senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor Terkini

Nora by Nora
April 5, 2024
in Travel
tempat menarik di sabak bernam selangor

Sumber gambar: Instagram @amirfarhanmf

216
SHARES
21.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Muzium bersejarah di Sabak Bernam
  • 2. Pantai di Sabak Bernam
  • 3. Pasar awam Sabak Bernam
  • 4. Pemandangan sawah padi di Sabak Bernam
  • 5. Makanan sedap di Sabak Bernam
  • 6. Tempat sarapan di Selangor
  • 7. Pelajari cara pemprosesan padi
  • 8. Kuih kapit di Sekinchan
  • 9. Tempat menarik di Sabak Bernam untuk family
  • 10. Tempat bergambar menarik di Sabak Bernam
  • 11. Tempat penginapan menarik di Sabak Bernam
  • 12. Masjid di Sabak Bernam
  • 13. Tempat memancing di Selangor
  • 14. Tempat menarik di Sungai Besar
  • 15. Kedai makan Sabak Bernam
  • 16. Hotel di Sabak Bernam

Anda tinggal di Sabak Bernam, tetapi pening nak ke mana ketika bercuti? Di manakah tempat menarik di Sabak Bernam?

Bagi yang belum tahu, Sabak Bernam terdiri daripada daerah besar di Negeri Selangor dan bersempadan dengan Negeri Perak. 

Di daerah ini, majoriti penduduknya berketurunan Jawa. Terdapat 3 bandar utama di sini iatu Sekinchan, Pekan Sabak Bernam sendiri dan Sungai Besar.

Kawasan menarik di Selangor menawarkan pemandangan sawah padinya yang unik. Nikmati percutian bersama keluarga di Sabak Bernam, Selangor.

Senarai Tempat Menarik Di Sabak Bernam

Tarikan alam yang menakjubkan juga menyokong ekonomi negara. Jadi, nikmatilah percutian dalam negara.

Sabak Bernam mungkin tidak sepopular destinasi lain, tetapi masih ada tempat menarik untuk keluarga, percutian solo atau bersama rakan.

Berikut beberapa cadangan tempat menarik jika anda mengunjungi Sabak Bernam.

ADVERTISEMENT

Muzium Sabak Bernam

1 Muzium bersejarah di Sabak Bernam

Alamat: Jalan Raja Chulan, Pekan Sabak Bernam, 45200 Sabak, Selangor

Telefon: 03-3216 5586

muzium di sabak bernam selangor
Sumber gambar: luvfeelin 乐飞翎 (乐飞翎)

Kemasukan adalah percuma, jadi jangan lepaskan peluang untuk mempelajari sejarah perikanan dan industri pertanian masyarakat Sabak Bernam. 

Terdapat pameran aktiviti-aktiviti penduduk terawal seperti penanaman sawah padi, pisang, koko, kelapa sawit, kopi, dan getah.

ADVERTISEMENT
muzium sabak bernam di selangor
Sumber gambar: Instagram @thefzmn

Anda akan melihat banyak arca, infografik, replika, dan barangan tradisional yang digunakan dalam industri pertanian, terutamanya penanaman padi.

Di halaman belakang muzium terdapat replika rumah kampung tradisional.

Waktu Operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 5:30 petang)

Semak Harga

Pantai Bagan Nakhoda Omar

2 Pantai di Sabak Bernam

Alamat: Jalan Satu Pantai Bno, 45200 Sabak, Selangor

Telefon: –

pantai bagan nakhoda di selangor
Sumber gambar: chon yew loke, Iman Mi, Irman Putra & Norazleennizar Alin

Lokasi menarik di tepi pantai Sabak Bernam, rasai kehidupan penduduk sambil menghirup udara segar dan menikmati suasana damai.

Salah satunya Pantai Bagan Nakhoda Omar yang menawarkan suasana terbaik dengan keindahan alam.

memancing di pantai sabak bernam
Sumber gambar: Aidil Hakimi

Kunjungi Pantai Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam untuk percutian keluarga yang menyeronokkan.

Baca: 14 Penginapan Yang Ada Private Pool di Malaysia Untuk Percutian Hebat

santai di pantai sabak bernam
Sumber gambar: Instagram @azmiyakzan

Habiskan waktu petang di pantai Sabak Bernam ini serta melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Selepas puas bersantai, singgah makan di medan selara tepi pantai Sabak Bernam yang berdekatan untuk menikmati mee udang atau hidangan laut yang sedap.

Semak Harga

Pasar Sungai Haji Dorani

3 Pasar awam Sabak Bernam

Alamat: 130, B53, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon: –

pasar di sabak bernam
Sumber gambar: Rin Jid, Zulbahrin Nordin, Bazaar Dorani Perdana (Pasar Basah Sg Hj Dorani)

Adakah anda ingin membeli makanan laut segar atau ikan di Sungai Besar? Jom ke Pasar Sungai Haji Dorani.

Selain makanan laut, terdapat juga bahan basah dan makanan lain. Memerhati gelagat penjual melariskan perniagaan di Pasar Sungai Haji Dorani cukup menghiburkan.

Rancang aktiviti barbeku di Sabak Bernam dan beli makanan laut segar seperti ikan, sotong, udang dan banyak lagi.

Semak Harga

Sawah Padi Sekinchan

4 Pemandangan sawah padi di Sabak Bernam

Alamat: Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia

Telefon: –

sawah padi di sabak bernam selangor
Sumber gambar: Instagram @renliwak, @myra.fendi & @fateennorliyana

Anda ingin melihat pemandangan sawah padi yang menakjubkan? Jom berkunjung ke pekan Sekinchan.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Kelantan Terkini

Tempat percutian menarik di Sabak Bernam ini merupakan salah satu wilayah pengeluar beras utama Malaysia.

ibu & bayi bergambar di sawah padi selangor
Sumber gambar: Instagram @zarazayanie_manan

Di sini, kawasan sawah padi sangat luas dan tersusun rapi. Nak gambar pun background cantik!

Menariknya, kawasan kampung ini sering dijadikan latar belakang dalam drama dan filem.

Semak Harga

Restoran Lembah Bernam

5 Makanan sedap di Sabak Bernam

Alamat: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan, Pasir Panjang, Selangor

Telefon: 017-285 8603

restoran lembah bernam di selangor
Sumber gambar: Zakaria Sidek, MZ Azrin, Jon Wak & Norman Nordin

Nikmati aktiviti percutian di Sabak Bernam dengan melawat tarikan pelancong terbaiknya.

Sebagai contoh, anda boleh cuba makan tengahari di Restoran Lembah Bernam.

Sumber gambar: Zakaria Sidek, MZ Azrin, Jon Wak & Norman Nordin
Sumber gambar: Instagram @discoverselangor

Ia merupakan salah satu destinasi makan tengah hari paling terkenal di bandar ini.

Tempat makan menarik di Sabak Bernam ini menyajikan pelbagai hidangan ala kampung, termasuk hidangan daging rusa, ulam-ulaman, seafood dan banyak lagi.

Semak Harga

Restoran Kuala Kurau

6 Tempat sarapan di Selangor

Alamat: Sungai Besar, 45400 Sungai Besar, Selangor

Telefon: –

tempat makan best di sabak bernam selangor
Sumber gambar: muhammad sufi, Aten “N.” , Shahida Shauki & Moon Walks the World

Tak tahu nak sarapan kat mana? Jika anda berkunjung ke Daerah Sabak Bernam, singgahlah ke Restoran Kuala Kurau.

Menariknya, restoran ini mempunyai banyak gerai dalam satu tempat, seperti food court di mall.

Terdapat pelbagai hidangan di kedai makan Sabak Bernam ini seperti mee kari, char kuey teow dan banyak lagi!

tempat makan sedap di restoran kuala kurau selangor
Sumber gambar: nur izzati

Penduduk tempatan kerap memilih Restoran Kuala Kurau di Sungai Besar.

Menu paling popular di tempat makan best di Sabak Fernam ini ialah cucur udang. Anda wajib mencuba sebab sangat sedap!

Semak Harga

Galeri Padi Sekinchan

7 Pelajari cara pemprosesan padi

Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 016-215 7028

paddy gallery di sekinchan selangor
Sumber gambar: Snyz Yao, 黄 Wong劍 成 Kimseng & Adzhar

Kilang pemprosesan beras Galeri Padi merupakan salah satu tarikan utama di Pekan Sekinchan. Ia adalah satu-satunya kilang beras yang dibuka untuk pelawat.

bergambar pengantin di selangor
Sumber gambar: Instagram @qyddinphoto

Lawati kilang beras Sekinchan ini untuk memahami proses pemprosesan beras menggunakan teknologi terkini.

Tempat menarik di Sabak Bernam ini juga menyediakan cendol beras mutiara dan bertih beras. Sedap, rangup dan boleh dimakan terus!

ootd di galeri padi sekinchan
Sumber gambar: Instagram @arishaarihana

Luangkan masa di sini sambil mengagumi kawasan sawah padi di sekeliling.

Waktu Operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 12:30 tengah hari, 2 petang – 5:30 petang)

Semak Harga

Ah Ma House

8 Kuih kapit di Sekinchan

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 014-230 5753

Sumber gambar: Instagram @sheren_san & visit-sekinchan.com

Jangan lupa singgah di Ah Ma House! Rumah kampung ini dipenuhi dengan pelbagai barangan vintaj seperti telefon, tv dan kerusi rotan yang yang telah digunakan bertahun-tahun.

Pengunjung juga boleh mengambil gambar. Ah Ma bahulu, tart nenas, kuih bangkit, biskut kacang, keropok udang, dan barangan lain turut dijual.

buat kuih kapit di ah ma house sekinchan
Sumber gambar: Instagram @boxcubebxc

Selain itu, terdapat juga pembuatan kuih kapit oleh penduduk tempatan secara tradisional.

Ketika membuat kuih kapit, Ah Ma House mematuhi pepatah “buat sekarang-jual sekarang” untuk mengekalkan kualitinya.

ah ma house sekinchan
Sumber gambar: Instagram @_11_amang_

Kerana kuih kapit di sini sangat terkenal, anda boleh membelinya untuk dibawa pulang dan menonton cara membuatnya secara langsung!

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Pantai Redang Sekinchan

9 Tempat menarik di Sabak Bernam untuk family

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

pantai redang sekinchan yang cantik
Sumber gambar: visit-sekinchan.com

Sebuah pantai rahsia di Sekinchan dipanggil Pantai Redang yang berdekatan dengan Pekan Sekinchan.

Di Sekinchan, Pantai Redang adalah permata tersembunyi yang berbaloi untuk diterokai, lebih-lebih lagi jika anda sudah muak ke sawah padi.

pantai redang sekinchan
Sumber gambar: Instagram @udin_faudzir

Singgah sebentar di Pantai Redang, Sekinchan serta nikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan laut yang tenang.

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Labuan Untuk Dikunjungi

Terokai keindahan pantai ini dan lihat “Sekinchan Wishing Trees,” pokok besar yang dihiasi dengan reben merah.

pantai redang sekinchan
Sumber gambar: Instagram @i.shams.rosli

Setelah penat berjalan di pantai atau mengutip ketam hermit, makan malam di restoran makanan laut terdekat atau cuba makanan ringan dan minuman di gerai berdekatan.

Jika anda ke Pantai Redang sekitar jam 7 malam, anda dapat melihat matahari terbenam yang menakjubkan di sana.

Semak Harga

Coconut Farm Sekinchan

10 Tempat bergambar menarik di Sabak Bernam

Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia

Telefon: 017-7451263

coconut farm di selangor
Sumber gambar: Instagram @ muddin_ , @ shahafizan & @ pimcess_ayu

Ini lokasi yang sesuai untuk berhenti berehat pada waktu petang dan nikmati air kelapa Sekinchan.

Tempat ini hanya 15 minit pemanduan dari Pekan Sekinchan. Lepak di bawah pokok kelapa sambil menghirup air kelapa segar.

Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

coconut farm di selangor 6
Sumber gambar: Instagram @ ernest.tech

Selain daripada itu, anda boleh mencuba Coconut Shake, jeli kelapa, rojak dan makanan lain yang ditawarkan di sini.

Tempat makan menarik di Sabak Bernam ini dikelilingi oleh ladang kelapa dan merupakan lokasi yang bagus untuk sesi foto “OOTD”.

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (10 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Villa Chee

11 Tempat penginapan menarik di Sabak Bernam

Alamat: Lot 3919, Jalan Sawah Ban Site B, 45 400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 012-5050 328

tempat penginapan di selangor 1
Sumber gambar: agoda.com

Penginapan ini terletak di tengah-tengah sawah padi di Sekinchan. Dari balkoni bilik, anda boleh melihat sawah padi dan gambar pemandangan yang sesuai untuk Instagram.

Saksikan matahari terbit melalui awan semasa anda bangun di tengah-tengah sawah yang baru diusahakan.

Sumber gambar: Instagram @atikahh.nur

Sambil anda berehat dan bersiar-siar di sepanjang laluan padi yang indah, rehatkan minda anda. Lebih menarik lagi, seseorang boleh berehat di gazebo bersebelahan dengan kolam koi Jepun.

Baca: 15 Chalet Tepi Pantai Terbaik Malaysia (Family Day & Honeymoon)

Sumber gambar: Instagram @_hasbazilah

Pilih antara tinggal di salah satu ruang kediaman kontena atau salah satu bilik kontemporari yang selesa. Jika makanan laut yang anda cari, datanglah ke Restoran Seafood D’Bendang yang terkenal milik penginapan ini.

Lokasi yang sangat baik untuk perjumpaan keluarga dan ada balkoni terbuka di atas bumbung. Pemandangannya sangat indah.

ootd di villa chee sekinchan
Sumber gambar: Instagram @amranjafar__

Kemudahannya bagus, dan terdapat banyak tarikan berdekatan. Jika anda ingin meluangkan sedikit masa berehat, dengan tenang, pertimbangkan untuk bercuti di Villa Chee Sekinchan.

Kadar purata semalam: RM 209

Review:

“Kami sangat menikmati penginapan kami di sini. Ia pendek tetapi tidak dapat dilupakan, kakitangannya penuh perhatian dan biliknya bersih. Banyak kemudahan dan aktiviti untuk dilakukan di sekitar vila. Pemandangan dari atas bumbung sangat hebat! Kami mempunyai penginapan yang hebat dan pasti akan datang lagi!..”

Semak Harga

Masjid Jin

12 Masjid di Sabak Bernam

Alamat: Panchang Bedena, 45400 Sungai Besar, Selangor, Malaysia

Telefon: –

masjid jin di selangor
Sumber gambar: Instagram @hasifhamsyari

Masjid Lama Panchang Bedena dibina pada tahun 1905 dan terletak 8 km dari Pekan Sungai Besar.

Tempat beribadat penduduk setempat ini memaparkan seni ukir dan ciri-ciri tradisional Melayu. Sungguh menakjubkan bagaimana masjid yang satu ini dibina daripada kerangka kayu.

masjid jin di selangor
Sumber gambar: Instagram @hasifhamsyari

Selain itu, masjid ini digelar “Masjid Jin” dalam kalangan penduduk kerana banyak perkara aneh pernah berlaku di masjid ini.

Bangunan masjid di Sabak Bernam ini dianggap sebagai Harta Warisan Negara kerana reka bentuknya yang klasik, 4 tiang seri berusia lebih 100 tahun dan tanpa sebarang penggunaan paku.

Semak Harga

Kelong Paradise Resort

13 Tempat memancing di Selangor

Alamat: Jetty zaik Kelong Paradise Bagan Nakoda Omar, 45200 Sabak, Selangor

BACA JUGA  17 Tempat Percutian Menarik Untuk Healing Di KL & Selangor

Telefon: 012-297 4663

kelong paradise resort di selangor
Sumber gambar: Facebook @kelongparadisesabakbernam

Keindahan dari Kelong Paradise Sabak Bernam ini menarik ramai kaki pancing dari Selangor.

Pelbagai ikan boleh dipancing di sini seperti ikan jenahak, kerapu, senangin, bawal, dan lain-lain. Tempat ini juga ada kawasan playground untuk kanak-kanak.

aktiviti memancing di sabak bernam
Sumber gambar: kelongparadisesabakbernam

Pesona alam dengan suasana damai akan memanjakan siapa saja yang datang melancong ke tempat cuti Sabak ini. 

Pemandangan matahari terbenam dan terbit dari tempat menarik ini juga sangat cantik.

makan sambil melihat laut di sabak bernam
Sumber gambar: kelongparadisesabakbernam

Dapatkan tempat penginapan selesa semasa anda memancing bersama rakan atau keluarga pada hujung minggu.

Pada waktu malam, anda boleh memanggang ikan yang telah dipancing.

Semak Harga

Laman Tebu Aidil

14 Tempat menarik di Sungai Besar

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor, Malaysia

Telefon: 019-2531566

laman tebu di selangor
Sumber gambar: Norman Mj, Aras Biomed Resources & Najwa Izwanie

Ketika bercuti di Sabak Bernam, cubalah melawat ke Laman Tebu Aidil kerana anda boleh mencuba air tebu di tengah-tengah rimbunan pokok tebu.

makan-makan di ladang tebu selangor
Sumber gambar: نورليذا عزيز

Rasa air tebu yang ditanam dan diperah di tempat makan viral di Sungai Besar ini sangatlah sedap!

Anda harus pergi ke tempat ini jika anda ingin berehat dan menikmati makanan dan minuman sambil menghirup udara segar di ladang padi dan tebu terutamanya warga Lembah Klang atau Selangor.

makan di laman tebu sungai besar
Sumber gambar: Instagram @ayunie_smy

Menariknya peniaga di sini menawarkan makanan sedap di Sungai Besar Selangor seperti laksa, nasi lemak, kepak madu, air tebu dan buah-buahan serta banyak lagi makanan lain.

ootd di ladang tebu sabak bernam selangor 2
Sumber gambar: Instagram @mazlanzain

Sebenarnya, laman tempat makan viral di Sungai Besar ini cukup cantik dan mempunyai panorama indah yang boleh anda gunakan sebagai post Instagram.

Waktu operasi: Sabtu – Isnin (11:30 pagi – 7:30 malam)

Semak Harga

Restoran Mee Udang BNO

15 Kedai makan Sabak Bernam

Alamat: 45200 Sabak, Selangor

Telefon: 013-9614401

mee udang viral di selangor
Sumber gambar: Daus Yusof, Aliff Aiman, Ejan Cobranoy & mista kay

Cara terbaik untuk menamatkan lawatan sehari anda ke daerah Sabak Bernam adalah dengan makan Mee Bandung, salah satu kegemaran tempatan.

Singgah ke Gerai Mee Udang BNO Sabak Bernam selepas seharian bersiar-siar di Pantai Bagan Nakhoda Omar.

makan sedap di tepi pantai bagan nakhoda
Sumber gambar: Instagram @blackmotospeed

Mee udangnya penuh dengan kemanisan udang segar dan boleh membangkitkan selera.

Jika anda berkunjung ke Pekan Sekinchan, anda harus mencuba menu ini kerana harganya sangat berpatutan.

mee udang sedap di tepi pantai sabak bernam
Sumber gambar: Instagram @johncavitto

Tempat makan menarik di Sabak Bernam ini menawarkan pilihan portion mee yang banyak dengan seafood udang segar dari laut hasil tangkapan nelayan.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 7 malam)

Semak Harga

A Boutique Hotel Sekinchan

16 Hotel di Sabak Bernam

Alamat: No 6, Jalan Perdana 2, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 03-3241 5555

hotel di sabak bernam1
Sumber gambar: agoda.com

Hotel butik pertama di Sekinchan, A+ Boutique Hotel menawarkan bilik dengan harga berpatutan.

Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat baik, dengan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik bagi tetamu.

ootd di hotel sabak bernam  selangor
Sumber gambar: Instagram @leesabunyun

Nikmati keindahan semula jadi Sekinchan dan sawah padinya yang menghijau sambil bermalam di bilik yang dihias menarik, bersih, dan selesa.

Tempat penginapan di Sabak Bernam ini juga menawarkan bilik unik bertema Carousel serta taman mini untuk kanak-kanak bermain.

ootd di atas bumbung hotel sabak bernam selangor
Sumber gambar: Instagram @Senpei

Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat baik dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan oleh hotel untuk memastikan tetamu mendapat penginapan yang terbaik.

Kadar purata semalam: RM 100

Review:

“Sangat mengesyorkan dengan harga yang lebih murah. Bilik Bersih, byk spot utk OOTD & staff jgk friendly. Mesra kanak-kanak. 5 minit ke Msekin Wonderland..”

Semak Harga
4.1/5 - (15 votes)
Tags: sabak bernamSelangortempat menarik

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved