Table of Contents
Di mana tempat menarik di Kota Marudu, Sabah? Jika anda berkunjung ke Kota Marudu, terdapat beberapa tempat menarik yang patut anda kunjungi.
Salah satunya ialah mengunjungi Pantai Teringai dengan air laut yang jernih dan singgah makan di tempat makan menarik di Kota Marudu.
Nak tinggal lebih lama? Bookinglah homestay Kota Marudu yang menawarkan penginapan yang selesa dengan suasana kampung.
Tambah lagi, anda boleh melawat tempat menarik di Kota Belud dan tempat menarik Pitas yang berdekatan.
Jadi, jika anda merancang untuk melancong ke Sabah, jangan lupa untuk menjadikan Kota Marudu sebagai salah satu destinasi pelancongan utama anda!
Senarai 14 Tempat Menarik Di Kota Marudu
Gl Hotel Kota Marudu
1 Hotel di Kota Marudu
Alamat: 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 088-669 222

Nak menginap di Kota Marudu Sabah tapi dengan bajet yang rendah? Apa kata anda booking GL Hotel Kota Marudu.
Hotel ini sesuai untuk percutian bersama keluarga. Selain itu, hotel ini juga menyediakan dewan mini yang sesuai untuk majlis perkahwinan, pertemuan korporat, atau acara keluarga.
Ruang ini dijaga dengan baik, sentiasa bersih dan teratur, memastikan setiap acara berjalan lancar dan berjaya.
Bilik-bilik hotel murah di Kota Marudu ini kemas dan selesa, memberikan suasana yang menyenangkan untuk berehat selepas aktiviti seharian.
Rajawali Homes Kota Marudu
2 Hotel terbaik di Kota Marudu
Alamat: Lot 7 to 10, Block B, Langkon Commercial Centre, Langkon, 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 011-52311777

Hotel ini menawarkan bilik yang bersih dan selesa. Sangat sesuai untuk pelancong dan penginapan bersama keluarga.
Terletak di lokasi strategik antara Pitas dan Kudat, hotel ini berdekatan dengan kedai-kedai, restoran, dan klinik.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk lif, daily housekeeping, perkhidmatan dobi, tempat letak kereta di hadapan hotel, dan restoran hotel di sebelah pintu masuk.

Selain itu, hotel ini menampilkan suasana moden dengan staff yang peramah dan sentiasa bersedia untuk membantu.
Biliknya menawarkan pemandangan matahari terbenam yang tenang dengan ribuan burung terbang.
Tetamu terdahulu memberikan penilaian yang lebih tinggi daripada 90% penginapan lain di bandar ini.
Ulasan pengunjung;
“Hotel terbaik untuk menginap. Sangat bersih, seperti baru dan saya suka betapa bersihnya bilik mandi. Hotel ini mempunyai dobi mereka sendiri. Kali kedua saya menginap di sini”
Hotel Season 2 Kota Marudu
3 Hotel murah di Kota Marudu
Alamat: 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 088662555

Ruang biliknya luas tapi tandasnya agak sempit untuk bilik dengan 2 katil. Bagi bilik satu katil dengan katil queen, tandasnya lebih luas.
Perlu diingat bahawa hotel ini tidak mempunyai lif, jadi bagi mereka yang datang bersama warga tua, lebih baik meminta bilik di tingkat satu.
Hotel murah Kota Marudu ini juga menyediakan mesin air di lorong. Terdapat sebuah restoran tempatan di tingkat bawah, Speedmart 99, dan KFC berdekatan kawasan hotel ini.
Kos untuk bilik dengan 1 katil ialah RM75, manakala bilik dengan 2 katil adalah RM93. Mereka juga menerima pembayaran dengan tunai dan kad.
Walai Rabbit’s & Tunggung Recreation Centre
4 Tempat menarik di Kota Marudu untuk kanak kanak
Alamat: Kampung Tunggung, 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: N/A

Walai Arnab di Kota Marudu adalah destinasi pelancongan yang menarik dengan suasana tenang, pemandangan sawah padi, dan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, itik, rusa, penyu, ayam turki, hamster, dan ikan.
Tempat ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga kkerana terdapat aktiviti menarik seperti memberi makan arnab dan rusa, melihat bunga, menaiki buaian, memancing, bermain sampan, berkayak, fish foot massage, dan menaiki ATV.

Dengan harga tiket masuk serendah RM 2 untuk kanak-kanak dan RM 3 untuk dewasa, zoo mini ini pilihan terbaik untuk menghabiskan masa bersama keluarga sambil melihat haiwan-haiwan yang comel dan jinak.
Tempat menarik ini juga dekat dengan bandar Kota Marudu dan sesuai untuk berkelah bersama keluarga, majlis ulang tahun, dan lain-lain lagi.
Walai Tobilung
5 Pusat kebudayaan di Kota Marudu
Alamat: 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 019-8320408

Walai Tobilung, yang juga dikenali sebagai Rumah Budaya Tobilung dibina pada tahun 2010 oleh komuniti di Kampung Minansad, Kota Marudu.
Monumen ini melambangkan kebanggaan etnik Tobilung di Borneo Utara, Sabah.
Walai Tobilung terletak kira-kira 5km dari Pekan Langkon dan berada di tengah jalan ke Simpang Mengayau (Hujung Borneo).
Di sini, pengunjung dapat merasai budaya, keindahan alam semula jadi, dan warisan Tobilung serta menginap di penginapan yang disediakan.
Walai Tobilung mempunyai tujuan utama untuk memelihara keunikan budaya Tobilung serta menyampaikan maklumat pendidikan kepada pengunjung.
Tempat ini menyediakan 7 tarikan budaya dan aktiviti menarik, termasuk galeri budaya, pakaian adat, lawatan pendidikan, alat muzik tradisional, dan persembahan budaya.
Pengunjung juga dapat mengambil gambar di “GONG” unik terbesar di sini!
Mundan Hill
6 Tempat hiking menarik di Kota Marudu
Alamat: 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 019-322 3980

Bukit Mundan, juga dikenali sebagai Mundan Hill, terletak kira-kira 18 km dari Pekan Kota Marudu. Lokasi hiking ini popular dalam kalangan pendaki dari dalam dan luar Kota Marudu.
Pendakian dimulai dari Kg. Panusukan – Kg. Gana dengan permulaan yang curam sekitar 200 meter pertama.
Lebih separuh perjalanan akan melalui kebun getah persendirian dan kemudian landai, tapi akhir trek ini mencabar dengan kecuraman dan telah disediakan tangga dan tali untuk membantu.
Di puncak Bukit Mundan, anda dapat menikmati pemandangan indah Pekan Tandek dan Kota Marudu.
Apabila senja tiba, anda akan menikmati pemandangan yang menarik dan jangan lupa bergambar di Love dan Buaian Cinta!
Taman Rekreasi Pampang
7 Tempat rekreasi dan camping di Kota Marudu
Alamat: Jln Marak Parak, Kg, 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 0168278475

Taman Rekreasi Pampang terletak di daerah Kota Marudu, kira-kira 30 km dari Pekan Kota Marudu.
Tempat menarik ini merupakan destinasi popular di Kota Marudu yang menawarkan pengalaman berkhemah yang selesa dan tenang di kawasan perkhemahan yang luas.
Sungainya yang bersih dan sejuk sesuai untuk mandi-manda. Di sini, anda juga boleh berkelah, beriadah, barbeque, sukaneka, dan merancang aktiviti kumpulan seperti hari keluarga.
Terdapat juga kemudahan penginapan, surau kecil, tapak perkhemahan, dapur tertutup, tempat barbeque, pondok rehat, tandas, dewan terbuka, bilik mandi, serta tempat duduk untuk keselesaan anda.
Tempat menarik di Sabah ini telah dibuka untuk kunjungan awam sejak tahun 2016. Anda boleh berkhemah bersama keluarga di sini atau datang untuk kunjungan sehari.
Horina Homestay
8 Homestay Kota Marudu
Alamat: 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: 013-8997842

Homestay di Kota Marudu merupakan pilihan terbaik jika anda ingin bersantai tanpa terganggu oleh sambungan data dengan insan tersayang!
Terletak berhampiran dengan Serinsim Substation Kinabalu Park, anda berpeluang untuk menikmati keindahan semulajadi dan kehijauan hutan yang menakjubkan.
Tempat yang sempurna untuk percutian dan rekreasi bersama keluarga. Dilengkapi dengan kolam renang terbuka dan kemudahan untuk membuat BBQ.
Nikmatilah kehidupan santai dan alami di Homestay Kota Marudu!
Pantai Ria Ulu Kanarom
9 Tempat menarik untuk camping di Kota Marudu
Alamat: Pantai Ria Ulu Kanarom, Kota Marudu, Sabah
Tel: 010-7624270

Pantai Ria Ulu Kanarom merupakan destinasi baru yang sempurna untuk bersantai bersama keluarga.
Kemudahan yang lengkap menanti anda, dari bilik mandi, tandas, hingga kedai runcit. Nikmati santapan BBQ yang menyelerakan di pondok rehat (hanya RM30 sehari).
Inginkan pengalaman menginap di bawah bintang? Khemah boleh disewa pada harga berpatutan, hanya RM6 seorang.
Lokasi pantai hanya 1 kilometer dari jalan utama, mudah dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.
Bagi yang lebih suka di dalam air, ada pilihan menyewa pelampung. Jangan risau, sungai di sini selamat untuk kanak-kanak mandi-manda.
Saranghaeyo – Sarayo Campground
10 Tempat menarik di Kota Marudu untuk keluarga
Alamat: Kampung Serinsim, 89107 Kota Marudu, Sabah
Tel: 014-5082729

Terletak berhampiran dengan keindahan Gunung Kinabalu, Saranghaeyo (Sarayo) Campground merupakan tempat perkhemahan yang ideal untuk keluarga dan kumpulan.
Walaupun tiada bekalan elektrik, terdapat kemudahan asas seperti tandas, pancuran, air paip yang bersih, pondok, dan tempat bakar barbeku.
Ia merupakan salah satu destinasi terbaik di Bandar Kota Marudu dan sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga, kumpulan, atau rakan-rakan.
Rasakan kesejukan air yang mengalir terus dari Gunung Kinabalu atau jelajahi laluan hutan yang sesuai untuk mendaki berdekatan dengan tempat menarik ini.
Taburan Beach Eco Tourism
11 Pantai tersembunyi berdekatan Kota Marudu
Alamat: Kota Belud, Sabah
Tel: N/A

Taburan Beach Eco Tourism adalah destinasi terbaik jika anda ingin bercuti atau camping di kawasan terpencil dengan pantai yang indah.
Ia juga merupakan tempat yang hebat untuk perkhemahan dengan pantai yang cantik dan matahari terbenam yang menakjubkan.
Walaupun kawasan ini terpencil, jalan menuju ke sini masih cukup baik untuk dilalui dan nikmati keindahan alam.
Kinabalu Park Sub-Station Serinsim
12 Taman negara di Kota Marudu
Alamat: Serinsim Park (Substesen Kinabalu Park), 89100 Kota Marudu, Sabah
Tel: N/A

Tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan untuk aktiviti berkhemah, berkelah bersama keluarga, BBQ, berenang, dan melawat ladang rusa seluas 10 ekar.
Pengunjung juga dapat mandi di tepi sungai dan melawat tapak bersejarah seperti makam Gambaliu, seorang raksasa setinggi 24 kaki, serta makam pejuang Dusun terkenal, Sigunting.
Sungai ini sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak kerana alirannya yang perlahan. Terdapat juga bilik air dengan pancuran dan bilik pakaian yang disediakan.
Aktiviti menarik lain termasuk jungle trekking ke air terjun Misumpak setinggi 12 meter dan mendaki Gunung Nombuyukon.
Untuk penginapan, terdapat chalet, hostel, dan kem berkhemah yang disediakan di taman ini.
Teringai Beach and Lodge
13 Pantai di Kota Marudu
Alamat: Pantai Teringai, Kota Marudu, Sabah
Tel: N/A

Salah satu pantai yang paling popular di Kota Marudu ialah pantai Teringai.
Pantai yang ada jeti dan tapak perkhemahan ini menawarkan pemandangan paling menenangkan terutamanya pada waktu senja.
Jaraknya hanya 37 km dari pekan Kota Marudu dengan perjalanan selama 1 jam.
Anda dapat singgah di Teringai Beach Cafe & Lodge yang terdekat, dengan penginapan di rumah panjang tradisional kaum Rungus, makanan dan minuman yang halal dengan harga berpatutan.
Destinasi terbaik untuk bercuti dengan bajet yang rendah. Jadi, nikmatilah pemandangan laut dan pantai cantik di Kota Marudu sambil berehat!
Panorama Paradise Resort
14 Resort di Kota Marudu
Alamat: Kg Rasak Darat Tigaman, Kota Marudu, Sabah
Tel: 019-8633519

Terletak di puncak Bukit Pinotudung, resort ini menawarkan keindahan alam yang sukar ditandingi.
Bayangkan diri anda ditemani angin sejuk yang menyejukkan, sambil menyaksikan panorama menakjubkan banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu, sekaligus matahari terbenam yang indah.
Pilihlah untuk menginap di khemah atau bilik, sesuai dengan pilihan sendiri. Pengalaman menginap di sini pasti akan menjadi kenangan terindah!