senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

12 Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Yang Wajib Dikunjungi

Nora by Nora
June 7, 2024
in Travel
12 Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Yang Wajib Dikunjungi
27
SHARES
2.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk berkumpul waktu petang
  • 2. Hidden gem di Sipitang
  • 3. Aktiviti camping di Sipitang
  • 4. Pasar pagi di Sipitang
  • 5. Aktiviti hiking di Sipitang
  • 6. Port bergambar menarik di Sipitang
  • 7. Hutan rimba di Sipitang
  • 8. Tempat melihat sunset di Sipitang
  • 9. Tempat makan tepi laut di Sipitang
  • 10. Homestay tepi laut di Sipitang
  • 11. Tempat menarik untuk keluarga di Sipitang
  • 12. Penginapan menarik di sabah

Apa yang istimewa di tempat menarik di Sipitang Sabah? Jika anda seorang kaki travel yang mencari pengalaman unik, maka datanglah ke Sipitang. 

Di samping keindahan pantai Sipitang, terdapat juga pelbagai aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Sipitang, sebuah pekan yang terletak di negeri Sabah.

Jika penat berjalan dan ingin bermalam sehari dua, kami sarankan anda tidur di homestay Sipitang atau hotel Sipitang yang penuh selesa.

Sementara itu, jangan lupa kunjungi pekan Sipitang dan mencuba makanan viral Sabah yang terkenal di Sipitang. 

Jadi, jangan tunggu lagi! Sipitang menanti anda dengan pengalaman menarik. Singgah sebentar di Taman Negara Sabah jika ada masa terluang. 

Senarai 12 Tempat Menarik Di Sipitang Sabah 

Esplanade Sipitang

1 Tempat menarik untuk berkumpul waktu petang

Alamat: 98850 Sipitang, Sabah

Hubungi: N/A

ADVERTISEMENT
esplanade sipitang
Kredit gambar: ipunciko ciko

Esplanade Waterfront, salah satu destinasi yang sering dikunjungi, terutamanya pada waktu petang. Berdekatan dengan bangunan kedai di pekan Sipitang. 

Suasana yang cantik dan memukau, terutama ketika waktu senja menjelang, membuat tempat ini semakin menarik. 

Pengunjung juga berpeluang menyewa basikal dan mengelingi kawasan sekitar Esplanade ini. 

Terdapat juga jeti menarik untuk bergambar dan gerai makanan yang menyajikan sate serta makanan lain yang sedap di sepanjang pesisiran pantai.  

ADVERTISEMENT

Kawasan ini luas dan bersih, jadi sesuai untuk menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga. 

Semak Harga

Pantai Meritaman

2 Hidden gem di Sipitang

Alamat: Jln Merintaman, 89850 Sipitang, Sabah

Hubungi: N/A

Pantai Merintaman
Kredit gambar: Facebook Fenli

Pantai Merintaman merupakan destinasi yang menarik dan popular di Sipitang! Menawarkan pantai yang cantik, unik, dan memiliki landskap yang menakjubkan! 

Selain memiliki keindahan pantai yang tersembunyi, tepian pantai turut dihiasi batu-batuan besar yang berbentuk unik.

Suasana persekitaran pantai di sini cukup terjaga dan bersih, berbeza dengan kebanyakan pantai di Sabah. Terdapat juga pondok-pondok kecil dan tong sampah.

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Keningau Sabah Yang Membawa Ketenangan

Tempat yang ideal untuk BBQ bersama keluarga dan bermandi-manda. Tapi, penting untuk memantau anak-anak ketika bermain di air. 

Semak Harga

Long Pasia Adventure

3 Aktiviti camping di Sipitang

Alamat: Long Pasia Adventure, Sipitang, Sabah

Hubungi: 011-2521 3038

long pasia adventure
Kredit gambar: Facebook Long Pasia Homestay Eco-Tourism & raouf ahmad photographer

Jika anda seorang penggemar aktiviti hiking dan camping, Long Pasia Homestay Eco-Tourism adalah destinasi yang sangat sesuai untuk anda! 

Sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara, tarikan utama di Long Pasia adalah keunikan alam semulajadi dan suasana kampung yang tenang.

Terletak di tengah-tengah Borneo, tempat ini bersempadan dengan Kalimantan dan Sarawak. 

Libatkan diri dalam pelbagai aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berkhemah, dan menikmati keindahan alam semulajadi. 

Terdapat 4 destinasi utama di Long Pasia, termasuk Magafall Tier, Gunung Sinipung, Ferian Waterfall, dan ekspedisi ke Fefuken Fall, serta menjalani Village Tour yang menarik.

Pilih pakej Ferian Waterfall 2D1N yang disediakan setiap hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. 

Sesuai sebagai aktiviti riadah dan rekreasi bersama rakan atau keluarga.

Semak Harga

Tamu Sindumin

4 Pasar pagi di Sipitang

Alamat: Tamu Besar Sindumin Sipitang, Sabah

Hubungi: N/A

pasar tamu di sabah

Ingin ke Tamu Sipitang?  Pastikan anda datang pada hari operasinya iaitu hari Sabtu, bermula dari pukul 6.00 pagi.

Anda juga akan menemui barangan dan produk yang tidak tersedia di tempat anda termasuk hasil produk daripada masyarakat setempat.

Biasanya, harga barangan tempatan yang dijual di tamu ini juga lebih murah, dan suasana di sana sentiasa meriah dan hidup!

Semak Harga

Bukit Tampulagus

5 Aktiviti hiking di Sipitang

Alamat: 89850 Sipitang, Sabah

Hubungi: N/A

bukit tampalugas
Kredit gambar: Candace G

Peminat hiking? Datanglah ke sini untuk menguji kekuatan, daya tahan otot, dan kecergasan fizikal anda sejauh 2km.

Luangkanlah waktu pagi atau petang anda untuk mencuba cabaran ini.

Ini kerana setelah anda mencapai puncak Bukit Tampulagus, pemandangan yang indah menanti. Sangat sesuai untuk menyaksikan matahari terbit atau terbenam. 

Menikmati keindahan alam semulajadi sambil menjaga kesihatan adalah idea yang sangat baik, bukan?

Semak Harga

Pelakat Wetland & Wildlife Safari

6 Port bergambar menarik di Sipitang

Alamat: Masjid Pelakat, Simpang 4 jalan, Jln SMK Sipitang Kampung Pelakat, 89850 Sipitang, Sabah

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Sandakan Pintu Masuk Pelancongan Sabah

Hubungi: 019-871 4319

pelekat wetland di sipitang sabah

Jom short trip ke River Cruise untuk melihat hidupan liar, terutamanya monyet Belanda di sungai Pelakat. 

Pelakat Wetland & Wildlife Safari di Sipitang menawarkan pakej menarik untuk naik bot meredah sungai dan menikmati keindahan flora dan fauna. 

Siapa tahu anda beruntung dapat melihat monyet Belanda dan haiwan unik lain? Anda juga berpeluang menjelajah dan mengambil gambar kenangan di sekitar tempat ini.

Satu fakta menarik, tempat ini pernah menjadi lokasi pengambaraan untuk rancangan Kembara Muslim Sabah oleh Kru A Aida Production pada Jun 2023.

Semak Harga

Taman Hutan Rimba Ulu Sipitang Sungai Bubus

7 Hutan rimba di Sipitang

Alamat: Taman Hutan Rimba Ulu Sipitang Sungai Bubus, Sipitang, Sabah

Hubungi: 019-5860963

taman hutan di sabah

Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, jomlah mendaki di sini! Paling penting, ada guide yang akan mengiringi anda sepanjang perjalanan. 

Perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 5 hingga 6 jam dan pastinya akan memenatkan. 

Jangan lupa bawa minuman dan sedikit makanan seperti roti sebagai bekal untuk menjelajah hutan ini.

Semak Harga

Buntu Sunset Paradise

8 Tempat melihat sunset di Sipitang

Alamat: Jalan Pelakat Laut Sg. Buntu 3, 89850 Sipitang, Sabah

Hubungi: 011-3179 5887

buntu sunset paradise

Destinasi yang menarik dan khas ini menjanjikan keindahan matahari terbenam yang memukau di Sipitang! Di sini, terdapat pondok rehat untuk berteduh dan berkelah. 

Pengunjung juga boleh mengambil gambar-gambar indah, menjamu selera, dan bersiar-siar di sini. 

Sangat sesuai sebagai tempat untuk berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Disarankan untuk berada di sini dari petang sehingga matahari terbenam.

Semak Harga

Cahaya Villa Cafe

9 Tempat makan tepi laut di Sipitang

Alamat: Jln Sungai Buntu 3, Jalan S.M.K. Sipitang – Kg. Pelakat, 89850 Sipitang, Sabah

Hubungi: 014-673 8009

cahaya villa cafe

Pernahkah anda ke Sipitang? Jika belum, saya mengesyorkan anda untuk singgah makan malam bersama keluarga tersayang di Cahaya Villa Cafe. 

Nikmati pelbagai menu termasuk hidangan seafood sementara menanti waktu senja! 

Lebih menariknya lagi, di sini ada kolam renang untuk kanak-kanak.

Bukan sahaja makan, malah ini lokasi terbaik untuk berehat di tepi laut dengan view cantik!

Semak Harga

D’Tuah Cafe & Homestay

10 Homestay tepi laut di Sipitang

Alamat: Kg. Pasir, Jalan SESB, 89850 Sipitang, Sabah

BACA JUGA  13 Tempat Menarik Di Papar Sabah Untuk Dikunjungi

Hubungi: 017-866 1811

homestay di sipitang sabah

Terletak di tepi laut dan hanya 2 km dari pusat bandar Sipitang. Homestay di Sipitang ini menjanjikan pemandangan sunrise dan sunset yang menarik. 

Nikmati pemandangan indah pada waktu malam dengan bunyi ombak yang menenangkan dari bilik yang menghadap ke laut.

Tambah lagi, boleh menyertai aktiviti berkayak, berbasikal atau hanya berjalan-jalan di tepi pantai. Ideal untuk pasangan honeymoon atau keluarga kecil yang ingin bersantai.  

Perlukan port healing yang paling cepat? Jomlah ke homestay dengan atap berbentuk segi tiga ini!

Semak Harga

Sungai Lukutan Kg Melalia

11 Tempat menarik untuk keluarga di Sipitang

Alamat: Jalan Pasikau, MELALIA, 89850 Sipitang, Sabah

Hubungi:  N/A

sungai sipitang

Tempat terbaik di Sipitang untuk kanak-kanak mandi-manda dengan selamat di sungai yang jernih!  Berkumpul dengan keluarga atau rakan-rakan dan datanglah sini pada hujung minggu.

Anda juga perlu berjalan kaki kurang dari 10 minit untuk sampai ke pintu masuk di mana anda disambut oleh barisan gerai kampung/kioks yang berwarna-warni. 

Selain kawasan air yang dalam, terdapat juga kawasan berbentuk batu dan kerikil yang diatur khas untuk kanak-kanak kecil. 

Tersedia tandas, bilik persalinan dan boleh menyewa kanopi, khemah dan tiub tayar.

Inilah destinasi percutian riverside escape yang paling best!

Semak Harga

Meligan Villa Resort

12 Penginapan menarik di sabah

Alamat: Kampung Meligan, 89857 Sipitang, Sabah

Hubungi: 013 709 9577

meligan resort sipitang sabah

Antara tempat menarik di Sipitang yang boleh dikunjungi ialah di ‘Meligan Villa Resort’. 

Terletak di tepi sungai yang indah, pelbagai aktiviti menarik boleh buat di sini seperti bagi makan ikan di sungai, merakit, bbq, memancing, bergambar di jambatan gantung yang memang cantik dan banyak lagi!

Tempat yang ideal untuk healing sambil menikmati keindahan alam.

Jangan risau, di sini juga disediakan homestay dan sewa khemah. Rasai sendiri keindahan & ketenangan alam semulajadi!

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • 13 Tempat Menarik Di Tenom Sabah Untuk Dilawati
  • 14 Tempat Menarik Di Kota Marudu Sabah Untuk Pencinta Alam

4/5 - (15 votes)
Tags: sabahtempat menarik di sipitangtempat menarik sipitang

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved