senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

12 Tempat Menarik Untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia

Nora by Nora
July 12, 2023
in Travel
tempat menarik untuk solo travel
17
SHARES
1.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Bandar bersejarah dengan budaya menarik
  • 2. Bandar metropolitan dengan pelbagai tarikan
  • 3. Taman tema menarik untuk solo travel Malaysia
  • 4. Tempat sejuk dan paling best di Malaysia     
  • 5. Kawasan yang sejuk dengan ladang teh dan petik strawberi
  • 6. Solo travel di kota hipster
  • 7. Lagenda Mahsuri di Malaysia
  • 8. Tempat paling best di Malaysia
  • 9. Pulau cantik untuk snorkeling dan menyelam
  • 10. Destinasi untuk Taman Tema Legoland dan Membeli-belah
  • 11. Solo travel di pantai timur 
  • 12. Pulau untuk menyelam dengan hutan tropika yang indah

Adakah anda seorang perempuan yang suka melancong seorang diri? Nak ajak member tapi tiada atau kawan asyik busy memanjang? 

Kalau betul, di Malaysia juga terdapat destinasi terbaik untuk solo staycation, termasuklah hutan hijau, pantai cantik, taman tema, hotel budget dan lain-lain. Semuanya ada! 

Rasai solo traveling yang menyeronokkan atau me time sepuasnya dengan penuh ketenangan. 

Paling penting, anda akan rasa selamat untuk travel sorang-sorang. Tapi masih keliru nak ke mana?

Jangan risau, kami akan berkongsi beberapa lokasi paling best dan solo travel tips untuk perempuan berani seperti anda. 

Senarai 12 Tempat Menarik untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia

Melaka

1 Bandar bersejarah dengan budaya menarik

Alamat: Melaka, Malaysia

Hubungi: N/A

ADVERTISEMENT

Bandar bersejarah ini terkenal dengan Jonker Street, pasar malam utama terletak di tengah-tengah Chinatown.

Ia terkenal dengan pelbagai kedai antik dan gerai makanan yang terdapat di sekitarnya.

Di sini, terdapat banyak bangunan bersejarah dan tempat-tempat menarik seperti Stadthuys Melaka, Kota A Famosa, The Baba & Nyonya Heritage, river cruise Melaka, dan banyak lagi. 

Nikmati pemandangan indah dari Menara Taming Sari yang menawarkan panorama 360 darjah dari atas.

ADVERTISEMENT

Melaka juga mudah diakses dengan berjalan kaki atau menaiki beca.

Alang-alang kat sini, cubalah makan satay, asam pedas, dan cendol yang sedap! 

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Melaka
Hotel Murah Di Melaka

Kuala Lumpur

2 Bandar metropolitan dengan pelbagai tarikan

Alamat: Kuala Lumpur, Malaysia

Hubungi: N/A

Ibu kota Malaysia ini menawarkan pelbagai makanan unik, warisan budaya tempatan, tarikan pelancongan yang menarik, dan kehidupan malam yang meriah. 

Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur merupakan beberapa tarikan utama yang wajib dikunjungi di sini. 

Anda juga akan rasa selamat dan selesa berjalan di sekitar bandar KL ini, dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang mudah diakses.

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur
  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat menarik di Putrajaya
Hotel Murah Di Kuala Lumpur

Nickelodeon Lost Lagoon at Sunway Lagoon, Selangor

3 Taman tema menarik untuk solo travel Malaysia

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Hubungi: 0356390000

Selangor salah satu negeri yang paling maju di Malaysia, menawarkan pelbagai tarikan seperti pantai, zoo, pengalaman alam semula jadi, dan melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. 

BACA JUGA  15 Bathtub Hotel Di Kuala Lumpur Yang Terbaik

Tidak ketinggalan adalah Nickelodeon Lost Lagoon at Sunway Lagoon, taman tema ini bertemakan Nickelodeon dan mempunyai segalanya untuk perjalanan solo anda.

Taman air ini menggabungkan kegembiraan dan keseronokan dengan tema-tema terkenal seperti SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, dan banyak lagi.

Paling penting, di sini pengawasan ketat dan staffnya juga peramah. Anda juga boleh bertemu dengan orang baru dan berkawan dengan mereka.

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Selangor
Hotel Murah Di Selangor

Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

Genting Highlands

4 Tempat sejuk dan paling best di Malaysia     

Alamat: Genting Highland, Pahang, Malaysia

Hubungi: N/A

Genting Highlands antara destinasi solo yang sempurna di Malaysia. Sama seperti Cameron Highlands, jalan-jalan di sini sempit, berliku-liku dan curam. 

Tapi kebanyakan penduduk tempatan lebih gemar ke Genting Highlands untuk hiburan, manakala mereka yang lebih suka suasana yang tenang akan pergi ke Cameron Highlands. 

Ia menawarkan taman tema dalam dan luar, pusat membeli-belah, dan kasino. Terdapat beberapa resort bukit yang menarik untuk staycation beberapa malam di Genting Highland.

Menariknya lagi, anda juga boleh naik Awana SkyWay Gondola Cable Car untuk ke Genting Resort.

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Genting Highland
Hotel Murah Di Genting Highland

Cameron Highlands

5 Kawasan yang sejuk dengan ladang teh dan petik strawberi

Alamat: Cameron Highland, Pahang, Malaysia

Hubungi: N/A

Terkenal dengan ladang teh yang indah, view bukit yang hijau, dan udara sejuknya yang menyegarkan.

Sebenarnya, inilah tempat asal jenama teh paling popular Malaysia, BOH Tea.

Cuaca cukup sejuk di sini kerana suhu boleh turun serendah 12 °C. 

Ini salah satu sebab mengapa ia adalah tempat yang popular untuk melancong solo di Malaysia. 

Bukan itu sahaja, anda boleh melawat ladang lebah, taman bunga dan strawberi serta mendaki beberapa laluan indah seperti Mossy Forest sambil menikmati angin sejuk.

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Cameron Highland
Hotel Murah Di Cameron Highland

Baca: Theme Park Hotel Terbaik Malaysia (Taman Air Popular)

Pulau Pinang

6 Solo travel di kota hipster

Alamat: Pulau Pinang, Malaysia

Hubungi: N/A

Pulau Pinang, tempat yang paling terbaik untuk melihat mural seni jalanan, makan di gerai jalanan dan menikmati suasana hipster.

Jangan lupa ambil gambar yang Instagramable di setiap sudutnya.

Bukan itu sahaja, Penang atau Pulau Pinang juga mempunyai bandar warisan UNESCO iaitu George Town. 

Anda juga boleh menaiki kereta kabel ke puncak Penang Hill untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan.

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Pulau Pinang
Hotel murah di Pulau Pinang

Langkawi

7 Lagenda Mahsuri di Malaysia

Alamat: Langkawi, Malaysia

Hubungi: N/A

Tempat menarik ini dapat diakses dengan feri dan selamat untuk perempuan solo traveller. 

Bagi yang belum tahu, Langkawi juga terkenal dengan lagenda Mahsuri, Pulau Beras Basah, Geopark Langkawi dan banyak lagi. 

BACA JUGA  6 Jenis Perempuan Yang Dapat Dilihat Dari Genre Muzik Kegemaran

Tempat yang paling sibuk di sini adalah Pantai Cenang di mana anda boleh melibatkan diri dengan sukan air dan banyak hotel mewah berhampiran.

Tambah lagi, anda boleh mencuba Langkawi Skybridge atau cable car ke puncak Gunung Mat Cincang untuk melihat pemandangan indah Langkawi dari atas. 

Jangan lupa berbelanja di Duty-Free Shopping dan menjamu selera dengan hidangan tempatan di Langkawi! 

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Langkawi
Hotel Murah Di Langkawi

Pulau Semporna

8 Tempat paling best di Malaysia

Alamat: Pulau Semporna, Sabah, Malaysia

Hubungi: N/A

Terletak di Sabah, Pulau Semporna dikelilingi oleh air laut biru jernih dan pulau cantik yang akan menarik minat sesiapa sahaja yang suka travel solo atau percutian bersama keluarga. 

Soal penginapan tidak perlu risau kerana di sini terdapat banyak agensi pelancongan dan penginapan yang khas untuk perempuan termasuklah penginapan tepi laut.

Kaki snorkeling pasti suka dengan keindahan bawah laut pulau cantik ini. Port snorkeling paling utama ialah Timba-timba, Mataking, Pompom, Mabul, dan Kapalai. 

Anda akan terpesona oleh keindahan alamnya dan boleh makan seafood tanpa had. Jangan lupa kunjungi Pekan Semporna dan Kampung Bajau Laut! 

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Semporna
Hotel di Semporna

Pulau Perhentian

9 Pulau cantik untuk snorkeling dan menyelam

Alamat: Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia

Hubungi: N/A

Inilah destinasi yang paling best di Pantai Timur untuk anda yang mencari pengalaman snorkeling dan selam skuba yang luar biasa dengan air laut yang jernih.

Keindahan terumbu karang dan hidupan bawah laut akan membuat anda terpegun.

Pulau ini dibahagikan kepada dua bahagian: Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Kedua-duanya mempunyai keunikan tersendiri.

Selain itu, pulau ini tidak terlalu padat dan memiliki suasana yang tenang, sehingga anda dapat menikmati me time dan menenangkan fikiran dengan hanya bersantai di tepi pantai.

Pulau ini juga menawarkan penginapan yang romantis, solo, percutian keluarga, dan penginapan kumpulan bersama rakan-rakan.

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Pulau Perhentian
Resort murah di Pulau Perhentian

Johor Bharu

10 Destinasi untuk Taman Tema Legoland dan Membeli-belah

Alamat: Johor Bharu, Johor, Malaysia

Hubungi: N/A

Ibu negeri Johor ini menawarkan pelbagai makanan halal yang sedap, bandar-bandar yang menarik, dan taman tema yang menakjubkan seperti Legoland Malaysia dan Hello Kitty Town.

Daerah ini juga adalah pintu gerbang utama ke Singapura.

Bagi pencinta alam, kunjungilah Taman Rekreasi Hutan Bandar Johor Bharu yang menawarkan jungle trekking di tengah alam yang menghijau.

Jangan lupa mengunjungi Pasar Karat yang merupakan pasar malam khas Johor Bharu yang menjual barang-barang antik dan unik. 

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Johor
Hotel murah di Johor Bharu

Baca: 14 Penginapan Yang Ada Private Pool di Malaysia Untuk Percutian Hebat

BACA JUGA  Perempuan Tiada Dara, Adakah Tanda Pernah Terlanjur? Ini Penjelasan Doktor

Kuala Terengganu

11 Solo travel di pantai timur 

Alamat: Kuala Terengganu, Terengganu

Hubungi: N/A

Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan memiliki pantai berpasir putih yang cantik dengan suasana yang santai. 

Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Terengganu. 

Antaranya mengunjungi Muzium Terengganu, Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal, Kampung Cina, Jambatan Gantung, Istana lama, dan banyak lagi.

Terengganu juga terkenal dengan makanan tradisinya iaitu nasi dagang, sata, dan keropok lekor. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah solo trip ke Kuala Terengganu!

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu
Hotel murah di Kuala Terengganu

Pulau Tioman

12 Pulau untuk menyelam dengan hutan tropika yang indah

Alamat: Pulau Tioman, Pahang, Malaysia

Hubungi: N/A

Terkenal dengan hutan lebatnya dan terumbu karang yang mengelilingi pulau ini, menjadikannya destinasi yang popular untuk aktiviti menyelam, snorkeling, dan surfing. 

Bayangkan sahaja anda berjalan-jalan di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi sambil melihat matahari terbenam yang memukau. 

Walaupun secara geografi, Pulau Tioman ini lebih dekat dengan tanah besar Johor daripada Pahang. 

Anda boleh datang ke pulau ini melalui perkhidmatan feri yang disediakan dari bandar Mersing di Johor atau Tanjung Gemok di Pahang.

Fakta menarik, pantainya digambarkan dalam filem South Pacific pada tahun 1958 sebagai Bali Hai. 

Perjalanan solo ke Pulau Tioman juga membolehkan anda merasai kepelbagaian budaya dan makanan tempatan. Jangan lupa makan ikan bakar yang sedap! 

  • Klik di sini untuk senarai penuh tempat-tempat menarik di Pulau Tioman
Resort Murah Di Pulau Tioman

Tips untuk solo travel

Walau bagaimanapun, seperti destinasi melancong yang lain penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri anda. 

Berikut adalah beberapa tips solo traveller terutama perempuan:

  1. Lakukan penyelidikan dan pertimbangkan tahap keselesaan diri anda ketika merancang perjalanan anda.
  1. Sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda dan orang-orang di sekeliling. Elakkan kawasan terpencil terutamanya pada waktu malam.
  1. Malaysia adalah negara majoriti Muslim, oleh itu penting untuk menghormati adat istiadat tempatan dan berpakaian sopan, terutamanya di kawasan luar bandar.
  1. Pastikan barang berharga anda dijaga dengan baik dan elakkan mempamerkan barang mahal seperti perhiasan emas atau elektronik. Buat salinan dokumen penting seperti pasport anda dan menyimpannya di tempat yang selamat.
  1. Beritahu seseorang mengenai rancangan anda untuk hari tersebut dan berhubung secara berkala. Ini boleh menjadi rakan atau ahli keluarga di rumah, atau seseorang yang anda boleh percayai.
  1. Gunakan syarikat pengangkutan yang dipercayai dan elakkan penggunaan teksi tanpa lesen atau bentuk pengangkutan lain yang mencurigakan.
  1. Jika ada sesuatu yang tidak kena, percayai instincts anda. Jika rasa tidak selesa atau selamat dalam sesuatu situasi, adalah baik untuk menjauh daripadanya.

Ingat, ini adalah tip keselamatan dan harus dipraktiskan di mana sahaja anda melancong.

Berhati-hatilah ketika bercuti dan ingatlah peribahasa melayu yang berbunyi “Malang tidak berbau”. 

Tags: perempuanperempuan travel solosolo travelstaycationtraveltravel solotrip

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved