senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

18 Tempat Menarik Di Puchong Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
May 16, 2024
in Travel
tempat menarik di Puchong Selangor yang terkini
107
SHARES
10.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Puchong
  • 2. Muzium burung walit
  • 3. Tempat hiking di Puchong
  • 4. Kolam cantik di Puchong
  • 5. Aktiviti lasak di Selangor
  • 6. Permainan laser tag di Selangor
  • 7. Hotel di Puchong
  • 8. Hotel Bandar Puteri Puchong
  • 9. Tempat makan menu Bali di Puchong
  • 10. Shopping mall di Puchong
  • 11. Taman cantik berdekatan Puchong
  • 12. Zoo mini di Selangor
  • 13. Aktiviti indoor di Selangor
  • 14. Taman air di Selangor
  • 15. Miniature di Kuala Lumpur
  • 16. Tempat bersejarah di Selangor
  • 17. Tempat menarik untuk keluarga di Puchong
  • 18. Kedai lampu perhiasan terkenal di Puchong

Anda pernah mengunjungi tempat menarik di Puchong, Selangor? Kawasan yang meliputi 51.71 km² ini memiliki banyak tarikan yang menarik.

Puchong adalah kawasan pinggir bandar yang terletak di kawasan metropolitan berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Dengan jarak hanya 27 km dari Kuala Lumpur, Puchong terkenal dengan pelbagai pilihan tempat makan yang sedap dan mall terkenal. Tapi, Puchong juga mempunyai lokasi “hidden gems” tersendiri.

Senarai tempat menarik di Puchong

Ingin tahu lebih lanjut? Nama Puchong sebenarnya diambil daripada burung yang sering ditemui di kawasan sungai dan lombong.

Orang Asli yang mendiami kawasan ini memberikan nama “Puchong” kepada tempat ini.

Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

Puchong telah wujud selama kira-kira 120 tahun dan kaya dengan sumber semula jadi seperti bijih timah.

ADVERTISEMENT

Jadi, jika anda plan untuk mengunjungi Puchong, mari kita terokai beberapa tempat-tempat best di Puchong dalam artikel ini.

Play By Reka Indoor Playland

1 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Puchong

Alamat: S-W03, Level 2, IOI Mall, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170, Puchong, Selangor

Telefon: 016-5865200

taman permainan di kl

ADVERTISEMENT

Play by Reka, sebelumnya dikenali sebagai Reka Zone, merupakan taman permainan dalaman yang seronok, terletak di IOI Mall Puchong sejak 2011. 

Tempat ini sangat sesuai untuk keluarga bersama kanak-kanak, dengan kawasan permainan yang selesa dan selamat. Ibu bapa juga boleh bersantai sambil anak-anak bermain. 

Selain itu, menawarkan aktiviti menarik seperti taman bola, atom playground, jaring pelangi, roller skate, flying fox, peralatan permainan lembut, pedal go-kart, halangan permainan, dan aktiviti merangsang.

Jom menghabiskan masa yang menyeronokkan bersama kanak-kanak kecil di sini!

Semak Harga

Swiftlet Museum & Bird Nest Factory

2 Muzium burung walit

Alamat: 5 & 7, Jalan Industri PBP 11, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

Telefon: 016-998 8520

muzium burung walit

Muzium Budaya Eko Burung Walit adalah pusat budaya ekologi pertama untuk burung walit di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Pengunjung boleh mempelajari proses penuaian sarang burung dan menjelajahi pameran interaktif. 

Malah, tempat unik di Puchong ini terletak berdekatan dengan restoran Bumbu Bali, Four Points by Sheraton Puchong, dan Hilton Garden Inn Puchong.

Jangan risau, terdapat juga pakej pelajar yang menarik! Jom ke Muzium Burung Walit & Kilang Sarang Burung!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Hutan Simpan Ayer Hitam

3 Tempat hiking di Puchong

Alamat: Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: –

Hutan Simpan Ayer Hitam
Sumber gambar: alltrails.com, maisinggah.com, rainforestjournal.com, faizalzainudin.blogspot.com

Meskipun terkenal sebagai sebuah bandar yang sibuk, Puchong masih memiliki kawasan alam semula jadi yang menarik iaitu Hutan Simpan Ayer Hitam.

Kalau anda kaki hiking dan jungle trekking, Hutan Simpan Ayer Hitam ni memang wajib anda kunjungi. Ini kerana tempat ini menawarkan ketenangan dan udara yang segar.

Selain itu, terdapat air terjun dan sungai di tempat menarik di Puchong ini, yang sesuai untuk berkelah kerana airnya jernih dan bersih.

BACA JUGA  Musim Hujan dan Kemarau di Malaysia: Apa yang Perlu Tahu

Jadi, Hutan Simpan Ayer Hitam adalah tempat ideal jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan bandar Puchong.

Semak Harga

Blue Lagoon Puchong

4 Kolam cantik di Puchong

Alamat: Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: –

Blue Lagoon
Sumber gambar: libur.com.my, raisagabrielli.com, afiqhalid.com, foursquare.com

Blue Lagoon adalah salah satu lokasi “hidden gems” di Puchong yang terletak dalam Hutan Simpan Ayer Hitam.

Kolam semula jadi ini memukau dengan air biru kehijauan yang indah dan terbentuk daripada aliran Sungai Resau.

Ramai pendaki mengunjungi Hutan Simpan Ayer Hitam untuk melihat keindahan Blue Lagoon.

Walaupun kolam ini kelihatan cetek di permukaan, ia semakin mendalam semasa anda mendekati kawasan air terjun. Kolam ini juga boleh mencapai kedalaman hingga 13 meter.

Semak Harga

Camp5 Indoor Climbing Wall

5 Aktiviti lasak di Selangor

Alamat: Camp5 Climbing Gym, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7726 0410

aktiviti lasak di puchong
Sumber gambar: klook.com, camp5.com, Selangor.travel

Anda penggemar aktiviti climbing wall tapi tidak mahu berpanas? Kalau anda berminat untuk mencuba, datanglah ke Camp 5 Indoor Climbing Wall.

Untuk pengetahuan anda, Camp 5 Indoor Climbing Wall adalah tempat mendaki dinding tertinggi di Malaysia dan terletak di 1 Utama Shopping Center.

Tempat ni memang mesra pengunjung kerana terdapat pengajar yang akan membantu anda jika masih beginner.

Jangan risau, kanak-kanak di bawah 13 tahun juga dialu-alukan. Jom cuba aktiviti ekstrem bersama keluarga!

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 10 malam)

Semak Harga

Galactic Laser Tag

6 Permainan laser tag di Selangor

Alamat: LB2, 06, 3, Jalan PJS 11/15, Sunway Pyramid, 46150 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-5638 8833

Galactic Laser tag di selangor
Sumber gambar: galacticlaser.com, petitgo.com, sunway.city

Cuba bayangkan anda dalam dunia sains fiksyen dan perlu memburu musuh menggunakan laser. Anda boleh dapatkan imaginasi tersebut di Galactic Laser Tag.

Terletak di Sunway Pyramid, Galactic Laser Tag merupakan arena laser tag terbesar dan terpanjang di Malaysia.

Terdapat enam tahap permainan, bermula dari tahap Recruit sehingga tahap Lasermaster, jadi semua orang boleh sertai.

Selain itu, mereka juga menawarkan pakej untuk ulang tahun atau acara korporat, dan latihan pembinaan pasukan.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Semak Harga

Hilton Garden Inn Puchong

7 Hotel di Puchong

Alamat: Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor

Telefon: 03-8084 1299

Hilton Garden
Sumber gambar: Hilton.com, agoda.com, booking.com, kayak.com

Anda merancang untuk bermalam di Puchong dan mencari tempat selesa, mewah serta mempunyai kolam renang? Jangan risau, tempah sahaja di Hilton Garden Inn!

Hotel bertaraf empat bintang ini menawarkan 6 jenis bilik dan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk wifi percuma, kolam renang, pusat kecergasan, bilik mesyuarat, dan perkhidmatan bilik.

Terletak hanya 10 minit dari IOI Mall, lokasinya sangat strategik kalau anda kaki shopping.

Kadar bilik: Bermula dari RM 166 semalam

Ulasan pengunjung:

“Hotel yang bagus dengan harga yang ditawarkan. Dengan pemandangan tasik, adalah disyorkan untuk mereka yang mencari ketenangan untuk tinggal di sini. Kemudahan gim, kolam renang…”

Semak Harga

Four Points By Sheraton Puchong

8 Hotel Bandar Puteri Puchong

Alamat: 1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: 03-5891 8888

Four Points
Sumber gambar: agoda.com, marriot.com, kayak.com, tripadvisor.com

Satu lagi hotel dengan konsep gaya moden yang menarik di Puchong adalah Four Points by Sheraton.

Hotel ini berdekatan dengan pelbagai tempat tumpuan popular seperti Sunway Pyramid. Setiap bilik dan suite dilengkapi dengan Wifi, televisyen, serta bilik mandi mewah dengan marble.

Anda juga boleh melakukan ‘workout’ di Gym 24 jam, berenang dan bersantai di kolam renang luaran, atau menikmati hidangan dari pelbagai negara di The Eatery.

Kadar bilik: Bermula dari RM 300 semalam

Ulasan pengunjung:

“Tidak menyesal tinggal di tempat itu. Terdapat pilihan makanan dan urutan yang hebat berhampiran hotel. Semuanya berjalan kaki. Begitu banyak perkara untuk pergi berdekatan…”

Semak Harga

Bumbu Bali Puchong

9 Tempat makan menu Bali di Puchong

Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Sabak Bernam Selangor Terkini

Telefon: 03-8061 8699

bumbu bali
Sumber gambar: bangsarbabe.com, tripadvisor.com, ninjafound.com

Mengidam makanan rasa Bali, Indonesia? Jom singgah makan di Bumbu Bali yang menawarkan pelbagai menu masakan Bali yang sedap.

Tempat makan menarik di Puchong ini menyediakan hidangan seperti Balinese Grilled Squid Salad, Sup Buntut, Sayur Selada, dan makanan jarang didengar seperti Siap Bumbu, Cumi Metumis, dan banyak lagi.

Dengan suasana restoran ala Bali, anda pasti akan rasa seperti makan di Bali. Bagi food hunters, pastikan Puchong restaurant ini dimasukkan dalam senarai wishlist anda.

Semak Harga

IOI Mall Puchong

10 Shopping mall di Puchong

Alamat: 2nd Floor, Lot S37, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Telefon: 03-5882 8888

IOI mall di puchong
Sumber gambar: ioiproperties.com.my, Selangor.travel, ioimp.com.my, erisgoesto.com

Bila sebut tentang Puchong, pastinya yang terlintas di fikiran anda adalah IOI Mall.

Apa yang menarik di Ioi Mall Puchong? Keunikan IOI Mall Puchong adalah carousel atau lebih dikenali sebagai ‘merry-go-round’ yang terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah ini.

Merry-go-round ini telah menjadi tarikan sejak tahun 1996 dan masih beroperasi hingga kini.

IOI Mall juga sudah menjadi tempat membeli-belah utama di Puchong. Jika anda ingin berbelanja di Puchong, inilah tempatnya.

Semak Harga

Taman Saujana Hijau

11 Taman cantik berdekatan Puchong

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-8887 7770

Taman Saujana Hijau
Sumber gambar: jomjalan.com.my, maisinggah.com, petitgo.com, tripadvisor.com

Taman Saujana Hijau antara tempat menarik di Puchong yang wajib anda kunjungi bersama rakan-rakan atau keluarga.

Selain itu, taman ini sangat popular kerana ia mempunyai suasana ala-ala Eropah. Anda akan menjumpai pokok pine, bunga matahari, dan padang rumput hijau yang luas di taman ini.

Taman seluas 47 hektar ini juga menggabungkan 3 tema iaitu Eropah, Cina dan Inggeris. Tempat ini sangat sesuai untuk sesi photoshoot, terutamanya photoshoot perkahwinan.

Kebanyakan pengunjung datang ke taman ini untuk berkelah, mengambil gambar yang cantik, dan berjoging kerana taman ini sangat menarik, bersih, dan ‘trendy’ untuk golongan muda.

Semak Harga

Farm In The City

12 Zoo mini di Selangor

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Telefon: 03-8941 3099

tempat menarik untuk kanak-kanak di selangor
Sumber gambar: farminthecity.my, jomjalan.com.my, erisgoesto.com, klook.com

Di Puchong, terdapat sebuah zoo mini yang sangat menarik untuk dikunjungi seisi keluarga iaitu Farm In The City.

Anda berpeluang untuk melihat Alpaca dan pelbagai spesis flora dan fauna, termasuk buaya Cayman, kura-kura gergasi, dan lebih daripada 600 spesis burung terbang bebas.

Tempat menarik kanak-kanak ini juga mempunyai haiwan eksotik yang dijinakkan seperi ular sawa, rakun dan banyak lagi.

Jom bawa anak-anak jalan-jalan ke Puchong hujung minggu ini sambil menikmati keindahan alam dan melihat haiwan yang menarik!

Semak Harga

KidZania Kuala Lumpur

13 Aktiviti indoor di Selangor

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: N/A

KidZania Kuala Lumpur

Kalau anda mempunyai anak berusia 15 tahun ke bawah, bawa je mereka ke Kidzania.

Sebaik sahaja melangkah masuk, rasa seperti memasuki sebuah bandar kecil dengan banyak kedai/syarikat yang ada.

Menariknya, setiap jalan dan bangunan direka bentuk meniru dunia sebenar. Setiap aktiviti direka bentuk untuk menyeronokkan dan mencabar kreativiti anak-anak.

Lihatlah gelagat anak-anak ketika mereka menjadi seorang doktor, bomba, chef atau juruterbang.

Mereka bukan je boleh bermain, malah memperoleh kemahiran sebenar dalam suasana yang selamat dan terkawal.

Terdapat surau dan beberapa gerai makan untuk anda makan tengah hari di dalam Kidzania.

BACA JUGA  22 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Pendaftaran juga menjadi lebih lancar selepas anda menempah tiket di bawah!

Semak Harga

Sunway Lagoon Water Park

14 Taman air di Selangor

Alamat: SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A) 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telefon: +603-5639 0000

tempat menarik untuk keluarga di puchong
Sumber gambar: sunwaylagoon.com, whitewaterwest.com, traworld.com

Sebut pasal Sunway Lagoon pastinya masyarakat Malaysia sudah biasa mendengar tentang taman tema air terbesar di negara ini.

Tapi apa yang best tentang Sunway Lagoon Water Park?

Di sini, terdapat banyak aktiviti air yang fun seperti African Phytons, Congo Challenge, dan tentunya Vuvuzela – vortex ride terbesar di dunia.

Anda juga boleh meluncur di Sunway Lagoon Surf Beach yang merupakan kolam meluncur buatan terbesar di dunia.

Jadi, tunggu apa lagi? Tak lengkap rasanya kalau singgah Puchong tapi tak mandi air di water park Selangor.

Semak Harga

Min Nature

15 Miniature di Kuala Lumpur

Alamat: Jalan Sultan Ismail JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Level 1, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 011-1009 9374

Min Nature di selangor
Sumber gambar: klook.com, jomjalan.com, vulcanpost.com

Min Nature, salah satu tempat unik di Puchong yang jarang ditemui di Malaysia.

Anda tahu apa itu “miniature”? Miniature adalah ilustrasi atau versi kecil objek besar seperti bandar, benda, atau manusia.

Di Min Nature, anda akan menemui pelbagai miniatur yang diinspirasi oleh budaya Malaysia, hasil ciptaan anak tempatan termasuk bandar Kuala Lumpur dalam versi kecil yang dicipta dengan penuh teliti.

Menariknya lagi, pengunjung boleh bayar tiket dengan matawang kripto dan dapatkan 50% diskaun!

Pastinya, tempat ini sangat berbaloi untuk dikunjungi dan menunjukkan betapa berbakatnya seni anak tempatan. Jom ke Min Nature!

Semak Harga

Muzium Warisan Melayu

16 Tempat bersejarah di Selangor

Alamat: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Jalan Upm, Putra Square, 43400 Serdang, Selangor

Telefon: 03-8946 8939

tempat bersejarah berdekatan puchong
Sumber gambar: tripadvisor.com, benashaari.com, mdfaiez84.com, upm.edu.my

Jika anda ingin mempelajari budaya Melayu, jangan lepaskan peluang ke Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia.

Anda dapat melihat banyak artifak bersejarah Melayu seperti senjata, pakaian tradisional, dan manuskrip yang telah dipulihara dengan baik.

Selain itu, kawasan luar muzium juga mempunyai empat rumah Melayu lama yang berusia kira-kira 100 tahun.

Harga tiket masuk sangat berpatutan, hanya RM 2. Kalau nak tambahkan ilmu sejarah melayu, memang inilah lokasi yang tepat.

Semak Harga

Sunway City

17 Tempat menarik untuk keluarga di Puchong

Alamat: Persiaran Lagoon, Sunway City, 47500 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-5639 8889

sunway city di selangor
Sumber gambar: Sunway City Kuala Lumpur, Kamarulzaman Mohamad, Pushpender Singh Baghel & Muhammad Zubair Nazir

Adakah anda cuba mencari tempat untuk membeli-belah dan berseronok? Datanglah ke Sunway City.

Lokasi yang menarik di Puchong ini merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia dengan pelbagai tarikan hiburan, rekreasi dan tempat membeli-belah serta tempat makan.

Selain itu, Sunway City mempunyai kemudahan perubatan dan perubatan. Luangkan masa anda di Sunway City dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak anda.

Semak Harga

House Of Lighting Puchong

18 Kedai lampu perhiasan terkenal di Puchong

Alamat: 29, 31 33, 35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: 012-2663790

house of lighting puchong yang famous
Sumber gambar: Mohd Fadli Ismail, Le。樂 , Miru & CR H

Perlukan pakar pencahayaan untuk perniagaan dan rumah baharu anda? Kunjungi Lighting House Of Puchong!

Sejak 2001, Houses Lightings telah menjalankan perniagaan ini. Mereka menawarkan trend pencahayaan terkini, pelbagai pilihan kipas, pemanas air, aksesori bilik mandi, produk elektrik dan banyak lagi.

Pasukan mereka yang berpengalaman akan membantu anda dari perundingan hingga pelaksanaan projek.

Kedai ini ada banyak pilihan, harga mampu milik, mempunyai ramai pelanggan dan sangat disyorkan untuk anda!

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10:30 pagi – 6:30 petang)

Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: puchongSelangor

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    414 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    137 shares
    Share 55 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved