
  • 10. Pusat pemborong terbesar di Malaysia
  • 11. Shopping mall in Klang Valley
  • 12. Tugu Keris di Klang
  • 13. Tempat bersejarah di Selangor
  • 14. Tempat menarik untuk keluarga di Selangor

Selain Putrajaya dan Kuala Lumpur, mana lagi tempat terbaik di Selangor untuk bercuti? Jawapannya ialah Klang. Tetapi sebelum itu, tahukah anda tentang tempat menarik di Klang?

Klang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Ia juga salah satu daerah terbesar dan terpadat dengan pelbagai kaum yang anda boleh temui di sini.

Baca: 17 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia 2024 (Taman Air Popular)

Daerah ini juga boleh dikatakan daerah terpenting di Selangor kerana ia menjadi pusat perkapalan yang aktif.

Terletak sekitar 32 km dari Kuala Lumpur, Klang atau Kelang mempunyai keunikan tersendiri dengan pelbagai tempat-tempat menarik Klang untuk dikunjungi.

Senarai tempat menarik di Klang

Untuk pengetahuan anda, Klang mempunyai sejarah yang lebih lama daripada Melaka. Dahulunya, kawasan ini merupakan jajahan kerajan Majapahit menjadikan ia kawasan tertua di Selangor.

Asal usul nama Klang bermaksud ‘jalan air’ atau ‘terusan’ kerana banyak anak sungai mengalir di sini seperti Sungai Bertek, Pinang, Klang, Agas dan banyak lagi. Sebelum Kuala Lumpur, Klang juga pernah menjadi ibu kota Selangor.

ADVERTISEMENT

Daerah bersejarah ini mempunyai banyak cerita, kawasan menarik serta kepelbagaian budaya. Jom kita jelajah serba sedikit tempat menarik di Klang yang wajib anda kunjungi.

Tanjung Harapan

1 Pantai di Klang

Alamat: Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Telefon: 03-3176 6929

aktiviti di tanjung harapan selangor
Kredit gambar: Instagram @angie.francis.xavier,@azrulmuzanielok & @wan0911

Anda nak cari tempat tengok sunset terbaik di Klang? Datanglah ke Tanjung Harapan.

ADVERTISEMENT

Kawasan rekreasi ini terkenal sebagai port untuk lepak dan bersantai di petang hari. Anda juga boleh melihat bot-bot dagang melintasi kawasan pantai area Klang ini.

ootd di tanjung harapan klang selangor
Kredit gambar: Instagram @nsarm96__

Menariknya lagi, Tanjung Harapan juga popular dengan tempat makan makanan laut yang segar dan sedap.

Jadi kalau bingung nak lepak mana dekat Klang nanti, bolehlah lepak Tanjung Harapan dengan kawan-kawan.

Nak bermalam? Menginaplah di hotel di Klang terdekat yang selesa dengan harga berpatutan.

Semak Harga

Taman Pengkalan Batu

2 Taman tepi sungai Klang

Alamat: Taman Awam Pangkalan Batu, Kawasan 1, 41100 Klang, Selangor

Telefon: –

taman pangkalan awam di klang
kredit gambar: Yok Kwee Tan & nazif JT

Taman Pangkalan Batu yang seluas 5.2 ekar antara taman yang cantik di Klang.

Taman ini dilengkapi dengan gazebo, kolam kecil, laluan pejalan kaki yang selesa dan landskap hijau yang sangat menenangkan. Pengantin juga boleh mengambil gambar perkahwinan mereka.

gambar kahwin di taman pangkalan batu klang
kredit gambar: Instagram @_kcstudio

Tempat best di Klang ini juga sesuai untuk kaki pancing kerana bersebelahan dengan sungai Klang dan turut disediakan dek memancing.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Desaru Untuk Bercuti

Dari taman ini anda boleh melihat keindahan masjid Klang yang terletak di sebelah taman sahaja.

Semak Harga

Pulau Ketam

3 Pulau di Selangor

Alamat: Pulau Ketam, Selangor

Telefon: –

pulau ketam di selangor
Sumber gambar: Instagram @leetheng1204, @sayabackpacker, @ kaoru_suraya & Eng Kooi Chan

Pulau Ketam mungkin jarang anda dengari tapi pulau ini merupakan antara hidden gems di Klang.

Telah wujud sejak tahun 1880 lagi, penduduk di pulau yang dilitupi hutan bukau ini dihuni oleh penduduk bermajoriti cina muslim.

ootd di jeti pulau ketam selangor di klang
Kredit gambar: Instagram @tourismselangor_ar

Anda boleh menyewa basikal dan bersiar-siar di kawasan kampung yang unik ini.

Tarikan lain yang ada di Pulau Ketam Selangor ini adalah rumah pelangi yang sangat cantik jika anda nak buat sesi fotografi.

Semak Harga

Laguna Park Pulau Indah

4 Port mancing Klang

Alamat: Laguna Park, Pulau Indah, Selangor

Telefon: –

laguna park di pulau indah
kredit gambar: Instagram @fareeza_eza, purerunner 89 & @bondthegreat

Kalau anda kaki pancing memang wajiblah untuk datang ke Laguna Park di Pulau Indah sebab tempatnya memang mesra pemancing.

Di kawasan tempat menarik Klang ini disediakan jeti dan pondok kecil jadi kalau hujan bolehlah berteduh.

Tempat menarik di Pulau Indah ini juga sesuai untuk berjoging, riadah petang dengan keluarga atau lepak dengan kawan-kawan sambil layan angin pantai.

ootd di lagun park di klang selangor
Sumber gambar: Instagram @anisyusree

Tambahan lagi, Laguna Park ni pun salah satu tempat untuk tengok sunrise dan sunset yang cun.

Anda juga boleh bergambar di rumah rakit Pulau Indah, mengunjungi Pantai Acheh di Pulau Indah atau menginap di resort Pulau Indah.

Semak Harga

Port Klang Cruise

5 Cruise from Port Klang

Alamat: Cruise Terminal, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor

Telefon: 03-3161 7000

kapal berlabuh di klang
kredit gambar: Ledzep Odette, Mohamed Tahan. , Raymond Goh & Justin Ang

Port Klang Cruise Center merupakan antara tempat menarik di Klang.

Juga dikenali sebagai Glenn Cruise Terminal, disinilah tempat berlabuh kapal-kapal mewah, besar dan canggih seperti kapal persiaran.

Kredit gambar: raf1_xx

Pelabuhan ini mempunyai terminal berlepas yang menggunakan teknologi tinggi dan berhubung terus ke cruise.

Kalau nak cuci mata tengok kapal-kapal besar bolehlah singgah ke sini.

Semak Harga

Little India Klang

6 Masyarakat india di Klang

Alamat: Little India, No.28-A, 1st Floor, Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Telefon: –

gambar little india klang
kredit gambar: Patrick Tan, Ravi Kumar & how hl8732

Little India sudah semestinya wujud di kawasan berbilang kaum. Little India Klang tidak kurang meriahnya seperti di Kuala Lumpur.

Tahukah anda? Little India di Klang adalah pusat beli-belah barangan kebudayaan India terbesar di Malaysia.

ootd di litlle india klang
kredit gambar: Instagram @thihalulin

Seperti biasa jika anda ingin mencari barangan atau cenderahati budaya India seperti kalung bunga, sari, dan sebagainya memang inilah lokasinya.

Kawasan ini juga banyak restoran india muslim yang terkenal dengan karinya yang sedap.

Semak Harga

Taman Rakyat

7 Taman di Klang

Alamat: Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, 41100 Klang, Selangor

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Yang Wajib Dikunjungi

Telefon: –

gambar taman rakyat klang
Kredit gambar: petitgo.com

Taman Rakyat antara taman menarik di Klang yang sesuai untuk aktiviti keluarga.

taman rakyat klang selangor
Sumber gambar: Instagram @ speed_demon999_evil

Berkonsepkan “Taman Untuk Semua”, pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan seperti berjoging, jungle trekking, dan terdapat tapak refleksologi.

Bahkan anda juga boleh berkhemah di Taman Rakyat Klang ini.

Baca: 16 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Kemudahan seperti tempat parking, tandas awam, bahkan dewan terbuka juga disediakan. Semestinya taman yang “mesra pengunjung”.

Semak Harga

Pasar Jawa Klang

8 Kedai kerepek di Klang

Alamat: Kawasan 18, 41300 Klang, Selangor

Telefon: –

pasar jawa di klang selangor
kredit gambar: twitter (@shah_shnetwork), Azian Ahmad & Facebook @kelangcity

Pasar Jawa Klang boleh dikatakan syurga keropok-keropok, kerepek dan pelbagai makanan tradisional serta biskut raya.

Selain itu, pasar ini juga menjual barangan kelengkapan solat seperti tudung, sejadah, buku-buku agama, telekung dan lain-lain.

Kalau anda merancang untuk berkelah atau berjalan jauh, lebih baik singgah dulu ke sini untuk beli makanan ringan buat kudapan.

Semak Harga

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

9 Museum di Klang

Alamat: Jalan Stesen, kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Telefon: 03-3373 6500

galeri diraja sultan abdullah
kredit gambar: Selangor.travel, timeout.com

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pula adalah galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi barangan kesultanan Selangor baju persalinan diraja, replika pedang negeri, keris dan mahkota berlian.

Galeri yang unik ini berlokasi di sebuah bangunan colonial bernama Bangunan Sultan Sulaiman.

bergambar pengantin di klang selangor
kredit gambar: Instagram @zaimanbridal

Juga dikenali sebagai muzium kenangan, dalam galeri ini anda boleh menghayati Riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang memerintah Selangor selama lebih 3 dekad.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Baca: 16 Resort Menarik Di Selangor Untuk Percutian Hebat

GM Klang Wholesale City

10 Pusat pemborong terbesar di Malaysia

Alamat: Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor

Telefon: 03-3385 2300

gm klang di selangor
kredit gambar: GM Klang Wholesale City, Facebook @gmkwholesale, WM vidstoryeo & Velocity Velosport

Lokasi borong 1 hentian yang paling kerap dikunjungi di Selangor!

Kalau orang Klang mestilah tahu tentang Wisma GM Klang Wholesale City yang menjual barangan dengan harga borong dan murah.

Selalunya lokasi ini terkenal dalam kalangan peniaga kecil untuk mencari barangan untuk dijual sebab kalau beli barang secara pukal disini memang murah.

Lebih daripada 2,500 kedai ditempatkan di GM Klang Wholesale City.

Antara barangan yang boleh dibeli adalah pakaian, makanan, produk kecantikan, dan lain-lain.

Di sini juga disediakan tempat untuk berehat sambil membeli-belah, dan tempat makan yang menawarkan makanan yang lazat.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)

Semak Harga

AEON Bukit Tinggi Klang

11 Shopping mall in Klang Valley

Alamat: AEON Bukit Tinggi Shopping Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Terbaik 2022

Telefon: 03-3326 2370

AEON bukit tinggi di selangor
kredit gambar: keshmen.com, wikimapia.org, top-rated.online

Terletak di Bandar Bukit Tinggi, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre adalah kompleks beli-belah utama di Klang.

Berkeluasan 26 ekar, memang sangat luas, besar dan pelbagai jenis barangan serta servis yang tersedia.

port menarik di aeon mall klang
kredit gambar: Instagram @feb10_02

Terdapat juga cinema, tempat makan menarik serta ruang permainan untuk remaja dan kanak-kanak.

Pasar raya ini juga dikenali sebagai Jusco Bukit Tinggi dan berlokasi sangat strategik kerana terletak di tengah kawasan bandar.

Selain membeli keperluan harian dan runcit, mall ini juga menjadi tempat orang awam terutama pasangan kekasih atau suami isteri berdating di mall ini.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Semak Harga

Taman Bandar Diraja

12 Tugu Keris di Klang

Alamat: Jalan Istana, 41200 Klang, Selangor

Telefon: –

Taman Bandar Diraja
kredit gambar: mdfaiez84.com, kompasiana.com & foursquare.com

Taman seluas 16 ekar ini adalah mercu tanda atau simbolik Klang Bandar Diraja.

Dibina berdekatan dengan Istana Alam Shah, Taman Bandar Diraja ini dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, kawasan parkir luas dan dilindungi pokok-pokok besar untuk anda berteduh.

tugu keris di taman diraja klang
kredit gambar: Instagram @pelurus3sat

Dalam taman tempat best di Klang ini ada dataran keris dimana anda akan melihat sebilah tugu keris yang berdiri tinggi dan memukau.

Semak Harga

Gedung Raja Abdullah

13 Tempat bersejarah di Selangor

Alamat: Gedung Raja Abdullah, Kelang, Selangor

Telefon: –

Gedung Raja Abdullah
kredit gambar: Selangor.gov.my, bradyndsx.blogspot.com, heritage.gov.my

Bangunan bersejarah ini dahulunya merupakan gudang milik Raja Abdullah pada zaman pemerintahan British.

Kini, ianya merupakan lokasi bersejarah Klang dan dijadikan muzium bijih timah. Bangunan ini dibina berkonsepkan Anglo-Indian dengan kombinasi seni bina tempatan.

Pastikan singgah ke sini jika berkunjung ke Klang terutama anda yang minat tentang sejarah.

Semak Harga

Riverine Splash Pulau Carey

14 Tempat menarik untuk keluarga di Selangor

Alamat: Amverton Riverine Splash, 42700 Carey Island, Selangor

Telefon: 03-3123 3888

riverine splash tempat menarik untuk family di selangor
Kredit gambar: Tourism Selangor

Riverine Water Theme Park & Hotel adalah tarikan baru di Klang yang dibuka pada tahun ini.

Tempat menarik Klang ini yang juga dikenali sebagai Riverine Splash Amverton Cove ini terletak di resort Pulau Carey.

family day di riverine splash amverton cove selangor
Kredit gambar: Instagram @narita_shipudden

Menariknya lagi terdapat 12 gelongsor air serta kolam yang berbagai saiz dari yang besar sehingga paling kecil untuk kanak-kanak.

Pastikan anda mencuba gelongsor Anaconda yang berbentuk seakan Anakonda membelit mangsanya.

Banyak lagi tarikan lain yang menyeronokkan untuk anda sekeluarga meluangkan masa bersama bergembira di taman tema Pulau Carey ini.

Riverine Water Park Map di selangor
Kredit gambar: https://www.amvertoncove.com

Kalau nak ceriakan wajah dan hati anak-anak, bawa saja mereka ke sini. Harga pun berpatutan hanya RM 58 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak.

Penat bermain di tempat percutian menarik di Selangor ini? Booking hotel Amverton Cove di Agoda dengan tawaran diskaun menarik!

Semak Harga
4/5 - (14 votes)
Tags: KlangSelangor

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved